Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT

27200 KUALA LIPIS


PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09-3101251 Fax : 09-3101252

KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN UNIT KURIKULUM
(SEMARAK GEMILANG SPM & PMR 2011)
1. PENDAHULUAN
Program Semarak Gemilang merupakan program tahunan Unit Kurikulum yang
dijalankan khusus bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada
tahun 2011. Program ini adalah antara usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajarpelajar bagi mencapai target PMR dan SPM yang menjadi misi unit kurikulum.
2. RASIONAL
Program Semarak Gemilang dilaksanakan agar pelajar-pelajar dapat diberi latihan secara
intensif oleh guru-guru berkenaan mengikut kumpulan potensi setiap subjek.Program ini
dilaksanakan bagi menangani masalah kehadiran pelajar sekiranya program dilaksanakan selepas
sesi persekolahan biasa. Sehubungan itu, program ini dilaksanakan dalam tiga sesi pada satu hari
iaitu sesi 1(7.40-10.20 pagi), sesi 2 (11.00-1.00 tengahari) dan sesi 3 (2.00-4.30 petang). Dengan
memulakan sesi ketiga pada pukul 2.00 petang (masih dalam sesi persekolahan), masalah
kedatangan pelajar dapat ditangani. Tempoh pengajaran dan pembelajaran untuk setiap
matapelajaran juga bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga bertindak
menyediakan makan tengahari pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran pada sesi
petang berjalan lancar.
3. MATLAMAT
Keputusan PMR dan SPM 2011 dapat mencapai target gred purata 2.5 (PMR) dan 4.5
(SPM)
4. OBJEKTIF
2.1 Mencapai keputusan 100% lulus dan 30% cemerlang dalam peperiksaan PMR dan
SPM
2.2 Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 3 & Tingkatan 5
2.3 Membantu para pelajar mencapai kecemerlangan dalam SPM & PMR
2.4 Mencapai target sekolah iaitu GPM 2.5 bagi PMR dan 4.5 bagi SPM 2011
5. KUMPULAN SASAR
Semua calon SPM dan PMR 2011
6. TEMPOH PELAKSANAAN
Fasa 1: 09 Mei hingga 26 Mei 2011 ( 3minggu)
Fasa 2: 13 Jun hingga 25 Ogos 2011 ( 11minggu)
Fasa 3: 5 September hingga 11 Oktober 2011 (5 minggu)
5 September hingga 17 November 2011 ( 11 minggu)

7. KAEDAH PELAKSANAAN
Sesi 1: 7.40 pagi 10.20 pagi
10.20 10.40 (Rehat)
Sesi 2: 10.40 pagi 1.20 petang
1.20 2.00 petang (makan & solat zohor)
Sesi 3: 2.00 petang 4.30 petang
8. SUMBER KEWANGAN
Kutipan RM 2.50 sehari daripada pelajar untuk makan tengahari pelajar.
(Rujuk lampiran)
9. JADUAL KELAS BIMBINGAN
Rujuk Lampiran
10. PENUTUP
Dengan terlaksananya program kelas bimbingan ini, diharapkan agar segala matlamat dan
target sekolah dapat dicapai demi kecemerlangan pelajar-pelajar khususnya dalam bidang
akademik.

Disediakan oleh

Disemak oleh

NORIZAN MUSTAFFA
Pen Setiausaha Kurikulum
SMK Kerambit, Kuala Lipis

ROZIAH ABDUL LATIF


GPK Kurikulum & Pentadbiran
SMK Kerambit, Kuala Lipis

Disahkan oleh
SYED MOHAMED BIN SYED AGIL
Pengetua
SMK Kerambit, Kuala Lipis

KAEDAH PELAKSANAAN KELAS BIMBINGAN


INTENSIF PMR & SPM 2010.
1) Pada jam 2.50 petang, semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 akan terus
ke dewan makan bersama guru bertugas dan dikecualikan daripada
perhimpunan.
2) Pelajar-pelajar makan tengahari di dewan makan dan kemudian
solat zohor di surau
3) Selepas solat, pelajar-pelajar akan terus ke kelas bimbingan
mengikut jadual yang telah ditentukan, iaitu 3.15 hingga 4.30
petang
4) Selepas selesai kelas bimbingan, pelajar-pelajar yang terlibat
dengan latihan bola atau lain-lain permainan solat asar di surau,
manakala pelajar yang tinggal di luar pulang ke rumah masingmasing.
CATATAN :
1. Pada Hari Isnin, pelajar Tingkatan 5 akan terus ke kelas
bimbingan selepas makan. ( Solat zohor semasa amali: jam
1.30 2.10 ptg)
2. Pada Hari Khamis, pelajar Tingkatan 3 akan terus ke kelas
bimbingan selepas makan. ( Solat zohor semasa amali: jam
1.30 2.10 ptg)

JADUAL GURU BERTUGAS KELAS BIMBINGAN INTENSIF


PMR & SPM 2010
HARI
ISNIN

SELASA

RABU

GURU BERTUGAS

BIDANG TUGAS

Pn Norizan Mustaffa (Ting. 5)


En Nik Ahmad Syahman M.
Juhan (Ting 3)

1) Memastikan pelajarpelajar ke dewan makan


untuk makan tengahari
serta makan bersama
pelajar
Pn Azlinda Mohamad (Ting 5) 2) Memastikan pelajar
solat Zohor selepas
En Muadzam Mokhtar (Ting 3)
makan Tengahari
Us Dahalan Muhamad (Ting 5)
Pn Fuziah Ali (Ting 3)

KHAMIS Pn Nur Izyani Borhan (Ting 5)


Pn Somthawin Nilrat (Ting 3)

Catatan :
1) Guru subjek bagi kelas bimbingan juga dijemput makan tengahari di dewan
makan pada hari-hari yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai