Anda di halaman 1dari 10

Kemahiran mencari maklumat Maklumat yang tepat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan.

Tanpa maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya dibuat, boleh membawa akibat yang buruk dan mengaibkan.

Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat, kita harus bijak mencari jalan bagi mendapat maklumat yang tepat dan menggunakannya dengan berkesan.

Kemahiran mencari maklumat adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tetapi kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada kedudukan ekonomi dan tempat di mana kita berada.

Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan difahami untuk melengkapkan diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.

Pertama sekali adalah mengetahui dorongan / sebab mencari maklumat, diikuti dengan memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat. Setiap orang mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencari maklumat. Ada yang memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain. Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza pula semasa berdepan dengan maklumat.

Manakala sikap atau psikologi manusia itu turut mempengaruhi kemahiran mereka dalam mencari maklumat. Terdapat berbagai teknik untuk menganalisa sikap manusia semasa berhubungan dengan dunia maklumat.

Salah satu teknik itu menunjukkan ada orang yang mencari maklumat sekadar di permukaan, ada yang mencari secara mendalam dan ada pula yang bersifat meneroka sejauh yang mungkin secara rawak.

Memahami keperluan maklumat diri dan cara diri kita mencari maklumat

adalah satu bentuk pemahaman di peringkat meta yang membolehkan kita menguasai kemahiran maklumat pada tahap yang lebih baik.

Selain itu, kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada sejauh mana seseorang itu tahu tentang bentuk dan sumber maklumat.

Maklumat boleh wujud dalam bentuk artifak, lukisan, imej, ensiklopedia, indeks, abstrak, buku tahunan, almanak, jurnal, buku, majalah, cakera padat, mikrofilem, mikrofiche, lisan, kaset, video dan banyak lagi.

KEMAHIRAN KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT DAN MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT Secara amnya,pencarian maklumat dapat didefinisikan sebagai aktiviti terancang bagi mencari maklumat bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.Pencarian maklumat adalah proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah..Maklumat selalunya diperlukan bagi memenuhi kehendak ataupun menangani masalah.Secara semula jadi,pencarian maklumat adalah sebahagian besar daripada aktiviti penting bagi manusia sejak dahulu lagi.Sekiranya difikirkan daripada perspektif sejarah.walaupun tanpa teknologi canggih,manusia tetap berjaya menangani pelbagai masalah dan cabaran hidup sehingga mencapai tahap keselesaan dan ketamadunan yang dicapai pada hari ini.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk memperolehi maklumat tidak semestinya maklumat yang telah kita perolehi tersebut mempunyai kebenarannya.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebenaran maklumat.Ini termasuk sifat berat sebelah penulis atauptn penerbit,kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.Sebagai penerima dan pengguna maklumat,kita perlu tahu menilai dan membezakan antara maklumat yang benar dan tidak. Keperluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila kita diberitahu ataupaun didedahkan kepada suatu maklumat.Kita biasanya mencari maklumat apabila mempunyai tujuan tertentu seperti ingin menyelesaiakan masalah.Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan dimana pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya mencukupi sesuatu masalah ataupun keadaan.

Kesimpulannya,maklumat diperlukan apabila seseorang itu berada dalam keadaan anomali;iaitu keadaan di mana seseorang rasa tidak tahu ataupun tidak pasti.Keadaan seperti ini menyebabkan seseorang mencari maklumat bagi memenuhi keperluan itu. Manakala sumber maklumat pula boleh jadi daripada manusia, bahan bercetak, bahan digital, bahan artifak, bahan filem, bahan seni, bahan bunyi dan lain-lain. Kemahiran mencari maklumat bagi setiap bentuk dan sumber ini berbeza pula dan memerlukan teknik yang berbeza juga untuk mendapat hasil yang sepatutnya.

Contohnya untuk mencari bahan digital melalui enjin carian Google, sekiranya seseorang itu memahami konsep asas capaian kembali maklumat atau information retrieval dia akan dapat mencari bahan dengan lebih tepat berbanding orang yang tidak tahu. Begitu juga apabila ingin mencari bahan bercetak di perpustakaan, ada peraturan asas penyusunan buku di perpustakaan yang perlu difahami seperti nombor panggilan dan cara pengelasan bahan.

Termasuk dalam kemahiran mencari maklumat adalah kebolehan kita menduga di mana bahan yang kita kehendaki berada. Ini perlu dipelajari berdikit-dikit melalui pengalaman mencari maklumat yang terdahulu ataupun daripada pembacaan dan penerangan orang lain.

Ada bahan digital yang boleh didapati di Internet, tetapi ada juga bahan yang kita tahu wujud di dunia maya tetapi tidak boleh dicapai kecuali menggunakan kata laluan dan sebagainya. Kita perlu peka dan menyiasat kewujudan bahan itu di tempat kita, mungkin melalui institusi tertentu yang boleh membantu.

Ada juga bahan yang istimewa dan disimpan di tempat khusus dan memerlukan kebenaran khusus untuk menggunakannya seperti artifak atau bahan arkib.

Terakhir sekali adalah kebolehan kita untuk menilai maklumat yang telah

berjaya kita cari, dan ini masih lagi merupakan rentetan daripada kemahiran kita mencari maklumat. Kemahiran menilai maklumat ini wajar dibicarakan dalam satu ruangan lain yang akan memberi kesempatan sebuah penerangan yang lebih sempurna.

Semua kemahiran mencari maklumat yang disebutkan di atas ada ditawarkan di pusat pengajian tinggi oleh pihak perpustakaan. Malah di peringkat antarabangsa, kemahiran ini dijadikan suatu subjek wajib bagi setiap fakulti dengan usaha sama antara pensyarah dan pustakawan.

Walaupun masih jarang kedengaran perpustakaan awam di negara ini mengambil daya usaha membuka kelas khas kemahiran mencari maklumat, tetapi ia patut dijadikan satu agenda penting sesebuah perpustakaan.

Melalui cara ini perpustakaan dapat bergerak seiring dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berdepan dan adakalanya terbeban dengan kebanjiran maklumat. Usaha untuk merentas jurang digital dan mengejar kemajuan teknologi negara maju pula harus menjadi agenda penting negara supaya rakyat sendiri tidak tercicir dalam menguasai maklumat, kerana maklumat adalah suatu bentuk kuasa.

KEMAHIRAN KEMAHIRAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT

Enam kemahiran utama yang digunakan oleh pengguna maklumat yang dikenali juga sebagai Big Six Skills yang dicipta oleh dua orang warga Amerika Syariakt iaitu Micheal B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahun 1987. Enam kemahiran utama ini telah diikhtiraf sebagai kurikulum celik maklumat bagi sekolah sekolah di Amerika Syarikat. Secara umumnya, ia adalah proses pembelajaran melalui penyelesaian masalah.Ia mengajar pelajar cara mencari dan menggunakan maklumat secara efektif bagi menyelesaiakn masalah dalam setiap subjek di sekolah.Ini mendedahkan pelajar pelbagai sumber, teknik mencari maklumat dan cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk yang berkesan dan menarik.Antara enam kemahiran yang akan dibincangkan ialah definisi maklumat,strategi mencari maklumat, lokasi dan

capaian, penggunaan maklumat, pengumpulan maklumat dan penilaian.

Definisi maklumat

Maklumat adalah satu fenomena yang unik.Contohnya, perkara X mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain. Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.

Strategi memperolehi maklumat

Strategi memperolehi maklumat adalah kemahiran yang kedua daripada enam kemahiran utama yang berikut di mana mengenal pasti maklumat itu boleh didapati.Sumber maklumat boleh didapati dalam apa saja bentuk asalkan ia mampu memenuhi keperluan maklumat.Manusia sendiri adalah satu sumber maklumat yang penting. Terdapat banyak maklumat tersendiri yang diketahui oleh individu yang direkodkan oleh individu yang tidak direkodkan.Membuat rujukan daripada orang yang pernah mengalami masalah yang sama dapat member banyak maklumat berguna.Sumber maklumat yang direkodkan pula mungkain terdapat dala pebagai format seperti teks dalam bentuk cetakan biku,majalah, manuskrip dan sebagainya.Terdapat juga sumber maklumat yang direkodkan dalam bentuk elektronik dan dipakejkan menggunakan teknologi CD-ROM ataupun internet. Terdapat beberapa sumber maklumat yang dapat membantu pengguna maklumat untuk mencari maklumat tentang permasalahan yang timbul.Antaranya ialah seperti OPAC,ERIC,BOOLEAN dan INTERNET.Sumber sumber tersebut merupakan contoh pangkalan data yang digunakan pada masa kini oleh pengguna maklumat.Sumber sumber maklumat tersebut mempu memberi banyak maklumat yang luas dan tepat kepada para pengguna maklumat.

1. OPAC (On-line Public Access Catalog ) Sistem OPAC adalah salah satu sumber yang digunakan oleh para pengguna maklumat pada masa kini bagi carian maklumat .OPAC atau dikenali sebagai kad catalog atas talian merupakan gantian kepada kad katalog pada ketika dahulu.Pada kad katalog dalam talian ini terdapat banyak punca capaian yang disimpan iaitu nama,tajuk,subjek ataupun perkara,penrbit,tempat terbitan,siri dan nombor panggilan.Punca capaian digunakan bagi mencapai dan mencari maklumat yang dikehendaki.

2. BOOLEAN Boolean juga merupakan satu carian maklumat yang digunakan untuk mencari maklumat oleh para pengguna maklumat.Boolean ini sebenarnya dicipta pada awal abad ke-19 oleh seorang ahli matematik Inggeris bernama George Boolean.Boolean ini diambil sempena nama beliau.Boolean ini terbahagi kepada tiga iaitu AND, OR dan NOT berdasarkan system logik binari. Boolean AND digunakan bagi mencari frasa ataupun terma yang berkaitan.Penggunaan AND akan menyempitkan carian.Lebih banyak AND dimasukkan ,lebih sedikit dan terperinci hasil pencarian.Perkataan ataupun istilah yang digabung menggunakan operator Boolean AND diperoleh secara bersama dalam carian.Sekiranya salah satu perkataan ataupun istilah tidak ada dalam dokumen ataupun teks yang dicari,ia tidak akan diperoleh dalam hasil pencarian.Dengan itu,operator AND sesuai digunakan bagi mencari maklumat yang spesifik.Penggunaan AND mengelakkan daripada mendapat hasil pencarian yyang terlalu banyak dan tidak relevan. Boolean OR digunakan bagi mencari maklumat lebih banyak dan luas.Konsepnya bertentangan dengan AND.Dengan menggunakan Boolean OR,semua perkataan ataupun istilah yang digunakn akan diperolehi dalam hasil carian.Dengan menambahkan frasa atau perkataan lain, lebih banyak maklumat akan diperolehi.Semua dokumen yang mengandungi perkataan dalam carian akan diperolehi termasuklah perkataan yang membawa maksud yang sama tetapi ejaan yang berbeza.Boolean NOT pula,digunakan supaya tidak memasukkan sesuatu perkataan.istilah ataupun frasa dalam pencarian.Ia mencari semua dokumen yang mengandungi perkataan,istilah ataupun frasa pertama mengecualikan semua dokumen yang mengandungi perkataan kedua.Boolean perlu digunakan seacara berhati hati kerana ia mungkin mengeluarkan dokumen yang relevan.

3. ERIC ( Education Resources Information Center )

ERIC (Education Resources Information Center ) merupakan contoh abstrak iaitu suatu ringkasan yand diambil daripada pangkalan data. ERIC mengumpulkan maklumat dalam bidang pendidikan sahaja.Maklumat itu termasuk dalam buku, artikel dalam jurnal,kertas persidangan dan sebagainya.Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan boleh didapati dalam pangkalan data abstrak ini.

4. Internet Poster Poster Internet merupakan sumber maklumat yang biasa pengguna maklumat gunakan untuk mencari maklumat penting atau diperlukan oleh mereka.Internet adalah rangkaian komputer yang merangkaikan satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan protokol kawalan pengantaraan yang direka khas iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).Semua komputer yang membentuk rangkaian itu menggunakan perisian yang berfungsi memberi capaian bagi mendapatkan maklumat.Dibawah penggunaan internet terdapat beberapa enjin pencari yang membantu dalam pencarian maklumat seperti yang biasa digunakan ialah Google.

Lokasi dan capaian Lokasi dan capaian ini bermaksud dimana mendapatkan sumber maklumat yang sudah dipilih dan mencari maklumat didalamnya.Sebagai contoh,mencari maklumat menggunakan internet akan memaparkan alamat seperti ini dimana maklumat itu berada.Dengan mengetahui lokasi dan capaian maklumat tersebut pengguna maklumat akan lebuh mudah untuk mencari maklumat yang diinginkan dan ia akan member kemudahan kepada para pengguna maklumat tersebut.

Penggunaan maklumat Penggunaan maklumat bermaksud menbaca,mendengar dan melihat maklumat yang sudah dicari dan mengambil maklumat yang relevan.Walaupun teknologi sekarang semakin meningkat tetapi sebagai pengguna maklumat ynag bijak seharusnya tidak terlalu malas untuk membaca,memdengar dan melihat maklumat yang telah diperolehi tersebut.Sebaiknya pengguna maklumat harus meneliti maklumat tersebut agar lebih faham. Selain membaca,mendengar dan melihat pengguna maklumat harus memgambil maklumat yang relevan mengikut kehendak dan cirri ciri yang

diperlukan sahaja.

Pengumpulan maklumat Pengumpulan maklumat ini merupakan kemahiran yang kelima dimana segala maklumat yang telah diperolehi dari mana mana sumber yang digunakan akan dikumpulkan. Maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja harus dikumpulkan mengikut keutamaan.Maklumat yang telah dikumpulkan perulah disusun agar maklumat tersebut nampak lebih menarik atau mudah difahami oleh penguna maklumat. Maklumat yang difahami akan member jawapan bagi permasalahan yang dihadapi.Oleh itu,pengguna maklumat akan mudah memperolehi maklumat tersebut dan mereka boleh membuat keputusan yang tepat.

Penilaian Maklumat Penilaian merupakan satu tahap dimana pengguna maklumat harus nenilai maklumat tersebut samada ia boleh dipercayai ataupun tidak.Tidak semua maklumat yang diperolehi mempunyai kebenarannya.Oleh itu,pengguna maklumat harus bijak menilai maklumat itu dari segi pengarangnya,tahun terbitan,penerbit atau gaya penulisannya. Kesimpulannya,untuk mencari maklumat bukanlah suatu perkara yang remeh ia memerlukan kemahiran kemahiran yang betul agar segala maklumat yang diperolehi terdapat kesahihannya.

MENENTUKAN KETEPATAN MAKLUMAT Menentukan ketepatan membawa maksud yang sama dengan membuat penilaian terhadap maklumat tersebut.Di bawah subtopik ini akan membincangkan tentang cara yang dapat membantu dalam proses penilaian.Antara caranya ialah berdasarkan analisis mudah dan analisis mendalam. 1. Analisis mudah Dalam analisis mudah terdapat perkara perkara yang perlu diteliti seperti pengarang buku.Pengarang buku ini dapat dipastiakn berdasarkan latar belakang pendidikan,pengalaman,hasil tulisan terdahulu sekiranya ada dan di mana pengarang itu bekerja.Biasanya latar belakang ini terdapat pada biodata

pengarang.Selain itu,tahun penerbitan sesebuah buku juga perlu kita teliti samada ia penulisan pada zaman dahulu atau pada masa sekarang.Kemungkinan penerbitan pada masa yang sudah lama tidak boleh digunakan lagi kerana masa demi masa berlakunya perubahan. Seterusnya,adalah penerbit samada ia merupakan penerbit universiti atau ia bersifat akademik dan isi kandungannya boleh dipercayai ataupun tidak.Begitu juga dengan penerbit-penerbit yang berwibawa.Kebiasaannya penerbit seperti ini selalunya memastikan karya terbitannya berkualiti.

2. Analisis mendalam Analisis mendalam melihat isi kandungan bahan maklumat.Di bawah analisis mendalam ini terdapat perkara yang perlu diketahui antaranya golongan sasaran pengarang tersebit samada untuk santapan umum atau untuk sesuatu golongan tertentu seperti pelajar.Selain itu,perkara yang perlu diteliti dalam analisis mendalam ini adalah seperti liputan,keobjektifan iaitu maklumat yang dieri berbentuk fakta atau pebdapat seseorang.Biasanya maklumat yang berbentuk fakta lebih mudah dipercayai berbanding dengan maklumat yang berbentuk pendapat kerana ia hanyalah berdasarkan pendapat orang orang tertentu sahaja

KEPERLUAN MAKLUMAT

Kepeluan maklumat dalam banyak situasi hanya diketahui apabila diberitahu ataupun didedahkan kepada suatu maklumat. Biasanya carian maklumat mempunyai tujuan tertentu seperti ingin menyelesaiakn masalah. Selain itu,apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan di mana pengetahuan seseorang tidak mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat adalah diperlukan.Dengan itu, manusia memerlukan maklumat apabila tahap pengetahuannya tidak mencukupi bagi menghadapi sesuatu masalah ataupun keadaan. Selain itu,maklumat juga diperlukan oleh manusia untuk membuat sesuatu keputusan yang muktamad yang akan memberi kepuasan hati seseorang.Maklumat akan memberi gambaran sesuatu yang dikehendaki oleh pengguna maklumat untuk membuat pilihan.Pengguna semestinya akan memilih sesuatu yang terbaik dari pilihan yang baik agar maklumat yang dipilih tersebut memenuhi kehendaknya.Seterusnya ialah maklumat diperlukan untuk pada masa hadapan.Kemungkinan maklumat yang diperolehi akan menjadi satu rujukan bagi mereka yang memerlukan pada masa yang

panjang,Malah maklumat maklumat tersebut berguna untuk generasi akan dating sebagai contoh sejarah Malaysia. Pengguna memperolehi maklumat yang lebih tersusun melalui enam kemahiran utama carian maklumat tersebut.Maklumat yang diperolehi akan disusun supaya pengguna mudah memahami sesuatu maklumat itu apabila ia tersusun dengan rapi dan teratur mengikut keutamaannya.

RUJUKAN Panduan Mencari Maklumat. 2006. Irma Idayu dan Yusyiana mansor.Terbitan PTS Profesional.Sdn. Bhd. Eisenberg,Mike A Big Six Skills Overview Fayetteviile,NY:Big6 Associates,LLC,2003.http://www.big six skills.com ERIC.www.eric.ed.gov Backer,Joe.Boolean Searching For the Web.Berkeley,CA:University of Califofnia,2002.http://www.lib.bekeley.edu/Teaching/Guides/Internet/Boolean.p d

Anda mungkin juga menyukai