Anda di halaman 1dari 7

KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU -13- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012


(PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

Panduan dan Cara Memeriksa Kertas

1. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara
keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.
2. isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk
menilai atau memberi markah.

Langkah-langkah Memeriksa Kertas

1. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan
dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu,
nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan
dengan kriteria yang telah ditentukan.

2. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali
kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan
jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung
dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini,
lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

4. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format,
tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

5. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak
markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua
(2) markah daripada markah keseluruhan.

6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah
ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi
jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

7. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan


dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina
ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan
bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja,
contoh kata kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan menyepak dan lain-
lain lagi. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak.

8. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan


isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan,
huraian, dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti
mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh.
Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

9. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan


atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-
nilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi
lima (5) isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni
yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlah
perkataan juga mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

10. Bagi keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan.
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU -14- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PANDUAN PEMARKAHAN
ITEM BAHAGIAN A

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah 1. Menulis ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik.


Cemerlang 2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta
bertepatan dengan bahan grafik.
(9 10) 3. Pengunaan tanda baca yang betul dan bersesuaian dengan ayat.
4. Penggunaan ejaan yang tepat dan betul.
5. Mengandungi lima ayat dan lima isi yang bertepatan dengan bahan grafik.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah 1. Menulis ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.


Baik 2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta
sesuai dengan bahan grafik.
(7 8) 3. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat.
4. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.
5. Mengandungi empat ayat dan empat isi yang sesuai dengan bahan grafik.
6. Menulis melebihi lima ayat, sama ada isinya berkaitan dengan bahan grafik
atau isinya tidak berkaitan dengan bahan grafik.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah 1. Menulis ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik.
Memuaskan 2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata tetapi terhad dan masih sesuai
dengan bahan grafik.
(4 6) 3. Terdapat banyak kesilapan tanda baca dalam ayat.
4. Terdapat banyak kesilapan ejaan dalam ayat.
5. Mengandungi tiga ayat dan tiga isi yang sesuai dengan bahan grafik.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah 1. Menulis ayat yang tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik.
Pencapaian 2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata yang terhad dan tidak sesuai
Tahap dengan bahan grafik.
Minimum 3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam penulisan atau ayat.
4. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam penulisan atau ayat.
(1 3) 5. Mengandungi dua ayat dan dua isi yang tidak sesuai dengan bahan grafik.
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU -15- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PANDUAN PEMARKAHAN
ITEM BAHAGIAN B

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Cemerlang 1. Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik untuk dibaca.
(24 30) 2. Pengolahan idea yang sangat baik, menggunakan pelbagai ayat yang
gramatis bertepatan dengan tema.
(27 30) 3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
Tinggi dengan tema atau soalan.
4. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.
(24 26) 5. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan.
Rendah
6. Mengandungi pendahuluan, minimum tiga isi, dan penutup yang bernas.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Baik 1. Karya atau penyampaian isi yang jelas untuk dibaca.


(17 23) 2. Pengolahan idea yang baik, dengan menggunakan ayat yang gramatis
bertepatan dengan tema atau soalan.
(20 23) 3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai
Tinggi dengan tema atau soalan.
4. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca dan tidak menjejaskan karangan.
(17 19) 5. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.
Rendah
6. Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi, dan penutup yang sesuai.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Memuaskan 1. Karya atau penyampaian isi yang mudah dan ringkas untuk dibaca.
(11 16) 2. Pengolahan idea atau menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar
yang bersesuaian dengan tema atau soalan.
(14 16) 3. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad, masih sesuai dengan tema.
Tinggi 4. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah, dan koma)
dan terdapat banyak kesalahan tanda baca dalam karangan.
(11 13) 5. Terdapat banyak kesalahan ejaan dalam karangan.
Rendah
6. Mengandungi pendahuluan, minimum satu isi, dan penutup yang sesuai.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Pencapaian 1. Karya atau penyampaian isi yang tidak sesuai dengan tema karangan.
Tahap 2. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau
Minimum sukar difahami jalan ceritanya.
(1 10) 3. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.
4. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam ayat atau penulisan.
(7 10) 5. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam ayat atau penulisan.
Tinggi 6. Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak soalan.
7. Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas maksudnya.
(1 6)
8. Isi karangan tidak berkaitan atau tidak menepati kehendak soalan.
Rendah
9. Karangan terpesong atau tergelincir dari landasan soalan atau tajuk.
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU -16- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PANDUAN PEMARKAHAN
ITEM BAHAGIAN C

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Cemerlang 1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis
(17 20) berdasarkan bahan rangsangan.
2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
(19 20) dengan bahan rangsangan.
3. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan bahan rangsangan.
(17 18) 4. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan bahan rangsangan.
5. Menyatakan minimum lima pengajaran atau nilai murni dengan tepat.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Baik 1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis
(12 16) berdasarkan bahan rangsangan.
2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
(14 16) dengan bahan rangsangan.
3. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat.
(12 13) 4. Terdapat beberapa kesalahan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.
5. Menyatakan minimum empat pengajaran atau nilai murni dengan tepat.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Memuaskan 1. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas.


(6 11) 2. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad tetapi sesuai dengan ulasan.
3. Terdapat banyak kesalahan tanda baca ketika membuat ulasan.
(9 11) 4. Terdapat banyak kesalahan ejaan ketika menghasilkan ulasan.
(6 8) 5. Menyatakan minimum tiga pengajaran atau nilai murni dengan betul.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Pencapaian 1. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan yang disediakan.


Tahap 2. Penggunaan perkataan atau kosa kata yang terhad serta tidak sesuai
Minimum dengan bahan rangsangan.
3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca semasa membuat ulasan.
(1 5) 4. Tidak menguasai kemahiran ejaan semasa membuat ulasan.
5. Menyatakan minimum sifar hingga dua pengajaran atau sifar hingga dua
nilai murni daripada bahan rangsangan.
6. Ulasan tidak berkaitan atau terpesong daripada bahan rangsangan.
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU -17- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PANDUAN MEMBINA AYAT


ITEM BAHAGIAN A

A ITEM BAHAGIAN A A

SITUASI AKTIVITI

KATA SIFAT KATA SIFAT KATA KERJA KATA KERJA

Condong Tinggi Bertepuk Belayar

Kemik Merah Menjual Memagari

Hampir Gembira Menunggu Mencabut

Segera Dekat Menagkap Memeriksa

Pahit Pandai Menjual Memilih

Contoh ayat yang mengandungi kata sifat


1. Air sungai itu mengalir dengan deras selepas hujan lebat pagi tadi.
2. Di bandar itu terdapat tiga buah restoran yang menjual makanan segera.
3. Puan Zakiah amat kecewa dengan perangai biadap segelintir anak muridnya itu.
4. Bangunan yang hampir sekali dengan pantai ialah Hotel Primula, Kuala Terengganu.
5. Tiang lampu di simpang tiga itu condong setelah dilanggar oleh kereta petang semalam.

Contoh ayat yang mengandungi kata kerja


1. Shahidan sedang membawa beberapa biji bola ping pong yang berwarna kuning.
2. Pekebun sayur itu menggunakan dawai berduri untuk memagari kebun sayurnya.
3. Selepas selesai menjerang air, emak pula menguli tepung untuk membuat kuih pau.
4. Seorang hakim padang sedang mencatat sesuatu pada buku catatan yang dipegangnya.
5. Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada Azlin atas kejayaan cemerlangnya itu.
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU -18- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI


DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

20 NILAI-NILAI MURNI 20

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (SK & SJK)

AMANAH KEBERANIAN
BAIK HATI KEJUJURAN
BERDIKARI KERAJINAN
BERSIH FIZIKAL & MENTAL KERJASAMA
BERTANGGUNGJAWAB KESEDERHANAAN
HEMAH TINGGI KESYUKURAN
HORMAT-MENGHORMATI PATRIOTISME
KASIH SAYANG RASIONAL
KEADILAN SEMANGAT BERMASYARAKAT
KEBEBASAN TOLONG-MENOLONG

PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI


20 DALAM P&P BAHASA MELAYU 20
KOMPAS 1D2D3 PENULISAN BAHASA MELAYU -19- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

KOMPAS 1D2>3
PENULISAN BAHAGIAN C
MERUMUS ATAU MEMBUAT ULASAN

NILAI-NILAI MURNI & PENGAJARAN


(Daripada Bahan Petikan atau Teks)

PENYERAPAN NILAI-NILAI MURNI


40 DALAM P&P BAHASA MELAYU 40

EMPAT PULUH (40) NILAI MURNI ATAU PENGAJARAN

BIL NILAI-NILAI MURNI / PENGAJARAN BIL NILAI-NILAI MURNI / PENGAJARAN

1. rajin / tekun / gigih 21. bertoleransi


2. jujur / tulus 22. yakin
3. berdikari 23. berhemah tinggi
4. berani 24. patriotik
5. amanah 25. bersatu padu
6. adil 26. baik hati
7. berterima kasih 27. kebebasan
8. berjimat-cermat 28. kebersihan fizikal
9. ikhlas 29. kesederhanaan
10. pemurah 30. rasional
11. bekerjasama 31. bermaruah / harga diri
12. berdisiplin 32. mencintai alam sekitar
13. bertanggungjawab 33. sabar / penyabar
14. bersyukur 34. tabah / cekal
15. patuh undang-undang 35. menghargai masa
16. prihatin 36. menepati masa
17. kasih sayang 37. bersimpati
18. sopan santun / peramah 38. hati-hati / berwaspada
19. hormat-menghormati 39. keazaman / cita-cita tinggi
20. tolong-menolong 40. taat / patuh / akur

Anda mungkin juga menyukai