Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH


PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP)
SK SUNGAI ULAR
TAHUN 2020
(MAC HINGGA JULAI 2020)

1
1.0 PENDAHULUAN

Program pelaksanaan aktiviti sepanjang tempoh PKP yang dikendalikan oleh Pusat Sumber Ibnu
Rusyd ini merupakan program yang dijalankan bagi memenuhi masa dan memupuk minat membaca
dikalangan murid sepanjang tempoh PKP disebabkan oleh Pandemik Covid19 yang turut menular ke
negara kita. Program ini diharap dapat memupuk minat murid dalam aktiviti galakan membaca,
menjana kreativiti dan minda dan memberi pendedahan serta pengetahuan yang sangat berguna
kepada murid-murid dari segi mental dan fizikal mereka. Diharapkan program yang dijalankan ini
akan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menarik minat murid dalam program galakan membaca.


2.2 Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar melalui program-program yang dilaksanakan.
2.3 Membentuk para pelajar berfikiran kritis dan kreatif dalam penulisan bahasa.
2.4 Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Seluruh warga SK Sungai Ular.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT

4.1 Tarikh : Mac hingga Julai 2020

4.2 Tempat : Rumah masing-masing

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Mazlan Bin Mohamad (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn Asmawati Binti Alias (GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : En Mohd Sidek Bin Tahir (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 3 : En Mohamad Harris Bin Muda (GPK Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn Norsazlizawati Binti Md Ali (Guru Perpustakaan dan Media)

Pen. Penyelaras : Pn Siti Ayu Bistari Binti Ismail (Guru Perpustakaan)

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


2
Brosur : Pn. Hjh Zarina Binti Abdul Ghani

Dokumentasi : Pn Noor Idayu Binti Ismail

Hadiah: Pn. Syamirah Binti Abdul Rahman

Pn salwani Binti Jaafar

7.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TEMPOH PKP

3
AKTIVITI HURAIAN AKTIVITI

1) Program Membaca 10 - Murid membuat aktiviti bacaan bersama keluarga dan


Minit merakamkan detik itu.
- Muat naik ke laman sosial FB Pusat Sumber dan
gambar/video dengan undian tertinggi dikira sebagai
pemenang.
- Murid melukis dan mewarna lukisan bertemakan
2) Pertandingan Wira-wira Negara: COVID 19.
Rekabentuk Setem: - Muat naik gambar tersebut kedalam google form yang
Wira-wira Negara telah disediakan.
COVID19 - 3 gambar terbaik dinobatkan sebagai pemenang.

- Murid dikehendaki menceritakan pengalaman mereka


3) Pertandingan Menulis sepanjang menjalani tempoh PKP dirumah.
Karangan PKP - Karangan tersebut hendaklah dimuatnaik ke dalam
google form yang telah disediakan.
- 10 karangan dengan cerita yang menarik akan
dinobatkan sebagai pemenang.

- Murid perlu membuat video kreatif mereka sendiri


4) Video Kreatif Sempena bersempena dengan Hari Guru 2020 yang disambut
Hari Guru 2020 secara maya.
- Muat naik video kreatif tersebut ke laman sosial FB
Pusat Sumber Ibnu Rusyd.
- 3 video terbaik akan menerima hadiah dari pihak
Pusat Sumber.
- Satu perkataan yang panjang akan dimuat naik di
5) Pertandingan Bina Kata laman FB Pusat Sumber Ibnu Rusyd.
“SUPERCALLIFRAGILISTICEXPIALIDOCIOUS”
- Murid perlu membina satu perkataan yang menarik
dari perkataan tersebut
- Seorang pemenang dengan perkataan yang unik akan
dinobatkan sebagai pemenang.
- Murid perlu merekod data NILAM mereka didalam
6) NILAM PKP Murid google form yang telah disediakan.
(APRIL 2020) - 10 murid dengan data bacaan tertinggi akan
dinobatkan sebagai pemenang.

7) NILAM Tertinggi - Murid perlu merekod data nilam mereka didalam


Bulanan (Mei-Julai) sistem baru yang telah diperkenalkan iaitu Sistem E-
NILAM.
- Pembaca terbanyak bulanan dari setiap kelas akan
4
dinobatkan sebagi pemenang bulanan.

8) Pertandingan Menulis - Murid perlu menulis cerita kontot mengikut tema yang
Certot mereka gemari. Panjang esei atau cerita tersebut
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

AKTIVITI ANGGARAN HARGA JUMLAH


(RM)

1) Program Membaca 10 Minit


RM10 x 10 pemenang RM100.00
(10 Pemenang – alatulis)

2) Pertandingan Rekabentuk Setem: Wira-


RM10 x 3 pemenang RM30.00
wira Negara COVID19
(3 pemenang – alatulis)

3) Pertandingan Menulis Karangan PKP


RM10 x 10 pemenang RM100.00
(10 pemenang – alatulis)

4) Video Kreatif Sempena Hari Guru 2020


RM10 x 3 pemenang RM30.00

(3 pemenang – hamper)

5) Pertandingan Bina Kata


RM10 x 1 pemenang RM10.00
(1 pemenang – hamper)

6) NILAM PKP Murid (APRIL 2020)


RM10 x 10 pemenang RM100.00
(10 pemenang- alatulis)

7) NILAM Tertinggi Bulanan (Mei-Julai)


Mei:
Mei – 18 pemenang (alatulis) RM5 x 18 pemenang = RM90
Jun – 18 pemenang (alatulis)
Jun:
Julai – 18 pemenang (alatulis) RM5 x 18 pemenang = RM90 RM270.00

5
Julai :
RM5 x 18 pemenang = RM90

8) Pertandingan Menulis Certot


(10 pemenang – alatulis)
RM10 x 10 pemenang RM100.00

JUMLAH BESAR RM740.00

10.0 PENUTUP

Besarlah harapan pihak PS Ibnu Rusyd agar program ini dapat berjalan dengan jayanya serta
mampu memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik
permulaan kepada Pusat Sumber untuk menjadi lebih cemerlang dan gemilang.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

…………………………… ……………………………..
Pn. Norsazlizawati Binti Md Ali Pn Asmawati Binti Alias
Penyelaras PK Pentadbiran
Pusat Sumber Ibnu Rusyd SK Sungai Ular
SK Sungai Ular

DILULUSKAN OLEH,

...............................................
En Mazlan Bin Mohamad
Guru Besar
SK Sungai Ular

Anda mungkin juga menyukai