Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN SEKOLAH (GURU-GURU)

DASAR KURIKULUM

1.1 Semua murid boleh diajar dan boleh berjaya


1.2 Pembelajaran berkualiti untuk semua murid

1. ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan.
Oleh itu semua guru adalah dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca ,memahami dan boleh mentafsir dengan
tepat akan kandungan perintah Am dan arahan Perkhidmatan yang lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan
sebagai satu perkerjaan/mata pencarian semata – mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip – prinsip Perkhidmatan Cemerlang
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda
sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas

2.KEDATANGAN GURU

2.1 Sampai di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum jadual pertama persekolahan dimulakan dan balik 30 minit
selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetakan oleh Guru Besar mengikut keadaan semasa.
2.2 Kehadiran masa tiba dan masa balik hendaklah dicatatkan sendiri dan ditandatangani di dalam 'Buku kedatangan
Guru'. Kegagalan mencatatkan kehadiran akan merumitkan pentadbiran sekolah.
2.3 Jika sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit,kemalangan atau kecemasan dan sebagainya, guru berkenaan
hendaklah segera memberitahu Guru Besar dengan apa cara juga.Jika cuti lebih dari sehari,Buku Persediaan
Mengajar ,buku rujukan,anka kunci dan surat akaun doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
2.4 Jika terlewat sampai ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan ,hendaklah berjumpa Guru Besar
terlebih dahulu menerangkan sebab kelewatan itu sebelum menjalankan tugas.

Anda mungkin juga menyukai