Anda di halaman 1dari 12

Bab 4

Cuaca dan Iklim di


Malaysia
2.2.1 Mengenal pasti jenis dan 2 daripada 3 ciri iklim di
Malaysia.
4.1 Jenis dan Ciri Iklim di
Malaysia
• Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap
sepanjang tahun.
• Dialami oleh kawasan yang terletak antara garis lintang 0° hingga 10°U
dan 0° hingga 10°S Garisan Khatulistiwa.

Suhu

Hujan Ciri Iklim Angin


1. Suhu
• Suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun
• Min suhu tahunan tinggi = 27⁰C.
• Julat suhu tahunan kecil = 1⁰C hingga 3⁰C.
• Julat suhu harian besar, iaitu 5⁰C hingga 10⁰C bagi stesen
berhampiran pantai, 8 ⁰C hingga 12⁰C bagi stesen di
pedalaman
2. Hujan
• Malaysia menerima hujan sepanjang tahun.
• Jumlah hujan tahunan adalah kira-kira 2600mm.
• Taburan hujan tidak sekata dipengaruhi oleh bentuk
muka bumi dan tiupan angin monsun.
• Hujan maksimum ketika peralihan monsun (hujung Mac
– awal Mei & Oktober – pertengahan November)
Jenis Hujan di Malaysia
• Hujan Perolakan
• Permukaan bumi dipanaskan
oleh matahari.
• Air tersejat dan bentuk wap
air.
• Udara panas +Wap air naik ke
atmosfera sehingga paras
tertinggi.
• Udara menjadi sejuk dan
pemeluwapan dialami oleh
wap air menjadi titisan air lalu
membentuk awam
kumulonimbus.
• Kebiasaannya, hujan lebat
turun pada waktu petang
bersama kilat dan petir.
• Hujan Bukit
• Turun di kawasan tanah
tinggi yang menghadap udara
lembap.
• Udara lembap dipaksa naik
ke cerun bukit kerana
dihalang tanah tinggi.
• Udara menjadi sejuk dan wap
air mengalami pemeluwapan
menjadi titisan air lalu
membentuk awan.
• Hujan lebat turun di
bahagian cerun yang
menghadap udara lembap.
• Bahagian cerun yang
terlindung terima hujan yang
sedikit dan dikenali sebagai
kawasan lindungan hujan
Angin

Angin Monsun Angin Sumatera Angin Tempatan


Angin Monsun
• Angin Monsun Timur Laut
(AMTL)
• Bertiup dari awal bulan
November – Mac.
• Bermula dari pedalaman
Benua Asia.
• Bertiup merentasi Laut China
Selatan dan sampai ke
Malaysia sebagai angin
Monsun Timur Laut.
• Hujan lebat di pantai timur
Semenanjung Malaysia,
kawasan barat Sarawak serta
pantai utara dan timur Sabah.
• Angin Monsun Barat Daya
(AMBD)
• Bertiup dari pertengahan Mei –
akhir September.
• Berasal dari Benua Australia.
• Bertiup merentasi Lautan Hindi
dan sampai ke Malaysia sebagai
angin Monsun Barat Daya.
• Hujan sederhana lebat ke
Malaysia kerana dihalang oleh
tanah tinggi di Sumatera,
Indonesia.
Angin Sumatera
• Bertiup dari bulan April hingga
Mei dan September hingga
Oktober.
• Berasal dari Sumatera
(Indonesia).
• Dikenali sebagai ‘skual’.
• Bertiup dengan kencang secara
tiba-tiba pada waktu malam
hingga subuh ke pantai barat
Semenanjung Malaysia,
terutamanya dari Pelabuhan
Klang hingga ke Johor Bahru.
• Membawa hujan lebat yang
disertai kilat dan petir.
Angin Tempatan
• Bayu Laut
• Berlaku pada waktu siang dikawasan berhampiran pantai.
• Tekanan udara di permukaan laut lebih tinggi daripada
tekanan udara di daratan.
• Udara bergerak dari laut (tekanan tinggi) ke daratan
(tekanan rendah).
• Bayu Darat
• Berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai.
• Tekanan udara di daratan lebih tinggi daripada tekanan
udara di permukaan laut.
• Udara bergerak dari daratan (tekanan tinggi) ke lautan
(tekanan rendah)

Anda mungkin juga menyukai