Anda di halaman 1dari 2

United Flower Exporter S/B

3, Jalan Besar Kuala Terla,


Taman Pinggiran Terla,
39010 Kuala Terla,
Cameron Highlands,
Pahang

Tarikh : 26 September 2019


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Cawangan IPOH
Menara Hasil,
No 128, Jalan Tambun,
Peti Surat 250,
30906 Ipoh , PERAK

Tuan/Puan,
PERMOHONAN RAYUAN UNTUK MUNGURANGKAN PEMBAYARAN
SECARA ANSURAN
1. Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya LEONG YONG JIUN, anak kepada LEONG KOOK
HONG (480810-06-5021) ingin membuat rayuan kepada pihak tuan agar merendahkan kadar bayaran dan
mengizinkan saya sedikit ruang masa untuk membuat bayaran cukai pendapatan dengan No. Cukai
Pendapatan : X/C 5887671-05 G/S yang dikenakan Berjumlah RM46,604.87 yang besar dan
membebankan saya dan keluarga saya.

2. Saya ingin memohon maaf ke atas kegagalan membuat pembayaran ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Hal ini demikian kerana, bapa saya mengalami strok dan tidak mampu bekerja lagi sejak beberapa tahun
yang lepas. Dengan itu, saya perlu menanggung bil perubatannya dan sara hidup keluarga dan tanah
(kebun) yang tinggi.

3. Selain daripada itu, kami juga mengalami hutang lesen pendudukan sementara (LPS) di bawah kaedah tanah
Pahang (KTP) 1992 sebanyak RM11,522.00 dan saya terpaksa menanggung hutang ini sejak bapa saya
mengalami strok. Dengan itu, saya secara tidak sengaja mengabaikan tanggungjawab saya dalam
menjelaskan hutang cukai pendapatan ini.

4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan mengizinkan serta meluluskan
permohonan rayuan saya untuk merendahkan kadar bayaran cukai pendapatan dan membuat bayaran secara
ansuran bulanan.

5. Dengan rasa hormat dan rendah diri saya kepada pihak tertinggi tuan agar rayuan kami dipertimbangkan oleh
pihak tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan hargai untuk
meluluskan permohonan rayuan saya.
Bersama-sama ini saya sertakan bukti surat strok bapa saya daripada doktor untuk rujukan pihak tuan.
Sekian, Terima Kasih.

________________________
Leong Yong Jiun, anak kepada Leong Kook Hong)

Anda mungkin juga menyukai