Anda di halaman 1dari 15

MONSUN ASIA 1

(PROSES)
APAKAH MONSUN
• Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab "muasim" yang
bermaksud musim.
• Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan
Laut Arab menggunakan perkataan ini.
• Menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup dari arah
timur laut semasa musim sejuk di Hemisfera Utara
• Dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di
Hemisfera Utara
MONSUN DI MALAYSIA

• Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu;


• Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September.
• Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac.
• Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-
negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak,
• Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih
kering.
• Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai musim
peralihan monsun.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN MONSUN

• Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan


lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari.
• Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih
cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah.
• Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk
sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia.
• Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat
laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di
perairan pantai China sebelum menuju ke Asia Tenggara.
• Letupan udara sejuk yang kuat (angin monsun) bertindakbalas dengan sistem tekanan
rendah dan pusaran siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa.
• Ini mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta
hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat
Sarawak.
• Pada musim panas, pemanasan matahari yang kuat menyebabkan peningkatan suhu di
kawasan tanah besar Asia. Apabila udara panas mengembang naik, kawasan tekanan
rendah separa kekal terbentuk.
• Angin tenggara lembap yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan wilayah
Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat daya apabila merentasi
Khatulistiwa.
• Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah
Indochina, China dan Barat Laut Pasifik.
PROSES MONSUN-MONSUN

• Perkara utama yang menyebabkan monsun adalah tekanan udara. Tekanan udara adalah ukuran berat
atmosfera atau berat udara yang menekan di permukaan bumi.

• TEKANAN UDARA
• Tekanan udara yang terdapat di sesuatu kawasan berubah dari semasa ke semasa dan ianya berkurangan
mengikut ketinggian.
• Tekanan udara juga berbeza untuk setiap kawasan disebabkan oleh perbezaan suhu dan peredaran
udara.
• Pengurangan atau penambahan kandungan air di udara turut mempengaruhi tekanan udara.
• Perubahan yang berlaku pada tekanan udara tidak dapat dirasai secara langsung tetapi perubahan ini
menyebabkan angin memindahkan haba dan air dari satu tempat ke tempat lain.
• Dua jenis tekanan udara yang utama ialah sistem tekanan udara tinggi dan sistem tekanan udara rendah.
Sistem tekanan udara rendah biasa dipanggil sebagai siklon dan sistem tekanan udara tinggi dikenali
sebagai antisiklon.
• Apabila udara dipanaskan, ia akan mengembang dan isipadu udara bertambah menyebabkan udara ringan.
Oleh itu tekanan udara dikatakan rendah.
• Sebaliknya, apabila udara yang menjadi sejuk dan mengucup, isipadu udara berkurangan dan menyebabkan
udara itu menjadi berat. Oleh itu tekanan udara dikatakan tinggi.
• Purata tekanan udara pada aras laut adalah 1013 mb dan kawasan yang mempunyai isobar 950 mb dianggap
dalam keadaan tekanan udara rendah
• manakala kawasan yang mempunyai isobar 1050 mb dianggap dalam keadaan tekanan udara tinggi.
• Isobar-isobar yang dilukis rapat menunjukkan kecerunan tekanan yang curam yang menunjukkan bahawa
tiupan angin adalah laju dan kuat.
• Jika carta cuaca mempunyai isobar yang kurang, kawasan ini adalah tenang atau angin bertiup sepoi-sepoi.
 Analisis garisan isobar biasanya menentukan di
manakah letaknya pusat-pusat tekanan udara
tinggi dan tekanan udara rendah.

 Di samping itu, ia digunakan juga bagi


menganalisis dan menentukan kekuatan
kecerunan tekanan udara mendatar
 Garisan isobar yang dilukis berhampiran di
antara satu sama lain menandakan perubahan
tekanan yang mendadak mengikut jarak dan
kecerunan tekanan di katakan curam atau kuat.

 Bila garisan isobar berjarak lebih jauh di antara


satu sama lain, perubahan tekanan di katakan
agak perlahan mengikut jarak dan dengan itu ia
mempunyal kecerunan tekanan yang lemah atau
hampir mendatar.
KEDUDUKAN
LATITUD
• Kedudukan latitud juga mempengaruhi tekanan udara iaitu udara di kawasan khatulistiwa yang panas
akan mengembang dan naik lalu membentuk kawasan tekanan rendah yang dikenali sebagai doldrum.
• Kawasan kutub merupakan kawasan tekanan tinggi kerana mempunyai udara yang sejuk dan berat.
• Udara bergerak dari zon tekanan udara tinggi ke zon tekanan udara rendah dan pergerakan ini
menghasilkan sistem angin permukaan.
• Tiupan angin terbias ke kanan di hemisfera utara dan ke kiri di hemisfera selatan.
• Pembiasan angin ini disebabkan oleh daya koriolis yang terhasil semasa putaran bumi pada paksinya.
• Tekanan udara yang berbeza menyebabkan tiupan angin. Angin bertiup dari kawasan tekanan tinggi ke
kawasan tekanan rendah.
• Di hemisfera utara, angin yang bertiup dari kawasan tekanan tinggi menuju ke kawasan tekanan rendah
tetapi terbias ke kanan menjadi angin Timur Utara dan angin Barat Utara.
• Di hemisfera selatan, angin yang terbias ke kiri menjadi angin Timur Selatan dan angin Barat Selatan.
• Fenomena inilah yang mewujudkan angin-angin monsun. Pengaruh tekanan udara sama ada rendah atau
tinggi adalah paling jelas pada angin-angin monsun.
• Monsun merupakan salah satu fenomena iklim yang paling jelas di kawasan tropika Asia Tenggara.
• Angin monsun adalah angin biasa yang berlaku mengikut musim.
• Di Asia Tenggara angin monsun yang paling dominan ialah Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun
Timur Laut.
• Kejadian angin monsun adalah hasil dari perbezaan tekanan udara antara hemisfera utara dan hemisfera
selatan.
• Dari November hingga Mac, Monsun Timur Laut bertiup. Ini kerana dalam tempoh ini, matahari berada
hampir dengan garisan di hemisfera selatan.
• Keadaan ini menyebabkan hemisfera selatan (terutama Benua Australia) menerima lebih banyak haba matahari
berbanding hemisfera utara.
• Penerimaan sinaran matahari yang banyak ini akan meningkatkan suhu atmosfera dan mewujudkan pusat
tekanan udara rendah.
• Oleh itu, udara dari kawasan tekanan tinggi di pedalaman Benua Asia akan bergerak keluar menuju ke
kawasan ini.
• Pada peringkat awal, angin ini keluar sebagai Monsun Barat Laut tetapi terbias menjadi Monsun Timur Laut
apabila merentasi Asia Tenggara yang menyebabkan kawasan pantai timur negara Asia Tenggara menerima
hujan bukit yang lebat (hujan monsun).
Angin Monsun Timur Laut

Pada bulan Januari (musim sejuk), bahagian tengah


China mengalami tekanan tinggi, manakala
Australia mengalami tekanan rendah.
Angin dari tengah China bertiup sebagai Monsun
Timur Laut menuju ke kawasan Australia. Angin
Monsun Timur Laut terbias ke kiri di hemisfera
selatan dan bertiup sebagai angin Monsun Barat
Laut ke Australia.
Angin Monsun Barat Daya

 Pada bulan Julai (musim panas), bahagian tengah


China mengalami tekanan rendah sementara
Australia mengalami tekanan tinggi.
 Angin bertiup dari Australia sebagai angin
Monsun Tenggara. Angin itu terbias ke kanan di
hemisfera utara dan menjadi angin Monsun Barat
Daya dari Khatulistiwa menuju ke benua Asia.
Siklon Tropika
• Siklon adalah kumpulan udara yang bergerak secara berputar dan dikenali sebagai angin daerah
tekanan rendah.
• Siklon berlaku apabila terdapat garisan tekanan yang sama yang rapat membentuk kawasan tekanan
rendah mengikut arah jam di hemisfera selatan dan mengikut arah lawan jam di hemisfera utara.
• Keadaan ini menyebabkan tekanan tinggi di luar dan tekanan rendah di dalam dan angin akan bertiup
menuju ke Kawasan tengah.
• Siklon diberi nama yang berbeza seperti taufan di Hindi Barat dan Telukan Mexico; Siklon di Lautan
Hindi; Taufan di Lautan China dan Lautan Pasifik; Willy-Willies di barat laut Australia dan Tornado di
selatan Amerika Selatan.
• Siklon tropika merupakan sistem tekanan udara rendah yang terbentuk di kawasan tropika.
• Siklon tropika adalah ribut ganas yang membawa hujan lebat dan disertai kilat dan guruh.
• Puting beliung, tornado dan taufan yang berlaku memberi kesan yang amat buruk kepada manusia
terutamanya banyak nyawa yang terkorban dan banyak berlaku kerosakan harta benda.
Bayu Darat dan Bayu Laut

• Perbezaan tekanan di antara daratan dan laut menyebabkan berlakunya bayu laut dan bayu darat.
• Bayu Laut berlaku pada waktu siang, apabila daratan menjadi lebih panas daripada laut.
• Udara di permukaan bumi yang panas akan mengembang dan mempunyai tekanan udara yang rendah.
• Udara di permukaan laut pula lebih sejuk dan mempunyai tekanan tinggi.
• Oleh itu, angin bertiup dari laut (tekanan tinggi) ke daratan (tekanan tendah) sebagai bayu laut dan
menyederhanakan suhu di tepi laut.
• Manakala, bayu darat terjadi pada waktu malam iaitu daratan menjadi lebih cepat sejuk berbanding laut.
• Ketika ini, daratan mengalami tekanan tinggi, manakala laut mengalami tekanan rendah. Oleh itu , angin
bertiup dari darat ke laut sebagai bayu darat.

Anda mungkin juga menyukai