Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN LAWATAN PENDIDIKAN JASMANI 2014

Pada 29 April 2014 yang lalu, pelajar semester 5 ambilan Januari 2012 yang
terdiri daripada 3 kelas iaitu opsyen PSV, RBT 1 dan PK telah mengadakan lawatan
berilmiah ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Kolej Komuniti, dan INSTEDT.
Kami diarahkan untuk berkumpul di gimnasium pada pukul 6.50 pagi dan bertolak pada
pukul 7.00 pagi tetapi disebabkan bas datang lewat maka kami terpaksa bertolak pada
jam 7.30 pagi. Setelah itu, kami singgah untuk bersarapan pagi di tempat makan
Jentayu. Setelah siap barulah kami meneruskan perjalanan. Tepat pada pukul 11.30
pagi kami sampai di destinasi pertama iaitu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.
Setelah sampai kami dihidangkan dengan sedikit juadah dan makan sebelum
memulakan aktiviti seterusnya.
Setelah siap makan, kami diarahkan untuk ke bilik mesyuarat untuk diberi sedikit
penerangan mengenai sekolah ini. Pada peringkat awalnya, banyak perkara yang tidak
saya ketahui mengenai sekolah sukan yang terdapat di Malaysia. Melalui lawatan ini, ia
telah membuka mata saya dengan lebih luas lagi. Sekolah ini mengandungi 490 pelajar
dan kesemuanya merupakan atlet. Sekolah ini menerima pelajar UPSR, PMR, SPM
dan juga pelajar Pra-Universiti atau STPM. Melihat kepada jadual yang diberikan,
pelajar bukan sahaja mengadakan latihan untuk sukan tetapi malahan juga belajar
seperti biasa, seperti pelajar yang bukan dari sekolah sukan. Secara keseluruhannya,
sekolah sukan bukan sahaja mementingkan sukan tetapi juga akademik seorang
pelajar. Setelah selesai diberikan penerangan, kami dibawa ke Bowling Alley untuk
melihat tempat tersebut. Kami juga berpeluang untuk mencuba bermain bowling ini.
Tepat pada pukul 1.30 petang kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Kolej
Komuniti.
Setelah sampai ke destinasi kami diarahkan untuk pergi ke bilik kuliah untuk
mendengar penerangan mengenai tempat yang kami lawati ini. Setelah beberapa minit
diberi penerangan mengenai kolej komuniti ini maka selesailah lawatan ini dan sebelum
kami bertolak ke destinasi terakhir kami diarahkan untuk ke kantin terlebih dahulu tetapi
memandangkan masa yang diberi tidak mencukupi maka makanan tersebut hanya kami
bungkus sahaja.
Setelah itu, kami bertolak ke destinasi seterusnya, iaitu INSTEDT. Keadaan pada
waktu itu adalah hujan dan kami terpaksa berlari agar tidak basah kuyup. Setelah
sampai, kami dibawa ke sebuah bilik untuk memberi penerangan. Setelah diberi
penerangan, kami memulakan pula dengan aktiviti solah jawab. Selepas itu, pemberian
cenderahati pula menyusul. Apabila selesai, kami diarahkan untuk ke kantin untuk
menjamu selera. Tepat pada pukul 10 malam, kami sampai di Institut dengan
selamatnya.

Disediakan oleh,
________________________.
( ELVIRA JOSEPH )

Anda mungkin juga menyukai