Anda di halaman 1dari 1

DOA PELANCARAN KEMPEN MAKAN TAK TUMPAH
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Ya Allah Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran
Kempen Makan Tak Tumpah Peringkat SK. Seri Bandi tahun 2016
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki,
Mulakanlah hari-hari yang kami lalui dengan kerahmatanMu ,
pertengahannya
dengan
keberkatanMu,
dan
disudahi
dengan
keampunanMu. Penuhilah keseluruhan hari yang kami lalui dengan
hidayah , kemenangan dan kecemerlangan .











Ya Allah berikanlah kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang
suka mendengar kebaikan lantas melakukannya. Jadikanlah kami insan
yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya.
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai