Anda di halaman 1dari 13

REFLEKSI UMUM PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

Program pembangunan guru baharu tidak dinafikan menekankan tentang kualiti


seorang guru dalam menghadapi cabaran masa kini. Jika dilihat dari masa ke semasa, cabaran
baru seperti kebendaan, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi dan isu-isu yang
berkaitan masalah etika. Kebanyakan guru mengalami “culture shock” setelah memasuki
alam pekerjaan kerana ternyata ilmu yang dipelajari di institut pengajian tidak seperti di
situasi yang sebenar iaitu sekolah.

Saya berasa amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mengikuti Pogram
Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini. Dalam menyiapkan fail ini, terdapat banyak
pengalaman serta pengetahuan yang dapat saya perolehi darinya.

Melalui bimbingan dan tunjuk ajar dari mentor membantu saya dapat menyiapkan fail
ini dengan baik. Beliau juga menceritakan pengalaman beharga beliau dalam bidang
perguruan dan saya menggunakan perkara penting dalam fail ini. Dengan bantuan mentor,
setiap perkara terutamanya dalam bidang professionalime dan benda yang tidak diketahui
membantu saya mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam fail ini.

Pada pendapat saya, program ini sebenarnya memberi input yang sebenar tentang
peranan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh seorang guru tersebut.

KEKUATAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini merupakan satu program amat
memberi kesan besar terhadap peranan, sikap dan sahsiah, professionalime seorang guru.

Program ini telah menyedarkan saya tentang peranan dan tanggungjawab saya sebagai
seorang penjawat awam. Saya perlu akur dan patuh terhadap peraturan dan ikhtisas yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dari segi sikap dan sahsiah pula, ia mengajar saya dalam merancang menyiapkan
tugas yang diamanahkan dengan lebih teratur. Saya perlu mempunyai sasaran waktu yang
hendak disapai. Dengan itu, barulah sesuatu tugas dapat diselesaikan dengan baik dan pada
waktu yang tepat.
Selain itu, saya juga belajar mengenai perlunya guru tersebut meningkatkan tahap
professionalime dalam kerjabuatnya. Beliau perlu memikirkan, merangka, menetapkan target
dan perancangan untuk mencapainya. Guru perlu ada sesuatu yang diusahakan bagi
membantu murid meningkatkan pencapaian akademik. Guru sentiasa perlu menghasilkan
benda baru supaya dapat menarik minat murid untuk belajar.

KELEMAHAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Disebalik banyak kekuatan dalam program ini, terdapat jugak kelemahan program ini.
Senarai semak telah ditukar seminggu sebelum program ini berakhir. Oleh sebab itu, ia
menimbulkan sedikit kekeliruan dalam menyiapkan penyusunan fail ini.Sepatutnya, senarai
semak yang dikeluarkan diguna sepanjang program tanpa ditukar.

KEKANGAN/ HALANGAN/ISU-ISU BERBANGKIT

Sebagai seorang guru, terdapat banyak tugas, jawatan dan tanggungjawab yang harus
dipikul. Setaip tugas memerlukan komitmen dan masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya
perlu fokus dalam melaksanakan kerja di sekolah terlebih dahulu sebelum menyaipkan fail
guru baharu ini. Walaubagaimanapun, saya berjaya menyiapkan fail ini dengan jayanya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, saya bercadang template cadangan perlu diperkemas dan
diperincikan. Selain itu, senarai semak yang dikeluarkan perlu dikeluarkan hanya satu supaya
semua selaras dengan apa yang diingini oleh pihak Pegawai Pendidikan Daerah. Oleh itu,
tiada berlaku kekeliruan dan penyusunan fail Guru Baharu dapat diselaras.
PERBINCANGAN PROFESSIONAL

Bil. Tarikh Perkara yang dibincangkan Pegawai yang


terlibat

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

Proses Pengajaran dan pembelajaran

ISU/ PERBINCANGAN
Bialangan waktu pengajaran

ULASAN

Saya telah diberi tugas untuk mengambil sebanyak 28 waktu seminggu. Hasil
perbincangan dengan Penolong Kanan Pentadbiran, saya telah mendapat banyak
nasihat dari beliau. Penegasan tentang kehadiran guru masa yang ditetapkan
amatlah penting. Guru tidak boleh tidak perlu menepati masa semasa hadir ke
sekolah, dalam Proses Pdpc dan program-program yang dilaksanakan di sekolah.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

Penilaian dan pentaksiran

ISU/ PERBINCANGAN
Prosedur dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

ULASAN

Perbincangan bersama Penolong Kanan Pentadbiran mengenai PBS telah


membuka minda saya tentang erti sebenar PBS. Saya telah meningkatkan
kefahaman saya tentang bila dan bagaimana hendak melaksanakannya.
Sesungguhnya, pentaksiran PBS ini tidak hanya fokus kepada peperiksaan awam,
akan tetapi, menilai keseluruhan kemahiran yang ada dalam diri murid-murid.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

Pengurusan Bilik Darjah

ISU/ PERBINCANGAN

Teknik-teknik dalam kawalan kelas

ULASAN

Setelah berbincang dengan guru mentor, saya telah mendapat banyak teknik dalam
kawalan kelas. Sebagai contohnya, menggunakan teknik Hi-five yang mana ia salah
satu teknik dalam PAK 21. Oleh itu, teknik ini disyorkan oleh guru dalam kelas.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

1) Pertemuan bersama guru disiplin


2) Perbincangan masalah disiplin pelajar
3) Mendapatkan senarai peraturan sekolah

ISU/ PERBINCANGAN

1. Masalah yang berbangkit antaranya kedatangan pelajar dan peraturan berkaitan


pemakaian dan gaya rambut.
2. Buli dalam kalangan murid
- menggelar nama ibu dan bapa murid
- merampas duit

ULASAN

Sebagai seorang guru, perkara ini merupakan sesuatu yang perlu dititikberat. Tanpa
disiplin, seseorang murid itu tidak dapat memperlihatkan sahsiah di dalam diri beliau
dan akan mula melibatkan diri dalam masalah disiplin. Tuntasnya, ia akan
mengganggu prestasi akademik seseorang murid itu.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI
Pengurusan Fail Aktiviti Kokurikulum

ISU/ PERBINCANGAN

1) Tugas sebagai guru penasihat Kelab dan Persatuan


2) Skop kerja guru penasihat
3) Sasaran tahunan

ULASAN

Saya telah diberi penerangan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengenai
tugas dan amanah dalam kelab dan persatuan di sekolah. Keaktifan kelab dan
persatuan bergantung kepada usaha guru merancang dan melaksanakan aktiviti
yang menarik dalam setiap aktiviti.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

Pengurusan Kewangan: Perbincangan bersama CC Puan Raha

ISU/ PERBINCANGAN

i) proses pengurusan gaji PPP


ii) Proses pengurusan kewangan sekolah
iii) Kewangan panitia di sekolah

ULASAN
Pelbagai maklumat seperti pengurusan kewangan sekolah,prosedur meminta budget
sekolah serta pengurusan gaji dan kenaikan pangkat.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI
Pengurusan Fail “1M1S”

ISU/ PERBINCANGAN

1) Tugas sebagai guru penasihat 1M1S


2) Skop kerja guru penasihat
3) Sasaran kerja

ULASAN

Pelbagai pengetahuan baru dalam menjayakan pegurusan 1M1S.


Guru berpenan mencungkil kemahiran permainan dalam diri murid-murid dan
mengenalpasti murid yang berpotensi dalam bidang sukan.
Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu direkodkan dan disimpan dalam fail 1M1S.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

Pengurusan Kebajikan Pelajar


Jadual guru bertugas
Penerangan tugas guru bertugas

ISU/ PERBINCANGAN

1) Tugas oleh guru bertugas: memastikan murid mematuhi peraturan seklah


sepanjang seminggu serta menyampaikan informasi tentang aktiviti sekolah kepada
murid.
2) RMT dan susu sekolah: proses penerimaan dan pengagihan
3) APDM, KWAMP dan bantuan murid

ULASAN

Pelbagai program telah direncana oleh kementerian kepada murid bagi menjaga
kebajikan mereka.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

Pengurusan Kaunseling : Pertemuan bersama guru kaunseling, En. Haris

ISU/ PERBINCANGAN
1) Masalah disiplin murid-murid
2) Cara mengatasi
3) Tugas-tugas kaunselor: Jumlah aktiviti yang wajib dibimbingoleh guru kaunseling

ULASAN
Saya memperoleh banyak maklumat mengenai tahap disiplin murd di sekolah ini dan
pernan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sesungguhnya, masalah disiplin murid tidak
hanya ditanggung oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, akan tetapi, peranan semua
guru bagu menangani masalah murid.
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/ Tahun : ______________________________ Bil. Pertemuan:________

AKTIVITI

Pengurusan Program- Program Sekolah: Hari Kanak-kanak Sk Seri Pematang


Rengas 2017.

ISU/ PERBINCANGAN

1) Pengelolaan Majlis
2) Pembahagian tugas
3) Raptai

ULASAN
Sebagai ajk dokumentasi, saya belajar tentang teknik mengambil gambar,
mendokumentasi dan membuat laporan selepas setiap program yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai