Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Pada 13 Mac hingga 16 Mac 2017, kami sebagai ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah
akan mengadakan Program Perkhemahan yang berlangsung di Taman Rekreasi, Merang.
Tujuan Program Perkhemahan ini adalah untuk membantu kami membina kecekapan diri
untuk hidup di kawasan liar. Walaupun objektif utama bagi sesi perkhemahan ini adalah
untuk melatih guru-guru pelatih mempertahankan kehidupan diri di kawasan hutan, aspek
keselamatan tidak boleh diabaikan. Oleh itu, tapak perkhemahan ini hendaklah dikawal dan
dipagari bagi mengelakkan berlakunya kecederaan oleh binatang liar. Dalam hal demikian,
destinasi yang lebih selamat seperti Taman Rekreasi, Merang telah menjadi pilihan selepas
perbincangan dalam ahli jawatankuasa serta jurulatih yang terlibat.

Menurut jadual program yang diedarkan, saya mendapati pengagihan masa serta
aktiviti terdapat beberapa kelemahan. Pada hari pertama, sesi pengurusan tapak dan
mendirikan khemah telah dibahagikan kepada dua masa. Yang pertamanya mengambil
masa 2 jam dari pukul 10.00 hingga 12.00 petang manakala yang kedua pula juga 2 jam
dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Pada hikmat saya, masa yang diagihkan adalah
terlalu panjang. Sebaik-baiknya, peruntukan selama 3 jam telah memuaskan dan 1 jam
yang terlebih itu boleh dimanfaatkan untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna.
Misalnya, aktiviti mengeratkan lagi hubungan melalui permainan berkumpulan ataupun guru
pelatih boleh mengambil kesempatan untuk meneroka tapak perkhemahan secara
berkumpulan.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa hari kedua turut mempunyai kelemahan
yang boleh ditambahbaikan lagi. Pada hari kedua, kami akan menjalankan pengembaraan
selama 4 jam dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 petang. Kemudian, kami juga akan
menjalankan refleksi pengembaraan pada pukul 8.00 sehingga 10.00 malam pada hari
yang sama selama 2 jam. Saya berasa masa yang ditetapkan bagi refleksi pengembaraan
adalah terlalu lama. Refleksi pengembaraan biasanya hanya melibatkan guru-guru pelatih
mengimbas kembali masalah yang dihadapi sepanjang pengembaraan dan mengemukakan
cara penambahbaikannya yang logikal dan praktikal. Untuk memastikan masa tidak dibazir
seperti itu sahaja, saya mencadangkan supaya masa ini disingkatkan dan masa yang
terlebih tersebut digunakan untuk membuat perancangan aktiviti keesokan hari. Tambahan
pula, saya mendapati jangka masa antara pengembaraan serta sesi refleksinya adalah
terlalu lama. Guru-guru pelatih mudah terlupa butir-butiran jika refleksi tidak dijalank serta
merta. Dalam hal ini, adalah lebih baik jika refleksi pengembaraan diawalkan lagi supaya
guru-guru pelatih lebih mengingati masalah yang dihadapi semasa pengembaraan
dijalankan.
Pada hari ketiga, malam kebudayaan akan dijalankan pada pukul 8.00 hingga 10.00
malam. Namun, masa yang diperuntukan untuk membuat persedian malam kebudayaan
hanya selama 4.30 petang sehingga 5.30 petang selama 1 jam sahaja. Pada pendapat
saya, jangka masa selama 1 jam ini adalah terlalu singkat. Guru-guru pelatih perlu
menyediakan persembahan, menghiaskan pentas dan mengagihkan tugas bagi menjayakan
malam kebudayaan ini. Oleh itu, saya bercadang agar masa dipanjangkan lagi agar guru-
guru pelatih dapat membuat persediaan yang lebih sempurna.

Seterusnya, pada hari terakhir saya juga mendapati masalah kesuntukan masa
timbul pada sesi break camp & raptai majlis. Sesi ini berlangsung selama setengah jam
sahaja dari pukul 9.00 pagi sehingga 9.30 pagi. Bahagian break camp merangkumi
membuka segala khemah dan mengemaskannya ke dalam beg secara teratur. Raptai majlis
pula merupakan pelangsungan majlis penutupan secara sepintas lalu untuk mengesan
masalah yang berkemungkinan wujud. Kedua-dua aktiviti ini perlu dijalankan secara
serentak dan menjadi terburu-buru jika masa yang diperuntukkan hanya selama setengah
jam. Oleh itu, saya mencadangkan supaya masa dipanjangkan lagi untuk aktiviti ini.
Contohnya, rutin pagi bagi hari ini boleh disingkatkan lagi ataupun majlis penutupan juga
boleh disingkatkan sepanjang 15 minit. Dengan itu, aktiviti break camp & raptai majlis
dapat dijalankan dengan lebih efesien selama 1 jam.

Secara kontranya, jadual program perkhemahan ini juga mempunyai butir-butir


kekuatannya. Kebanyakan aktiviti yang disusun adalah berkesinambungan dan
berperingkat-peringkat agar guru pelatih dapat belajar melalui proses ansur maju.
Penyusunan aktiviti dilakukan dengan memenuhi objektif perkhemahan ini dan dapat
membantu guru pelatih membina jati diri yang utuh dan mengembangkan lagi potensi diri.

Sebagai contoh, sebaik sahaja ketibaan di tapak perkhemahan pada hari pertama,
guru pelatih dikehendaki untuk menguruskan tapak serta mendirikan khemah menggunakan
kemahiran membuat ikatan dan simpulan tali yang dipelajari sepanjang kursus ini. Aktiviti ini
memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempraktikkan kemahiran yang dipelajari
dalam kehidupan harian. Guru pelatih perlu mengaplikasikan teknik-teknik menghasilkan
ikatan dan simpulan yang kuat untuk mendirikan khemah yang kukuh dan berkualiti. Di
samping itu, program perkhemahan ini juga memerlukan tapak menyimpan barang serta
tapak memasak. Oleh itu, guru pelatih juga boleh mengaplikasikan cara mengikat tali pada
batangan kayu untuk menghasilkan gajet-gajet yang berfungsi seperti perabot. Guru pelatih
boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk membina gajet yang pelbagai fungsi.
Seterusnya, aktiviti yang terakhir pada hari ini adalah taklimat kem komandan. Melalui
taklimat ini, guru pelatih diberi penerangan yang lanjut berkenaan aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang perkhemahan ini serta butir-butir yang perlu diberi perhatian. Jurulatih
akan membimbing guru pelatih untuk menyesuaikan diri dengan tapak perkhemahan bagi
memudahkan kelangsungan program ini. Pada masa yang sama, saya juga memerhati
bahawa masa yang ditetapkan untuk rehat adalah 10.00 malam. Saya berpendapat bahawa
pengaturan ini adalah baik kerana guru pelatih boleh memperoleh masa tidur yang
mencukupi dan lebih bersemangat menyahut cabaran pada hari yang seterusnya.

Kemudian, aktiviti yang diatur pada hari kedua juga berpatutan, terutamanya ikhtiar
hidup. Ikhtiar hidup memberi pengalaman kepada guru pelatih cara untuk meneruskan hidup
di kawasan hutan dan memastikan keselesaan yang semaksimumnya. Contohnya, guru
pelatih dibimbing untuk menghidupkan api dengan bahan semulajadi ataupun cara
memasak tanpa bahan perasa seperti garam. Ikhtiar hidup ini mempunyai nilai praktikal
yang tinggi memandangkan guru-guru pelatih berkemungkinan akan diamanahkan untuk
mengajar di kawasan pedalaman yang memerlukan kemahiran-kemahiran terbabit.

Selanjutnya, hari ketiga yang meliputi sesi khidmat komuniti turut dapat memberi
manfaat kepada guru-guru pelatih. Guru pelatih dapat memberi sedikit sebanyak
sumbangan tenaga demi kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Aktiviti seperti
membersihkan dewan, menceriakan taman dan sebagainya dapat membantu meningkatkan
kualiti hidup secara keseluruhan. Refleksi khidmat komuniti juga dilakukan sebaik sahaja
aktiviti tersebut berakhir adalah sangat baik. Guru pelatih dapat mengimbas kembali
masalah-masalah ataupun konflik yang dihadapi dengan lebih jelas supaya refleksi dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Malam kebudayaan yang akan dijalankan juga
menyediakan pentas bagi guru-guru pelatih menunjukkan bakat sendiri dalam pelbagai
bidang. Contohnya, menyanyi, berlakon, menari dan berjoget.

Pada hari terakhir, majlis penutupan dan penyampaian sijil dapat memberi gambaran
sepintas lalu tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan selama 4 hari tersebut. Guru-guru
pelatih dapat menerima pengiktirafan rasmi bagi usaha sendiri dalam menjayakan program
perkhemahan ini. Pada masa kelak, semua orang dapat merujuk balik kenang-kenangan di
perkhemahan ini dan tabahkan hati jika ditempuhi cabaran yang pelbagai.

Tuntasnya, saya berpendapat bahawa pengaturan aktiviti dan peruntukan masa bagi
setiap sesi aktiviti adalah bersesuaian secara keseluruhannya. Guru-guru pelatih akan
memperolehi input dan output yang berguna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Namun, kelemahan-kelemahan yang didapati dalam jadual ini diharapkan dapat
ditambahbaikan demi keberkesanan program yang lebih tinggi lagi.

Anda mungkin juga menyukai