Anda di halaman 1dari 67

BML 3103 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

Teori Yunan
Teori Nusantara

dari luar nusantara, bangsa melayu berasal dari luar Kepulauan Melayu Hendrick Kern & RH Geldern

tidak datang dari mana mana, sebaliknya telah mendiami nusantara sejak sekian lama John Crawford & PW Schmidt

TEORI ASAL USUL BANGSA

SUSUR GALUR B. MELAYU

Nik Safiah Karim ~bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasabahasa Golongan Sumatera bersamasama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Austrik/Austris

Astroasia

Tibet-China

Austronesia Nusantara

Melanesia
Sumatera Filipina Jawa Kalimantan Bali-sasak

Mikronesia

Polinesia

Acheh Batak Minangkabau Lampung Nias Melayu

BAHASA MELAYU PURBA

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA ABAD KE-19 & 20 BAHASA MELAYU MODEN

PERKEMBANGAN B.MELAYU

Bahasa Melayu Purba

Harry Judge (1991),bahasa Melayu purba ialah bahasa yang wujud pada zaman prasejarah dan tiada bukti sejarah pada masa itu.
Namun terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam (Amat Jauhari Moain, 1998:93).

Bahasa Melayu purba ~ BM terawal utk berkomunikasi bg Melayu Deutro(Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2004:9). Tulisan asal ~ aksara Rencong (lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi), yg banyak ditulis pada daun dan kulit kayu.

Bahasa Melayu Kuno berkembang di Nusantara pada abad ke-7M hingga abad ke-13M. Kuasa kerajaan yang paling berpengaruh pada masa tersebut adalah kerajaan Sriwijaya dan bahasa Melayu dipercayai telah menjadi bahasa pengantar kerajaan tersebut.

Bahasa Melayu Kuno

Dua bahasa utama di kepulauan Melayu, bahasa Jawa kuno dan bahasa Melayu kuno.
Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa Sanskrit telah menyaingi bahasa Jawa yang pada peringkat awalnya menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu. Sifat bahasa Jawa pula begitu kompleks dan bertata tingkat menyebabkan lamakelamaan bahasa Jawa semakin tersisih.

Perkataan Sanskrit berasal dari perkataan 'Samskrtabhasa' yang bermaksud 'bahasa yang sempurna'.

Bukti bertulis yang tertua terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat), iaitu: (a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka (683M). (b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka (684 M). (c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka (686 M). (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka (692 M).

Bukti Bertulis BM Kuno

Svasti sri sakavarsatita 605 ekadasi suklapaksa vulan vaisakha daputa hyang nayik di samvau mangalap siddhayarta di saptami suklapaksa vulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minana Tamvar mamava yang vala dua laksa ko dua ratus cara di samvau dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna datang matada (nau) sukhacitta di pancami suklapaksa vulan asada laghu mudita datang marvuat vanuasrivijaya jaya siddhayatra subhika

Terjemahan dlm. BM:


Selamat dan bahagia, pada tahun saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan waisaka, baginda naik perahu mencari kuasa sakti. Pada hari ketujuh bulan terang bulan jyesta baginda berlepas dari muara tamwan membawa askar dualaksa banyaknya ( dua puluh ribu) dua ratus menaiki perahu dan seribu tiga ratus dua belas bulan terang, bulan asada dengan lega datang, membuat negeri Srivijaya, yang bahagia, yang berjaya, yang makmur (Noriah Mohamed, 1999:50).

(a) Terdapat kata-kata Melayu asli seperti:


pinam = pinang vuluh = buluh huma = huma ini = ini di sana = di sana haur = aur niyur = nyiur jahat = jahat di sini = di sini

(b Kata-kata daripada bahasa Sanskrit seperti:


Sakawarsa Siddha drohaka Bhakti mantra prayoga
= = = = bermem didiper

(c) Terdapat awalan-awalan seperti:


marmamniniparkasa-

= se-

= ke-

CIRI-CIRI BM KUNO

(d) Terdapat akhiran-akhiran seperti:


-i=-i - an = an - na = -nya

(e) Terdapat imbuhan apitan seperti:


marjjahati = mar- jahat- i manujari = maN- ujar- I niujari = ni- ujar- i kadatuan = ka- datu- an

(f) Terdapat awalan yang tidak dipakai lagi pada masa kini seperti: Maka + gila = makagila Maka + lanit = makalanit

(g) Terdapat fonem-fonem Melayu seperti s, d, t, a, r, k, y, e, p, l, j, m, n, h, g, l, o, u, w (h) Terdapat fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti dh, th, v.
(i) Bunyi dan tulisan b diganti dengan bunyi dan tulisan w. Misalnya wulan (bulan), dan wanyak (banyak).

(j) Tidak terdapat bunyi e pepet. Bunyi ini dihilangkan atau diganti dengan vokal a. Misalnya dgan atau dangan bagi perkataan dengan.

(k) Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Kosa Kata Bm Kuno


BM KUNO Huruf w menjadi b wuat wunuh wanum watu dangan tathapi marwangun lapas marpalas marwuat bhumi dhuka sukhacitta Wuatna vanakna BM MODEN buat bunuh bangun Batu dengan tetapi mambangun lepas berlepas berbuat bumi Tua sukacita Buatnya banyaknya

Tiada vokal e, diganti dengan a

Awalan mar- menjadi berGugus konsonan bh, ph, kh dan th -na menjadi -nya

Zaman praklasik dianggarkan bermula pada kurun ke-13 & ke-14, iaitu zaman peralihan pengaruh Hindu-Arab.

Asmah Hj Omar (1988:392):


...zaman masyarakat Melayu yang sudah mengenal huruf ... Kegiatan penulisan/perakaman dalam bentuk tulisan telah bertanggungjawab dalam menstabilkan sebutan bahasa dan sebutan ini menjadi tolok (model) bagi masyarakat penutur pada amnya.

Bahasa Melayu Pra-klasik

Bukti Bertulis BM Pra-klasik

Batu bersurat Pagar Ruyung, Minangkabau (1356M) Batu nisan Minye Tujuh, Aceh (1350M)

Batu nisan Malik al-Saleh (1297M)


Batu Bersurat Kuala Berang Terengganu (1303-1397M))

Batu Bersurat Kuala Berang

Bahasa Melayu yang telah mantap dari segi aksara (ejaan) kerana
orang Melayu pada waktu itu dipercayai telah mempunyai tradisi budaya keilmuan yang tinggi.

Kadar celik huruf pada waktu itu agak tinggi dan mereka telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu klasik telah tersebar dengan meluas pada zaman kegemilangan Melaka:
B.Melayu menjadi Lingua Franca, bahasa Melayu klasik juga juga menjadi bahasa ilmu.
untuk menyampaikan ajaran Islam, sama ada menerusi lisan mahupun tulisan. Istana menjadi institusi penting ~ tempat berkumpul para cendekiawan serta pujangga. buku2 tentang kesusasteraan, keagamaan di samping menjadi juru bicara dan juru tulis rasmi pihak istana.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka:


Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dihasilkan pd pemerintahan sultan Mahmud Shah (14881511M); Teks Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut.

Karya kesusasteraan paling awal, manuskrip BM tertua dlm bentuk buku~ Aqaid al Nasafi (1509M)

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit~ bahasa yang digunakan meleret-leret.

Misalnya,Adalah seorang saudagar di negeri istanbul: maka ia pergi belayar. Hatta, beberapa lamanya sudah ia pergi itu, maka peninggalannya isteri saudagar pun bermukahlah dengan kalandar. Sebermula, adapun akan saudagar itu ada ia menaruh seekor burung bayan. (Hikayat Bayan Budiman)

Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang. Struktur ayat pasif ini terdiri daripada awalan di atau ter-.

Contoh Syahadan dengan berkat Bismillah, ditikam raja akan Ferhad seperti menikam air juga adanya, suatu pun tiadakan akan kenakan dirinya. Maka raja pun terlalu akan hairannya dengan dukacita, maka disuruh oleh raja masuk penjara(Hikayat Khoja Maimun)

CIRI-CIRI BM KLASIK

Menggunakan kosa kata klasik seperti


ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti


sebermula, alkisah, hatta, adapun, arakian setelah sudah dan sebagainya. Contoh "Hatta beberapa lama Sultan Malikul Tahir dalam negeri Pasai itu, maka dianugerahkan Allah taala akan baginda anak dua orang lakilaki, yang tua bernama Sultan Malikul Mahmud dan yang muda bernama Sultan Malikul Mansur.(Russell Jones, 1997: 20).

Banyak menggunakan partikel pun dan lah.


Misalnya: " Adapun akan Tun Manda, telah besarlah, berumah sendirinya. Maka oleh Pateh Adam diemasinya segala penunggu pintu Seri Nara Diraja,katanya pada penunggu pintu itu, 'Berilah aku masuk dengan empat puluh orang perai ini juga.'(Sejarah Melayu,1975:205)

Terdapat bentuk perulangan kata tunjuk (itu, sana), kata penegas (-lah,-nya) dan kata hubung (dan, yang, atau) yang ketara. Ini disebabkan laras lisan digunakan oleh penulisnya. Menggunakan aksara Jawi,
iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan seperti merupakan ciptaan orang Melayu yang hanya didapati dalam bahasa Melayu dan tidak dijumpai di huruf Arab yang sejatinya.

pinjaman pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa
seperti dalam bidang ilmu keagamaan, undangundang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

Frasa dan ayat pengaruh bahasa Arab

terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL) maka kemudian daripada itu (dari Amma badu) Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam

wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain.

ZAMAN KEDATANGAN ORANG EROPAH


zaman pramoden atau zaman peralihan; abad 19-20

Matlamat kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara sama ada orang Sepanyol, Portugis, Belanda mahupun Inggeris dipengaruhi oleh faktor memburu kekayaan, kekuasaan dan penyebaran agama Kristian.

Pengekalan Warisan Melalui Bahasa Melayu

Pigafeta, de Houtman, CH Thomsen & William Marsden hasilkan daftar kata dan kamus dari orang Eropah - menyumbang perkembangan bahasa Melayu surat surat dagang dan pentadbiran dari raja melayu dan orang eropah sebagai bukti bahasa melayu bahasa rasmi ketika itu

Pengekalan Warisan Melalui Bahasa Melayu

Bahasa Melayu utk urusan rasmi di NNMB dan NNMTB. Pegawai-pegawai Inggeris (sblm Perang Dunia ke-2) dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dlm. peperiksaan BM sebelum disahkan dalam jawatan.

ZAMAN INGGERIS DI TANAH MELAYU

Perkamusan & Tatabahasa


Augustine Spalding (1624)~ kamus Melayu-Inggeris. Thomas Bowrey (1701)~ Kamus Malayo-English & English-Malayo. John Crawford (1852)~ A Grammar and Dictionary of Malay Language Pierre Favre (1875) ~ Kamus Melayu-Perancis (MalayFrench Dictionary); 1876, Tatabahasa Melayu (Malay Grammar) & 1880 Kamus Perancis-Melayu (French-Malay Dictionary). 1895, R.J. Wilkinson ~ kamus Inggeris-Melayu; 1902, A Malay-English Dictionary bhg. I, II & III R.O Winstedt ~ kamus An English-Malay Dictionary (Rumi)(1922); Dictionary of Colloquial Malay(1939); An Unabriged English-Malay Dictionary (1958); & kemuncak sumbangannya adalah Kamus bahasa Melayu (1960).

Sumbangan pegawai Inggeris

Sheikh Nuruddin Al-Raniri ~ Sirat Al-Mustaqim (kitab fiqah Melayu terawal); Bustan Al-Salatin; dll. Shamsuddin Al-Sumaterani~ Syarah RubaI Hamzah Fansuri, Tanbihut- Tidlah & Anwarud-Daqiq. Abdul Rauf Singkel ~ terjemahan kitab Tafsir AlQuran Al- Baidawi, Kifayatul- Muhtajin, Mirat AlTullab, Hujjatul Balighah, Syamsul- Marifah, Umdat Al- Muhtajin, Mamuul Masail dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan Gurindam dua belas dan syair sufi seperti Syair Perahu.

Sumbangan Tokoh Acheh

Sultan Abu Bakar Johor (1862-1895); Hukum Kanun Johor (66 fasal); Teks Prosa ~ Hikayat Negeri Johor, Sejarah Peringatan Negeri Johor, & Salasilah Melayu dan Bugis; Puisi ~ Syair Perang Johor Pegawai-pegawai pentadbir Johor; (1888) Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak ~ Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru

Sumbangan Johor -Riau

Syair Singapura Terbakar (1830). Kisah Pelayaran Abdullah (1838). Hikayat Abdullah (1849). Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jeddah (1854). Dewa ul-Khulub (1883). Majalah Bustan Arifin

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (Abdullah Munsyi)

Raja Ali Haji Ibni Raja Haji Ahmad (Raja Ali Haji)

Bustanul-Katibin LissubyanilMutaalimi~ terjemahan BM: Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi KanakKanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia (1857). Kitab Pengetahuan Bahasa (1858. Kitab Silasilah Melayu dan Bugis dan sekalian Raja-Rajanya. Taufatul Nafis terjemahan BM ~ Hadiah yang Bernilai. Syair dan Pantun : Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman

Zaman SITC/MPSI dan Pejabat karang Mengarang (1922-1941) Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945) Zaman sebelum merdeka (1945-1956) Zaman selepas Merdeka (1957 hingga kini)

ZAMAN SEBELUM/SELEPAS MERDEKA

(a) Pelita Bahasa Melayu ( 3 Jilid:tatabahasa) (b) Ilmu Mengarang Melayu (penulisan) (c) Ilmu Hayat (tentang Biologi) (d) Kitab Hisab (Matematik) (e) Kitab Latihan Tubuh (Pendidikan Jasmani) (f) Sejarah Alam Melayu (5 penggal: Sejarah Alam Melayu) (g) Ilmu Alam (Geografi) (h) Pekerjaan Tangan (Pertukangan)

Zaman SITC/MPSI dan Pejabat Karang Mengarang

Bahasa Jepun ~bahasa rasmi gantikan bahasa Inggeris.


bahasa Melayu masih digunakan di Sekolah-sekolah Melayu tetapi bahasa Jepun mesti dipelajari.

Akhbar dan majalah ada yang diterbitkan sebelum ini banyak yang ditutup kecuali Penang Shimbun, Matahari Memancar, Berita Malai, Fajar Asia, dan Semangat Asia.
Sistem ejaan rumi baharu ~ Sistem Ejaan Fajar Asia (digunapakai oleh akhbar Fajar Asia).

Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945)

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu: kedudukan BM

(a) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal bagi Malaya merdeka.
(b) Penubuhan maktab perguruan untuk pengajaran bahasa Melayu bagi murid-murid bukan Melayu. (c) Balai Pustaka di Kementerian Pendidikan hendaklah dinaikkan taraf ke Dewan Bahasa dan Pustaka. (d) Bahasa Melayu hendaklah diberikan nilai ekonomi, dan menjadi mata pelajaran wajib bagi semua peperiksaan awam. (e) Pembukaan sekolah-sekolah menengah Melayu dan penubuhan universiti-universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Zaman sebelum merdeka (1945-1956)

1956, Laporan Razak:


(a) Semua institusi pendidikan diletakkan di bawah dasar kebangsaan. hendaklah pelajaran

(b) Di peringkat sekolah rendah, sekolahsekolah hendaklah dibahagi kepada empat aliran, iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. (c) Di peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi hanya ada dua aliran sahaja, iaitu Inggeris dan Melayu.

1960, Penyata Pelajaran Rahman Talib:


sekolah rendah dikurangkan menjadi tiga aliran sahaja, iaitu dengan menghapuskan aliran Inggeris.
aliran kebangsaan bagi sekolah menengah dan pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sahaja. aliran Inggeris ditiadakan tetapi bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran dikekalkan dan dijadikan bahasa kedua terpenting di semua peringkat pengajian.

Zaman Merdeka (1957 hingga kini)

1970, Gabungan Persatuan-persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena):

Matlamat untuk terus memperjuang dan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dengan menyatupadukan semua penulis yang menggunakan bahasa kebangsaan & membuka luas ruang untuk para penulis muda bagi meningkatkan bakat-bakat mereka.
Hari Sastera, Hari Puisi Nasional, Simposium Dunia Melayu, Seminar Dunia Melayu, Kongres Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu-Indonesia, Kongres Cendekiawan Melayu dsb. Kerjasama kebahasaan dalam Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) dan kemudian kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-IndonesiaMalaysia (MABBIM).

Bahasa Melayu Moden

a. Tahap pertama: Proses Pemupukan Bahasa


Tahap ini bermula pada tahun 50-an iaitu tahap memperkenalkan bahasa Melayu kepada semua golongan masyarakat.

Kegiatan utama kebahasaan yang dilakukan pada masa itu adalah dalam bentuk kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Mereka menggunakan slogan Bahasa Jiwa Bangsa untuk membakar semangat kecintaan tehadap bahasa Melayu oleh semua kaum, baik bumiputera mahu pun bukan bumiputera.

b. Tahap kedua: Pembinaan Bahasa


Tahap ini bermula pada tahun-tahun 1970-an.

Fokus utama pembinaan bahasa Melayu pada tahap ini melibatkan beberapa aspek iaitu ejaan, tatabahasa, peristilahan dan perkamusan.
Dari segi ejaan pula, sistem ejaan yang sedia ada diseragamkan dengan negara Indonesia untuk mempermudah jalinan kerjasama yang erat antara penutur kedua-dua negara yang mempunyai induk bahasa yang sama.

c. Tahap ketiga: Pemantapan Bahasa


Bahasa Melayu bukan sahaja dipastikan betul dari segi penggunaannya tetapi juga mestilah cekap, berkesan dan indah. Untuk mencapai hakikat ini dua aspek yang dipentingkan ialah kecendekiaan dan kesempurnaan bahasa.
Kecendekiaan bahasa ~keupayaan bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Penggunaan gaya dan laras. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud ciri bahasa yang tepat, berkesan dan sesuai dengan tugas dan konteks penggunaannya. Kesempurnaan bahasa dapat dilihat daripada kestabilan, kelenturan, kepelbagaian keberkesanan, dan keindahan bahasa.

Aksara Rencong

Aksara Kawi, Palavi dan Rencong Aksara Jawi Aksara Rumi

PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Laporan Barnes 1950 Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956 Laporan Rahman Talib (1960) Akta Pelajaran 1961 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

PENGEKALAN WARISAN BAHASA MELAYU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN.

bahasa melayu - bahasa mudah merima dan suaikan sifat dan bentuknya dalam pelbagai aspek tulisan rencong - oleh orang melayu berpandukan alama sekitar spt ranting kayu, akar, rotan dan sungai sifat - sedarhana, mudah menerima bahasa sanskrit, menyaingi bahasa jawa bahasa melayu moden pada abad ke 19, masih ada tulisan jawi

PERKEMBANGAN BAHASA & PERSURATAN MELAYU

abad ke 20, tulisan rumi take over ciri ciri - merangkumi aspek kosa kata, tulisan, ayat dan gaya bahasa pelbagai laras bahasa wujud - laras undang undang, ekonomi, teknologi maklumat, sains DLL pemupukan bahasa dilakukan untuk memodenkan bahasa

Maktab Pergurusan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim adalah pejabat karang mengarang - menerbitkan sebanyak mungkin buku buku bacaan umum PKM - penerbitan Malay Home Library Series, sumbangan perkembangan kesusasteraan melayu

PERTUBUHAN BAHASA & PERSURATAN MELAYU

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) - Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak & Dato Muhammad Ibrahim Munsyi, 1988
mengendalikan perbincangan tentang bahasa melayu wujudkan sebuah kutub khanah sbg pusat sumber pengenai persoalan bahasa melayu dan bahasa inggeris memperluaskan dan mempertinggikan mutu kesusasteraan melindungi hak hak ahli dan juga pengarang mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh karya sastera lama.

ASAS 50 -

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 23.10.1970


menyatukan semua persatuan penulis mempertahankan dan memperjuangkan hak penulis memberikan sumbangan moral dan material kepada penulis menyatupadukan semua rakyat menerusi bahasa

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya seluruh negara. 7 kali kongres telah dibuat
mengupas setiap isu mengemukakan resolusi untuk pertimbangan dan tindakan pihak berkuasa terhadap bahasa

DBP 1956 membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang memperkembangkan bakat sastera menerbitkan pelbagai bahan membakukan ejaan dan sebutan dalam membentuk istilah menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu membina dan mengembangkan bahasa melayu dan kesusasteraan peringkat serantau dan antarabangsa

MABBIM dan MABM

Sheikh Daud Abdullah - hasilkan buku Fur u'al - m asa'il tahun 1838M. terjemahan dari arab. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854M) / Abdullah Munsyi asal Melaka lama di Singapura mengajar orang Inggeris bahasa melayu seperti Sir Stamford Raffles, Paderi Thomsen, Paderi Milne, Paderi Keasberry, Crawford DLL. Banyak karya telah dihasilkan spt :
syair singapura terbakar kisah pelayaran abdullah hikayat abdullah kisah pelayaran abdullah ke jeddah dewa ul-khulub majalah bustan arifin

TOKOH BAHASA & PERSURATAN MELAYU

Raja Ali (1809-1870) - seorang ulama dan sasterawan melayu. Mempunyai latar belakang pendidikan arab, masih kekalkan unsur bahasa melayu klasik dipengaruhi perkataan arab dan strukturnya. Antara karya :
bustanul-katibin lissubyanil-muta'alimi / Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak ang Hendak Menuntuk Belajar Akan Dia Kitab Pengetahuan Bahasa kitab silasilah melayu dan bugis dan sekalian raja-rajanya taufatul nafis / hadiah yang bernilai syair dan pantun
syair syair syair syair syair jatuhnya negeri johor gurindam 12 taman pertama abdul muluk hukum nikah

karya undang undang

tamaral al muhamed ahlil mahkamah

persuratan melayu tersebar - tahap awal / klasik dan taham perkembangan kesusasteraan moden Abdullah munsyi - perkenal bidang percetakan dan penerbitan buku bahasa melayu bahasa utama atau pengantar untuk semua urusan di melaka spt berdagang dan pentadbiran penjajah barat juga turut menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dan pemerintahan atau bahasa politik bahasa melayu digunakan menjadi bahasa lingua franca dan penyebaran ilmu tokoh bahasa - zaba, asmah hj. omar, nik nafiah karim

asas kebudayaan melayu - melalui kewujudan masyarakat pribumi di sekitar Selat Melaka dan alam nusantara. wujud unsur unsur luar dalam melayu - setelah asas budaya dibina oleh peradaban dan agama islam budaya luar bertembung dengan budaya melayu seperti hindu, jawa dan pengaruh barat ADAT - peraturan dan cara hidup. gambaran perbuatan yang dilakukan setiap hari sebagai anggota dalam masyarakat - harus dipengaruhi nilai nilai sosial, pemupukan nilai untuk hidup dalam bermasyarakat. tanggapan orang luar - kesan cara hidup dan berfikir kelompok secara kebetulan ditandai oleh sempadan geografi dasar kebudayaan kebangsaan asas perpaduan pembentukan jati diri dan masyarakat malaysia berlandaskan unsur unsur dan 3 prinsip oleh kerajaan iaitu

berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal serantau unsur unsur kebudayaan lain yang sesuai Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

Asas Kebudayaan Kebangsaan

konsep budaya - cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat asas kebudayaan melayu - unsur budaya bergerak, tersebar dari satu budaya ke satu budaya lain dengan berbagai cara dan jalinan . saling berkait dengan unsur budaya lain sebagai satu budaya yang kompleks kebudayaan dan adat ahli masyarakat malaysia berbeza tetapi mempunyai asas yang sama - membentuk jati diri individu ke arah yang lebih baik.

Konsep & teori Kebudayaan

2 bahagian warisan persuratan melayu


meliputi sejarah dan perkembangan puisi dan prosa melayu dari zaman klasik hingga persuratan moden dan baru peribahasa, pantun, mantera, teromba, gurindam,

warisan kesenian dan kebudayaan melayu muzik melayu - dikir barat, ronggeng, dondang sayang, menora, kuda kepang, zapin, boria dan ghazal, rodat, jikey, hadrah, keroncong, gamelan, dabus, randai, mak yong

seloka, teka-teki, lagu rakyat, karya agung melayu

Warisan melayyu

adat istiadat perkahwinan melayu permainan tradisional busana melayu perubatan tradisional melayu berkhatan sains dan teknologi melayu - penciptaan pelbagai barangan untuk kegunaan harian seperti
teknologi dapur perkapalan alatan pertanian seni bina rumah

isu penyatuan bangsa malaysia - dasar kebudayaan kebangsaan isu identiti bangsa dan negara - bahasa jiwa bangsa isu dasar bahasa kebangsaan perlembagaan malaysia dan akta bahasa kebangsaan isu fungsi dan peranan bahasa melayu bahasa kebangsaan bahasa rasmi isu mengembalikan martabat, kewibawaan dan keyakinan terhadap kemampuan bahasa melayu - PPSMI dimansuhkan

ISU BAHASA, KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN

isu penggunaan bahasa melayu dalam pentadbiran - pemantauan oleh JAWATANKUASA PENYELARASAN PELAKSANAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM bahasa melayu dan teknologi maklumat perbanyakan aplikasi versi melayu kempen minggu dan bulan bahasa kebangsaan isu budaya popular - dari barat harus dibendung isu budi bahasa semakin luntur - kurang nilai nilai murni

Anda mungkin juga menyukai