Anda di halaman 1dari 5

Skrip Pertandingan Bercerita

Peringkat Negeri Wilayah Persekuutuan SJKT LBJ 2015


Tahap 1

Singa Tetap Singa


Selamat Pagi dan Salam Sejahtera saya ucapkan
kepada panel hakim yang lagi arif bijaksana, dan
semua hadirin yang dihormati sekalian. Pada pagi yang
mulia ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita
bertajuk Singa tetap Singa dan Cacing tetap Cacing
Pada suatu hari Sang Raja Rimba telah
mengarahkan semua rakyat dan pemimpin-pemimpin
binatang berhimpun di depanya. Ada yang dating
menjalar, ada yang merayap, ada yang terbang da
nada yang melompat. Tiba-tiba rimba raya itu jadi
gegak gempita dan segala pokok serta semak samun
bergoyang gegar.
Ketahuilah semua ketua binatang, akuy hendak
mewakilkan kepimpinan aku kepada salah seorang
daripada kamu. Aku hanya ingin jadi penasihat. Tetapi
ingat! Segala kata putus tetap kekal ditangan aku kta
Sang Singa yang Nampak menggerunkan itu. Ada
apa-apa pertanyaan? sambungnya.
Semua terdiam dalam kehairanan. Tak pernah ada
dalam sejarah mana-mana ketua, terutama bangsa
singa yang mahu melepaskan kuasanya atau
mewakilkan pihak lain untuk menjadi ketua.
Tiba-tiba seekor kucing memberanikan dirinya
untuk bertanya. Bagaimanakah kami yang kecil-kecil
ini boleh menjadi pemimpin menggantikan Sang Raja
Rimba?

Skrip Pertandingan Bercerita


Peringkat Negeri Wilayah Persekuutuan SJKT LBJ 2015
Tahap 1

Aku akan ajarkan ilmu-ilmunya. Yang penting


buat permulaanya, engkau harus minat untuk menjadi
ketua. Ingat, kali ini siapa yang akan mengambil alih
akan juga menjadi pemimpin kepada manusia, terang
Sang Singa.
Kenapa manusia mahu dipimpin oleh binatang?
Tanya kucing dengan jujur.
Manusia sudah tidak percaya lagi kepada orang.
Mereka sudah tidak Nampak perbezaan antara
pimpinan sebangsanya dengan pimpinan kita.
Demikian raja sang singa itu cukup bermurah hati
untuk melayan segala pertanyaan.
Jangan buang masa lagi, aku akan memilih salah
seekor daripada kamu bangsa yang terbang, atau
bangsa yang berjalan empat kaki atau bangsa yang
berenang. Seminggu lagi calon-calon yang mewakili
kelompok kelompok kamu datang menghadap aku
dan terangkan kenapa aku harus melantik salah
seorang
daripada
kamu.
Demikian
singa
menyudahkan keterangan dan arahanya.
Setelah cukup seminggu datanglah punai mewakili
burung, kucing mewakili binatang empat kaki dan
buaya mewakili haiwan di air. Masing-masing berlumba

Skrip Pertandingan Bercerita


Peringkat Negeri Wilayah Persekuutuan SJKT LBJ 2015
Tahap 1

untuk menunjukkan kebolehan dan meyakinkan raja


singa tersebut.
Maka berkatalah punai, Yang Mulia, saya telah
berkempen ke merata tempat dan ramai yang
bersetuju saya jadi ketua. Saya telah mengalakkan
makhluk supaya hidup jujur, aman damai dan buat
kerja-kerja yang dibenarkan sahaja.
Hah! Kejujuran bukalah sifat yang penting untuk
mengetahui binatang. Sudahlah engkau tak layak.
Dengus singa tanpa banyak alasan. Mendengar
perkataan aman damai pun ia berasa tidak selamat.
Tibalah giliran kucing . Saya juga telah menemui
pelbagai jenis orang dan haiwan. Walaupun saya tidak
boleh melompat jauh dan taring tidak sehebat tuan,
mereka percaya kepada saya.
Ah! Itu hanya sebahagian daripada nilai-nilai
kepimpinan. Tidak cukup jawab Sang Raja Rimba. Ia
berasa seolah-olah diperli apabila kucing menyatakan
mudah diajak berunding.
Buaya yang dari mula memang yakin terpilih
kerana badannya, amat besar ,dan berduri-duri itu
menjadi semakin optmis.
Saya telah menjelajah teluk dan tanjung untuk
mendapatkan fikiran daripada benda-benda hidup di air

Skrip Pertandingan Bercerita


Peringkat Negeri Wilayah Persekuutuan SJKT LBJ 2015
Tahap 1

dan didarat. Nampaknya semua yakin yakin dengan


kebolehan saya hidup di sungai dan di darat. Bagaiman
pendapat tuan? Tanya sang rangkak, bunga
Ya ! memang kualiti dan kebolhan untuk hidup
dalam dua alam itu adalah antara sifat-sifat seorang
pemimpin. Tetapi engkau ini gelojoh sedikit, tak dapat
membezakan antara bangkai 5. Sapu semua, Jawab
SINGA.
Akhirnya, Sang Raja Rimba membuat keputusan
muktapad. Tak ada siapa yang layak mengantikkanya.
Sebenarnya ia cuma hendak menguji adakah ada
sesiapa
yang
mengidamkan
untuk
mengambil
tempatnya.
Kamu sekalian punai, kucing, dan buaya, kalau
mahu menjadi pemimpin yang besar harus pertama
sekali, kuat saperti aku. Itulah kekuasaan. Harus ada
kuku dan taring yang tajam. Itulah kewibawaan.
Dengan dua sifat itu, barulah kamu boleh memerintah.
Dengan kuliah singa yang ringkas itu, sekalian
haiwan yang berkaki empat, bersayap, berinsang,
bertulang belakang atau yang tak bertulang belakang
menjadi maklum dan lebih mengetahui apakah sifatsifat yang harus ada pada pemimpin binatang. Masingmasing kemudiannya pulang ke sarang, ke lubang, atau
ke lubuk.
Ingat Singa Tetap Singa, Dan Cacing Tetap Cacing

Skrip Pertandingan Bercerita


Peringkat Negeri Wilayah Persekuutuan SJKT LBJ 2015
Tahap 1

Anda mungkin juga menyukai