Anda di halaman 1dari 2

a) Mangsa menghadapi masalah emosi

Merujuk Kamus Dewan edisi ke-4, emosi membawa maksud keadaan perasaan atau
fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi dalam seseorang.
Diskriminasi akan menyebabkan akan menyebabkan masalah emosi seperti kemurungan,
kebimbangan dan juga perasaan kekosongan. Diskriminasi akan menyebabkan mangsa
menghadapi masalah emosi kerana pelaku untuk diskrimanisi ini akan sentiasa cakap
perkara-perkara yang akan menyebabkan mangsa kekurangan keyakinan diri untuk hidup di
dunia ini. Apabila mereka tiada keyakinan diri, mereka akan menghadapi masalah
kemurungan dan perasaan kekosongan. Hal ini demikian kerana golongan mangsa ini tidak
mempunyai sahabat atau teman untuk bergaul dan meluahkan perasaan. Apabila situasi ini
berpanjangan, mangsa ini akan hidup dalam kebimbanngan. Hal ini demikian kerana
mereka akan membayangi sahabat dan teman-temannya sedang bercakap buruk
tentangnya. Secara tidak langsung, mangsa tersebut akan mengambil keputusan untuk
membunuh diri kerana mereka tidak dapat menyelesaikan masalah diskriminasi mereka.
Jelaslah bahawa diskriminasi akan menyebabkan masalah emosi dan lama-kelamaan akan
menyebabkan kehilangan nyawa.

b) Mangsa menghadapi masalah sosial

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, sosial membawa maksud hal yang berkaitan
dengan masyarakat. Oleh itu, masalah sosial merupakan masalah yang berkaitan dengan
masyarakat. Sebagai contoh, penyalahgunaan dadah, gengsterisme dan vandalisme.
Mangsa-mangsa diskriminasi ini akan berasa dirinya ditinggalkan oleh sahabatnya dan
menyebabkan mereka terpengaruh dengan gejala negatif. Salah satu sebab mangsa
diskriminasi melibatkan diri dalam masalah sosial adalah kerana mangsa ini ingin
melepaskan dendaman mereka apabila mereka didiskriminasi.

c) Mangsa mengahadapi masalah pendidikan

Kebanyakan mangsa diskriminasi akan menghadapi masalah dalam mempelajari


ilmu. Hal ini demikian kerana mangsa diskriminasi ini tidak dapat memberi seratus peratus
perhatian kepada guru yang mengajarinya. Minda mereka akan sentiasa berfikir tentang
perkara diskriminasi. Kesannya, pencapaian akademik mangsa-mangsa diskriminasi ini
akan merosot. Apabila akademik merosot, hal ini akan menyebabkan masa depan mangsa
ini menjadi gelap. Mereka berkemungkinan tidak dapat memasuki universiti apabila mereka
mendapat keputusan yang buruk.
d) Pelaku diskrimansi juga akan memberikan kesan

Pelaku diskriminasi juga akan disabitkan dengan undang-undang apabila mendapati


mereka mendiskriminasi orang lain. Hal ini demikian kerana mendiskriminasikan orang lain
merupakan perkaran yang sangat jahat dan buruk. Pelaku diskriminasi ini berkemungkinan
dihantar ke penjara akibat kesalalahan menndiskriminasikan orang lain. Apabila pelaku ini
dihantar ke penjara, masa depan pelaku ini akan menjadi gelap serta-merta. Hal ini
demikian kerana mereka akan menghadapi kesusahan dalam mencari pekerjaaan apabila
mereka dikeluarkan daripada penjara. Hal ini demikian kearan tiada syarikay yang ingin
mengambil pekerjanya yang dikeluarkan daripada penjara. Mereka juga akan mengahadapi
masalah dengan sahabat dan kawan mereka. Sahabat atau kawan mereka juga tidak akan
mempedulikan mereka apabila mereka dilepaskan daripada penjara. Hal ini demikian
kerana, kawan dan sahabatnya bimbang pelaku diskriminasi ini melakukan sesuatu yang
jahat terhadapnya.

Anda mungkin juga menyukai