Anda di halaman 1dari 21

PENANDAAN BAHASA MELAYU PENULISAN

DISEDIAKAN OLEH: PUAN SALINA BT AWANG

GARIS PANDUAN PEMARKAHAN


CARA PEMERIKSAAN AM
Pemeriksaan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan dan penskoran dibuat mengikut kriteria yang digariskan. Pemeriksaan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan dan penskoran dibuat mengikut kriteria yang digariskan.

LANGKAH-LANGKAH PEMERIKSAAN
Pemeriksa hendaklah membaca setiap ayat / karangan dengaan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Selepas itu, nilai dan anggaran tahap karangan itu dan disesuaikan dengan kriteria yang ditetapkan. Pemeriksa membaca ayat / karangan itu sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan skor dalam jadual kriteria penskoran. Karangan yang terpesong ialah ayat / karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk / tema / tugasan, markah maksimum ialah lima markah (5). Karangan yang tidak mematuhi format, tolak dua markah (2) daripada markah keseluruhan.

PANDUAN JAWAPAN
Panduan jawapan perlu disediakan oleh penggubal soalan. Panduan jawapan juga boleh disediakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Panduan jawapan ini akan digunakan oleh pemeriksa untuk menanda kertas calon.

CEMERLANG
9 hingga 10 markah. Kriteria: o Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik. o Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik. o Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. o Perlu lima ayat yang betul. 5 idea penting. Bahasa. Idea. o 0 hingga 3 kesalahan.

7 hingga 8 markah.

BAIK

Kriteria: o Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/tugasan. o Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dengan bahan grafik. o Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. o Perlu ayat yang betul.
Idea.

o 4 idea penting.
Bahasa. o 4 hingga 6 kesalahan.

MEMUASKAN
4 hingga 6 markah. Kriteria: o Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik (ayat pendek). o Penggunaan kata yang sesuai. o Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. o Perlu 2 hingga 3 ayat yang betul.
Idea.

o 3 idea penting.
Bahasa. o 7 hingga 9 kesalahan.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM


1 hingga 3 markah. Kriteria: o Ayat dan kata tidak berkaitan dengan bahan grafik/tugasan. o Penggunaan kata dan kosa kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik/tugasan. o Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaaan. o Perlu betul 1 ayat sahaja.
Idea.

o 2 atau 1 idea penting.


Bahasa. o 10 kesalahan ke atas.

CEMERLANG
24 hingga 30 markah. Kriteria: o Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik untuk dibaca. o Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema/tugasan. o Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema/tugasan. o Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. Idea. o 3 hingga 4 idea (tidak termasuk pendahuluan dan penutup). Bahasa. o 0 hingga 5 kesalahan.

BAIK
17 hingga 23 markah.

Kriteria: o Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. o Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema/tugasan. o Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.
Idea. o 2 idea penting (tidak termasuk pendahuluan dan penutup). Bahasa. o 6 hingga 10 kesalahan.

MEMUASKAN
11 hingga 16 markah. Kriteria: o Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas. o Menyatakan idea dengan menggunakan ayat tunggal berdasarkan tema/tugasan. o Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata tetapi terhad dan sesuai. o Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, koma, dan noktah). o Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. Idea. o 1 idea (tidak termasuk pendahuluan dan penutup). Bahasa. o 11 hingga 15 kesalahan.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM


1 hingga 10 markah. Kriteria: o Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema/tugasan. o Idea tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. o Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema/tugasan. o Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan. Idea. o 0 idea (tidak termasuk pendahuluan dan penutup). Bahasa. o Lebih dari 15 kesalahan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Jika jumlah perkataan tidak menepati 80 patah kata maka tahap penskoran akan bermula pada aras baik.
Jika jumlah tidak menepati 40 patah kata maka tahap penskoran akan bermula pada aras memuaskan.

CEMERLANG
17 hingga 20 markah. Kriteria: o Ulasan dan idea jelas dan tepat menggunakan ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan. o Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. o Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. Idea. o 5 idea penting. Bahasa. o 0 hingga 3 kesalahan.

BAIK
12 hingga 16 markah. Kriteria: o Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. o Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. o Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan. Idea. o 3 hingga 4 idea penting. Bahasa. o 4 hingga 6 kesalahan.

MEMUASKAN
6 hingga 11 markah. Kriteria: o Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas. o Penggunaan kata dan kosa kata tetapi terhad dan sesuai dengan bahan rangsangan. o Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. Idea. o 1 hingga 2 idea penting. Bahasa. o 7 hingga 9 kesalahan.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM


1 hingga 5 markah.
Kriteria: o Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. o Penggunaan kata yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan rangsangan. o Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan Idea. o Tiada idea yang berkaitan. Bahasa. o 10 kesalahan ke atas.

MAKLUMAT TAMBAHAN
Sekiranya ada 4 pengajaran tetapi karangannya amat baik, dia layak diletakkan di tahap cemerlang bawah (antara 17 hingga 18 markah).

Jika bilangan perkataan tidak menepati 50 patah kata, penskoran bermula pada aras baik.
Jika karangan ditulis lebih daripada satu perenggan, markah format akan ditolak 2 markah.

Anda mungkin juga menyukai