Anda di halaman 1dari 15

KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM,


05100,ALOR SETAR, KEDAH

MPU2232
ETIKA PROFESIONALISME

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
KAJIAN KES
( TEORI ETIKA )

NAMA : IKHMAL HAMDI BIN IJABAR

NO. KAD PENGENALAN : 050120-02-0715


PROGRAM : DVM 1 (TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA)
NAMA PENSYARAH : PUAN JURIAH BINTI BAKAR
1.0 PENGENALAN

Menurut Mimin Emi Suhaemi dalam buku Etika Keperawatan: Aplikasi pada
Praktik (2002), etika adalah ilmu tentang kesusilaan yang mengatur
bagaimana sepatutnya manusia hidup dalam masyarakat. Ini dilakukan
dengan menerapkan sejumlah aturan atau prinsip guna menentukan tingkah
laku yang dirasa tepat, seperti baik atau buruknya suatu hal, kewajiban, dan
tanggung jawab. Dikutip dari buku Etika Lingkungan Hidup (2010) karya A.
Sonny Keraf, secara etimologis, etika berasal dari bahasa Yunani, ethos
berarti adat istiadat atau kebiasaan. Sebagai adat istiadat, etika berkaitan
dengan kebiasaan dan tata cara hidup yang baik dalam kehidupan individu
maupun masyarakat. Etika adalah pedoman bagaimana manusia harus
hidup serta bertindak. Sebab etika memberi petunjuk, orientasi, serta arah
kehidupan yang dipandang lebih baik.

DEFINISI ETIKA

Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” yang
membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga
membawa maksud adat kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter.
Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang
bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa.

Etika bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang
hak dan kewajipan moral dan merupakan kumpulan asas atau nilai yang
berkenaan dengan akhlak dan nilai tentang benar dan salah yang dianut
suatu golongan.

1
1.1 ETIKA SECARA RINGKAS

• Etika bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk
tentang hak dan kewajipan moral

• Etika juga merupakan kumpulan asas atau nilai yang berkenaan


dengan akhlak
• Etika merupakan nilai tentang benar dan salah yang dianut suatu
golongan atau masyarakat

2.0 LIMA MASALAH DISIPLIN PEKERJA

LIMA ISU / MASALAH DISIPLIN PEKERJA


 Pekerjaan adalah sesuatu kerja yang dilakukan dan mendapat balasan
seperti wang apabila menyiapkan tugasan tersebut. Pekerja yang baik dan
jujur disayangi dan dihormati di tempat kerja. Akan tetapi bagaimana pula
dengan pekerja yang tidak baik dan jujur? Apa yang menyebabkan mereka
terjadi begitu dan bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah mereka?

 Isu disiplin adalah masalah biasa dalam kalangan Masyarakat, begitu juga
dengan alam pekerjaan. Masalah disiplin di tempat kerja ini kita perlu elakkan
untuk menjaga nama baik kita maka kita perlulah mematuhi peraturan dan
mengikut etika untuk menjadi pekerja yang beretika. Oleh itu terdapat
beberapa masalah dan isu disiplin pekerja di tempat kerja.

2.1 MASALAH DISIPLIN 1 – TIDAK JUJUR DALAM SESUATU

2
PEKERJAAN

2.1.1 DEFINISI / MAKSUD


 Seorang pekerja tidak boleh tiada sifat kejujuran dalam bekerja kerana kita
perlukan sifat tersebut untuk menarik pelabur untuk masuk melabur dalam
syarikat. Jika kita tiada sifat kejujuran, orang lain akan hilang kepercayaan
dan menyebabkan kita dipulaukan oleh pekerja-pekerja lain.

 Jujur diwajibkan oleh Islam ketika seorang muslim bekerja, tetapi


disyaratkan pekerjaan itu adalah pekerjaan yang halal bukan pekerjaan
yang haram. Jika seorang muslim melakukan pekerjaan yang haram, lalu
dia bekerja secara jujur dalam pekerjaan haram itu, maka akhlak kejujuran
itu tidak bermakna dan tidak ada pahala.
2.1.2 GAMBAR

2.1.3 FAKTOR DAN PENYELESAIAN MASALAH

FAKTOR CARA PENYELESAIAN


i) Menyeleweng duit Syarikat. i) Menjauhkan diri dari melakukan
penyelewengan duit Syarikat.
ii) Mementingkan keperluan ii) Menerima sebanyak mana yang
asas sendiri. diberi atas daya kerja.

3
2.1.4 HUBUNG KAIT TEORI DENGAN MASALAH DISIPLIN
 Menurut Teori Keperibadian Mulia, setiap orang patut mempunyai
keperibadian atau sifat yang mulia ketika bekerja. Aristotle iaitu
pendokong utama teori ini menyatakan bahawa peribadi mulia sebagai
kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sidat peribadi terhadap
suatu kehidupan yang bermoral.

 Dalam masalah ini, pekerja perlulah mempunyai sifat kejujuran kerana


dengan adanya jujur, ia akan menarik minat pelabur untuk masuk melabur
dan mempercayai syarikat itu.Jika pekerja itu tiada sifat kejujuran dalam
pekerjaan, maka syarikat kemungkinan akan ‘gulung tikar’ atau muflis.

4
2.2 MASALAH DISIPLIN 2 - CEPAT BERPUTUS ASA DI
DALAM PEKERJAAN

2.2.1 DEFINISI / MAKSUD


 Kadang-kadang pekerja mudah putus asa selepas dimarahi oleh bos atau
orang atasan syarikat tersebut kerana membuat satu kesalahan dalam
laporan menyebabkan syarikat tidak mendapat kemasukan pelaburan. Ia
menyebabkan pekerja marah sehingga membuat keputusan yang tidak
berpikir dua kali untuk berhenti kerana memikir bahawa syarikat lain lebih
baik. Terdapat juga di mana bos memberi kerja laporan yang berlambak
kepada pekerja dan memintakan kerja itu disiapkan secepat yang mungkin
tetapi pekerja itu sudah ada kerja ditambah lagi kerja menyebabkan dia
stress dan mula memikirkan bahawa dia berputus asa kerana tiada masa
untuk menyiapkan kerja yang diberikan.

2.2.2 GAMBAR

5
2.2.3 FAKTOR DAN PENYELESAIAN MASALAH
FAKTOR CARA PENYELESAIAN
i) Kesuntukkan masa untuk i) Membuat jadual laporan untuk
menyiapkan tugasan. mengasingkan masa kerja dan
masa rehat.
ii) Menangguh kerja yang diberi. ii) Menyiapkan kerja yang diutamakan
sebelum kerja sampingan.

2.2.4 HUBUNG KAIT TEORI DENGAN MASALAH DISIPLIN


 Menurut Teori Keperibadian Mulia, setiap orang patut mempunyai
keperibadian atau sifat yang mulia ketika bekerja. Aristotle iaitu
pendokong utama teori ini menyatakan bahawa peribadi mulia sebagai
kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap
suatu kehidupan yang bermoral.

 Dalam masalah ini, pekerja perlulah menyusun kerja yang diberi dan
menyiapkan yang mana diutamakan supaya kerja tersebut tidak akan
membebankan diri dia pada tarikh akhir kerja itu. Jika pekerja tersebut
tidak menyiapkan kerja awal, maka pekerja tersebut akan berputus asa
kerana menangguh kerja yang dimahukan bos atau orang atasan.

6
2.3 MASALAH DISIPLIN 3 - TIDAK DATANG KE TEMPAT KERJA
PADA WAKTU YANG DITETAPKAN

2.3.1 DEFINISI / MAKSUD


 Bagi syarikat, ketepatan waktu tiba ke tempat kerja adalah suatu
kewajiban kerana pelabur tidak menunggu jika syarikat gagal menepati
masa kerana mereka ingin mengadakan mesyuarat berkaitan pelaburan.
Pekerja selalu memandang benda ini sebagai benda remeh dan tiada
makna bagi mereka sehingga menyebabkan mereka selalu tiba di tempat
kerja lewat dari yang sepatutnya menyebabkan mereka menganggu orang
lain kerana perlu tunggu jika mereka berurusan dengan pekerja yang
lambat.

2.3.2 GAMBAR

7
2.3.3 FAKTOR DAN PENYELESAIAN MASALAH
FAKTOR CARA PENYELESAIAN
i) Kesesakan jalan raya. i) Bergerak awal dari rumah atau
keluar dari rumah awal.
ii) Bangun lambat. ii) Bergerak awal dari rumah atau
Keluar dari rumah awal.

2.3.4 HUBUNG KAIT TEORI DENGAN MASALAH DISIPLIN


 Definisi Deontologi dari istilah bahasa Greek, ia merujuk kepada
tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Deon bermaksud apa
yang harus dilakukan (kewajipan) atau ‘duty’ manakala Deontologi ialah
suatu system moral atau etika yang mengukur baik tidaknya suatu
perbuatan semata-mata berdasarkan maksud si pelaku dalam melakukan
perbuatan tersebut.

 Dalam masalah disiplin ini, syarikat ada peraturan di mana pekerja perlu
datang ke tempat kerja tepat pada waktu dan ia satu kewajipan (duty)
pekerja tersebut. Jika dia datang lewat, maka dia tidak bertanggungjawab
teratas kewajipan syarikat tersebut.

8
2.4 MASALAH DISIPLIN 4 – BERPAKAIAN YANG TIDAK FORMAL KE
TEMPAT KERJA

2.4.1 DEFINISI / MAKSUD


 Semua syarikat ada syarat pemakaian untuk menjaga imej dan prestasi
tempat kerja kepada pelabur asing tetapi dengan adanya pekerja yand
tidak mengikuti syarat pemakaian menyebabkan syarikat malu kerana
pekerja tidak mengikut syarat. Bagi pekerja tersebut memakai selipar ke
tempat kerja memang baik dari segi pandangan dia tetapi bagi syarikat, ia
menunjukkan bahawa pekerjanya tiada sifat malu dan apabila bos atau
orang atasan menegur, mulalah nak bertengkar sebab kaki sakit dan
sebagainya.

2.4.2 GAMBAR

9
2.4.3 FAKTOR DAN PENYELESAIAN MASALAH
FAKTOR CARA PENYELESAIAN
i) Tiada masa untuk bersiap. i) Bangun awal untuk bersiap.
ii) Sudah lambat untuk pergi ke kerja. ii) Menyiapkan pakaian pada malam
sebelum tidur.

2.4.4 HUBUNG KAIT TEORI DENGAN MASALAH DISIPLIN


 Definisi Deontologi dari istilah bahasa Greek, ia merujuk kepada
tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Deon bermaksud apa
yang harus dilakukan (kewajipan) atau ‘duty’ manakala Deontologi ialah
suatu system moral atau etika yang mengukur baik tidaknya suatu
perbuatan semata-mata berdasarkan maksud si pelaku dalam melakukan
perbuatan tersebut.

 Dalam masalah ini, syarikat telah menetapkan syarat pemakaian kepada


pekerja dan ia merupakan tanggungjawab pekerja untuk
melaksanakannya supaya imej dan prestasi syarikat terjaga.

10
2.5 MASALAH DISIPLIN 5 - GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

2.5.1 DEFINISI / MAKSUD


 Isu ini merupakan isu yang paling berat kerana dikira sebagai jenayah di
sisi undang-undang tempat kerja. Gangguan seksual boleh berlaku seperti
meminta mangsa melakukan aksi seksual tertentu, memegang dan
menyentuh mangsa tanpa keizinan dan selalu membuat lawak-lawak yang
lucah. Isu ini mungkin terjadi antara rakan sekerja atau pihak atasan yang
tidak bermaruah. Kesan gangguan seksual kepada mangsa menyebabkan
mangsa akan menjadi kurang selesa dan selalu ponteng kerana takut
menghadapi.

2.5.2 GAMBAR

11
2.5.3 FAKTOR DAN PENYELESAIAN MASALAH
FAKTOR CARA PENYELESAIAN
i) Pengalaman lepas i) Melawat mana-mana kaunselor
untuk menyelesaikan masalah
berikut.
ii) Gangguan personaliti ii) Berbincang dengan baik antara
mangsa dan majikan syarikat
tersebut.

2.5.4 HUBUNG KAIT TEORI DENGAN MASALAH DISIPLIN


 Berdasarkan Teori Hak Asasi yang menegaskan bahawa setiap individu
perlulah mempunyai sifat tanggungjawab dalam menghormati hak orang
lain. Hak asasi yang memberi kebebasan kepada individu ini bersifat
individualistik iaitu mementingkan diri, kerana hak akan menghalang
individu mencampuri urusan dan bebas untuk melakukan apa-apa hal
tanpa perlu ditegur.

 Dalam masalah ini, hak mangsa (pekerja) terganggu oleh mereka kerana
mereka tidak menghormati privasi dan hak orang lain di tempat kerja.
Maka dengan itu, pekerja perlulah menghormati hak dan privasi pekerja
lain supaya keadaan tempat kerja tenteram dan selesa.

12
3.0 REFLEKSI
Disiplin ialah tindakan atau ketidakgiatan yang dikawal selaras dengan sistem
tadbir urus yang tertentu. Disiplin biasa diguna pakai untuk mengawal tingkah
laku manusia dan haiwan kepada masyarakatnya atau persekitaran yang
tergolong. Dalam dunia akademik dan profesional disiplin ialah cabang
pengetahuan, pelajar atau amalan yang khusus. Disiplin boleh menjadi satu
set jangkaan yang diperlukan oleh sebarang entiti urus tadbir termasuk
sendiri, kumpulan, kelas, bidang, industri atau masyarakat.

Isu tidak jujur dalam pekerjaan, disiplin akan membetulkan dan membaiki
sikap pekerja tersebut dari mementingkan kemahuan sendiri tanpa
memikirkan kesannya kepada syarikat sendiri. Dengan disiplin itu, pekerja
tersebut akan belajar bersifat jujur dan mementingkan keperluan syarikatnya
dahulu berbanding dirinya.

Isu cepat berputus asa, disiplin akan mengajar bahawa tidak semua kerja
diperlukan pada waktu tersebut padahal hanya sebahagian sahaja yang
diperlukan. Dengan disiplin, pekerja mampu mengatur jadual kerja dan
menyiapkan kerja pada awal waktu supaya ia tidak membuat pekerja stres
lalu mengambil jalan dekat dengan berputus asa.

Isu sering datang lambat ke tempat kerja, disiplin akan mengubah kebiasaan
pekerja yang sering datang lambat. Dengan disiplin, pekerja akan perlahan-
lahan menegubah sikap mereka yang suka datang lambat kepada datang
bekerja pada awal waktu seperti yang syarikat mahukan terhadap
pekerjanya.

Isu berpakaian tidak formal, disiplin mungkin mengambil cara dengan


memberi teguran melalui rakan sekerja, bos atau orang atasan. Dengan
disiplin, pekerja tersebut akan mula meningkatkan imej pemakaian dia supaya
imej dan prestasi tempat kerja.
Isu gangguan seksual di tempat kerja, disiplin dapat membantu seorang
yang mengalami masalah tersebut dengan menitikberatkannya kerana ia
melibatkan hak pekerja (mangsa). Dengan disiplin, pekerja akan lebih selesa

13
dan tenteram di tempat kerja kerana pekerja menghormati hak dan privasi
semua pekerja.
4.0 RUJUKAN
 https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F
%2Fwww.jojonomic.com%2Fblog%2Fmembuat-karyawan-jujur
%2F&psig=AOvVaw2kafzPDsA6DUkn1PUtgc_H&ust=1693830079780
000&source=images&cd=vfe&opi=89978449&ved=2ahUKEwiw7P7yto
6BAxUOUGwGHaXcCREQr4kDegUIARCFAQ

 https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F
%2Fwww.hipwee.com%2Fopini%2Fketika-rasa-putus-asa-mulai-
menerpa-dalam-proses-belajar
%2F&psig=AOvVaw1f_IhkWI82Nh2MDZQjpXzj&ust=169383018872100
0&source=images&cd=vfe&opi=89978449&ved=2ahUKEwjUhvimt46B
AxVAm2MGHY2HBmAQr4kDegUIARCHAQ

 https://tetikusmerah.blogspot.com/2013/09/tolonglah-tepati-
masa.html

 https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F
%2Fwww.maskulin.com.my%2Fcara-berpakaian-yang-boleh-
rosakkan-penampilan-lelaki-pastikan-anda-tak-buat-jadikan-habit
%2F&psig=AOvVaw3FSYScmPUn-
ldgoTOwvQhe&ust=1692456318388000&source=images&cd=vfe&opi
=89978449&ved=2ahUKEwjRxsGeueaAAxWx2zgGHc__BfAQr4kDegU
IARCQAQ

 https://www.hmetro.com.my/WM/2020/12/653600/jijik-dan-hina

14

Anda mungkin juga menyukai