Anda di halaman 1dari 13

Pergerakan Bumi

Pergerakan bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan, iaitu:


1. Putaran Bumi
2. Peredaran Bumi

Rajah 1: Putaran dan peredaran Bumi. Bumi berputar


di atas paksinya sambil beredar mengelilingi matahari

Info:

 Pergerakan bumi: Putaran bumi pada paksinya sambil beredar


mengelilingi matahari mengikut orbit bumi.

 Putaran bumi: Pergerakan bumi dari barat ke timur.

 Peredaran bumi: Pergerakan bumi mengelilingi matahari mengikut


orbitnya.
Putaran Bumi

 Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur
dari kutub utara ke kutub selatan.

 Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak.

 Putaran bumi dari barat ke timur

 Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam


di sebelah barat.

 Satu putaran mengambil masa 24 jam.

Rajah 2: Kutub Utara dan Kutub Selatan


Kesan Putaran Bumi

1. Kejadian Siang dan Malam

 Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari


akan mengalami siang.

 Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan


mengalamai malam.

Rajah 3: Kejadian Siang dan Malam

2. Air Pasang Surut

 Kejadian air pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan arad air
rendah di laut.

 Berlaku akibat tarikan graviti bulan dan matahari.


 Tarikan graviti bulan menarik air laut di permukaan bumi yang
menghadap ke bulan dan menghasilkan air pasang.

 Air pasang dan surut berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam.

Rajah 4: Kejadian Air Pasang Surut

 Terdapat dua jenis air pasang surut :


a) Pasang perbani
b) Pasang anak

 Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila bulan dan matahari


bertindak bersama menghasilkan air pasang pada paras
maksimum.

 Pasang perbani berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada


dalam kedudukan lurus.

 Jika bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak, maka
terjadilah pasang anak.
Peredaran Bumi

 Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah lawan


jam.

 Satu peredaran bumi 365¼ hari atau setahun.

 Kesan peredaran bumi:


a) Pengiraan tahun dan tahun lompat.
b) Gerhana matahari
c) Gerhana bulan
d) Kejadian empat musim

Kesan Peredaran Bumi

1. Gerhana
 Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan
bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang
sama.

 Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi


akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan.

 Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan


akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana
matahari.
 Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga
objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua
hingga emapt kali setahun.

a) Gerhana Bulan
 Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.
 Bulan memperoleh cahaya daripada matahari.
 Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya
matahari dihalang oleh bumi.
 Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan
menyebabkan berlaku gerhana bulan.

Rajah 5: Kejadian Gerhana Bulan

Rajah 6: Fasa Gerhana Bulan


b) Gerhana Matahari

 Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri


dengan bumi

 Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh
pada permukaakaan bumi.

Rajah 7: Kejadian Gerhana Matahari

Rajah 8: Gerhana Matahari


3. Kejadian 4 Musim

 Kejadian emapt musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi


mengelilingi matahari.

 Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang


mengambil masa kira-kira 365¼ hari

Rajah 9 : Kejadian Empat Musim

a) Ekuinoks Musim Bunga

1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa


2. Musim bunga di Hemisfera Utara
3. Musim luruh di Hemisfera Selatan
4. Siang dan malam sama panjang
b) Solstis Musim Panas

1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan


2. Musim panas di Hemisfera Utara
3. Musim sejuk di Hemisfera Selatan
4. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
5. Matahari tengah malam di Kutub Utara

c) Ekuinoks Musim Luruh

1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa


2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera
Selatan
3. Siang dan malam sama panjang di seluruh dunia

d) Solstis Musim Sejuk

1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi


2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera
Selatan
3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
4. Matahari tengah malam di Kutub Selatan
Rumusan

1. Sistem suria terdiri daripada matahari dan sembilan planet.


2. Putaran bumi pada paksi menyebabkan siang malam serta air
pasang surut.
3. Peredaran bumi pada orbit menyebabkan kejadian 4 musim dan
gerhana.
4. Gerhana berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada
kedudukan selari.
5. Gerhana bulan berlaku apabili bumi berada antara matahri dengan
bulan.
6. Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada antara matahri
dengan bumi.
Cuaca Dan Iklim Malaysia

Negara kita mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap


sepanjang tahun. Iklim ini dialami oleh kawasan yang terletak pada atau
berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Terdapat empat ciri-ciri iklim
di Malaysia iaitu :

1. Iklim
 Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
 Panas dan lembap sepanjang tahun
 Siang dan malam hampir sama panjang setiap hari

2. Suhu
 Suhu yang tinggi sepanjang tahun
 Min suhu tahunan adalah kira-kira 27oC
 Julat suhu tahunan adalah kecil kira-kira 1oC hingga 3oC

3. Angin
 Dipengaruhi oleh sistem angin utama
- Angin Monsun Timur Laut
- Angin Monsun Barat Daya
- Angin Sumatera

 Sistem angin tempatan


- Bayu laut
- Bayu darat
4. Hujan
 Hujan lebat sepanjang tahun
 Jumlah hujan tahunan ialah kira-kira 2600mm
 Kebanyakannya hujan perolakan
 Hujan maksimum turun pada musim peralihan monsun di
kebanyakan kawasan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Cuaca Dan Iklim Malaysia

1. Kedudukan

 Kedudukan Malaysia berhampiran Khatulistiwa menyebabkan


suhunya tinggi

2. Ketinggian
 Ketinggian mempengaruhi suhu di sesuatu tempat. Contohnya
o Kuala Lumpur (39m) - Min suhu tahunan (26oC)
o Tanah Tinggi Cameron (1448m) - Min suhu tahunan (18oC)
 Setiap kenaikan 165m, suhu turun 1oC
 Semakin tinggi sesuatu tempat semakin rendah suhunya

3. Angin Monsun
 Angin monsun menyebabkan taburan hujan di Malaysia
 Taburan hujan:
o Kawasan paling lebat ialah Bukit Larut
o Kawasan sangat kering ialah Kuala Pilah
4. Kepulauan
 Kawasan yang berhampiran dengan laut mempunyai julat suhu
yang lebih besar
 Kawasan pedalaman mempunyai julat suhu yang lebih kecil.
Contoh:
o Kuala Pahang (6.4oC)
o Temerloh (9.4 oC)

Anda mungkin juga menyukai