Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)SK DURIAN TIPUS 2020

TARIKH / HARI : 26 Januari 2020 / Khamis


MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

1.PN RADIAH BINTI JALI

2.PN NORLIZA BINTI SAHLAN

3.AMAR ARIFF BIN ABDUL WAHAB ZANI

AGENDA MESYURARAT

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa 3K . Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru terlibat dengan mesyuarat ini kerana melibatkan
Program Gotong-Royong Perdana yang akan diadakan tidak lama lagi.

1.2 Pengerusi memaklumkan aktiviti 3K peringkat sekolah adalah selari dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan (PPPM) 2015-2025 , di bawah anjakan 3 (Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai) dan
untuk mencapai aspirasi murid yang beretika dan memiliki kerohanian yang tinggi.

1.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru pertandingan 3K ( kelas ) akan bermula pada bulan Februari.

2.0 Program Kebersihan

2.1 Pengerusi mentakrifkan 3K, objektif 3K dan menerangkan organisasi 3K peringkat sekolah serta senarai
tugas jawatankuasa 3K, dimana penyelaras 3K dipegang oleh En AMAR ARIFF BIN ABDUL WAHAB ZANI dan
dibawahnya dipecah kepada tiga iaitu Unit Kebersihan di bawah tanggungjawab ………………… sebagai sebagai
penyelaras , Unit Kesihatan penyelarasnya ……………………………..Unit Keselamatan dipegang oleh Pn Zuraini
Binti Zainon sebagai penyelarasnya.

Tindakan : Semua Penyelaras 3K

2.2 Pengerusi juga menerangkan kepada guru-guru objektif pengurusan kebersihan, carta organisasi
jawatankuasa kebersihan dan senarai tugasan kebersihan dan senarai tugas jawatankuasa kebersihan.

Tindakan : Penyelaras Kebersihan

3.0 Program Kesihatan


3.1 Pengerusi menerangkan pengurusan kesihatan meliputi objektif, carta organisasi dan senarai tugas . Unit
Kesihatan diketuai oleh ………………………….. dan dibantu beberapa guru sebajai AJK .

Tindakan : Penyelaras Kesihatan

4.0 Program Keselamatan

4.1 Pengerusi menerangkan pengurusan keselamatan yang meliputi objektif, carta organisasi dan senarai tugas.
Unit Keselamatan diketuai oleh Pn Zuraini Binti Zainon dan dibantu oleh beberapa orang guru sebagai AJK . AJK
juga terdiri daripada Penyelaras Tingkatan.

Tindakan : Penyelaras Keselamatan

5.0 Maklumat Tambahan

- Pengerusi mengharapkan Jawatankuasa 3K dapat merangka dan melaksanakan program masing-masing. Latihan
kebakaran hendaklah diadakan dua kali setahun, minta bantuan dari Bomba SIMPANG PERTANG untuk ceramah
dan latihan kebakaran.

Tindakan : Penyelaras Keselamatan

- Pengerusi memaklumkan pintu pagar utama sentiasa ditutup, pelawat mesti melapor diri di pondok pengawal
sebelum masuk ke sekolah dengan berpakaian sopan.

- Pengerusi juga mengingatkan guru-guru tentang buku rekod kesihatan pelajar, kad pergigian dan surat rawatan
murid.

Tindakan : Penyelaras Kesihatan dan Guru Kelas

- USTAZ AMAR mengharapkan pihak tertentu dapat menyediakan “Zebra Crossing” di jalan berhadapan dengan
pintu pagar sekolah bagi memastikan keselamatan murid-murid semasa melintas.

Tindakan : Pentadbir

6.0 Program Gotong Royong Perdana

- Pengerusi memaklumkan program tersebut akan diadakan pada Disember . Pengerusi meminta Penyelaras
Kebersihan Puan Usha Devi menyampaikan taklimat berkaitan gotong royong.

Tindakan : Semua Guru

7.0 Hal Hal Lain


- Gotong royong kali kedua akan diadakan ,melibatkan persekitaran kawasan sekolah. Pelaksanaannya akan
dimaklumkan kemudian.

8.0 Ucapan Penangguhan

- Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program 3K. Bekerja sebagai satu
pasukan amatlah penting dalam setiap aktiviti sekolah, terutamanya gotong royong yang akan diadakan tidak lama
lagi.

- Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat hadir dan memberi perhatian terhadap maklumat dalam
mesyuarat kali ini.

- Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 4.45 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

___________________________ __________________________
(AMAR ARIFF BIN ABDUL WAHAB ZANI) (NORLIZA BINTI SAHLAN)
Penyelaras 3K GURU HEM,
SK DURIAN TIPUS, SK DURIAN TIPUS,
72400 SIMPANG DURIAN, 72400 SIMPANG DURIAN,
Negeri Sembilan. Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai