Anda di halaman 1dari 6

NAMA: MUHAMMAD AMIR AFIQ BIN MOHD BADRAN

KELAS: 1DKB
TAJUK: FOLIO ETIKA PROFESSIONALISME
NAMA PENSYARAH: PUAN MASURIYA BT SHAMSUDIN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3

2 CIRI-CIRI ETIKA KERJA 4

3 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA 5

4 KESIMPULAN 6

5 LAMPIRAN 7

6 RUJUKAN 8
1.0 PENGENALAN

Profession yang telah saya pilih pada kali ini ialah mengikut bidang yang dipelajari iaitu juruteknik
computer. Terdapat dua tugas untuk menjadi juruteknik computer:

1) TUGAS KEPADA PEKERJA

 Memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada pekerja baharu dalam bidang tersebut agar
mereka melakukan kerja mengikut standard yang ditetapkan
 Memberi petunjuk tentang kedudukan peralatan atau komponen computer kepada pekerja
baharu
 Memberikan arahan dalam pekerjaan agar mereka memahami konsep di dalam bidang
tersebut
 Memeriksa peralatan yang ada di dalam kedai secara berkala agar peralatan yang ada tidak
hilang atau rosak
 Memberi arahan tentang sparepart computer yang perlu digunapakai dalam sesuatu projek
tersebut
 Mengaturkan tempoh masa atau jadual agar kerja yang dilakukan dapat mengikut standard
masa yang ditetapkan

2) TUGAS BERHADAPAN DENGAN PELANGGAN

 Menyambut pelanggan dengan salam ataupun kata kata yang baik


 Membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
 Memastikan pelanggan memahami tentang kerosakan yang berlaku agar dapat mencipta
kepercayaan antara dua pihak
 Menggunakan kata kata yang sopan dan juga nada yang baik Ketika berinteraksi Bersama
pelanggan
 Memberi salam dan senyuman selepas proses negosiasi selesai
2.0 CIRI-CIRI ETIKA KERJA

 KEHADIRAN: hadir dan juga pulang mengikut masa kerja yang ditetapkan. Termasuklah
waktu rehat dan memaklumkan majikan sekiranya berlaku sebarang masalah dalam proses
dating bekerja

 SIFAT: menunjukkan sikap jujur, setia, boleh dipercayai, berdikari, berdisiplin dan
bertanggungjawab

 KERJA BERPASUKAN: mampu bekerja dalam kumpulan disamping membantu dalam


memberikan idea dan pendapat tentang sesuatu perkara. Turut menjaga nada dalam
percakapan dan membuka hati dalam mendengar pendapat rakan kerja yang lain.

 PENAMPILAN: dating ke tempat kerja dengan pakaian yang sopan santun dan menutup
aurat. Diikuti dengan rambut yang kemas .

 SIKAP: menunjukkan sikap dalam pekerjaan yang baik seperti saling membantu antara satu
sama lain.

 Produktiviti: menjaga peraturan keselamatan disamping memastikan ruang kerja berada


dalam keadaan yang bersih dan cantik untuk mengelakkan sebarang kemalangan

 KEMAHIRAN ORGANISASI: kemahiran dalam pengurusan personal, pengurusan kerja dan


fleksibiliti dalam melakukan kerja yang ditetapkan.

 KOMUNIKASI: mempamerkan komunikasi yang baik dalam setiap pertuturan

 KERJASAMA: bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara agar objektif dapat dicapai.
Selain itu, memastikan kita bekerjasama dengan keadaan yang baik tanpa melakukan
perkara yang mengundang provokasi.
 RASA HORMAT: menghormati hak orang lain tanpa mengira kaum atau bangsa yang berbeza

3.0 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA

Pekerjaan akan sentiasa berjalan lancar dan sistematik disamping dapat menyelesaikan
tugas dengan keadaan yang baik dalam masa yang ditetapkan. Contohnya, apabila kita tiba
tepat pada waktu di tempat kerja, kita tidak akan melenggahkan masa dan akan terus
memulakan pekerjaan kita. Ini juga dapat meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan.

Mematuhi etika dalam pekerjaan juga dapat menaikkan imej syarikat. Hal ini kerana
sekiranya pekerja menjalankan tugasan mereka sehabis baik, syarikat akan mempunyai
banyak peluang lain dalam pelbagai projek. Perkara ini juga dapat memberi lebih banyak
peluang untuk sebuah syarikat bekerja dengan syarikat yang lain.

Kita juga akan belajar untu bertolak ansur dalam melakukan pekerjaan. Perkara ini adalah
sangat baik kerana ini dapat meningkatkan rasa hormat terhadap pekerja yang lain. Selain
itu, kita akan melakukan kerja dengan rasa yang lebih gembira tanpa sebarang bebanan
antara satu sama lain.

Meningkatkan mutu kerja. Contohnya, apabila kita bekerja dengan keikhlasan hati, kita akan
dapat menaiktaraf skill dan pengetahuan dalam sesuatu perkara. Ini adalah perkara yang
positif dalam membentuk pekerja yang lebih berkemahiran dalam sesuatu bidang.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, etika kerja merupakan perkara yang penting dalam membentuk sahsiah pekerja.
Perkara ini juga dapat membentuk pekerja yang berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab.
Etika professionalisme ini juga dapat membantu pekerja tentang bertolak ansur antara satu sama
lain. Hal ini kerana apabila kita bekerja di dalam sebuah kumpulan yang kecil ataupun besar, kita
akan berasa lebih bersabar dalam menjalankan sesuatu tugasan yang diberikan. Etika
professionalisme juga memupuk banyak nilai murni seperti tolong-menolong. Hal ini kerana
sekiranya terdapat beberapa pekerja baharu, kita haruslah ringan tulang dan membantu mereka
agar tugasan yang diberikan kepada mereka dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Jelaslah bahawa etika di tempat kerja dapat memupuk pekerja yang baik dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas mereka. Sekiranya semua etika ini dapat diikuti oleh pekerja, maka sudah
pasti kita akan mempunyai persekitaran kerja yang baik,selesa,selamat dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai