Anda di halaman 1dari 8

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu

______________________________________________________________________________________________________
_

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH.


1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
1.1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan.
Oleh itu semua guru dihenendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah
Am tersebut.
1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang
lain.
1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruaan dan menjunjungnya sebagai
satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata.
1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.
1.6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
1.7. Bertanggungjawab dalam menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
2. KEDATANGAN.
2.1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani buku kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
2.3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.
2.4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
3. KELUAR WAKTU MENGAJAR.
3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/
Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong
Kanan.
3.2. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod
Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan sebelum keluar.
3.3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Guru Penolong Kanan/ Penyelia Petang.
4. CUTI.
4.1.

Cuti Rehat/ Cuti Penggal.


Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/(30) bertarikh 24
Disember, 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga
daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas
mengajar.

_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu


_____________________________________________________________________________________________

4.2.

Cuti Sakit.
4.2.1.
Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
4.2.2.
Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi
14 hari dalam setahun.
4.2.3.
Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putusputus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3.

Cuti Tanpa Gaji.


4.3.1.
Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon diatas
sebab-sebab persendirian yang mustahak.
4.3.2.
Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi
selepas habis semua cuti rehatnya.
4.3.3.
Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap
tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4.
Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali
dalam masa 4 tahun.
4.3.5.
Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan
hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh
mula bercuti.

4.4.

Cuti Sambilan.
4.4.1.
Cuti Sambilan Ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2.
Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

4.5.

Cuti Keluar Negeri.


4.5.1.
Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti
mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan
yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti.

5. PAKAIAN.
5.1.

Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan


dan masyarakat timur.
5.2.
Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi
guru perempuan.
5.3.
Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut
yang sesuai.
5.4.

Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian


yang sesuai.

_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu


_____________________________________________________________________________________________

5.4.1.
Guru perempuan seluar trek/ panjang yang sesuai, kemeja T/ kemeja
sukan, baju trek, kasut sukan/ getah tanpa tumit.
5.4.2.
Guru lelaki seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang
sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut
getah tanpa tumit.
6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU.
6.1.

Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan

sihat
6.2.
sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan
akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
6.3.
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/
pendapat/ kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah
yang lain.
6.4. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
sosial, sosiao ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah.
7. BILIK GURU.
7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
7.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai non-teaching perioddan bukannya free period. Oleh
itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau tugasan di sekolah sahaja.
Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik
guru.
7.3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
7.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggung jawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana
pihak.
7.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik hendaklah memastikan semua computer,
lampu, penghawa dingin dipadamkan dan semua pintu dikunci.
8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN.
8.1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.
8.2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru
Ketua Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan.
9. TUGAS.
9.1. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan
pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan
dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu


_____________________________________________________________________________________________

9.2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya


menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain,
guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak
boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan
pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan
sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan pengetua.
10. BUKU REKOD MENGAJAR.
10.1. Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah
diserahkan ke pejabat pada hari jumaat/ khamis untuk disemak dan
ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong Kanan.
10.2. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan.
10.3. Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir
tahun persekolahan.
10.4 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna
dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
diberi kuasa.
11. JADUAL WAKTU.
11.1. Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
12.2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
12. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR.
12.1. Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang
tercetak dibahagian dalam kulit hadapan.
12.2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis dengan teratur, kemas dan
ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya
guru tingkatan tidak hadir, penyelaras tingkatan bertanggungjawab
menandanya.
12.3. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.
12.4. Pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau berselang-seli
dalam satu minggu, ibubapa/ penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
12.5. Analisa mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh
guru yang bertanggungjawab.
12.6. Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH.
_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu


_____________________________________________________________________________________________

13.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga


keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama
ada dengan sengaja atau dengan tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
pihak sekolah
13.2. Ketua Panitia/ Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan
lain-lain.
14. KEBERSIHAN.
14.1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan
kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
14.2. Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/
tempat khas (bengkel,bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab
untuk menjaga bilik tersebut.
14.3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf
sokongan dan pelajar.
15. SURAT-MENYURAT.
15.1. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui pengetua
untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
16. SURAT YANG DITERIMA.
16.1. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.
16.2. Jika surat itu dituju kepada guru yang dinyatakan melalui dan salinan
kepada pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil
tindakan.
16.3. Jika surat itu ditujukan kepada pengetua dan pengetua mengedarnya untuk
tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
16.3.1.1.
Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak
ada dalam simpanannya.
16.3.1.2.
Mengambil tindakan yang diperlukan.
16.3.1.3.
Memulangkan semula fail itu ke pejabat.
17. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN/ PENDIDIKAN DAERAH.
17.1. Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.
18. PELAWAT.
_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu


_____________________________________________________________________________________________

18.1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/ Penolong


Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma
atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
19. MEMBELI BARANG.
19.1. Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.
19.2. Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru
Kanan/ Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
19.3. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
19.4. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan
direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
20. KEGIATAN KOKURIKULUM.
20.1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum.
Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
21. PERHIMPUNAN SEKOLAH.
21.1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masamasa dan hari-hari yang ditetapkan.
21.2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan
panjang.
21.3. Perhimpunan mestilah diselia dan diuruskan oleh guru bertugas
mingguan.
21.4.

Memastikan alat siaraya disediakan dan berfungsi dengan baik.

21.5. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu


Negeri dan Lagu Sekolah.
21.6.

Guru tingkatan dikenhendaki membuat catatan kehadiran pelajar.

21.7. Guru bertugas memastikan pergerakan balik pelajar ke kelas dengan


teratur.
22. MESYUARAT GURU.
22.1. Dari semasa ke semasa pengetua akan memanggil mesyuarat guru.
Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
22.2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/
Ketua Panitia.
_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu


_____________________________________________________________________________________________

23. BUKU STOK/ INVENTORI.


23.1. Guru kanan/ Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh
Pengetua/ Penolong Kanan.
24. TANDA NAMA.
24.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah/ di luar sekolah.
25. KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG.
25.1.
25.2.

Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT TERMASUK KOMPUTER BIMBIT DAN LCD.


26.1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
26.2. Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga
stok.
26.3. Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan
kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
26.4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
27. ARAHAN DAN PEKELILING.
27.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
27.2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
disimpan di dalam fail khas.
27.3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/ PPD, guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan
diambil.
28. TELEFON.
28.1. Pengguanaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah
menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.
29. KUNCI.
29.1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
29.2. Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia
mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab
terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Panduan Pengurusan SMK Seri Keledang, Menglembu


_____________________________________________________________________________________________

30. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH.


30.1.

Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

_____________________________________________________________________________________________
SMK SERI KELEDANG EXCELLENT

Anda mungkin juga menyukai