Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN PETA PEMIKIRAN / I-THINK CONCEPT

SK SUNGAI MADOR

2021

1) PENDAHULUAN

Pertandingan peta pemikiran / i-think concept merupakan satu aktiviti yang dapat

memberi pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan peta pemikiran dalam

Sains. Disamping itu juga dapat melahirkan pelajar minat terhadap matapelajaran Sains

. Sehubungan itu, Kelab STEM anjuran bersama Panitia Sains SK Sungai Mador

mengambil inisiatif merancangkan program Pertandingan Peta Pemikiran/I think

concept secara dalam talian sebagai pemangkin dalam membina murid yang

cemerlang, gemilang dan terbilang.

2) OBJEKTIF
 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap Sains.
 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai Sains dan
Teknologi seterusnya meningkatkan peratusan kelulusan Sains dalam peperiksaan.
 Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid-murid.
 Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang isi pelajaran Sains yang
dipelajari.

3 )RASIONAL

Setiap orang murid mengetahui peta pemikiran sangat penting dalam mengingati
konsep dan fakta dalam Sains. Pengetahuan tentang Sains amat berguna kepada murid
dalam aktiviti pembelajaran mereka.

4) MATLAMAT

a. Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru.


b. Memupuk nilai kerjasama dikalangan murid untuk menghasilkan sesuatu
tugasan.
c. Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am khasnya dalam Sains
dan Teknologi.

5) SASARAN

Murid Tahun 4-6 SK Sungai Mador.

6) TARIKH / MASA

Tarikh : 15 Julai – 15 Ogos 2021

Tempat : tempat sendiri [talian]

7) AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Fathi Bin Tar [Guru Besar]


Pengerusi : Pn. Norhaida Bt Mohamad @ Nordin ( Penolong Ko Kurikulum )

Penyelaras : Pn. Moh Mee Ngiik ( Penyelaras STEM )


Setiausaha : Pn. Doris Sangah

8) AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

1. Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang maklumat sains dan melalui
penghasilan Peta Pemikiran i-Think secara bertulis atau digital[computer]
2. Membina Peta Pemikiran i-Think konsep sains berdasarkan topik-topik sains yang terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) atau tajuk yang dipelajari.
3. Penghasilan Peta Pemikiran i-Think boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4. Penghasilan Peta Pemikiran i-Think boleh dibina secara bebas dalam satu mukasurat bersaiz
A4.
5. Peta Pemikiran i-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri
6. Peta Pemikiran i-Think yang telah siap boleh dihantar ke guru penasihat Kelab STEM.
7. Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, kandungan fakta, kekemasan susun atur
grafik dan kesesuaian susunan aliran.

9) ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Hadiah :
BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM)

1 Kategori Tahun 4,5 dan


6-[3 kategori]
[ Hadiah alat tulis]
Juara 3 unit 40.00 x 3 120.00
Kedua 3 unit 30.00 x 3 90.00
Ketiga 3 unit 20.00 x 3 60.00
Saguhati 15 unit 10.00 x 15 150.00

JUMLAH RM 420.00

10) SUMBER KEWANGAN

BKK- Bantuan persekolahan

11)PENUTUP

Pelaksanaan aktiviti ini untuk melahirkan murid –murid yang berminat terhadap Sains. Ia
juga dapat membantu meningkatkan kelulusan dalam mata pelajaran Sains. Adalah
diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan kerjasama yang
optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat demi menjayakan program
ini. Berharap agar usaha ini akan dapat member faedah dan manfaat bersama kepada
murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( NORHAIDA MOHAMAD) (FATHI BIN TAR)


Penolong Ko Kurikulum Guru Besar,
SK Sungai Mador SK Sungai Mador.

Anda mungkin juga menyukai