Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN A (10 MARKAH)

Soalan 1
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:

1 Bergotong- royong ialah amalan mulia yang masih diteruskan oleh masyarakat kita.
2 Kegiatan gotong-royong memudahkan sesuatu pekerjaan kerana pekerjaan itu
dilakukan secara beramai-ramai.
3 Selain meringankan kerja, gotong-royong dapat mengeratkan hubungan sesama
anggota masyarakat juga.
4 Kerja-kerja membersihkan kawasan seperti menebas rumput, mencuci longkang, dan
membuang sampah sarap, jika dilakukan selalu, dapat menjamin kebersihan dan
keselesaan penduduk.
5 Amalan gotong-royong perlu diteruskan kerana amalan ini banyak memberikan
kebaikan kepada semua anggota masyarakat.
BAHAGIAN B (15 MARKAH)
SOALAN 2
GAMBAR MENUNJUKKAN CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG. TULIS
ULASAN YANG BERTAJUK CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG.
BAHAGIAN C
Soalan 1
Komputer sangat penting dalam kehidupan harian manusia.
Tulis karangan yang bertajuk Faedah Mempelajari Komputer.

Cadangan Jawaban:
Pendahuluan
Pengetahuan tentang penggunaan komputer sangat penting
Isi-isi
Dapat menyimpan data atau maklumat penting dalam komputer
Menjimatkan masa dan tenaga
Menjalankan urusan dengan cara yang mudah dan dan cepat
Mudah mencari maklumat dari Internet
Dapat menghubungi orang lain melalui e-mel
Penutup
Pengetahuan tentang komputer penting pada zaman teknologi maklumat

SOALAN 2

Soalan 8
Kamu ingin berkenalan dengan seorang sahabat pena dalam majalah Pelajar.
Tulis surat kepada sahabat pena kamu itu.

Cadangan Jawaban:
Pendahuluan
Alamat pengirim, tarikh, pembuka kata, kata ganti nama penerima
Isi-isi
Tujuan surat hendak berkenalan
Memperkenalkan diri sendiri hobi, cita-cita, latar belakang keluarga
Berharap dapat berkawan rapat tidak pernah ada sahabat pena
Berjanji akan membalas surat
Penutup
Berharap dijadikan sahabat pena mengirim salam

Anda mungkin juga menyukai