Anda di halaman 1dari 2

Biarpun telah bekerja berpuluh tahun dan dianggap senior namun sebagai pekerja anda

tidak semestinya memandang remeh terhadap etika pekerjaan. Etika kerja amat penting
dalam meningkatkan mutu, prestasi dan kejayaan sesebuah organisasi. Tanpa pekerja
yang beretika, tidak mungkin sesebuah organisasi itu akan berjaya.

Jom, mari kita lihat etika yang sepatutnya ada dan sepatutnya dihindarkan dalam diri
setiap pekerja.

1. Cemerlang

Adakah anda seorang pekerja yang cemerlang? Tanya diri anda sendiri apakah yang telah
anda laksanakan dalam proses menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu tugas.

Pekerja cemerlang biasanya adalah seseorang yang menunjukkan prestasi kerja yang
tinggi, tidak mudah patah hati, tidak mudah mengaku kalah, tidak bekerja sambil lewa,
tidak mencuri tulang dan sebagainya.

Mereka adalah seorang yang berfikiran positif. Mereka tidak akan menganggap kerja dan
tugas seharian sebagai satu bebanan dan membosankan. Apa saja tugas diberikan,
mereka akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan
batuk ditangga. Disiplin diri adalah kunci utama untuk mencapai tahap kecemerlangan.

2. Berinisiatif

Setiap pekerja perlu mempunyai sikap ini kerana pekerja yang berinisiatif merupakan
mereka yang melakukan sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah
melakukannya. Janganlah jadi seperti pahat dengan penukul, apabila disuruh baru kerja
berjalan.

Sebagai pekerja, anda juga seharusnya mempunyai kebolehan yang tersendiri dalam
bidang yang anda ceburi. Jadi anda kenalah sentiasa berusaha dengan gigih demi
kebaikan syarikat atau organisasi anda untuk mendapatkan sebanyak mana kemahiran
dan pengetahuan bukan sahaja tentang kerja anda tetapi juga kerja orang lain.

3. Amanah dan Jujur

Dalam pekerjaan sifat jujur dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama
pekerja, pelanggan ataupun sesiapa sahaja yang berurusan di dalam sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, setiap pekerja tidak kira pekerja biasa mahupun majikan perlu
mengamalkan sifat amanah ini.

Kejujuran bukan sahaja perlu dalam sesebuah hubungan tetapi juga dalam
melaksanakan tugas. Ketua bahagian atau majikan hendaklah memainkan peranan
penting dalam membanteras gejala tidak sihat ini.

4. Komited
Peluang mesti dicari, ia tidak akan datang sendiri. Ini merupakan faktor yang penting
dalam mencapai kejayaan. Anda haruslah menumpukan perhatian dan bersungguh-
sungguh terhadap apa yang dilakukan kerana sifat ini dapat menyumbang ke arah
terhasilnya mutu kerja atau khidmat cemerlang. Oleh itu, usaha yang dilakukan
mestilah sentiasa menjurus ke arah peluang untuk meraih kecemerlangan dalam
kerjaya.

5. Bertanggunjawab terhadap masyarakat

Amatlah tidak wajar bagi sesebuah organisasi apabila hanya mementingkan keuntungan
semata-mata, tanpa memikirkan kesan dan akibat dalam melaksanakan pekerjaan tersebut
kepada masyarakat dan alam sekitar. Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting
kerana ianya melibatkan kebersihan alam sekitar dan kesihatan yang baik kepada
masyarakat. Apa yang berlaku hari ini kebanyakan projek pembinaan atau projek apa
sahaja , hampir melupakan faktor2 yang memberi kesan kepada masyarakat.

6. Jadi Pekerja Teori Y

Sebagai pekerja anda haruslah dapat melakukan tugas yang diamanahkan tanpa perlu
dipantau oleh ketua anda. Lakukan tugas dengan penuh tanggungjawab biarpun ketua
atau majikan anda tidak ada dipejabat.

Walau apa pun akhlak yang baik merupakan teras pembentukan etika kerja profesional.

Anda mungkin juga menyukai