Anda di halaman 1dari 5

FRIDAY, NOVEMBER 7, 2008

Apa itu kata Singkatan dan Akronim?


Salah satu daripada aspek morfologi bahasa Melayu adalah bentuk perkataan yang terdiri
daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Kata tunggal ialah kata
yang tidak mempunyai apitan, imbuhan dan gandaan tetapi hanya terdiri daripada kata
dasar. Menurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:51) secara umumnya akronim tergolong
dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar, iaitu bentuk yang tidak
menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terdiri daripada beberapa
bahagian antaranya kata akronim. Kata akronim adalah kata yang hampir menyerupai kata
singkatan.

Tetapi

berbeza

dari

segi

proses

pengujaran

dan

penulisannya.

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) akronim ialah kata singkatan
yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal
dan suku kata daripada satu rangkaian dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Sungguhpun akronim berasal daripada beberapa perkataan tetapi telah menjadi satu kata
yang utuh dan mantap yang mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri. Akronim
melibatkan
membentuk

percantuman
satu

bahagian-bahagian

perkataan

baru

daripada

beberapa

(Tatabahasa

perkataan

Dewan,

untuk

1993:52).

Secara umumnya akronim boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kata yang dipendekkan
dengan menggabungkan atau mencantumkan beberapa huruf yang terdapat pada
perkataan tersebut. Akronim bertujuan untuk memudahkan penutur semasa mengujarkan
perkataan yang panjang sepeti nama pertubuhan sesuatu badan atau organisasi dan
perkataan tersebut dapat memberikan makna dan difahami oleh khalayak. Akronim juga
dilafazkan dengan mengikut suku kata setelah perkataan tersebut diakronimkan.
Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) menyatakan akronim ini boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan. Permulaan huruf yang diambil hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf
besar. Contohnya, Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) dan Angkatan Belia Islam
Malaysia

(ABIM)

Jenis akronim yang kedua adalah gabungan huruf awal sesuatu perkataan atau suku kata
pertama perkataan tersebut yang ditulis dengan menggunakan huruf kecil keseluruhannya.
Contohnya, taman bimbingan kanak-kanak(tabika) dan cerita pendek(cerpen). Jenis
akronim yang ketiga adalah gabungan huruf awal atau suku kata sesuatu perkataan dan

berfungsi sebagai satu kata nama khas. Kata nama khas ini ditulis bermula dengan huruf
besar . Contohnya, Berita Nasional Malaysia (Bernama),Perbadanan Nasional (Pernas) dan
Institut

Tadbiran

Awam

Negara

(Intan)

Menurut Asmah Haji Omar (1986:24) akronim terbahagi kepada tiga iaitu menggabungkan
suku kata pertama dan suku kata kedua unsur. Gabungan antara kedua-dua suku kata ini
dapat membentuk satu perkataan yang mempunyai makna. Contohnya, habis kikis
diakronimkan

menjadi

hakis

dan

asap

kabut

diakronimkan

menjadi

asbut.

Jenis akronim yang kedua adalah dengan menggabungkan unsur-unsur dengan cara
memendekkan

unsur

pertama

dan

mengekalkan

huruf

perkataan

kedua

tanpa

membuangnya.
Jenis akronim yang ketiga adalah gabungan kata depan dengan memendekkan unsur
kedua

pada

bahagian

awalnya.

Asmah Haji Omar menyatakan proses akronim boleh dilakukan bergantung kepada
kesesuaian dan kesedapan bunyi ayat tersebut. Walau bagaimanapun, konsep yang
dinyatakan oleh Asmah Haji Omar adalah salah dari aspek makna perkataan tersebut.
Perubahan makna ini boleh menyebabkan kekeliruan. Contohnya perkataan ke masa kini
diakronimkan menjadi kemaskini yang dapat dilihat pada muka surat tiga. Perkataan ke
masa kini membawa maksud pada hari tersebut atau hari ini manakala kemaskini pula
membawa maksud semak semula atau rekod semula. Walaupun mengalami proses
akronim, tetapi maksud perkataan tersebut telah mengalami perubahan dan menimbulkan
kekeliruan yang menjadi permasalahan dalam proses akronim jika menggunakan konsep
Asmah

Haji

Omar.

Menurut Mansoer Pateda (1995:168) singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur
mewujudkan satu bentuk kata. Walaupun kata singkatan hampir menyerupai kata akronim,
tetapi ia mempunyai banyak perbezaannya. Perlulah diingatkan bahawa akronim berbeza
daripada singkatan. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan
manakala akronim adalah gabungan perkataan. Proses singkatan tidak melibatkan
gabungan.
Sekiranya diperhatikan secara mendalam dan terperinci, kata singkatan ini kebanyakannya
dipengaruhi oleh masyarakat dalam penggunaannya untuk berkomunikasi. Setiap perkataan
yang disingkatan haruslah difahami oleh khalayak umum supaya mesej yang ingin
disampaikan dapat difahami. Kata singkatan ini adalah proses pembuangan huruf dalam
beberapa

perkataan

dan

diujarkan

secara

satu

persatu

mengikut

ejaan

huruf.

Kata singkatan sebenarnya melibatkan pembuangan huruf yang terdapat dalam beberapa
perkataan. Singkatan terbahagi kepada beberapa jenis yang melibatkan pembuangan huruf
antaranya adalah singkatan perkataan yang melibatkan enam perkataan seperti bilangan
disingkatkan menjadi bil, dan perkataan yang tidak boleh disingkatkan sehingga satu huruf
dan telah utuh dalam penggunaannya seperti perkataan halaman disingkatkan menjadi h.
Walau bagaimanapun, kata singkatan ini sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kata
singkatan kerana kata-kata yang telah disingkatkan ini lebih kepada bentuk tulisan. Katakata ini ditulis dalam penulisan novel, majalah, komik dan sebagainya untuk menjimatkan
ruang

dan

masa.

Kata akronim dan kata singkatan mempunyai banyak perbezaannya. Perbezaan yang paling
ketara adalah cara pengujarannya. Akronim diujar berdasarkan suku kata atau disebut
dalam satu atau lebih ujaran. Tetapi kata singkatan diujarkan berdasarkan huruf dan
diujarkan secara satu persatu seperti PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) tidak
diujarkan sekali gus tetapi disebut satu persatu berdasarkan huruf pertama setiap
perkataan. Walau bagaimanapun, kata akronim dan kata singkatan ini mempunyai
persamaan antaranya mempunyai persamaan dari segi gabungan dan percantuman huruf
pertama dalam perkataan. Percantuman dan gabungan berlaku semasa proses akronim
dilakukan bukan hanya melibatkan satu huruf yang pertama sahaja malah melibatkan
gabungan suku kata dan huruf. Oleh itu, pelbagai konsep dan penggunaan kata akronim
dan

singkatan

diutarakan

oleh

ahli

pakar

bahasa.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dilakukan, didapati bahawa kata akronim
sebenarnya tidak menyerupai kata singkatan. Kata akronim adalah tergolong dalam kata
tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal. Oleh itu, sudah jelas
kata akronim dan kata singkatan adalah berbeza. Selain itu, apabila sesuatu perkataan
diakronimkan dan hasil perkataan tersebut adalah mudah untuk diujarakan manakala kata
singkatan adalah perkataan yang telah disingkatakan dan sukar untuk diujarkan (Mansoer
Pateda,1995:168). Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007) akronim harus dibezakan
daripada singkatan. Persamaan antara kedua-duanya ialah kedua-duanya melibatkan
gabungan

atau

cantuman

huruf

pertama

dalam

beberapa

perkataan.

Nik Safiah Karim et al. (2005:171) menyatakan akronim jenis kedua adalah gabungan huruf
awal sesuatu perkataan atau awalan suku kata perkataan tersebut yang ditulis dengan
menggunakan huruf kecil keseluruhannya dengan memberikan contoh cerpen sebagai
akronim jenis kedua. Berdasarkan definisi yang dinyatakan, jenis akronim yang kedua

menyatakan gabungan awal suku kata setiap perkataan. Walau bagaimanapun, dalam
contoh yang diberikan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Cerpen sebenarnya
berasal dari perkataan cerita pendek. Oleh itu, perkataan sebenar yang diakronimkan
mengikut peraturan jenis kedua ini adalah cepen dan bukannya cerpen. Hasil daripada awal
suku kata pertama setiap perkataan yang diakronimkan. Sepatutnya, jenis perkataan ini
diasingkan dan diberi nama atau jenis baru iaitu pengekalan tiga huruf pertama dan suku
kata

bagi

perkataan

kedua.

Perkataan cerpen adalah mengikut konsep jenis kedua Asmah Haji Omar iaitu pemendekan
kata akronim tidak ditentukan oleh kriterium tetapi bergantung kepada kesesuaian atau
kesedapan ayat tersebut. Jika cerita pendek diakronimkan menjadi cepen mengikut konsep
dalam Tatabahasa Dewan, ianya tidak menimbulkan keserasian atau kesesuaian dalam
ayat. Malah, ianya akan menyukarkan penutur untuk menutur perkataan tersebut. Oleh itu,
konsep yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan adalah saling berkaitan dengan konsep
Asmah

Haji

Omar.

Jenis akronim yang pertama juga sama dengan jenis akronim yang kedua, tetapi bezanya
jenis ini berfungsi sebagai kata nama khas dan ditulis bermula dengan huruf besar.
Perkataan Universiti Pendidikan Sultan Idris apabila diakronimkan akan menjadi UPSI.
Walau bagaimanapun, pengambilan suku kata pertama bagi setiap perkataan tidak
mematuhi peraturan jenis pertama dalam Tatabahasa Dewan iaitu gabungan huruf awal
yang disingkatkan. Jika kata nama khas tersebut mematuhi peraturan jenis pertama, hasil
daripada

proses

akronim

adalah

upensulid.

Kata singkatan yang dinyatakan oleh kebanyakan buku adalah dalam bentuk penulisan dan
bukan dalam bentuk singkatan yang diselaraskan. Kata singkatan adalah perkataan yang
disingkatkan dan sukar untuk diujarkan seperti perkataan JBA dan b.p. Terdapat kekeliruan
contohnya dalam Sulaiman Masri et al. (2006:156), menyatakan mindef dan bernas adalah
kata singkatan yang berasal daripada perkataan ministry of defence dan Beras Nasional.
Menurut Mansoer Pateda (1995:168), perkataan singkatan yang telah disingkatkan adalah
sukar untuk diujarkan. Oleh itu, kata singkatan ini adalah salah dari segi hukum
penyingkatan. Perkataan Mindef dan Bernas sepatutnya tergolong dalam kata akronim dan
bukannya dalam kata singkatan. Bernas adalah perkataan yang diujarkan tanpa
menyukarkan penuturnya menutur perkataan tersebut. Oleh itu, kata singkatan adalah kata
yang terdiri daripada beberapa huruf dan diujar satu persatu tanpa membentuk suku kata
contohnya

Barisan

Nasional

disingkatan

menjadi

BN.

Secara ringkasnya, singkatan atau kependekan ini digunakan untuk mengenal bentuk yang
diringkaskan. Bentuk yang diringkaskan haruslah difahami oleh khalayak supaya mesej
yang ingin disampaikan dapat difahami. Penggunaan kata singkatan dalam teks atau apaapa artikel contohnya seperti akhbar dan novel adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang.
Selain daripada itu juga kata singkatan berfungsi untuk mengeratkan hubungan sosial dalam
kalangan masyarakat. Penggunaan kata singkatan jelas dapat dilihat dalam penulisan novel
atau skrip drama yang menggunakan bahasa harian untuk menggambarkan emosi,
suasana,

tempat

dan

watak

seseorang

pelakon.

Kata akronim pula terbentuk daripada huruf-huruf yang terdapat dalam pekataan yang ingin
diakronimkan

mengikut

peraturan-peraturan

yang

ditetapkan

oleh

pakar

bahasa.

Ringkasnya, akronim berbeza dengan singkatan dari dua aspek iaitu akronim adalah
komponen kata tunggal manakala kata singkatan tidak. Kedua adalah perkataan yang telah
diakronimkan mudah untuk diujarkan seperti tabika dan kugiran manakala kata singkatan
sukar untuk diujarkan walaupun telah mengalami proses pemendekkan contohnya UKM dan
KL.
Hasil daripada penelitian, dapat disimpulakan bahawa kata singkatan dan kata akronim
adalah berbeza. Perbezaan pendapat atau konsep yang diutarakan oleh pelbagai ahli
bahasa sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan saling berkaitan anatara satu sama
lain. Walau bagaimanapun, ada kesilapan atau kekeliruan apabila menggunakan konsep
yang diutarakan oleh ahli pakar bahasa ini tetapi masih berakar umbi pada punca yang
sama. Kedua-dua kata ini masih melibatkan pemendekan, gabungan, pembuangan dan
percantuman huruf dalam beberapa perkataan.
O L E H A S R U L @ AB G AL O H A PAD A 1 2 : 4 8 : 0 0 AM

Anda mungkin juga menyukai