Anda di halaman 1dari 1
@OUM OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 17 Julai 2018 Kepada Semua Pelajar Open University Malaysia (OUM), PEKELILING PENDAFTAR 06/2018: INTEGRITI DALAM MENGHASILKAN BAHAN AKADEMIK Akhir-akhir ini, pihak Universiti mendapati bahawa terdapat pihak yang menawarkan secara terbuka aktiviti-aktiviti_yang merosakkan integriti dan melanggar etika akademik untuk menghasilkan bahan akademik seperti jawapan tugasan, penjualan skema jawapan soalan peperiksaan, menulis kertas projek atau tesis dan sebagainya. Kegiatan seumpama ini adalah sangat tidak bertanggung jawab dan nyata boleh menjejaskan reputasi dan imej Universiti Sayugia diingatkan kepada semua pelajar bahawa pihak Universiti memandang serius tentang perkara ini serta tidak akan berkompromi sama sekali sama ada dengan pihak yang menawarkan perkhidmatan mahupun pelajar yang menggunakan perkhidmatan yang jelas menyalahi peraturan sebagaimana termaktub dalam Perkara 6.7 Buku Panduan Pelajar. ‘Tanggung jawab untuk menyiapkan segala bahan akademik adalah menjadi tanggung jawab pelajar sepenuhnya dan tidak boleh sama sekali dilakukan oleh orang lain. Diingatkan bahawa mana-mana pelajar yang dikesan atau ditangkap terlibat mengupah atau meminta pihak lain menyiapkan hasil kerja akademik akan dikenakan hukuman yang sangat berat. ‘Sehubungan itu, jika sesiapa mempunyai maklumat lanjut tentang aktiviti ini, sila laporkan kepada pihak Universiti dengan kadar segera supaya tindakan sewajamya boleh diambil. ‘Segala maklumat yang diberikan adalah dianggap sulit dan peribadi. Pihak Universiti mengharap kerjasama penuh dari semua pihak bagi membanteras kegiatan yang mencemarkan reputasi intelek. Sekian, Yang benar, PROF MADYA DR ano IZANEE AWANG Pendaftar Sk: Presiden / Naib Canselor Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Pengerusi Kluster Penasihat Perundangan Pengarah /Ketua Bahagian / Pengurus Pusat Pembelajaran Pusat Hal Ehwal Pelajar

Anda mungkin juga menyukai