Anda di halaman 1dari 22

Pergerakan Bumi Di Dalam Sistem Suria

Nama kumpulan: Afif Anaqin Bin Farez Muhd.Nazmi Bin Ahmad Shukhairi Nama guru: Puan Shamsiah Kelas: 1 Cemerlang 1

Pada hujung slide, kami akan dapat.


Mentakrif putaran dan peredaran bumi. Menyenaraikan kesan-kesan peredaran bumi. Menjelaskan dan menghuraikan kejadian siang dan malam. Menghuraikan kejadian empat musim. Mengenal pasti ciri iklim Malaysia dari segi suhu, angin. dan hujan. Menyatakan dan menghubungkaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia dengan ciri iklim Malaysia. Menjelaskan kedudukan Malaysia yang bebas daripada taufan,siklon tropika dan kemarau yang berpanjangan.

Pergerakan Bumi
Pergerakan Bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan,iaitu putaran Bumi dan peredaran Bumi. Putaran Bumi ialah pergerakan Bumi dari Barat ke Timur pada paksinya Manakala peredaran Bumi ialah mengelilingi Matahari mengikut orbitnya.

Putaran Bumi
Bumi berputar pada paksinya iaitu garisan bayangan yang merentasi Bumi dari kutub utara ke kutub selatan. Paksi Bumi condong pada sudut 66 darjah. Bumi berputar dari barat ke timur. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam @ satu hari. Kejadian ini menyebabkan Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat, kejadian siang dan malam, air pasang dan air surut, pembiasan angin dan arus lautan pada setiap hari.

Peredaran Bumi
Ketika Bumi berputar pada paksinya, bumi juga beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Satu peredaran Bumi mengambil masa 365 hari atau satu tahun. Condong paksi Bumi dan peredaran Bumi mengakibatkan perbezaan ketinggian matahari. Ini menyebabkan waktu malam dan siang yang tidak sama panjang. Peredaran Bumi juga mengakibatkan kejadian empat musim,iaitu musim bunga, musim panas,musim luruh dan musim sejuk di kawasan hawa sederhana. Tempoh kejadian musim di hemisfera utara adalah berbeza daripada di hemisfera selatan.

Empat Musim
1. Musim bunga selalunya berlaku pada bulan Mac-Mei di Hemisfera Utara dan di bulan September-November di Hemisfera Selatan. Musim panas pula berlaku pada bulan Jun-Ogos di Hemisfera Utara dan pada bulan Disember-Februari di Hemisfera Selatan. Musim luruh berlaku pada bulan September-November di Hemisfera Utara dan bulan Mac-Mei di Hemisfera Selatan. Musim sejuk berlaku pada bulan Disember-Februari di Hemisfera Utara dan bulan Jun-Ogos di Hemisfera Selatan.

2.

3.

4.

Ciri Utama Iklim Khatulistiwa


* Negara kita mengalami suhu yang tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. Min suhu tahunannya adalah tinggi, iaitu kira-kira 27 celcius. Suhunya yang tinggi adalah disebabkan oleh kedudukan negara kita yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa. Julat suhu tahunannya adalah kecil,iaitu antara 1 celcius hingga 2 celcius. Keadaan ini disebabkan oleh negara kita yang dikelilingi oleh laut luas, menerima hujan lebat sepanjang tahun, menerima pancaran Matahari sepanjang tahun dan kelembapan bandingan udara yang tinggi. Julat suhu harian adalah lebih besar,iaitu antara 5 celcius hingga 10 celcius bagi stesen-stesen berhampiran dengan pantai dan antara 8 celcius hingga 12 celcius bagi stesen-stesen di kawasan pendalaman.

Angin
Malaysia mengalami dua tiupan angin yang utama iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari arah timut laut antara bulan November hingga Mac manakala Angin Monsun Barat Daya pula bertiup dari arah barat daya antara bulan Mei hingga September. Malaysia juga mengalami Angin Sumatera yang bertiup dari Pulau Sumatera. Angin ini bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober iaitu semasa musim peralihan monsun. Kawasan pinggir pantai Malaysia mengalami dua jenis angin tempatan,iaitu Bayu laut dan Bayu darat.

Bayu laut (siang)


Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding dengan lautan. Suhu udara di permukaan daratan lebih tinggi daripada suhu di permukaan lauatan. Daratan mengalami tekanan udara rendah; lautan mengalami tekanan udara tinggi. Udara bergerak dari lautan yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah sebagai bayu laut.

Bayu darat (malam)


Daratan lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan lautan. Suhu udara di permukaan daratan lebih rendah daripada suhu di permukaan lautan. Daratan mengalami tekanan udara tinggi; lautan mengalami tekanan udara rendah. Udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke lautan yang bertekanan rendah sebagai bayu darat.

Hujan
Malaysia menerima hujan lebat sebanyak 2600mm setiap tahun. Oleh itu, Malaysia tidak mempunyai musim kemarau yang nyata. Berikut adalah jadual hujan di Malaysia.

Hujan Bukit dan Hujan Perolakan.


Taburan hujan di negara kita dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka Bumi dan angin monsun. Umumnya, pantai timur Semenanjung Malaysia menerima hujan yang lebih lebat berbanding dengan pantai barat Semenanjung Malaysia. Kebanyakan hujan di Malaysia turun dalam bentuk hujan perolakan. Di kawasan tanah tinggi, hujan bukit biasanya turun.

Hujan Bukit
Angin lembap dari laut dipaksa naik ke atas cerun bukit kerana terdapat halangan gunung atau bukit. Udara menjadi sejuk dan pemeluwapan berlaku lalu membentuk titisan air yang membentuk awan dan turun sebagai hujan bukit. Hujan lebat di bahagian cerun yang menghadap angin lembap. Cerun sebaliknya menerima sedikit hujan sahaja dan ini dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.

Hujan Perolakan
Permukaan Bumi dipanaskan oleh pancaran Matahari yang terik dari pagi hingga petang. Air tersejat dan menjadi wap air. Udara panas dan lembap naik ke langit sehingga sampai ke tahap pemeluwapan. Udara menjadi sejuk dan wap air bertukar menjadi titisan air lalu membentuk awan Kumulonimbus. Hujan perolakan yang lebat turun pada lewat petang disertai oleh kilat dan petir.

Kelembapan Bandingan Udara


1. Udara di negara kita sentiasa mengandungi wap air yang banyak. Ini adalah kerana suhu yang sentiasa tinggi menyebabkan banyak berlaku sejatan. Wap air yang banyak ini menjadikan kelembapan udara di negara kita sentiasa tinggi. 2. Kelembapan bandingan udara merupakan nisbah perbandingan antara wap air yang wujud di dalam udara dengan jumlah wap yang dapat ditampung oleh udara itu pada suhu yang tertentu. Lazimnya,kelembapan bandingan udara di negara kita ialah melebihi 80 peratus.Ini bermaksud jumlah wap air yang masih boleh ditampung ialah kira-kira 20 peratus lagi. 3. Kelembapan bandingan berubah-ubah mengikut suhu udara. Apabila suhu udara naik, kelembapan bandingannya turun. Apabila suhu turun, kelembapan bandingannya naik.

Penghargaan
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Shamsiah kerana sudi mengajar kami matapelajaran Geografi dan kawankawan kami yang sudi mendengar celoteh kami.

Saje-Saje je..

Anda mungkin juga menyukai