Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Cucurilah rahmatMu ke atas majlis ini, Berkatilah ia dari awal hingga

akhirnya.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah,


sempena majlis sambutan ulangtahun kelahiran warga SK. Seri Bandi bagi tahun 2019 ini
bukakanlah kepada kami pintu kebajikan, pintu keberkatan, pintu kenikmatan, pintu
rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat
yang menjurus ke SyurgaMu Ya Allah. Dan kami juga memohon kepadaMu Ya Allah,
jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan dari kami dan keluarga kami.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami dan kedua ibubapa kami serta keluarga kami
dan semua teman dan sahabat kami kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap
dosa.

Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga
Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada kami di
dunia dan akhirat. Kau Jadikan kami hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan
bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.

Anda mungkin juga menyukai