Anda di halaman 1dari 13

9.

1 Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklin


A. Putaran Bumi 1. Bentuk bumi sfera dan berputar di atas paksinya dari barat ke timur 2. Bumi condong pada 66.5 daripada satah orbitnya 3. 24 jam untuk membuat putaran yang lengkap 4. Kesan putaran bumi siang dan malam pembiasan angin lazim air pasang dan surut matahari terbit di timur dan terbenam di barat

5. Siang apabila menghadap matahari dan malam apabila tidak menghadap matahari

i.

ii.

iii.

iv. .

B. Peredaran Bumi 1. Bumi berputar mengelilingi matahari. 2. Mengambil masa 1 tahun / 365 hari untuk membuat satu peredaran 3. Kesan peredaran bumi Siang dan malam yang tidak sama panjang Kejadian empat musim (panas, luruh, sejuk dan bunga)

Mac - Mei Jun - Ogos September November Disember Februari

C. Kejadian Empat Musim 1. Dialami di kawasan beriklim zon sederhana (latitud 30U hingga 60U dan latitud 30S hingga 60S) 2. Ekuinoks = Ekui-noks Perhentian matahari di garisan Khatulistiwa Siang dan malam yang sama panjang 2 kali setahun Waktu matahari berada paling jauh ke utara atau selatan dari garisan Khatulistiwa 2 kali setahun

3. Solstis = Sols-tis

9.2 Cuaca dan Iklim Malaysia


1. iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. 2. Ciri-ciri iklim Malaysia Suhu Angin Hujan Kelembapan bandingan udara A. Suhu

I. II. III.

Tinggi dan sekata sepanjang tahun Purata suhu = 27C Julat suhu tahunan kecil iaitu 1C hingga 2C. Kerana Dikelilingi laut yang luas Menerima hujan lebat sepanjang tahun Menerima pancaran matahari sepanjang tahun Kelembapan bamdingan udara yang tinggi

IV.

Julat suhu harian tinggi iaitu 7C

V.

Carikan min suhu tahunan bagi Bandar Kuala Lumpur

B. Angin I. II. Angin udara yang bergerak dan mempunyai arah dan kelajuan 2 musim angin Angin Monsun Timur Laut & Angin Monsun Barat Daya

Angin Monsun Timur Laut

Angin Monsun Barat Daya

III.

Juga mengalami Angin Sumatera dari Pulau Sumatera

IV.

Angin tempatan Bayu laut & Bayu darat

Bayu darat dan bayu laut terbentuk akibat perbezaan tekanan udara di laut dan di darat.

C. Hujan I. II. Malaysia menerima hujan sepanjang tahun. Jumlah hujan tahunannya kira-kira 2 600 mm. Taburan hujan Malaysia tidak setara kerana: (a) dipengaruhi oleh angin monsun yang bertiup dalam musim yang berlainan; (b) kawasan yang menghadap tiupan angin lembap menerima hujan lebat; (c) dipengaruhi oleh angin Sumatera. III. Bukit Larut merupakan kawasan yang paling lembap (4 216 mm hujan setahun),manakala daerah jelebu (1 190 mm) merupakan kawasan yang paling kering.

IV.

Kawasan-kawasan seperti daerah Jelebu dan Kuala Pilah kurang menerima hujan (kurang daripada 2 000mm hujan setahun) kerana terlindung daripada angin lembap.

J umlah hujan tahunan di beberapa bandar di Malaysia

Malaysia: Taburan hujan tahunan dan tiupan angin monsun

V.

Hujan Perolakan
Malaysia menerima hujan maksimum dalam musim peralihan (perantaraan) monsun, iaitu padaBukit April VI. Hujan bulan dan Oktober (selepas kejadian ekuinoks). Hujan biasanya turun dalam bentuk hujanMalaysia taburan hujan di perolakan.

tidak setara kerana dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi. ii. Hujan bukit atau hujan relief biasanya berlaku di kawasan tanah tinggi.

9.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Cuaca Dan Iklim di Malaysia


A. Kedudukan 1. Bentuk bumi yang sfera menyebabkan pemanasan permukaaan bumi daripada sinaran yang tidak setara 2. Kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan Khatulistiwa mengalami pancaran matahari yang bersudut tinggi dan pemanasan tertumpu di kawasan kecil. 3. Kawasan-kawasan yang lebih jauh dari Khatulistiwa mengalami pancaran matahari yang condong dan haba tersebar ke kawasan yang lebih luas. 4. Kawasan yang semakin jauh dari Khatulistiwa akan mengalami suhu yang semakin rendah.

(a)

(b)

B. Kesan Ketinggian Matahari Terhadap Suhu 1. Kedudukan Malaysia - behampiran Garisan Khatulistiwa - suhu yang tinggi sepanjang tahun. 2. Semua negara yang terletak di kawasan Khatulistiwa termasuk Malaysia menerima hujan perolakan. 3. Hujan ini terbentuk akibat sejatan yang tinggi pada waktu siang. Malaysia menerima banyak hujan daripada jenis hujan ini. 4. Kedudukan Malaysia di laluan tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut juga menyebabkan jumlah hujan tahunan yang diterima di Malaysia adalah tinggi. C. Angin Monsun

1. Angin Monsun Barat Daya (Mei-September) dan Andin Monsun Timur Laut (Nov- Mac) menambahkan jumlah hujan yang diterima semasa tiupan kedua-dua angin ini. 2. Hampir seluruh kawasan Malaysia mengalami suhu terendah antara bulan Disember hingga Febuari. 3. Suhu direndahkan akibat tiupan Angin Monsun Timur Laut yang membawa udara nyaman dari utara. 4. Hujan lebat semasa tiupan angin monsun ini juga merendahkan suhu terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak. D. Ketinggian 1. Suhu dipengaruhi oleh ketinggian sesuatu tempat. Misalnya, min suhu tahunan di Tanah Rata di Tanah Tinggi Cameron antara 18oC hingga 19oC, manakala suhu di Kuala Lumpur antara 26oC hingga 27oC. 2. Suhu turun dengan kadar 1oC bagi setiap kenaikan ketinggian 165 m. Oleh itu, semakin tinggi sesuatu tempat, semakin rendah suhunya. 3. Oleh itu, kedudukan Tanah tinggi Cameron menyebabkannya mengalami min suhu tahunan yang lebih rendah.

Jumlah hujan tahunan di beberapa bandar di Malaysia.

Pengaruh ketinggian terhadap suhu 3. Oleh itu, kedudukan Tanah Tinggi Cameron menyebabkannya mengalami min suhu tahunan yang lebih rendah. E. Kepulauan 1. kawasan pinggir laut dan pulau dipengaruhi oleh laut yang berhampiran. 2. Pada waktu siang, air laut lambat menyerap haba. Oleh itu suhu adalah rendah di kawasan pinggir pantai dan kurang panas pada waktu siang.

3. Pada waktu malam, air laut lambat kehilangan haba. Oleh itu, suhu kawasan pinggir laut dan kepulauan pada waktu malam tidak begitu rendah. 4. Laut menyederhanakan suhu kawasan yang terletak berhampirannya. 5. Bayu laut yang bertiup pada waktu siang ke kawasan pinggir laut juga merendahkan suhu. 6. Julat suhu harian di kawasan pinggir laut dan pulau lebih kecil jika dibandingkan dengan kawasan di pedalaman. 7. Kawasan pedalaman yang jauh dari pengaruh kesederhanaan laut dan bayu laut mengalami suhu yang lebih tinggi pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu malam.

8. Julat suhu hariannya adalah lebih tinggi. Contohnya, julat suhu harian Kota Bahru ialah 7.8oC, manakala Kuala Lumpur yang terletak di pedalaman ialah 10oC. 9. Pulau-pulau seperti Pulau Pinang mengalami malam yang lebih panas dan suhu waktu siang yang lebih rendah. 10. Pada amnya, julat suhu harian bagi keseluruhan Malaysia ialah kira-kira 7oC.

Anda mungkin juga menyukai