Anda di halaman 1dari 1

Ujian Diagnostik Kem Cemerlang Jawi

Pelaksanaan Ujian Diagnostik Kem Cemerlang Jawi Program j-QAF 2018 kepada semua
murid Tahun 2 akan diadakan pada 6 Februari 2018 (Selasa). Ujian ini bertujuan mengenal
pasti murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 2 agar dapat
memastikan kehadiran anak/jagaan tuan/puan ke sekolah.

UJIAN DIAGNOSTIK KEM CEMERLANG JAWI (KCJ) MURID TAHUN 2 2019

Untuk makluman kepada semua ketua panitia, bermula tahun 2019 tidak ada lagi
soalan yang selaras untuk Ujian Diagnostik KCJ untuk murid tahun 2 2019. JPN
dan KPM tidak lagi membekalkan soalan yang selaras, pihak sekolah boleh
membuat saringan peserta mengikut keperluan sekolah masing-masing, pihak
sekolah juga boleh menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk saringan
peserta KCJ bagi tahun 2. Bersama-sama ini, sedikit panduan untuk semua ketua
panitia mengenai tajuk-tajuk yang boleh diuji dan dinilai untuk proses saringan
peserta-peserta KCJ 2019:

1-  Huruf tunggal


2-  Padanan huruf tunggal (rumi - jawi / jawi - rumi)
3-  Menyambung huruf
4-  Suku kata terbuka

Sekiranya murid tidak menguasai salah satu tajuk di atas, murid tersebut mesti
mengikuti KCJ pada tahun berkenaan. Bentuk soalan boleh dibuat sendiri oleh pihak
sekolah, begitu juga jumlah soalan bergantung kepada sekolah. Cara pelaksanaan
PBD boleh dilaksanakan berbentuk lisan, pemerhatian, latihan dan sebagainya.
Tidak ada tarikh dan masa tertentu untuk dilaksanakan, terserah kepada sekolah
tetapi tarikh pelaksanaan KCJ mesti merujuk kepada takwim yang telah diedarkan
ke sekolah tuan-tuan. 

Manakala untuk pemilihan dan saringan peserta KCJ untuk murid tahun  3 hingga  6,
pihak sekolah boleh mengambil dan mengguna pakai markah pentaksiran jawi pada 
tahun lepas. Untuk makluman pihak sekolah, pelaksanaan KCJ di sekolah-sekolah
KPM hendaklah menggunakan modul KCJ sedia ada yang telah dibekalkan oleh
Bahagian Pendidikan Islam, KPM. tidak ada hebahan dan sebaran modul baharu
KCJ setakat ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai