Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Memahami masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak berkeperluan khas

Elak masalah tingkah laku


o Banyak masalah yang dihadapi oleh mereka yang berkeperluan khas. Antaranya ialah Bercakap sepatah-patah , bercakap tanpa henti, sukar menceritakan ataupun memahami cerita atau pun jenaka dan pelbagai masalah lain. o Apabila kita memahami masalah mereka maka kita dapat mengelak masalah tingkah laku mereka. Jika tidak kanak-kanak tidak dapat ikut arahan

Merancang teknik pembelajaran yang sesuai dengan keadaan mereka


o Keadaan mereka memang akan menjadi satu masalah dalam meneruskan pembelajaran tetapi untuk memastikan yang P&P tersebut Berjaya teknik-teknik yang sesuai perlu dilaksanakan

Memastikan kefahaman murid berkesan dengan memberi sokongan


o Sokongan ini penting untuk memastikan apa yang sampaikan sampai dan juga dapat difahami oleh mereka kita ingin

o Sokongan boleh dalam pelbagai bentuk dan teknik seperti pergerakan, isyarat, gambar dan demonstrasi. Dengan adanya bentuk-bentuk komunikasi ini dapatlah kanak-kanak tersebut memahami dan berkomunikasi.

Guru dapat berkomunikasi dengan mereka berkesan, harus faham cara komunikasi mereka

secara

o Apabila kita mengetahui apa permasalahan yang mereka alami kita dapat memahami apa yang cuba mereka sampaikan dan mereka juga dapat menerima apa yang kita ingin sampaikan kepada mereka.

Meningkatkan tahap komunikasi kanak-kanak berkeperluan khas

o Apabila kita tahu apa masalah dan juga Berjaya membuat kanak-kanak tersebut faham dengan apa yang kita cuba sampaikan maka tahap komunikasi mereka juga turut meningkat.

Kesan masalah bahasa dan komunikasi terhadap perkembangan kanak-kanak

Wujud perasaa n rendah diri


Gangguan emosi kanakkanak menjadikann ya lebih sensetif

Sukar untuk bergaul dengan orang sekeliling

ke sa n

Perkembang an kognitif turut terjejas

Tidak mampu member respon yang bersesuaian dengan arahan yang diberi

KESAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1. Wujudnya perasaan rendah diri dalam diri kanak-kanak kerana tidak yakin dan berasa malu apabila cuba untuk berkomunikasi kerana tidak mampu berbahasa seperti orang lain.

2. Gangguan emosi kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi lebih sensitif dan perasaan yang melampau pada waktu-waktu tertentu.

3. Sukar untuk bergaul dengan orang sekeliling kerana tidak mahu bercampur dan berkomunikasi dengan orang lain melainkan penjaga dan orang terdekat sahaja. Ini menyebabkan mampu berdikari. menjangkau alam remaja. kanak-kanak ini sentiasa bergantung dan tidak dapat dilihat selepas kanak-kanak ini Kesannya

4. Kanak-kanak lebih suka menyendiri dan hanya berada dalam dunia mereka sendiri. Mengasingkan diri menyebabkan perkembangan kognitif mereka turut terjejas kerana tidak didedahkan dengan pelbagai aktiviti sosial seperti berkawan, bermain dan lain-lain.

5. Tidak mampu memberi respons atau tindakan gerak balas yang sesuai kerana kurang memahami arahan yang diberi. Pergerakan fizikal yang agak lambat menjadikan mereka lebih selesa dengan tingkah laku sendiri tanpa hiraukan arahan orang lain.

MENGHURAIKAN KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI.

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

MASALAH PERTUTURAN

MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA

Ciri-ciri

Perkembangan bahasa

Kecacatan berbahasa

Komponen utama yang terdapat dalam masalah bahasa dan komunikasi terbahagi kepada dua iaitu masalah pertuturan dan masalah perkembangan bahasa.

MASALAH PERTUTURAN Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan sukar untuk berkomunikasi kerana alat artikulasi mereka terganggu dari sudut fizikal. Ini menyebabkan bunyi bahasa yang dihasilkan agak janggal menyebabkan pertuturan mereka tidak dapat difahami pendengar lalu berlakunya gangguan dalam proses komunikasi.

Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pertuturan Kurang berkemampuan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa semasa menggunakan bunyi dalam perkataan. Bunyi sengauan dan dengungan walaupun kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang penyakit berkaitan.

Kanak-kanak mengulang perkataan yang sama berulang kali atau lebih dikenali gagap.

MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA Kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Perkembangan bahasa agak lambat kerana kurangnya kemampuan dalam memaham dan mengingat.

Perkembangan lambat Kemahiran berbahasa lambat berkembang walaupun dalam urutan yang normal seperti kanak-kanak lain.Misalnya bermula dengan pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Bagi kanak-kanak khas ini perkembangan bahasa tidak menyamai dengan tahap umur mereka dan kebiasaannya seperti kanak-kanak yang lebih kecil daripada umur mereka. Kecacatan berbahasa Kanak-kanak ini tidak dapat menggunakan kemahiran berbahasa dengan baik. Misalnya ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak mempunyai makna dalam perbualan dengan orang lain. Ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan apa yang cuba disampaikan. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat Tidak mengetahui perkataan yang sesuai digunakan

Anda mungkin juga menyukai