Anda di halaman 1dari 1

MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAMSOL KAHAR

No. 29 Jalan PS 4/3 Taman Pinggiran Senawang ,


71450 Sungai Gadut,
Negeri Sembilan.
Pengurus,
Wanija Industries (M) Sdn. Bhd,
Wisma Wanija 125-B Jalan Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN PELEPASAN BEKERJA PADA HARI SABTU
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan
pelepasan bekerja pada setiap hari Sabtu.
3. Hal ini kerana saya mengikuti kursus secara sambilan (Diploma Elektrik) di Politeknik Port
Dickson, Negeri Sembilan bermula dari 3 Disember 2016. Saya akan memastikan kursus yang
diikuti tidak mengganggu komitmen kerja saya sepanjang hari Isnin hingga Jumaat.
4. Di sini saya lampirkan bersama jadual kursus sepanjang hari Sabtu dan Ahad. Diharap pihak
tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala jasa baik pihak tuan amat saya
hargai.
Sekian.
Terima kasih.
Yang benar,

(MUHAMMAD SYAFIQ BIN SAMSOL KAHAR)

Anda mungkin juga menyukai