Anda di halaman 1dari 1

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...

alhamdulillahi robbil a’lamin..wassola tuwassalamu a’la asyrofil anbiyai


walmursalin waa’la alihi wasohbihi ajmain

Ya Allah, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dan menjayakan MAJLIS JALINAN MESRA
PRS pada tahun ini.

YA ALLAH..berkati lah dan rahmatilah majlis kami pada hari ini agar ianya
menjadi majlis yang menguatkan lagi ikatan kekeluargaan antara kami dan
menjadikan diri kami sentiasa terbuka hati dan minda demi menjaga ukhwah yang
kami telah bina bersama-sama. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pada
pagi ini kami berkumpul kerana-Mu, Kami berkumpul untuk mengisi seluruh
hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah Ya Zal Jalaliwal Ikram, Maka
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan
seluruh umat Islam yang berada di bumi Mu ini YA ALLAH YA RAHMAN YA
ROHIM

Lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati


kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh
apa yang Engkau haramkan kepada kami.

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) kami


akan menjadi insan yang cemerlang, insan yang disegani dan dihormati di dunia
mahupun di akhirat.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram, Kami memohon kekuatan


kehadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada pagi ini, akan
dapat melaksanakan segala kebajikan dan amalan soleh.

َ َ‫عذ‬
‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬

Wasolallohu ‘ala saiyyidina muhammad..wa ‘ala alihi wasohbihi


wasallam..walhamdulillahi robbol a’lamin

Anda mungkin juga menyukai