Anda di halaman 1dari 23

BAHASA MELAYU KLASIK

KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK


• Bahasa Melayu klasik merupakan bahasa Melayu yang
digunakan antara abad ke-14 hingga awal abad ke-20.
• Bukti pertama penggunaan bahasa Melayu klasik
terdapat pada batu bersurat Kuala Berang, Terengganu
• Zaman bahasa Melayu klasik melibatkan zaman Melaka,
Acheh, dan Johor-Riau.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Sistem Tulisan dan Ejaan

Kosa kata

Tatabahasa
Sistem Tulisan dan Ejaan
1. Ciri bahasa Melayu klasik ditandai oleh adanya aksara
jawi. Tulisan Jawi menggunakan aksara Arab dan
kemudiannya disesuaikan dengan bunyi bahasa
Melayu.
2. Terdapat 29 aksara Jawi yang diambil daripada bahasa
arab.
3. Bukti terawal penggunaan tulisan Jawi dalam bahasa
Melayu terdapat pada batu bersurat di Sungai Teresat,
Kuala Berang, Terengganu( 1303)
Kosa Kata
1. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan kosa kata
klasik, kosa kata Arab, bahasa istana, kata pangkal
ayat ,dan partikel.
2. Kosa kata bahasa Melayu kuno dan bahasa Sanskrittelah
sebati dalam masyarakat Melayu masih digunakan.
Misalnya makna kata syurga dan neraka dalam agama
hindu dirujuk kepada makna al-jannah dan an-nar
mengikut agama islam.
3. Antara contoh kosa kata klasik seperti yang berikut ;
ceritera – cerita
berahi – cinta
masyghul – sedih/dukacita
amarah – marah
keras – kencang
4. Bahasa Melayu klasik yang meminjam kosa kata
bahasa Arab.

akal akhirat
darurat daulat
fardu insan
ilahi wakaf
nabi zikir
mualim fikir
makhdum fasih
haji imam
5. Bahasa Melayu klasik yang menggunakan kosa kata
bahasa istana atau bahasa dalam.
Contoh :
bersiram – mandi
beradu – tidur
mangkat – meninggal dunia
santap – makan
gering - sakit
6. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan kata
pangkal ayat.
Contohk ;
syadan
sebermula
maka
alkisah
arakian
hatta
adapun
Tatabahasa
1. Ciri bahasa Melayu dari segi tatabahasanya dapat dapat
dilihat dari sudut imbuhan dan struktur ayat.
2. Imbuhan – awalan mar- dan ni-, dalam bahasa Melayu
kuno bertukar menjadi awalan ber- dan di- dalam
bahasa Melayu klasik.
3. Contoh : marlepas menjadi berlepas
niparwat menjadi diperbuat
4. Struktur ayat.
(a) Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat
majmuk.
Cth ;
ia-lah yang pertama-tama masuk agama Islam dan
mengeras-kan agama nabi Muhammad , dan ialah yang
terlalu perkasa, mengalahkan negeri Pindir dan Samudera
dan berapa negeri yang lain dari-pada negeri yang kechil-
kechil.
5. Bahasa Melayu klasik menggunakan ragam ayat pasif.
Contoh :
setelah bubu itu siap diperbuatkan orang, maka lalu
dipersembahkan kepada Merah Silu maka di waktu pagi
hari apabila dilihat baginda akan bubunya tiada seekor
pun beroleh ikan.
7. Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat
songsang.

Contoh ;
Pada sehari-hari ia berbantah juga.
Sudah ia pergi itu.
BUKTI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK
Bukti terdapat pada batu bersurat, batu nisan, hukum
kanun, surat awal, dan naskah sastera klasik.

(a) Batu bersurat


(i) Batu Bersurat di Pagar Ruyung
- Batu bersurat zaman praklasik
- Dikenali juga sebagai batu bersurat Bukit Gombak
- Menggunakan huruf Palava dengan pengaruh Arab.
- Mengandungi bentuk puisi sajak Sanskrit.
- Isi kandungan tentang pemerintahan raja pada masa itu.
(ii) Batu Bersurat Minye Tujuh
Dikenali juga sebagai batu bersurat Minyak Tujuh dan
batu Bersurat ratu al-Ala.
Batu bersurat ini dijumpai di Acheh, Sumatera Utara-
1380 Masihi.
Tulisan yang digunakan tulisan India (Kawi) dengan
tulisan Arab.
Batu bersurat ini terdiri daripada lapan baris ayat sajak
Sanskrit yang disebut sebagai upajati. Semua baris ayat
mengandungi huruf a.
(iii) Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat ini menjadi bukti terawal perkembangan
bahasa Melayu klasik.
Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Teresat, Kuala
Berang, Terengganu.
Menerima pengaruh islam. Menggunakan tulisan Jawi
dan kombinasi ejaan arab dengan sistem ejaan Melayu.
Kosa kata bercampur dengan perkataan asli bahasa
Melayu, Sanskrit, Jawa dan Arab.
Isi kandungan surat tentang peraturan, undang-
undang, dan hukuman.
Teks ini dicatatkan pada empat penampang .
(b) Batu Nisan Malik al- Salleh

Batu nisan ini dijumpai di Pasai, milik Sultan Malik al-


Salleh.
Bertarikh 1297 M bersamaan 696 Hijrah.
Batu nisan ini menunjukkan pengaruh Islam.
Terdapat petikan ayat al quran daripada beberapa
surah, terdapat juga puisi sufi Arab dan bentuk prosa
yang bersajak.
(c) Hukum Kanun
(i) Hukum Kanun Melaka

Sebuah teks undang-undang yang digunakan pada


zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pertama kali digunakan pada zaman Sultan
Muhammad Syah-1424-1444.
Dokumen yang digubal sebagai panduan bagi
seseorang pemerintah.
Isi kandunngannya meliputi undang-undang jenayah,
muamalat, dan kekeluargaan.
(ii) Hukum Kanun pahang

Digubal berdasarkan Hukum Kanun Melaka.


Disusun dari tahun 1592-1914, iaitu semasa zaman Sultan
Abdul Ghafur Muhaiyyudin Syah.
Hukum kanun ini banyak dipengaruhi oleh undang-
undang Islam.
Kandungannya terdiri daripada undang-undang
jenayah, muamalat, keluaga dan perkahwinan, adat dan
perlembagaan serta berkaiatan kesalahan agama dan
ibadah.
(d) Surat Awal
(i) Dua pucuk surat Sultan Ternate (Sultan Abu Hayat)
kepada raja Portugal bertarikh 1521 M- 1522 M.

(ii) Surat izin perniagaan daripada Sultan Acheh kepada


Sir James Lancaster -1521

(iii) Surat jawapan izin berdagang daripada Sultan Ala


al-Din kepada Kapten Harry Middleton – 1602 M.

(iv) Surat Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Acheh


kepada Raja Inggeris, James 1 – 1813.
(e) Naskah Sastera Klasik
(i) Aqa’id al-Nasafi
 Merupakan manuskrip bahasa Melayu tertua dalam
bentuk buku.
 Bertarikh 998 H – 1590 M
 Buku ini karangan Abu Hafs Umar ibn Muhammad idn
ahmad al-Nasafi, seorang ulama fiqah dan usuluddin.

(ii) Sejarah Melayu


 Pengarangnya Tun Sri Lanang – ditulis selama 2 tahun-
1612-1614.
 Karya tentang kebangkitan, kegemilangan, dan
kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka.
(iii) Misa Melayu
 Dihasilakn oleh Raja Chulan ibn raja Abdul Hamid
semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar
Zulkarnain.
 Karya sejarah yang ditulis dalam tulisan Jawi.
 Menceritakan sejarah raja-raja Melayu yang memerintah
perak.
 Menggunakan puisi, syair dan prosa.

(iv) Hikayat Hang Tuah


 Dihasilkan semasa zaman kesultanan Melaka.
 Ditulis dalam bentuk prosa.
FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Pentadbiran
Lingua Franca

Bahasa Undang-
Bahasa Ilmu
undang

Bahasa Persuratan

Anda mungkin juga menyukai