Anda di halaman 1dari 11

ETIKA KERJA

SEMESTER 1 / TAHUN 1
2023 / 2024

TAJUK : FOLIO ETIKA KERJA

NAMA : NURFARHANIM IZZATI BINTI JASNI


PELAJAR
ANGKA : PKV-423BF009
GILIRAN
PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN
NAMA : PN. GAYATHIRI A/P DHARAMALINGAM
PENSYARAH

ISI KANDUNGAN

BIL. BUTIRAN MUKA

1
SURAT
1. PENGENALAN 3
2. 10 CIRI ETIKA KERJA 4-5
3. 5 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA PROFESION 6-7
4. REFLEKSI 8
5. LAMPIRAN 9
6. RUJUKAN 10

PENGENALAN
Profesion yang akan saya ceburi ialah penolong pengurus. Setiap organisasi
mempunyai pengurus dan tugas penolong pengurus adalah untuk menyokong
mereka. Ia adalah kedudukan yang baik untuk pekerja syarikat yang mempunyai

2
pengalaman dan mencari jalan promosi tanpa memerlukan pendidikan tinggi.
Sebagai pembantu pengurus, pekerjaan anda akan dipenuhi dengan kedua-dua
ganjaran dan cabaran. Sebagai penolong pengurus, pekerjaan akan dipenuhi
dengan kedua-dua ganjaran dan cabaran. Pekerja tersebut akan dibayar lebih
daripada pekerja- pekerja lain dan diberi tanggungjawab lebih banyak, tetapi
juga perlu membuat keputusan apabila berurusan dengan pekerja dan
pelanggan. Fungsi penolong pengurus adalah untuk menyokong pengurus dalam
operasi harian organisasi. Peranan penolong pengurus adalah untuk mengawasi
pekerja, bekerja dengan pelanggan dan membantu melaksanakan arahan
pengurus dan pemiliknya.

10 CIRI ETIKA KERJA


Etika kerja merujuk kepada tindakan seorang dalam situasi tertentu. Hal ini
termasuklah persoalan tentang apa yang betul dan boleh terima. Oleh itu,
paling penting adalah menentang nilai-nilai yang salah, penipuan dan ketidak

3
jujuran. Etika kerja adalah suatu kumpulan nilai-nilai berdasarkan kemuliaan
akhlak termasuklah kerajinan bekerja dan ketekunan. Selain itu, etika kerja
adalah dipercayai bahawa kerja boleh memberikan kebaikan kepada moral
seseorang dan boleh meningkatkan keperibadian diri. Akhir sekali, etika kerja
dipercayai mempunyai inisiatif dan berkemahiran dalam pergaulan.
1. Kehadiran
o Mematuhi prosedur berhubung peraturan meninggalkan pejabat dalam
waktu bekerja iaitu dengan mendapatkan kebenaran daripada pengurus
jabatan sekurang-kurangnya dua 2 jam sebelum kakitangan meninggalkan
pejabat.
2. Keperibadian
o Sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang baik di antara
sesama pekerja dan majikan dan sesama pelanggan serta dapat
membendung segala perasaan syak wasangka, tipu daya dan dusta.

3. Kerja Berpasukan
o Merupakan seorang yang boleh berada dalam pasukan, bekerja sama
dengan pekerja lain, tegas dan menunjukkan sikap membantu pelanggan
serta sentiasa mencari peluang untuk melanjukan pelajaran dan bersikap
berbudi bahasa.
4. Penampilan Diri
o Berpakaian kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian
bagi penolong pengurus serta yang berpatutan dan bersesuaian bagi
kakitangan pekerja yang lain adalah penting. Pakaian seumpama ini
adalah melambangkan disiplin dan imej penting. Pakaian seumpama ini
adalah melambangkan disiplin dan imej profesion syarikat.
5. Sikap
o Menunjukkan sikap positif, keyakinan diri dan mempunyai tanggapan diri
yang realistik peribadi yang unggul dan mereka sentiasa tenang apabila
berdepan dengan pelbagai masalah.
6. Produktiviti
o Akur dengan amalan keselamatan, menjaga bahan / peralatan, menjaga
tempat kerja supaya sentiasa kemas dan bersih, mengikut arahan dan
prosedur. Melalui latihan yang dianjurkan oleh organisasi, pekerja boleh

4
meningkatkan lagi produktiviti kerja dan meluaskan lagi kemahiran yang
sedia ada.
7. Kemahiran Organisasi
o Mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri, pengurusan masa,
memilih keutamaan, pengurusan stress, menangani perubahan serta
fleksibel. Penolong pengurus haruslah melengkapkan diri dengan
penguasaan yang relevan dan diperlukan dalam bidang tersebut dan
menajamkan kemahiran berfikir serta bijak membuat analisis.
8. Komunikasi
o Mempamerkan kemahiran lisan dan bukan lisan yang bersesuaian.
Penolong pengurus seharusnya menunjukkan sikap yang baik dan
menjadi role model kepada setiap pekerja. Ini akan menjadikan pihak
pengurusan tersebut dipandang tinggi, dihormati, nilai-nilai murni
terbentuk dan secara langsung ia juga dapat membantu menstabilkan dan
mencapai matlamat sesebuah organisasi.
9. Kerjasama
o Memberikan kerjasama dengan semua pihak, mempamerkan ciri-ciri
kepimpinan, berkebolehan menangani kritikan dan aduan dengan baik,
berkebolehan menyelesaikan masalah dan juga mencuba memastikan
kerja dilakukan tanpa bertangguh untuk memudahkan kerja orang lain
dan dapat mengekalan hubungan baik dengan rakan sekerja.
10. Hormat
o Menghormati setiap golongan pekerja dan hak orang lain dan sentiasa
menjaga tingkah laku di hadapan pihak atasan mahupun bawahan dengan
menghormati hak orang lain serta menangani sebaiknya kepelbagaian
budaya dan kaum serta tidak sama sesekali melibatkan diri dalam
sebarang bentuk kacau ganggu harrasment atau jenayah yang lain yang
boleh mencemarkan nama baik diri dan organisasi.

5 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA PROFESSION


Perniagaan, industri, sektor awam atau kerajaan yang mengambil pekerja
yang beretika kerja akan lebih produktif dan mampu bersaing di peringkat

5
global kesan dari persediaan kemahiran teknikal yang berkualiti. Seorang
pekerja yang mengamalkan etika kerja akan mendapat mencapai matlamat
serta membantu mendapatkan pekerjaan dengan kemahiran etika kerja yang
positif dan juga dapat menjadi lebih bernilai dan mudah mendapat pekerjaan.
Tambahan pula, membantu majikan memperolehi pekerja yang mempunyai
tabiat kerja yang baik.

1. Proses kerja menjadi lebih lancar dan berterusan


o Hal ini dikatakan demikian kerana seorang penolong pengurus yang
mengamalkan etika kerja seperti kerja berpasukan yang menerapkan
sikap bekerjasama, tolong-menolong, bertolak ansur dan saling
memahami serta memupuk semangat dalam kalangan masyarakat di
tempat kerja.
2. Pentadbiran syarikat akan bertahan lama
o Membangunkan dan melaksanakan strategi jualan keseluruhan bagi
produk syarikat, termasuk harga, dasar pengedar dan program
pengiklanan. Membangunkan pelan tindakan jualan yang jelas dengan
menetapkan objektif, matlamat, jadual dan tugasan untuk melaksanakan
dan mencapai peluang yang disasarkan.
3. Mewujudkan suasana selamat dan aman di tempat kerja
o Hal ini disebabkan sekiranya seseorang penolong pengurus mempunyai
ciri etika kerja saling hormat-menghormati, sudah tentu dapat
mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam syarikat kerana setiap
pekerjanya saling memahami dan hormat-menghormati dalam isu
sensitiviti seperti perbezaan agama, kaum, budaya dan banyak lagi atau
sebarang jenayah yang boleh melibatkan nama sesebuah syarikat itu
dipandang buruk.

6
4. Disanjungi dan dihormati oleh rakan sekerja dan majikan
o Sentiasa menjaga penampilan diri walau apapun keadaan dan mempunyai
keperibadian yang tinggi untuk memberikan yang terbaik. Tidak lupa
juga penolong pengurus yang berkomunikasi secara matang dan rasional
mampu mendorong syarikat lebih maju kerana mempunyai pekerja yang
profesional dalam bidangnya.

5. Melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang diterima


o Bertanggungjawab terhadap tindakan peribadi dan tanggungjawab
terhadap perilaku seseorang, tugasan yang diberi, tugas-tugas dan fungsi-
fungsi. Oleh itu, ciri etika kerja seperti produktiviti dan pengurusan diri
haruslah diamalkan oleh seorang penolong pengurus agar dapat
mempamerkan diri dengan lebih baik kepada pihak yang lain.

7
REFLEKSI
Kesimpulannya, etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku
para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan,
kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak
dinafikan bahawa etika kerja profesional memainkan peranan yang amat
penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Etika kerja
adalah untuk membolehkan seseorang individu dalam bidang tertentu dapat
bekerja dengan lebih baik dan meningkatkan nilai-nilai murni dalam melakukan
sesuatu kerja.

8
LAMPIRAN

9
RUJUKAN

10
 https://www.studocu.com/my/document/kolej-vokasional-kluang/
pengurusan-sumber-manusia/folio-etika-nabila-najwa/32464481
 http://maklumatafick.blogspot.com/2018/11/etika-profesionalisme.html
 https://www.coursehero.com/file/43230148/folio-etikadocx/
 https://images.app.goo.gl/5dGhozsKMbNWTBYA9
 https://images.app.goo.gl/f4fHj55e5TKuzJPt9

11

Anda mungkin juga menyukai