Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari
dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu,
sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain yang
mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan
guru, bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering
diperkatakan.
Pekerjaan adalah satu keperluan yang teramat penting kepada manusia. Kehidupan kita bergantung kepada
kerja. Ini dikatakan demikian kerana ia merupakan sumber ekonomi untuk keperluan. Pekerjaan juga boleh
mengangkat status dan pengiktirafan seseorang individu dalam masyarakatnya. Selain itu, pekerjaan juga
meletakkan nilai dan harga diri seseorang. Agama amat menggalakkan setiap penganutnya bekerja dan
tidak meminta-minta. Ia merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan Amanah. Dengan
pekerjaan inilah kita dapat memberi nafkah untuk diri dan keluarga di samping membangun ekonomi,
bangsa serta negara. Kebanyakan mereka yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam kerja. Dengan
memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi peekerja yang berkreativiti dan berkualiti. Untuk
menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman
diperoleh dengan adanya DISIPLIN.

ISU SELALU LEWAT DATANG KE TEMPAT KERJA

Datang lewat ke tempat kerja adalah seorang pekerja yang hadir lewat ke tempat kerja daripada masa yang
ditetapkan. Hampir kesemua organisasi mengalami masalah pekerja yang datang lewat. Perkara ini selalu
terjadi pada waktu pagi di seluruh dunia. Pekerja yang datang lewat ke tempat kerja akan menyebabkan
syarikat menjadi tidak cekap dan boleh mengalami kerugian. Jika kerugian syarikat perlu ditutup dan
pekerja akan hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
Datang lewat ke tempat kerja merupakan isu yang berkait dengan teori keperibadian mulia kerana teori
ini berkait dengan tingkah laku seseorang yang datang lewat ke tempat kerja merupakan perbuatan yang
sengaja mahupun tidak sengaja dilakukan ataupun sifat seseorang itu yang suka melengah-lengahkan dan
memandang remeh sesuatu perkara seperti berfikiran bahawa pengurus tempat kerja tidak akan
mengenakan sebarang tindakan pada pekerja yang datang lewat. Oleh itu, pekerja yang berfikiran
sedemikian akan cenderung untuk datang lewat ke tempat kerja.

Bagi mengatasi masalah ini, pekerja seharusnya tinggal atau menyewa rumah yang berdekatan dengan
tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Oleh itu, pekerja boleh datang ke tempat kerja
tepat pada waktu yang ditetapkan.
Selain itu, pengurus juga memainkan peranan yang sangat penting dengan mengeluarkan surat
amaran supaya datang kerja pada waktu yang ditetapkan.
Seterusnya, memberi ganjaran kepada pekerja yang datang awal ke tempat kerja kerana hal ini
menyebabkan pekerja akan datang tepat pada waktu kerana ingin mendapatkan ganjaran seperti yang
dijanjikan. Di samping itu, seseorang pekerja itu boleh menumpang kenderaan rakan sekerja yang lain
untuk ke tempat kerja kerana dapat menjimatkan masa daripada menunggu kenderaan awam.

Akhir sekali, seseorang pekerja itu seharunya pandai menguruskan masa dengan lebih bijak supaya
datang lebih awal ke tempat kerja dengan bangun awal dan bersiap mengikut masa yang mencukupi. Oleh
itu, pekerja juga dapat meningkatkan prestasi kerja mereka sekiranya mereka datang lebih awal ke tempat
kerja.

Antara faktor yang berlaku berpunca daripada persepsi pekerja tentang penampilan diri. Persepsi
pekerja yang menganggap kemahiran dan cara bekerja lebih penting berbanding penampilan diri. Hal ini
menyebabkan pekerja lebih selesa dan sesuka hati memakai pakaian mengikut kemahuan diri sendiri.
Selain itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pembersih dalam diri. Pekerja yang tiada sifat
pembersih ini akan tidak menghiraukan kebersihan dirinya dan sentiasa membiarkan dirinya dalam keadaan
kotor dan tidak kemas.
Seterusnya, seseorang pekerja itu terlalu mengikut budaya barat sehingga tidak dapat membezakan antara
pemakaian mengikut fesyen atau pemakaian mengikut cara di tempat kerja.

Di samping itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya isu penampilan tidak formal dan profesional ini
ialah sikap seseorang yang terlalu berjimat cermat. Sebagai contoh, seseorang pekerja yang kedekut
terhadap dirinya untuk berbelanja sedikit untuk membeli pakaian baru yang formal dan kemas sehingga
sanggup memakai pakaian yang lama atau telah lusuh kerana berjimat.
Akhir sekali, seseorang pekerja yang sentiasa tergesa dan malas dalam pengurusan diri sehingga tidak
sempat untuk bersiap dan mengabaikan kekemasan diri.
FAKTOR BERLAKU ISU PENAMPILAN TIDAK FORMAL DAN PROFESIONAL

 Teori Keperibadian Mulia


Penampilan yang tidak formal dan professional berkait rapat dengan teori keperibadian mulia kerana
konsep teori etika berkaitan dengan sifat-sifat atau kelakuan seseorang pekerja itu. Pekerja yang sentiasa
mengamalkan sikap kemas atau sifat pembersih akan cenderung untuk berpakaian bersih, kemas dan
berketerampilan kerana ingin menunjukkan penampilan dirinya sebagai seorang pekerja yang berkerjaya
dan professional.
HUBUNGKAIT ISU PENAMPILAN TIDAK
FORMAL DAN PROFESIONAL DENGAN
TEORI ETIKA
Melakukan perkara yang tidak sepatutnya di tempat kerja ataupun dalam erti kata singkat mencuri tulang
adalah perkara biasa yang sering kita lakukan sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Mencuri tulang
bermaksud melakukan perkara berlainan dari tanggungjawab pada suatu masa yang diberikan ataupun
melakukan tugas dengan bersahaja.
Antara faktor yang menjadi isu curi tulang semasa bekerja adalah sifat suka menangguh kerja. Mencuri
tulang semasa bekerja disebabkan oleh sifat pekerja itu sendiri. Sifat menangguh kerja pada pekerja akan
menyebabkan pekerja itu
13
iii. ISU CURI TULANG SEMASA BEKERJA
FAKTOR BERLAKU ISU CURI TULANG
SEMASA BEKERJA
melakukan kerja lain kerana menganggap kerja yang ditugaskan mampu diselesaikan pada waktunya, tetapi
pada hakikatnya tugasan diberikan tidak sempat disiapkan tetapi perkara lain selain kerja mampu disiapkan.
Selain itu, tabiat pekerja juga menjadi salah satu faktor pekerja mencuri tulang semasa bekerja. Sebagai
contoh, seorang pekerja membiasakan dirinya berehat lebih dari waktu yang ditetapkan dan tabiat berborak
sesama pekerja yang lain.
Seterusnya, seseorang pekerja yang suka menyibuk dengan hal orang lain juga merupakan faktor bagi
isu curi tulang semasa bekerja. Seseorang pekerja yang sering menjaga tepi kain orang lain sehingga
sanggup mengabaikan kerja yang perlu diselesaikannya.
Di samping itu, faktor lain ialah melakukan dua kerja dalam satu masa seperti membuat jualan sambilan
atau terlalu aktif dengan media sosial. Hal ini boleh mengakibatkan seseorang pekerja itu hilang fokus
dalam melakukan kerjanya dan mendahulukan perkara sedemikian itu.
Akhir sekali, seseorang pekerja yang gemar mengambil kesempatan atas sesuatu perkara. Sebagai
contoh, apabila majikan tiada di pejabat, seseorang pekerja itu akan mengambil kesempatan dengan keluar
pejabat atas urusan selain daripada kerja seperti keluar makan, membeli-belah dan sebagainya.
 Teori Wajiban
HUBUNGKAIT ISU CURI TULANG SEMASA
BEKERJA DENGAN TEORI ETIKA
Isu ini mampu diatasi dengan meningkatkan pemantauan setiap tingkah laku pekerja dengan memasang
pengawasan kamera (CCTV). Walaupun majikan tiada di pejabat, beliau boleh mengawasi pekerja-pekerja
di pejabat.
Selain itu, majikan perlu meneliti kualiti tugasan kerja yang disiapkan. Sebagai contoh, majikan perlu
memantau setiap pekerja bawah jagaannya supaya melakukan kerja yang sepatutnya. Majikan boleh
menilai dari segi hasil kerja yang disiapkan.
Seterusnya, majikan seharusnya memberi teguran atau amaran sekiranya seseorang pekerja sengaja
mencuri tulang dalam melaksanakan tugasan yang diberi, Sekiranya amaran yang diberi tidak dihiraukan,
majikan berhak memecat pekerja itu.
Di samping itu, majikan juga boleh menaikkan gaji pekerja mengikut prestasi kerja yang dihasilkan**.**
Oleh hal yang demikian, seseorang pekerja itu akan bersemangat untuk melaksanakan tugasan mereka
dengan baik demi mendapatkan ganjaran yang ditawarkan.
Akhir sekali, seseorang pekerja itu sewajarnya bijak dalam memilih rakan sekerja kerana diri kita mudah
terpengaruh dengan orang sekeliling. Sebagai contoh, seseorang pekerja itu harus mencontohi sikap pekerja
yang rajin menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan dan bukan mencontohi pekerja yang suka
mencuri tulang.
Buli adalah perkara yang sering diperkata sama ada di sekolah, taman perumahan mahupun tempat kerja.
Pembulian boleh terjadi tidak terkira di mana-mana. Buli
iv. ISU MEMBULI DI TEMPAT KERJA
adalah perbuatan mengasari atau mempergunakan orang yang lebih lemah ataupun bermaksud untuk
menujukkan kekuatan masing-masing.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya isu membuli ini termasuklah ingin menunjukkan kekuatan
masing-masing. Kebanyakkan faktor buli adalah untuk menunjukkan kekuatan masing-masing sama ada
kekuatan fizikal atau pangkat yang dimiliki. Contohnya, seorang yang berpangkat akauntan menyuruh
pembantu akauntannya melakukan segala tugasan yang diberikan kepadanya.
Selain itu, faktor lain seperti mempergunakan orang yang lebih lemah ini boleh berlaku kerana si
pembuli malas hendak melakukan sesuatu tugasan lalu memaksa orang lain untuk melakukan tugasan
tersebut.
Seterusnya, pengaruh daripada rakan sekerja yang lain juga merupakan faktor bagi isu ini. Sebagai
contoh, pekerja A mengajak pekerja B, C dan D untuk memulau pekerja E. Kes ini juga dikategorikan
sebagai kes buli.
Di samping itu, pengaruh media massa antara punca berlakunya kes buli di tempat kerja. Media massa
terutamanya media elektronik seperti televisyen, youtube dan sebagainya yang memaparkan aksi buli
sehingga seseorang itu tertarik dan ingin menjadikannya sebagai realiti.
FAKTOR BERLAKU ISU MEMBULI DI
TEMPAT KERJA
Masalah buli ini boleh diselesaikan dengan memberi surat amaran berhenti kerja kepada si
pembuli agar hal ini mampu mengawal kes buli ditempat kerja berleluasa.
Selain itu, rakan sekerja yang diajak untuk menyertai perbuatan membuli ini seharusnya tidak melibatkan
diri dalam perbuatan ini. Walaupun pembuli itu mengugut seseorang itu perlulah mempertahankan diri.
Kita perlu sentiasa mengingati bahawa kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan bukan untuk
menganaiya orang lain.
Seterusnya, sebagai seorang rakan sekerja perlulah menasihati rakan pembuli itu supaya berhenti
melakukan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan. Jika pembuli itu tidak termakan dengan nasihat, kita
boleh memberi pengajaran kepadanya bagaimana perasaan orang yang dibuli itu.
Di samping itu, majikan juga seharusnya mengambil berat terhadap semua pekerjanya. Sebagai contoh,
majikan dapat mengadakan jamuan makan bersama,
PENYELESAIAN MASALAH BAGI ISU
MEMBULI DI TEMPAT KERJA
berborak antara satu sama lain apabila pada waktu bukan kerja dan sebagainya. Hal ini juga dapat
mengeratkan lagi hubungan antara majikan dan pekerja serta dapat mengurangkan isu buli membuli di
tempat kerja ini.
Akhir sekali, majikan dapat bersemuka dengan pembuli itu supaya dapat mengetahui masalah yang
dihadapi sehingga pembuli itu berbuat demikian. Jika hal ini dapat dibincangkan dengan baik dan
sempurna, isu mengenai membuli di tempat kerja ini dapat diatasi dan pekerja di tempat kerja itu akan
dapat bekerja dengan suasana yang aman.
Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah organisasi, pekerja dan negara.
Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia,
perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama, malah semakin menjadi amalan biasa. Sesungguhnya,
organisasi yang kehilangan nilai amanah akan ditima krisis kepercayaan. Rasuah juga tidak boleh
dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan.
V. ISU RASUAH DI TEMPAT KERJA

Anda mungkin juga menyukai