Anda di halaman 1dari 10

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

BAHASA MELAYU PENULISAN Peraturan Pemarkahan Markah Penuh Jumlah Soalan : : 60 markah Bahagian A , 1 soalan ( wajib dijawab ) Bahagian B , 3 soalan ( jawab 1 soalan ) Bahagian C , 1 soalan ( wajib dijawab ) 10 markah 30 markah 20 markah

Bahagian A Bahagian B Bahagian C

: : :

GARIS PANDUAN MEMERIKSA A. Cara Pemeriksaan 1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan evidens dan penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan. 2. Bagi soalan Bahagian B , minimum tiga idea yang berkaitan dengan tugasan. Pertimbangan markah yang sesuai perlu diberikan bagi idea disertakan dengan huraian dan contoh, idea berserta contoh , idea berserta huraian atau idea sahaja. 3. Satu idea lengkap dengan pengolahan yang baik boleh diberikan pertimbangan untuk cemerlang. B. Langkah-langkah Pemeriksaan 1. Guru hendaklah membaca evidens itu sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan kriteria penskoran. Guru hendaklah membaca evidens itu sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan kriteria penskoran. Evidens yang tiada kaitan langsung dengan tugasan bagi soalan Bahagian B, markah maksimumnya 5. Bagi calon yang menyalin soalan atau menggunakan bahasa yang tidak dapat difahami , markahnya 1. Catatkan di bawah tugasan murid : Murid tidak menjawab tugasan Bagi karangan yang tidak mematuhi format, karangan yang tidak memerlukan format tetapi ditulis berformat atau sebaliknya atau karangan ditulis dalam format lain , tolak 2 markah daripada markah keseluruhan. Karangan dengan format yang tidak lengkap, tolak 1 markah. 1

2.

3.

4.

5.

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

Bahagian A ( 10 markah ) PERINGKAT MARKAH KRITERIA a. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/tugasan. b. Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan yang meluas. c. Penggunaan kata/kosa kata yang luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan. d. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul a. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik/tugasan. b. Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan . c. Penggunaan kata/kosa kata yang masih luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan. d. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat,

Cemerlang ( 5 ayat diterima )

9 10

Baik ( 4 ayat diterima )

78

Memuaskan
( 2 3 ayat diterima )

4 -6

a. Menggunakan ayat tunggal tetapi sesuai dengan bahan grafik / tugasan. b. Penggunaan kata / kosa kata yang terhad tetapi masih sesuai dengan bahan grafik / tugasan. c. Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat. a. Ayat masih sesuai / ayat dan kata tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik / tugasan. b. Penggunaan kata / kosa kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik / tugasan. c. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan .

Pencapaian Tahap Minuman


( 0 -1 ayat diterima )

13

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

Bahagian B ( 30 markah ) PERINGKAT Cemerlang Atas Bawah 28 - 30 24 - 27 MARKAH KRITERIA a. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan. c. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas , tersusun dan menarik . d. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. a. Penggunaan ayat yang masih gramatis bertepatan dengan tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tugasan. c. Pengolahan idea baik dengan penyampaian yang jelas dan masih menarik . d. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.

Baik Atas Bawah 20 23 17 - 19

Memuaskan Atas Bawah 14 16 12 - 13

a. Penggunaan ayat yang kurang gramatis atau menggunakan ayat tunggal berkaitan dengan tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad. c. Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik . d. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta terdapat banyak kesalahannya.. a. Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak gramatis / tidak bertepatan dengan tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad c. Pengolahan idea yang tidak jelas / tidak tepat / tidak berkaitan dengan tugasan. Penyampaian yang tidak menarik. d. Penggunaan ejaan dan tanda baca pada tahap minimum / tidak menguasai kemahiran penggunaan Jean dan tanda baca .

Pencapaian Tahap Minuman Atas Bawah 06 11 01 05

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

Bahagian C ( 20 markah ) PERINGKAT Cemerlang 5 nilai Tiada


kesalahan bahasa Ada kesalahan bahasa

MARKAH

KRITERIA a. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang luas serta sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Ejaan dan tanda baca yang betul. d. Pengolahan idea menepati tugasan . a. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca. d. Pengolahan idea masih menepati tugasan.

20 18-19

Baik 4 nilai Atas( bahasa baik) Bawah


( bahasa sederhana)

15 17 12 - 14

Memuaskan 2 3 nilai Atas( 3 nilai ) Bawah( 2 nilai ) 09 11 06 - 08

a. Menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca. d. Pengolahan idea kurang menepati tugasan . a. Penggunaan ayat yang tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad / tidak sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Tidak menguasai ejaan dan tanda baca . d. Pengolahan idea kurang / tidak menepati tugasan.

Pencapaian Tahap Minimum 0 1 nilai 01 05

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

CATATAN 1. Penilaian keseluruhan ( impression ) akan turun bagi karangan yang kurang daripada jumlah perkataan yang ditetapkan dan bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan , akan dinilai seperti biasa . Tiada tolakan markah jika bilangan perkataan kurang 80 patah perkataan cuma impression akan turun.

2. Baca semula karangan itu dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca, tandakan kesalahan-kesalahan yang terdapat seperti yang berikut.

SIMBOL PENANDAAN

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

3. 4.

Tuliskan markah yang telah dipertimbangkan itu di sebelah bawah kanan helaian jawapan. Markah muktamad hendaklah dipindahkan ke dalam ruangan yang disediakan di bahagian depan buku soalan dan jumlahkan.

Bahagian A Idea Cadangan Aspek-aspek yang dinialai 1. Menjawab tugasan 2. Ayat 3. Kata ( imbuhan / kata ganda / kata majmuk ) 4. Kosa kata 5. Ejaan dan tanda baca. Idea-idea cadangan 1. Menjamu selera / makan/menikmati jamuan/juadah 2. Bermain bunga api /mercun 3. Bersalam-salaman/berjabat tangan/bermaaf-maafan/menyambut tetamu 4. Menghidangkan makanan/menatang/membawa juadah. 5. Beramah mesra/berbual-bual/bersembang-sembang/berborakborak/bercakap 6. Memberi duit raya/menghulurkan duit raya 7. Beratur mendapatkan duit raya/angpau 8. Mengambil/menerima/meminta/menadah duit raya 9. Memasang/menyala/mencucuk/menghidupkan pelita 10. Minum/memegang gelas Catatan:1. 10 markah diberi untuk 5 ayat lengkap tanpa kesalahan. 2. Kelima-lima ayat pertama sahaja diterima jika calon menulis lebih 5 ayat. 3. Penggunaan kata sedang dalam setiap ayat diterima. 4. Jumlah patah kata dalam ayat tidak diambil kira. 5. Penggunaan kata ganti nama / watak diterima. 6. Ayat divina dalam bentuk kesinambungan cerita menggunakan penanda wacana mula aras baik. 7. Terima idea yang tersurat sahaja. 8. Jika bukan sambutan hari raya , garis perkataan tersebut dan impression turun mula aras baik. Contoh sambutan hari jadi. 9. Contoh ayat tidak diterima. Gambar di atas menunjukkan suasana sambutan hari raya Pak Abu. Susana hari raya sungguh meriah dengan ramai tetamu. Ali berasa gembira kerana menerima duit raya.

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

10. Contoh ayat diterima. Pelbagai jenis makanan terhidang di atas meja. Terdapat beberapa biji ketupat hiasan pada pokok hiasan di rumah Pak Abu. 11. Apa-apa sahaja yang terdapat dalam gambar seperti hiasan ketupat,hidangan di atas meja ayat diterima. 12. Penggunaan perkataan tanglung diterima. 13. Anak bersalam dengan ayah di hadapan pintu. Garis kata anak dan ayah. 14. 2 idea dalam satu ayat diterima sebagai satu ayat. Bahagian B Aspek-aspek yang dinilai 1. Menjawab tugasan/menepati idea 2. Ayat 3. Kata ( imbuhan/kata ganda/kata majmuk) 4. Kosa kata 5. Pengolahan dan penyampaian 6. Ejaan dan tanda baca. Soalan 1 1. Menolong ibu bapa 2. Membaca buku atau membuat ulang kaji 3. Bercuti bersama keluarga 4. Pulang ke kampung 5. Memenuhi hobi/bermain/beriadah 6. Menghadiri bengkel , motivasi , kelas tambahan dan tuisyen 7. Mengunjungi sanak saudara 8. Melawat ke tempat-tempat menarik / bersejarah 9. perkhemahan Nota : Satu idea lengkap dengan pengolahan yang baik , calon layak mendapat markah cemerlang. Soalan 2. 1. Makanan lebih terjamin dari segi kebersihan 2. Menjimatkan perbelanjaan 3. Makanan lebih berkhasiat 4. Menjimatkan masa / tidak berebut-rebut untuk membeli makanan 5. Mengelakkan keracunan makanan 6. Dapat berkongsi makanan bersama-sama rakan / dapat eratkan ikatan persahabatan 7. Menghargai masakan ibu / kasih sayang 8. Tidak bimbang makanan akan habis di kantin

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

Soalan 3 1. Ucapan tahniah kepada semua kawan 2. Menyatakan perasaan 3. Dorongan 4. Cara membahagikan masa 5. Petua kejayaan/menjaga kesihatan 6. Harapan/cita-cita/impian 7. Nasihat untuk rakan-rakan lain. 8. Bentuk hadiah yang diterima 9. Idea-idwea lain berkaitan diterima. Format dialog tiada format tolak 2 markah Separuh ada format tolak 1 markah

PERATURAN PEMARKAHAN BM KERTAS 2

Bahagian C Aspek-asoek yang dinilai 1. 2. 3. 4. Menjawab tugasan Ayat Kosa kata Ejaan dan tanda baca

Nilai Cadangan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menghargai mengucapkan selamat berpisah Berwawasan/berazam tinggi melanjutkan pelajaran ke university Berdedikasi/bersungguh-sungguh sanggup berkorban untuk murid-muridnya Ikhlas/rela hati menjalankan tugasnya tanpa mengharapkan balasan Prihatin/baik hati/bertanggungjawab bersedia membimbing dan membantu Mengenang jasa/mengenang budi seluruh warga sekolah amat menghargai beliau 7. Berdisiplin/bertanggungjawab/komited memastiakn murid-muridnya mematuhi peraturan 8. Rajin/gigih aktif dalam Kelab Tunas kebudayaan 9. Rajin/tekun/berusaha bersungguh-sungguh kegigihan beliau melatih para pemain 10. Menyatakan penghargaan/menghargai kejayaan tahniah kami ucapkan kepada cikgu 11. Akur/taat nasihat dan bimbingan cikgu akan kami patuhi 12. Hemah tinggi/merendah diri/insaf/mengakui kesalahan memohon maaf atas kesilapan 13. Kasih sayang/mengeratkan hubungan hilang di mata di hati jangan

10

Anda mungkin juga menyukai