Anda di halaman 1dari 16

640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

PEMERHATIAN DAN ANALISA MURID DISLEKSIA.

CONTOH BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-


KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

BIODATA MURID DISLEKSIA

SK DESA CEMPAKA,NILAI ,NEGERI SEMBILAN

NAMA : FATIN SYAFIQAH BINTI ZAINUDDIN

UMUR : 12 TAHUN

NO. SIJIL KELAHIRAN : A116680

ALAMAT RUMAH : NO. 11 ,BATU 10 KAWASAN MASJID BARU

LABU,NEGERI SEMBILAN

NAMA BAPA : ZAINUDDIN BIN SARIF

PEKERJAAN BAPA : OPERATOR KILANG

NAMA IBU :MAIMUN BINTI AHMAD

BILANGAN ADIK BERADIK : 2 ORANG ( ANAK PERTAMA)

2
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

Fatin Syafiqah merupakan murid Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SK


Desa Cempaka ,Nilai. Dia merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik.
Ayahnya merupakan seorang pekerja kilang manakala ibunya tidak bekerja. Fatin mula
memasuki kelas khas ini seawal Tahun 2 lagi. Pertama kali melihat Fatin saya berasa
sungguh terharu kerana dari wajahnya dapat diketahui bahawa dia memang
mempunyai masalah pembelajaran. Menurut penerangan guru penolong kanan kelas
khas ini, pada mulanya Fatin hanya didiagnos sebagai mempunyai masalah lembam
tetapi setahun kemudian doktor pediatrik HUKM telah memberi laporan bahawa Fatin
juga mempunyai masalah disleksia.

Semasa menjalankan kaji selidik ke atas kanak-kanak ini didapati dia mudah
memberikan kerjasama untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan samada secara
lisan dan bertulis. Cuma apabila disuruh membaca berulangkali, Fatin mula
menunjukkan reaksi jemu dan bosan.

3
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

MASALAH BAHASA YANG DIHADAPI OLEH FATIN SYAFIQAH

Semasa menjalankan kajian di Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi di


Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, saya telah mengenal pasti beberapa kesalahan
tulisan yang sering dilakukan oleh murid disleksia ini. Saya telah melihat beberapa
contoh tulisan kanak-kanak ini serta menjalankan ujian Menulis dan Membaca bagi
kanak-kanak disleksia ini. Antara contoh-contoh masalah tulisan yang dihadapi oleh
kanak-kanak disleksia kajian saya ialah:

a. Tulisan yang tidak sekata dari segi bentuk dan jarak yang terlalu jauh
antara perkataan dengan perkataan.

Tulisan responden yang diambil dari hasil kerja yang dilakukan di dalam bilik darjah.
Bentuk tulisan yang tidak sekata dan jarak antara perkataan terlalu jauh. Huruf yang

4
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

ditulis tidak mengikut cara yang betul. Contohnya huruf y dan g ditulis sama tinggi
dengan huruf “a” dan “n”.

b. Tidak dapat menulis perkataan di atas garisan yang betul.

c. Tidak dapat menyalin huruf dengan betul

5
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

d. Penggunaan huruf besar di tempat yang salah.

Gambar-gambar yang ditunjukkan merupakan antara contoh kesalahan tulisan yang


sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Namun demikian melalui
pemerhatian yang dibuat oleh saya terhadap hasil kerja responden saya dapati
kesalahan paling banyak ialah tulisan yang tidak sekata, jarak antara perkataan dan
penggunaan tanda baca. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh guru.

6
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

Di samping melihat contoh-contoh tulisan, saya juga telah meminta murid disleksia ini
menjalani ujian lisan, menulis dan membaca. Responden tidak mempunyai masalah
dalam menyebut huruf. Tapi semasa disuruh membaca murid membaca teragak-agak
dan tidak dapat menyebut perkataan dengan baik. Responden telah menyebut
rangkaikata “nasi basi” sebagai “nasi dasi”. Di sini dapat dilihat bahawa responden tidak
dapat membezakan huruf “b” dan huruf ‘d’. Selain itu semasa membaca, responden
dilihat suka menambah atau meninggalkan perkataan. Apabila disuruh mengulang
semula membaca, responden menunjukkan reaksi bosan dan tidak berminat.

Melihat hasil ujian bertulis yang dijalankan, responden telah melakukan beberapa
kesalahan. Responden telah menulis perkataan ‘buku’ menjadi ‘baku’. Selain itu
perkataan ‘bola’ ditulis sebagai ‘balo’. Manakala perkataan ‘beca’ menjadi ‘cade’.Di sini
dapat dilihat bahawa responden mempunyai kecelaruan dalam menulis perkataan
dengan betul.

STRATEGI DALAM MENGATASI MASALAH BAHASA

Hasil daripada pemerhatian dan ujian yang diduduki oleh responden, saya dapat
mengesan beberapa kesalahan tulisan dan bacaan yang dilakukan olehnya seperti
yang ditunjukkan dalam gambar dan rakaman bacaan.

Bagi mengatasi masalah tersebut , saya merasakan strategi latih tubi amat penting
sama ada dalam tulisan mahupun bacaan. Latih tubi yang berterusan perlu diberikan
kepada kanak-kanak disleksia ini.

Dalam mengatasi setiap masalah yang berlainan harus digunakan supaya bersesuaian
dengan jenis masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia namun demikian teras
utamanya masih menggunakan strategi latih tubi kerana seperti yang kita ketahui

7
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

kemahiran menulis adalah kemahiran yang memerlukan latihan yang berterusan bagi
mendapatkan hasil kerja yang baik.

a. Tulisan yang tidak sekata dari segi bentuk dan jarak yang terlalu jauh
antara perkataan dengan perkataan.

Bagi mengatasi masalah ini, murid perlu diajar menulis dengan cara yang
betul,sama bentuk tulisan itu ditulis secara tegak,condong ke kanan atau ke kiri.
Murid perlu ditunjukkan contoh tulisan yang baik dan sekata. Bagi membaiki
tulisan yang terlalu jarak antara perkataan dengan perkataan, murid perlu diajar
meletakkan satu jari selepas setiap perkataan yang ditulis. Langkah ini
diteruskan sehingga murid siap menulis satu ayat lengkap. Teknik ini harus
dilakukan berulang kali sehingga murid dapat membiasakan diri untuk menulis
ayat dengan menggunakan jarak yang betul. Oleh itu, latih tubi yang berterusan
dapat menjamin keberkesanan teknik ini.

b. Tidak menulis perkataan di atas garisan yang disediakan dengan betul

Seperti yang diketahui murid disleksia mempunyai tulisan tangan yang tidak
kemas adalah disebabkan mereka tidak dapat menulis di atas garisan yang telah
disediakan dengan betul. Oleh itu teknik yang boleh digunakan adalah menyuruh
mereka menulis di atas garis pembaris yang diletakkan di atas kertas. Hal ini
secara tidak langsung membantu murid untuk menulis dalam keadaan lurus dan
berada pada garisan yang sama. Namun demikian guru harus memberikan
bimbingan bagi huruf-huruf tertentu seperti ‘y’ dan ‘g’ supaya murid tidak menulis
separuh sahaja akibat halangan daripada pembaris yang digunakan sebagai alat
‘penahan’ untuk mereka menulis di atas garisan yang sama. Bimbingan dan
peneguhan positif seperti kata-kata pujian yang berterusan akan membantu
murid disleksia dengan lebih baik untuk mengatasi masalah ini.

c. Tidak dapat menyalin huruf dengan betul.

8
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

Teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan
menggunakan kad-kad imbasan yang bersaiz besar dan ditampal di papan
hitam. Hal ini mungkin disebabkan murid disleksia mengalami masalah
pengamatan penglihatan yang menyebabkan mereka tertinggal beberapa huruf
dalam mengeja sesuatu perkataan. Hal ini juga mungkin disebabkan oleh
masalah ejaan yang dihadapi oleh mereka yang secara tidak lansung turut
mempengaruhi kemahiran menulis mereka. Oleh itu kad-kad imbasan yang
bersaiz besar mampu memberikan gambaran yang jelas terhadap setiap huruf
yang digunakan untuk membina perkataan. Selain kad imbasan yang digunakan,
murid juga disuruh untuk menulis dua contoh perkataan yang berlainan pada
setiap hari persekolahan yang membolehkan mereka menulis pelbagai
perkataan di dalam buku latihan mereka. Perkara ini secara langsung juga turut
membantu murid memantapkan lagi kemahiran ejaan mereka. Aktiviti ini jika
dilakukan secara berterusan melalui strategi latih tubi dapat membantu murid
disleksia untuk menulis tanpa menulis huruf-huruf yang salah untuk sesuatu
perkataan.

d. Penggunaan huruf besar di tempat yang salah.

Malasah ini dikatogerikan sabagai masalah utama yang dihadapi oleh kanak-
kanak disleksia kerana mereka tidak dapat membezakan penggunaan huruf kecil
dan huruf besar di dalam ayat serta huruf-huruf itu seakan-akan sama. Oleh itu
bagi mengatasi masalah ini , strategi latih tubi sangat sesuai digunakan kerana
dengan latihan yang berulang kali sahaja dapat membantu murid disleksia
mengatasi masalah ini.

9
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

MASALAH MATEMATIK YANG DIHADAPI OLEH MURID

Selain mengenal pasti masalah bahasa daripada aspek tulisan dan bacaan, saya
juga turut memerhatikan masalah yang dialami oleh responden dalam proses
pengajaran matematik. Responden lebih banyak mengalami kesukaran untuk
menguasai kemahiran bahasa berbanding matematik .

Bagi melihat masalah yang dihadapi oleh responden dalam Matematik yang
telah melihat hasil kerja dan meminta responden menjawab soalan ujian yang
telah saya sediakan. Dari hasil kerja yang saya lihat, murid ini tidak mempunyai
banyak masalah dalam matematik . Cuma kerja yang dibuat tidak kemas dan
sukar untuk dibaca. Responden juga tidak dapat menulis nombor di tempat atau
petak yang betul.

Contoh hasil kerja responden yang tidak kemas.

10
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

Dari ujian Matematik bertulis yang dijalankan murid ini didapati tidak mempunyai
banyak masalah dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan. Cuma terdapat
beberapa kesalahan di dalam melengkapkan turutan nombor menaik dan menurun.
Responden juga dapat dilihat menulis nombor ‘7’ dalam keadaan terbalik.

STRATEGI DALAM MENGHADAPI MASALAH MATEMATIK.

11
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

Bagi mengatasi masalah kerja yang tidak kemas, guru perlu membantu murid membuat
kerja dengan kemas serta menunjukkan contoh hasil kerja yang baik yang boleh
dijadikan panduan oleh murid ini. Untuk mengatasi masalah menyusun nombor
mengikut turutan menaik dan menurun, guru boleh menggunakan kad-kad nombor dan
menyuruh murid menyusun secara berulang kali secara menaik dan menurun serta
mencatat dalam buku latihan. Hal ini apabila dilakukan berulang kali akan mudah
diingat oleh murid susunan nombor secara menaik dan menurun. Latihan amali juga
boleh dilakukan oleh murid apabila naik dan turun tangga. Aktiviti yang menarik
sebegini akan membuatkan murid lebih seronok dan apa yang dipelajari mudah diingati.

Murid yang menulis angka secara terbalik perlu diberi latih tubi supaya kesalahan yang
sedemikian tidak akan berulang.

REFLEKSI

12
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

NORZAHARAH BINTI YUNUS

(640901066062)

Syukur kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan bertajuk Pendidikan


Disleksia. Semasa menerima tajuk tugasan ini saya telah bertekad untuk mencari
bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya telah membuat rujukan di
perpustakaan dan melayari internet untuk mencari bahan yang boleh saya muatkan
dalam KKBI ini. Walau pun sebagai guru,saya sudah biasa mendengar mengenai
disleksia tetapi pengetahuan saya tentang disleksia tidak begitu meluas. Tanpa
pembacaan yang meluas ,saya rasa tidak mungkin dapat menghasilkan penulisan ini.
Saya juga telah membuat perbincangan dengan rakan sekumpulan dan juga berhubung
melalui email.

Saya amat bertuah kerana pensyarah pembimbing iaitu Puan Zaleha binti Tambi
begitu banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan sekumpulan
dalam memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan disleksia ini. Melalui
nota-nota dan contoh yang telah beliau berikan sangat membantu saya untuk
mendapatkan idea-idea untuk menyiapkan tugasan ini.

Walaubagaimanapun terdapat pelbagai cubaan dan permasalahan yang


dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya terpaksa membahagikan masa
antara tugas di sekolah dan tugas menyiapkan kerja kursus ini. Apatah lagi banyak fail
mesyuarat dan aktiviti panitia yang perlu dikemaskini. Terkadang terasa terbeban
sangat-sangat kerana terpaksa menghadapi semua ini. Saya selalu merasakan
keputusan saya untuk menyambung pelajaran,menghadkan masa saya dengan anak-
anak yang mana mereka semua tinggal di asrama. Saya cuba kuatkan semangat untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Saya amat bertuah kerana keluarga dan rakan-rakan

13
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

snetiasa memberi semangat dalam meneruskan pengajian dan menyiapkan segala


tugasan yang diberi.

Dengan penuh usahanya saya telah mencari bahan-bahan yang difikirkan sesuai
untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Saya telah banyak
kali berhubung dengan rakan sekelas iaitu Puan Rosila demi membincangkan tajuk
ini.Saya amat bertuah kerana mempunyai sahabat yang sentiasa sedia membantu
saya. Semasa menjalankan proses menyiapkan tugasan ini, saya telah menggunakan
semua maklumat dan pengalaman yang telah saya perolehi semasa proses
pembelajaran secara kuliah dan lawatan amali yang telah dijalankan bagi menghasilkan
satu tugasan yang yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Ternyata terdapat
pelbagai tafsiran dan definisi mengenai masalah disleksia yang mana semuanya
membawa makna yang hampir sama. Oleh itu, saya telah memahami semua definisi
mengenai masalah disleksia dan melaluinya saya telah membuat kesimpulan sendiri.
Hal ini secara tidak langsung membantu saya memahami secara mendalam mengenai
maksud disleksia yang sebenarnya.

Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih terperinci mengenai
masalah-masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ini, iaitu dari aspek
bahasa, matematik,pengamatan, konsep kendiri dan mengingat. Hasil daripada proses
ini telah membentuk diri saya lebih peka terhadap kanak-kanak yang menghadapi
masalah seperti ini dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan murid sebagai nakal
atau malas kerana ada kemungkinan kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak
disleksia. Bagi melengkapkan tugasan ini, saya juga dikehendaki menghasilkan satu
laporan lengkap berkaitan masalah kanak-kanak disleksia ini daripada aspek bahasa
dan matematik. Dalam aspek bahasa , hasil laporan saya berfokuskan kepada tulisan
manakala matematik pula mengenai masalah diskakulia yang dihadapi oleh murid.
Hasil daripada kaji selidik yang dibuat semasa lawatan amali yang direkodkan dan
dimasukkan dalam laporan, saya turut membincangkan intervensi yang dapat

14
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

membantu kanak-kanak disleksia mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.


Strategi pengajaran bahasa dan matematik yang dipilih adalah merupakan salah satu
langkah membantu kanak-kanak disleksia ini supaya tidak terus ketinggalan dalam
pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung juga telah membantu diri saya untuk
menjadi seorang guru yang lebih kreatif pada masa hadapan dalam usaha
menghasilkan pelbagai bentuk intervensi pembelajaran untuk kanak-kanak disleksia.

Selepas siap menjalankan kajian dan tugasan yang telah diberi, pelbagai input
dan pengetahuan baru yang telah saya perolehi sepanjang proses melengkapkan
tugasan ini. Semua ilmu yang saya dapat banyak membantu dan membentuk diri saya
supaya lebih bersedia berhadapan dengan murid disleksia supaya mereka juga dapat
kejayaan seperti kanak-kanak normal yang lain.

Sesungguhnya, saya telah mendapat pelbagai ilmu yang amat berguna buat diri
saya sebagai seorang guru pendidikan pemulihan. Selain ilmu daripada bahan ilmiah
saya juga telah mendapat peluang melihat sendiri reality mengenai pengurusan
pendidikan khas yang melibatkan kanak-kanak disleksia di sekolah. Semua
pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini
akan saya aplikasikan kepada murid saya yang mempunyai cirri-ciri disleksia. Terima
kasih sekali lagi kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zaleha binti Tambi Adam.

15
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105

16

Anda mungkin juga menyukai