Anda di halaman 1dari 3

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Di pagi yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun


bagi menjayakan Majlis Perasmian Kem Membaca 1Malaysia, Nilam dan VLE Frog peringkat Sk Kubu bagi tahun 2018 yang akan disempurnakan
perasmiaanya oleh En. Alias b Awang GB SK Kubu. Kami
memohon padaMu Ya Allah agar Engkau berkatilah majlis kami ini. Engkau
jadikanlah ia sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala disisiMu.

Ya Allah Ya Fattahu Ya Aliim.

Jadikanlah perhimpunan kami sempena Program Kem Membaca 1Malaysia,Nilam dan VLE Frog
pada hari ini sebagai penggerak dan titik tolak bagi memupuk dan
menyemarakkan minat membaca dikalangan generasi kami kerana bangsa
yang berjaya didahului dengan bangsa yang minat membaca, sesuai dengan
ayat pertama yang Engkau turunkan kepada RasulMu '(ra bismi Rabbikalla)i
khala( Bacalah, dengan nama TuhanMu yang menciptakan sekalian
Makhluk.
Allumma Ya munzilal kitaab,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, campakkanlah kedalam hati dan diri
kami sikap membudayakan buku sebagai sahabat dan merasai tidak lengkap
tanpa buku .alau di mana kami berada.
Ya Allah, seandainya di dalam majlis kami ini terdapat perkara yang
mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami. Sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami diantara
hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang
baik

Ya Allah Ya Farjal huma wa ya kasafil gham.

Kurniakanlah kami kekuatan fizikal, mental dan rohani agar kami dapat menempuhi ujian yang mendatang daripada mu Ya Allah. Berkatilah segala Usaha-
usaha kami dalam menjayakan kem membaca 1Malaysia ini akan menjadi program yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam era transformasi hari ini

Anda mungkin juga menyukai