Anda di halaman 1dari 46

KERAJAAN-KERAJAAN DI ALAM MELAYU

PETA KESULTANAN ISLAM DI NUSANTARA/ALAM MELAYU

Pengenalan Alam Melayu

Dikenali sebagai Nusantara. Merujuk kepada negara-negara di Asia Tenggara, meliputi kepulauan Indonesia, Malaysia dan Filipina. Terkenal sebagai Mutiara Timur. Muka bumi yang subur dgn flora dan fauna, khazanah sumber ekonomi di dasar laut dan perut bumi. Pelbagai kumpulan etnik. Tamadun Melayu berusia lebih 5000 tahun Melayu Deutro wujud sekitar 3000 tahun SM.

KEPERCAYAAN & SISTEM EKONOMI


Animisme: semua benda ada roh jahat/baik yang boleh mempengaruhi manusia.

Dinamisme: semangat yang mempunyai kuasa. (benda mati spt. Keris, cincin,
tangkal) Hyang: pemujaan nenek moyang. Premis: pengubatan dgn kuasa ghaib (main puteri, mak yong, ulik mayang). Mitos tentang kepercayaan dan pemujaan makhluk halus. Ekon: kegiatan pertanian, memburu, nelayan & perdagangan kecilan ekon. sara diri shj.

Rakyat hidup dhaif sedang raja hidup mewah.


Tiada keadilan ekon. cth. Rakyat Srivijaya melombong emas dan raja membuang emas ke dalam kolam utk nikmati keindahan emas.

POLITIK DAN SOSIAL Kerajaan awal:

Langkasuka, Tambralinga, Folo-an, Tan-tan, Kedah dan Gangga Negara (abad ke 2M) Kutei, Srivijaya, Mataram dan Majapahit (abad ke 4 8M). Aspek sosial:

Amalan kasta, adat bersanding, memuja semangat.


Tiga golongan:

i. ii. iii.

golongan raja, orang atasan golongan rakyat (hamba kpd raja dan atasan).

Hukuman: Raja, kebal, atasan hukuman ringan dan rakyat tiada hak membantah.

1.0 Akidah 8.0 Pendidikan Dan Ilmu Syariah 2.0 Politik/Kerajaan

7.0 Bahasa Dan Sastera

Kesan-kesan Pengaruh Islam Dari Segi:

3.0 Sosial

6.0 Kesenian 5.0 Ekonomi

4.0 Undang-undang

1.0 AKIDAH
Dari segi bahasa : Ikatan(sama ada hissi atau maknawi)

Dari sudut istilah : Ia berkaitan dengan keimanan(kepercayaan) manusia kepada Allah SWT yang Esa,iaitu : i. ii. iii. Pengakuan dengan hati, Ikrar dengan lisan Pembuktian dengan amal soleh.

Perbincangan akidah meliputi 3 aspek:


1) Tauhid Uluhiyyah :

Pengakuan hanya Allah sebagai Tuhan yang sebenar dan yakin bahawa
hanya Allah yang berhak disembah.

2)

Tauhid Rububiyyah : Beritiqad bahawa Allah s.w.t bersifat Maha Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuhan sekalian alam.

3)

Tauhid Asma Wa Sifat : Pengenalan Allah melalui nama-namaNya dan sifat-sifatNya.

Perbincangan tentang aqidah dalam masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada 3 tahap masa iaitu:

1) Sebelum kedatangan Hindu-Buddha.


2) Selepas kedatangan Hindu-Buddha.

3) Selepas kedatangan Islam.

SELEPAS KEDATANGAN ISLAM


Masyarakat melayu menempuh era baru dengan kedatangan Islam selewat-lewatnya pada awal abad ke-15. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan,corak hidup dan pandangan semesta mereka.

Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada


kepercayaan kepada Allah S.w.t dan Rasul-Nya.

Antara elemen asas pandangan semesta tamadun Melayu-Islam ialah: Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam Semesta. Konsep perhitungan dan pembalasan yang muktamad di Akhirat.

Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.
Menghormati maruah dan martabat manusia; keadilan, kebebasan dan kesaksamaan. Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani,emosi dan akal.

Lantaran itu,masyarakat menyedari bahawa seluruh hidup mereka terfokus kepada Tuhan(god centered) Kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan hablum minallah (berbuat baik pada Allah) dan hablum minnanas (berbuat baik pada manusia). Akan ditimpa kehinaan sekiranya sesebuah masyarakat itu tidak menjaga hubungan baik tersebut.

2.0 POLITIK/KERAJAAN
Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membuka banyak pusat perdagangan dan juga kerajaan Islam.
Ta-Shih(abad ke-7) Sribuza Islam(718)

Antara kerajaan Islam


yang muncul di alam Melayu:

Perlak(840-986)
Samudera Pasai(1042-1450) Acheh Darulssalam(1205-1675) Demak(1475-1550)

Pajang(1568-1586)
Brunei Tanah Melayu: Kelantan,Terengganu,Kedah, Beruas,Melaka,Johor Pattani

Selain itu,peruntukan tentang kuasa-kuasa


perundangan,pentadbiran dan kehakiman adalah daripada sistem politik Islam seperti yang terdapat dalam Sahifah Madinah.

Sahifah Madinah (Piagam Madinah) ialah piagam bertulis pertama


di dunia yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad. Tujuan Sahifah Madinah:

Untuk mengikat perjanjian dan persefahaman antara golongan


sesama Islam dengan bukan Islam untuk menjaga hak dan tanggungjawab bersama bagi menjamin keutuhan dan

kestabilan Madinah.

Piagam Madinah
Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada

tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah


Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara

umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Antara isi kadungan Piagam Madinah:

Oleh itu, kedatangan Islam di alam Melayu telah membentuk sistem pemerintahan kerajaan Islam dengan menjadikan negara Madinah sebagi rujukan utama dalam aspek pemerintahannya.

Gambaran sebenar Piagam Madinah

3.0 Sosial
Sistem sosial masih berasakan semangat kesedaran kelas(class consciousness). Merujuk kepada kerajaan Melaka,hierarki sosial masyarakat bersifat superior-inferior. Masyarakat terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah.

Golongan pemerintah: raja,kerabat diraja,pembesar dan ulama istana. Golongan diperintah:rakyat biasa dan hamba. Hirarki sosial sebegitu membentuk semacam halangan sosial (social barrier) antara golongan atasan dan bawahan. Berasakan kepada sistem sosial yang mengiktiraf perbezaan darjat tersebut,maka lahirlah undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan menjaga taraf dan kepentingan golongan atasan.

Berdasarkan konsep keadilan tanpa mengenal kedudukan atau pangkat,Islam telah memperkenalkan sistem khalifah yang adil dan bersistematik. Kesan: Penggunaan gelaran sultan

Pengamalan sistem syura.


Sistem hisbah(seru kebaikan,cegah kemungkaran) Memperkenalkan kriteria perlantikan menteri.

4.0 UNDANG-UNDANG

Terbahagi kepada dua :

1) Undang-undang Bertulis
2) Undang-undang Tidak Bertulis Berikutan kedatangan agama Islam, sistem perundangan di Alam

Melayu telah diubah suai mengikut undang-undang Islam.


Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat

Temenggung.
Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan.

Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada


menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.

Sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada


sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka serta undang-undang jenayah (hukum qisas, hudud, tazir), muamalah dan keluarga. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi.

Undang-undang Pahang
Undang-undang Pahang telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Syah (1592-1614) berpandukan Risalah Hukum Kanun Melaka. Beliau telah melakukan perubahan pada peruntukan undang-undang ini dengan memperkemaskan peruntukan sedia ada dan menambah elemen-elemen Syariah serta mengurangkan unsur adat yang terdapat dalam Kanun Melaka yang menjadi asas kepada undang- undang Pahang ketika itu.

Undang-undang Pahang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:


i. ii. Muamalat seperti urusniaga dan jaminan Undang-undang jenayah dan denda.

iii.
iv.

Rukun-rukun pensaksian dalam Islam dan ciri-cirinya.


Rukun-rukun mengenai kedudukan hamba dan tuannya atau bekas tuannya

v.

Hukum tazir terhadap saksi yang berbohong dan rukun-rukun


prosedur kehakiman berkaitan penuntut dan defendan.

Undang-undang Pahang ini memperuntukkan undang-undang

keterangan Islam.
Sebagai contoh peruntukan berkenaan dengan sumpah sekiranya tiada saksi dalam kes muamalat dan syarat saksi atau Syahahah dalam kes

zina, mencuri, minum arak dan membunuh orang yang murtad.

Undang-undang Kedah Peruntukan Undang-undang Datuk Seri Paduka Tuan menyebut

bahawa pencuri, perompak, penyabung ayam, pengedar candu,


penjudi, pemuja pokok dan batu, pemabuk, segala perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan perintah Allah dan mesti dilaporkan

kepada penghulu.
Kegagalan boleh dikenakan denda.

Perlembagaan Terengganu
Diisytiharkan sebagai Iqtanul Muluk fi al-tadil al-suluk iaitu memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi

Terengganu.

Pemerintah Terengganu amat memberatkan perlaksanaan undang-

undang syariah sehinggakan Sultan juga perlu patuh kepada


undang-undang dan ketaatan kepadanya boleh ditarik balik sekiranya berlaku kemungkiran kontrak.

Undang-undang Johor Dilaksanakan juga adalah berdasarkan Risalah Hukum Kanun

Melaka.
Undang-undang Johor juga banyak mendapat pengaruh undangundang Islam yang disusun di Turki dan Mesir

Misalnya Mejellah al Ahkam al Adliyyah telah dijadikan sebagai


Mejellah al Ahkam Johor dan Hanafite Code of Qadri Pasha telah disesuaikan sebagai Al Ahkam Syariyah Johor.

5.0 EKONOMI
Aktiviti ekonomi bercorak agraria yang bergantung kepada alam masih dijalankan selepas kedatangan Islam. Kedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan dalam kalangan orang Melayu. Oleh itu, lahirnya pasar serta kota bersifat antarabangsa yang mana terdapat pedagang asing.

Aktiviti ekonomi bercorak agraria

Perdagangan dahulu berasaskan sistem barter dan mata wang semakin berkembang. Sistem mata wang diguna secara meluas sesuai dengan perkembangan aktiviti perdagangan bersifat antarabangsa pada masa itu.

6.0 KESENIAN
Pengaruh kesenian Islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat pada

batu nisan, makam dan kaligrafi.

Batu nisan karya seni islam terawal

- batu nisan Syeikh Abd Qadir


bertarikh 903 (kedah).

kesenian dilihat pada bentuk dan hiasannya. batu nisan Maulana Malik Ibrahim berbentuk kapal terbalik yang menggambarkan pengaruh parsi.

Hiasan tulisan ayat Al-Quran membuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Tulisan-tulisan juga menyamai gaya parsi.

Peringkat awal- masjid dibina dipengaruhi oleh pengaruh India dari

segi hiasan dan bentuknya.


Dilihat dari segi bentuk dan hiasannya. Dilihat daripada ukiran seperti bunga teratai , daun-daunan. Tetapi, secara keseluruhannya, masjid mempunyai maksud tertentu bagi masyarakat Islam seperti mihrab, mimbar dipenuhi dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada ayat al-Quran.

7.0 BAHASA DAN SASTERA


Bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua franca di alam melayu

Sebelum Islam, bahasa Jawa dan bahasa Melayu Kuno sebagai


bahasa tempatan dominan Bahasa ilmu = bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit di ketepikan sebagai bahasa ilmu setelah adanya


Islam dan digantikan dengan bahasa Melayu Bahasa melayu juga sebagai bahasa pengantar kawasan alam

melayu yang mempunyai kira-kira 200 bahasa daerah


Islam seolah-olah telah menyatupadukan masyarakat Melayu yang terpisah oleh perbezaan bahasa

Sistem tulisan Arab-Jawi diperkenalkan


Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu mencapai tahap sebagai bahasa
sastera yang popular hinggakan sastera warisan Hindu juga ditulis menggunakan tulisan ini

Hasil sastera dalam kalangan masyarakat Melayu mula bercirikan Islam


Sastera melayu yang bercirikan Islam ada 2 bentuk, prosa dan puisi :

i.

Prosa Hikayat Nabi Muhammad :


Hikayat Nur Muhammad Hikayat bulan berbelah Hikayat Nabi bercukur Hikayat Israk Mikraj

Hikayat para nabi dan rasul : - Ditulis secara keseluruhan - Ditulis secara berasingan Hikayat para sahabat nabi : - Cerita perkahwinan Saidina Ali dengan Fatimah serta = Qisas al-Anbiya = Hikayat nabi-nabi

Hassan dan Hussin


- Penceitaan tentang Abu Bakar As-Siddiq Hikayat para pahlawan Islam :

- Iskandar Zulkarnain
- Luqman al-Hakim - Rabiaah al-Adawiyah

ii. Puisi Karya Hamzah Fansuri :


- Syair Perahu - Syair Dagang - Syair burung Pingai

Karya Abdul Rauf Fansuri :


- Syair Makrifat

Karya Tuk Shihabuddin bin Zainal Abidin:


- Syair 20 sifat - Syair Ghafilah

Karya-karya lain:
- Syair Nabi Yusuf

- Syair Rukun Nikah


- Syair Qiamat

8.0 PENDIDIKAN
Sebelum kedatangan Islam, pendidikan terhad kepada golongan bangsawan sahaja. ( zaman Hindu ) Selepas perkembangan Islam, pendidikan mula berkembang dalam kalangan rakyat pada semua peringkat.

Pendidikan di kalangan masyarakat Melayu waktu itu terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan informal. Pendidikan formal dilaksanakan di pelbagai institusi pendidikan yang banyak di Alam Melayu manakala Pendidikan informal pula merupakan pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan bermasyarakat.

Pencapaian Tamadun Melayu dalam aspek pendidikan adalah seperti berikut:


Kewujudan institusi pendidikan agama Islam.

Kelahiran naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip Melayu.

Aspek penilaian

Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam.

Kemunculan golongan intelektual Melayu.

Kewujudan institusi pendidikan agama Islam.


Institusi pendidikan agama Islam dimulai oleh istana dan kemudiannya rumah-rumah ulama. Di samping itu, para ulama turut membuka kelas-kelas pengajian di rumah mereka. Apabila kecenderungan mempelajari Islam semakin berkembang di kalangan masyarakat awam, maka terbinalah institusi-institusi pendidikan Islam untuk masyarakat awam. Kepelbagaian rumpun Melayu telah melahirkan pelbagai nama institusi pendidikan Islam; - masjid - pesantren - madrasah - surau - langgar - dayah - pondok

Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam.


Minat ini telah mendorong sultan mengarahkan ulama menulis dan menterjemah kitab agama Islam dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Penterjemahan ini berfungsi untuk menjelaskan ajaran Islam dan menjawab permasalahan masyarakat dari perspektif Islam. Contoh-contoh berikut menggambar secara jelas kecenderungan para sultan;

* Sultan Mansur Shah mempelajari kitab Dur al-

Manzum (Sejarah Melayu menulis dengan nama Dar al-Mazlum), * Sultan Mahmud Shah mempelajari kitab al-Luma (dalam Sejarah Melayu ditulis sebagai kitab Maklumat) karya Abu Nasr al-Sarraj al-Tusi seorang ulama tasawuf. * Sultanah Safiatuddin di Aceh memohon Abdul Rauf Singkel menjelaskan mengenai konsep kerohanian dalam Islam melalui karyanya Kifayah al-Muhtajin ila Mashrab al-muwahhidin al-qailin bi Wahdat al-Wujud. * Sultan Alauddin Riayat Shah (Sultan Selangor) menjadi menjadikan barisan ulama sebagai penasihat. Beliau juga menjadi khatib dalam solat jumaat.

* Kemunculan golongan intelektual Melayu.


Penumpuan golongan intelek Melayu zaman awal ialah kepada asas agama dan falsafah kerana bidang ini memantapkan erti kehidupan dan jati diri bangsa Melayu. Antara intelek Melayu yang tercatat dalam sejarah ialah : * Hamzah Fansuri * Abdul Samad al- Palembani * Shamsuddin al-Sumaterai * Yusuf Tajul Khalwati Makasar * Nuruddin al-Raniri * Muhamad Nafis al-Banjari * Abdul Rauf Singkel * Muhamad Arsyad al-Banjari * Daud al-Fatani dan keturunannya.

* Kelahiran naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip


Melayu
Naskhah-naskhah Melayu yang dihasilkan merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat ; - perubatan, - undang-undang - pertanian - ilmu falak - ketatanegaraan - Pengetahuan Islam - Sejarah Melayu dan kemasyarakatan
Sebagai contohnya; - naskhah perubatan berjudul Kitab Tib, - naskhah undang-undang berjudul Hukum Kanun Melaka, - naskhah ketatanegaraan berjudul Bustan al-Salatin, - naskhah pertanian berjudul Pembukaan Kebun Kelapa di Pulau Kemili, - naskhah agama Islam dalam bidang tauhid berjudul Masail al-Mubtadi li

Ikhwan al-Mubtadi.

Naskhah Melayu mempunyai keunikan yang menampakkan identiti bangsa. Antara keunikannya, ia ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi yang berteraskan aksara Arab. Naskhah ini ditulis pada pelbagai bahan seperti pada daun lontar, kepingan buluh, kulit haiwan yang telah disamak, kain dan kertas. Selain itu, naskhah Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Penulis dan penyalin memaparkan daya kreatif yang tinggi semasa menghasilkan karya. Ini terbukti dengan adanya ilustrasi dan seni hias pada naskhah-naskhah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai