Anda di halaman 1dari 9

LARAS BAHASA Dua konsep : pengguna - orang yang menggunakan sesuatu bahasa penggunaan - bagaimana sesuatu bahasa itu

itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras berdasarkan situasi dan faktor lain dalam melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah. Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan, contohnya laras bahasa doa, khutbah, upacara, sukan dan sebagainya. Laras dipengaruh oleh: Latar Penutur peserta dan tujuan tatabahasa (contohnya penggunaan ayat aktif dan pasif, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza)

penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman dari bahasa Aab, bahasa Inggeris

Definisi Laras Bahasa Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa digunakan/gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial berlainan merujuk kepada cara penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan. Laras didefinisi sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situsai-situasi yang berlainan - Ure dan Ellis (1977) Laras bahasa dapat ditakrifkan sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi dan boleh berubah-ubah. Halliday(1968) Laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya -Asmah Hj.Omar (1984)

Penggunaan laras bahasa ditentukan oleh dua factor (a) Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa - Situasi luaran berdasarkan latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa - Situasi persekitaran berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa mengikut empat faktor berikut: i. Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. ii. Hubungan social dan peribadi antara pengguna bahasa iii. Bahan yang diperkatakan iv. Fungsi-fungsi social perlakuan bahasa (rasmi/ tidak rasmi)

(b) Ciri-ciri linguistic - unsur-unsur sistem bahasa itu iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta frasa dan ayatnya. - Pemisah utama laras ialah tatabahasa dan perbendaharaan kata Aspek bunyi nada suara (drama ,ucapan dll) Aspek perkataan perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek

Jenis-jenis dan ciri-ciri Laras bahasa Laras Bahasa Biasa - Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang khusus - Tiada istilah teknikal - Struktur ayatnya mudah, ringkas, dan padat - Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja Contoh: Laras untuk majlis akad nikah Laras sewaktu majlis pertunangan - Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan Contoh: Bahasa di pasaran harian Bahasa sewaktu membeli barang di gerai-gerai - Cakap-cakap mulut sahaja disebabkan keperluan untuk berkomunikasi - Kadangkala bahasa dicampuradukkan dengan bahasa penutur yang berlainan ras dan tempat - Adakala digunakan dalam komunikasi dalam kalangan kaum berbeza - Bahasa yang dipermudahkan untuk perhubungan Laras bahasa Perniagaan/iklan - Berbentuk pemberitahuan fakta - Maklumat disampakan dengan ringkas tetapi terperinci - Ayat ringkas dan pendek banyak menggunakan kata adjektif - Bersifat imaginative dan kreatif - Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan-bertujuan untuk memujuk dan mempengaruni pengguna - Cara penyampaian menarik dan mesti - Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa - Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk menyakinkan pengguna. - Iklan dihasilkan dengan beberapa kaedah Slogan Kaedah penyataan Lot banglo untuk dijual

Berkaitan konsep Rosyam Nor dan Power Root Pengisytiharan Viva kereta penjimat masa terhebat Kaedah umpan Hadiah istimewa untuk 100 peserta terawal Mesra - TV9 Dekat di hati Bandingan - Fab mencuci lebih putih Gesaan - Segeralah rebut peluang keemasan ini. Pertanyaan - Pernahkah anda melihat kawasan perairan terhebat? Laras Bahasa Sains dan Teknologi - Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan - Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif - Maklumat yang diberi berdasar kepada kajian dan fakta - Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta - Banyak menggunakan istilah sain dan teknikal - Penggunaan istilah-istilah pinjaman terutama daripada bahasa Inggeri - Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif Laras bahasa Media Massa - Ayat berita dan penyata - Bahasa yang paling mudah diterima dan difahami - Bahasa yang mudah, jelas dan tepat - Ringkas, padat dan bermaklumat - Tidak mementingkan stuktur ayat majmuk - Tidak mementingkan kata hubung, dan unsur tatabahasa seperti imbuhan - Tidak menggunakan istilah teknikal atau khusus dan sukar - Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku - Mengandungi judul dan teks. Laras Bahasa Rencana - bersifat umum - digunakan menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu - mudah difahami - gaya bahasa penulisan menarik yang menjurus kepada tajuk rencana - bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci Laras bahasa Undang-undang - Teks berkaitan dengan perundangan - Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta terbahagi kepada bahagian dan seksyen - Penggunaan istilah-istilah khusus undang-undang dan banyak mengunakan istilah yang dipinjam dalam bahasa Inggeri - Makna kosa yang digunakan berdasarkan interpretasi - Tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kepersisan dan

kejelasan - Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat - Lazimnya menggunakan binaa ayat panjang Laras Bahasa Agama - Membincnagkan isu agama - Penggunaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa Arab - Terdapat petikan al-Quran dan hadis - Struktur ayat yang digunakan banyak dipeangaruni oleh struktur ayat bahasa Arab - Terdapat tamsil ibarat(kias) yang bertujuan memberi pengajaran kepada pembaca Laras Bahasa Sukan - Maklumat berkaitan dengan keciatan sukan - Bahasanya ringkas , bersahaja, dan jelas - Terdapat istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan pemilihan kosa kata yang senang difahami. Laras Bahasa Sastera/Kreatif - Bentuk bahsa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulis - Laras bersifat imaginatif dan figuratif - Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan. Istilah-istilah khusus yang berkaitan dengan sastera - Bahasa yang indah dan puitis Laras Ekonomi - berbentuk ilmiah - Istilah-istilah teknikal dan berkaitan dengan urusan perniagaan dan ekonomi - Tidak terlalu mementingkan struktur ayat - Bersifat formal - Mementingkan sususnan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit - Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik Laras bahasa Akademik - Digunakan dlaam bidang ilmiah - Bersifat formal dan objektif - Gaya bahasa- matang dan keintelektualan(hujah, tepat dan berkesan) - Bersifat khusus dan sukar difahami - Mementingkan kesempurnaan - Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian - Terdapat penggunaan sudut pandangan orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk - Mengandungi nota kaki, bibliografi, indeks dsb. ********************************************************************************

Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan 1. Bidang Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.

2. Perbendaharaan Kata Istilah khusus (penanda laras), antaranya: agihan jualan agensi pemasaran baki debit anggaran kos francais cek palang harga mutlak eksport saham urus niaga kredit komposit Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang ekonomi) untung tempoh hutang tunai susut runcit 3. Tatabahasa Morfologi (kajian terhadap perkataan) Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi katakata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan. Contohnya: Kata Umum Istilah wang kewangan ratus peratus lebih lebihan pasar pasaran pegang pemegang dagang dagangan Akronim Contohnya: EPU Unit Pembangunan Ekonomi EON Edaran Otomobil Nasional

BSN Bank Simpanan Nasional BSKL Bursa Saham Kuala Lumpur Kata Majmuk Contohnya: kos jualan modal tetap harta semasa untung bersih lebih asset sebut harga Sintaksis (kajian terhadap ayat) Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu ayat-ayat yang memberi keterangan tentang sesuatu hal. Contohnya: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu. Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi. Contohnya: Ayat Aktif KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting Ayat Pasif Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang lebih mahal. Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan kelancaran dan kesinambungan wacana. Contohnya: Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual saham mereka. Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan ayat pemeri yang menggunakan kopula adalah dan ialah walaupun unsur ini tidak wajib digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya: 1. Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat. 2. Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta. Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah. 4. Gaya Bahasa Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.

Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa, dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian dengan berkesan. Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.

Faktor Pewujudan Laras Bahasa Halliday (1968) Tajuk wacana (field of discourse) Cara penyampaian wacana (mode of discourse) Gaya wacana (style of discourse)

Ure & Ellis (1977) Cara penyampaian

Bertulis, lisan, bahasa isyarat Perhubungan sosial dan peribadi

Hubungan peribadi, hubungan tidak pasti (penulis&pembaca) Bahan yang diperkatakan Fungsi sosial bahasa

Upacara nikah kahwin, pidato politikMsybbm3301

Ciri-ciri Laras Bahasa Melayu Aspek-aspek linguistik Perbendaharaan kata Istilah baru Kata umum menjadi istilah Kata-kata yang tepat dan berkesan Tatabahasa

Jenis ayat Susunan ayat Kegramatisan ayat Aspek non bahasa Fitur paralinguistik Intonasi, mimik muka, gestur, postur Motif berbahasa Penyebaran maklumat Menarik perhatian Memujuk

Anda mungkin juga menyukai