Anda di halaman 1dari 1

SENTUHAN SELAMAT

Apakah itu sentuhan ? Sentuhan boleh di definasikan sebagai satu tindakan menyentuh seseorang atau sesuatu.
Apabila kita di sentuh kita akan mempunyai perasaan didalam diri kita. Perasaan kita bergantung sama ada ia
sentuhan baik atau sentuhan tidak baik .

Sentuhan baik boleh di gambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa gembira, selesa dan selamat
seperti apabila ibubapa memeluk kita. Sentuhan baik juga dikenali sebagai sentuhan selamat.

Sentuhan tidak baik pula , boleh digambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa tidak selesa , tidak
selamat dan memberi perasaan buruk seperti sedih , malu dan takut . Contoh sentuhan tidak baik ialah di pukul
atau di tolak . Sentuhan tidak baik juga dikenali sebagi sentuhan tidak selamat.

Oleh itu , dimana kita boleh di sentuh dan siapa boleh sentuh kita ?

Seorang kanak-kanak seawal usia 2 tahun boleh menamakan bahagian-bahagian tertentu badan mereka.

Pada umur  4 atau 5  tahun kanak-kanak boleh menamakan bahagian badan mereka dan sedar akan badan
mereka serta fungsinya. Pada umur ini juga mereka akan belajar bahawa bahagian-bahagian tertentu badan
mereka adalah sulit atau rahsia.

Oleh itu , kamu harus ingat bahawa badan kamu adalah hak kamu sendiri dan dimiliki oleh kamu . Kamu harus
tahu bahawa tiada siapa yang boleh menyentuh badan kamu tanpa kebenaran kamu dan kamu boleh menolak
untuk di sentuh.

Terdapat bahagian – bahagian badan kamu yang sulit dan peribadi kepada kamu. Seorang kanak-kanak mesti
diajar tentang bahagian-bahagian ini. Terdapat 4 zon dianggap sulit dan peribadi iaitu : mulut,dada , kawasan di
antara paha (kemaluan)  dan punggung . Kawasan sulit ini hanya boleh di sentuh oleh diri sendiri atau oleh ibu
bapa anda. Ibu atau bapa kamu akan menyentuh kamu apabila mereka mandikan kamu. Doktor kamu juga akan
menyentuh kamu semasa pemeriksaan fizikal di hadapan ibu bapa kamu

Jika seseorang menyentuh kamu apa yang perlu dilakukan?

1. Jerit “JANGAN” atau teriak sekuat hati untuk pertolongan


2. Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau tempat yang ada orang
3. Beritahu seseorang  yang anda percayai seperti ibu , bapa, nenek , datuk , cikgu dan sebagainya.
Teruskan memberitahu mereka sehingga mereka memepercayai kamu dan mengambil tindakan sewajarnya

RUMUSAN

1. Terdapat sentuhan baik dan sentuhan tidak baik


2. Tiada sesiapa yang patut menyentuh bahagian sulit atau rahsia kamu tanpa kebenaran kamu
3. Jangan sesekali bersetuju untuk menyimpan rahsia sentuhan tidak baik
4. Beritahu seseorang yang kamu percayai dan teruskan memberitahu sehingga kamu dapat bantuan
dengan masalah tersebut

Anda mungkin juga menyukai