Anda di halaman 1dari 17

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH OKTOBER 2019 HINGGA MAC 2020

Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Oktober 2019 sehingga Mac 2020 ini
berdasarkan konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan
iklim terpilih seperti NCEP coupled forecast system model version 2 (CFSv2), JMA
Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium
Range Weather Forecast (ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International
Research Institute for Climate Society (IRI). Fenomena global yang mencorakkan cuaca
semasa Negara seperti El-Niňo Southern Oscillation (ENSO), Madden-Julian Oscillation
(MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut dibincangkan.

Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan terkini adalah ENSO


neutral dan dijangka berterusan sehingga Mac 2020 dengan kebarangkalian 50% - 55%.
Oceanic Niňo Indeks (ONI) terkini anomali purata suhu permukaan laut bagi Jun-Julai-
Ogos adalah pada 0.3°C. Anomali suhu mingguan di kawasan pemantauan NINO 3.4

pada 23 September 2019 adalah -0.2°C, manakala anomali suhu mingguan di kawasan

pemantauan lain adalah -1.3°C (di Nino 1+2), -0.6°C (di Nino 3) dan 0.6°C (di Nino 4).

Tempoh peralihan monsun bermula pada 24 September 2019 dan berterusan sehingga
awal November 2019. Permulaan tempoh ini menandakan berakhirnya Monsun Barat
Daya yang telah bermula pada 6 Mei 2019. Dalam tempoh ini, Negara akan menerima
tiupan angin dari pelbagai hala yang berpotensi bagi pembentukan awan ribut petir.
Lazimnya, semasa tempoh ini, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam
jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam dijangka
berlaku di kebanyakan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat
Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan
banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Bulan Oktober merupakan tempoh peralihan monsun, semasa tempoh peralihan monsun
ini, kebanyakan kawasan di negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai
arah. Sehubungan dengan itu, cuaca berjerebu yang melanda rantau negara dijangka
bertambah baik. Kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima jumlah
hujan pada paras purata iaitu di antara 150mm hingga 350mm. Walau bagaimanapun

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 1


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

negeri Perlis, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dijangka menerima
hujan sedikit melebihi paras purata iaitu dari 300mm hingga 420mm. Manakala, Kedah
dan Pulau Pinang pula dijangka menerima hujan sedikit melebihi paras purata yang agak
tinggi iaitu sekitar 350mm hingga 500mm. Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka
menerima hujan pada paras purata iaitu antara 200mm hingga 450mm kecuali sekitar
bahagian Kuching, Sri Aman dan Samarahan dijangka menerima hujan sedikit bawah
purata antara 200mm hingga 300mm. Di Sabah pula, bahagian Kudat, Keningau serta
Tawau dijangka menerima hujan pada paras purata dengan jumlah hujan antara 100mm
hingga 250mm. Lain-lain bahagian dijangka menerima taburan hujan pada paras purata
antara 200mm hingga 400mm.

Monsun Timur Laut dijangka bermula pada awal bulan November 2019 dan berakhir pada
Mac 2020. Semasa tempoh monsun ini, beberapa episod hujan lebat monsun yang
menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung
Malaysia. Terengganu dan Kelantan akan menerima hujan pada paras purata iaitu di
antara 350mm hingga 850mm. Sekitar timur Pahang serta timur Johor dijangka menerima
hujan pada paras purata antara 300mm hingga 450mm. Manakala beberapa kawasan di
pantai barat Semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP
Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit melebihi paras purata
antara 250mm hingga 450mm. Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka menerima
hujan pada paras purata iaitu di antara 250mm hingga 500mm. Di Sabah dan WP Labuan
pula, kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 200
hingga 400mm kecuali bahagian Keningau dan Tawau dijangka menerima hujan pada
paras purata yang lebih rendah antara 100mm hingga 200mm.

Pada bulan Disember 2019, Kelantan serta utara Terengganu dijangka menerima hujan
pada paras purata antara 450mm hingga 800mm. Manakala kawasan tengah hingga
selatan Terengganu, timur Pahang dan timur Johor dijangka menerima hujan sedikit
melebihi purata antara 600mm hingga 900mm. Bagi kawasan lain di Semenanjung
terutama di sebelah pantai barat dijangka menerima hujan pada paras purata antara
100mm hingga 350mm. Sementara itu di Sarawak, kebanyakan kawasan dijangka
menerima hujan antara 300mm hingga 550mm. Di Sabah, bahagian Kudat serta
Sandakan dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu di antara 350mm hingga
550mm manakala tempat-tempat lain di Sabah dan WP Labuan dijangka menerima hujan
pada paras purata antara 100mm hingga 300mm.

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 2


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Kejadian hujan monsun di beberapa negeri terutama di sebelah pantai timur


Semenanjung mulai berkurang menjelang Januari 2020. Namun di timur Pahang serta
tengah dan timur Johor dijangka menerima taburan hujan sedikit melebihi paras purata
antara 250mm hingga 550mm. Utara Terengganu menerima hujan pada paras purata
antara 300mm hingga 500mm. Kawasan-kawasan lain di Semenanjung dijangka
menerima taburan jumlah hujan pada paras purata antara 20mm hingga 250mm. Bagi
negeri Sarawak, jumlah hujan yang diterima di Kuching, Sri Aman dan Samarahan antara
800mm hingga 900mm sedikit melebihi paras purata. Manakala Sarikei, Betong dan Sibu
dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata antara 400mm hingga 600mm. Kawasan
lain di Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 250mm hingga
550mm. Untuk negeri Sabah, bahagian Kudat dan Sandakan dijangka menerima hujan
pada paras purata antara 300mm hingga 550mm. WP Labuan dan kawasan lain di Sabah
dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 250mm.

Pada bulan Februari 2020, negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, kawasan Hulu Perak,
Terengganu, Kelantan, Melaka dan barat Johor dijangka menerima hujan pada paras
purata yang kurang daripada 100mm. Kawasan-kawasan lain di Semenanjung dijangka
akan menerima taburan hujan pada paras purata di antara 100mm hingga 250mm. Di
negeri Sarawak, kebanyakan tempat dijangka akan menerima hujan pada paras purata di
antara 100mm hingga 400mm manakala bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman
dijangka mengalami cuaca lebih lembap berbanding bahagian lain dengan jumlah hujan di
antara 400mm hingga 550mm. Bagi negeri Sabah, Bahagian Kudat dan Sandakan akan
menerima taburan hujan pada paras purata antara 150mm hingga 350mm. Bahagian-
bahagian lain dan WP Labuan dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata
yang kurang dari 150mm.

Bagi bulan Mac 2020, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada
paras purata antara 100mm hingga 300mm. Negeri Sarawak menerima hujan pada paras
purata antara 150mm hingga 450mm. Manakala negeri Sabah dan WP Labuan akan
menerima hujan pada paras purata antara 50mm hingga 250mm.

Lampiran 1 dan Lampiran 2 menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci tinjauan


cuaca bagi tempoh Oktober 2019 hingga Mac 2020 bagi Malaysia.

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 3


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 4


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 5


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 6


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 7


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 8


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 9


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Lampiran 2

Ringkasan Tinjauan Cuaca dari Oktober 2019 hingga Mac 2020

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Oktober 290-340 Sedikit Melebihi Purata


November 230-270 Sedikit Melebihi Purata
Disember 90-130 Purata
Perlis
Januari 30-50 Purata
Februari 40-60 Purata
Mac 100-150 Purata

Oktober 350-410 Sedikit Melebihi Purata


November 260-310 Sedikit Melebihi Purata
Disember 80-110 Purata
Alor Setar
Januari 30-50 Purata
Februari 50-70 Purata
Mac 110-160 Purata
Kedah
Oktober 460-540 Sedikit Melebihi Purata
November 380-440 Sedikit Melebihi Purata
Sungai Disember 150-230 Purata
Petani,
Kulim Januari 90-140 Purata
Februari 110-160 Purata
Mac 160-250 Purata

Oktober 410-480 Sedikit Melebihi Purata


November 250-290 Sedikit Melebihi Purata
Disember 60-90 Purata
Langkawi
Januari 20-30 Purata
Februari 20-40 Purata
Mac 90-130 Purata

Oktober 430-510 Sedikit Melebihi Purata


November 290-340 Sedikit Melebihi Purata
Disember 90-130 Purata
Pulau Pinang
Januari 60-90 Purata
Februari 70-110 Purata
Mac 120-180 Purata

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 10


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Oktober 310-360 Sedikit Melebihi Purata


November 280-330 Sedikit Melebihi Purata
Disember 110-170 Purata
Hulu Perak
Januari 60-90 Purata
Februari 70-100 Purata
Mac 120-180 Purata

Oktober 280-320 Sedikit Melebihi Purata


Kuala November 290-340 Sedikit Melebihi Purata
Kangsar, Disember 130-200 Purata
Larut dan Januari 110-160 Purata
Matang Februari 90-130 Purata
Mac 120-180 Purata
Perak
Oktober 360-420 Sedikit Melebihi Purata
November 360-420 Sedikit Melebihi Purata
Kinta,
Disember 190-290 Purata
Perak
Januari 140-210 Purata
Tengah,
Februari 130-190 Purata
Mac 160-240 Purata

Oktober 270-310 Sedikit Melebihi Purata


November 270-320 Sedikit Melebihi Purata
Hilir Perak Disember 160-230 Purata
Manjung Januari 120-180 Purata
Februari 100-150 Purata
Mac 110-150 Purata

Oktober 320-380 Sedikit Melebihi Purata


November 370-430 Sedikit Melebihi Purata
Disember 200-300 Purata
Selangor
Januari 150-230 Purata
Februari 140-210 Purata
Mac 200-300 Purata

Oktober 360-420 Sedikit Melebihi Purata


November 440-510 Sedikit Melebihi Purata
Disember 230-350 Purata
W. P. Kuala Lumpur
Januari 180-270 Purata
Februari 170-260 Purata
Mac 240-360 Purata

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 11


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Oktober 240-280 Sedikit Melebihi Purata


November 340-390 Sedikit Melebihi Purata
Disember 160-240 Purata
W. P. Putrajaya
Januari 130-200 Purata
Februari 100-160 Purata
Mac 120-180 Purata

Oktober 210-320 Purata


November 270-400 Purata
Disember 170-250 Purata
Negeri Sembilan
Januari 100-150 Purata
Februari 110-170 Purata
Mac 170-250 Purata

Oktober 160-250 Purata


November 190-280 Purata
Disember 120-180 Purata
Melaka
Januari 70-110 Purata
Februari 70-110 Purata
Mac 110-170 Purata

Oktober 190-290 Purata


November 330-490 Purata
Tanah
Merah, Jeli, Disember 430-650 Purata
Gua Januari 150-230 Purata
Musang Februari 80-120 Purata
Mac 90-130 Purata
Kelantan
Oktober 220-330 Purata
Tumpat, November 530-790 Purata
Kota Bharu, Disember 460-690 Purata
Bachok, Januari 120-180 Purata
Kuala Krai Februari 50-70 Purata
Mac 90-140 Purata

Oktober 260-390 Purata


November 530-790 Purata
Gong Disember 570-860 Purata
Terengganu Kedak,
Besut Januari 330-490 Purata
Februari 80-120 Purata
Mac 130-200 Purata

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 12


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Oktober 210-310 Purata


November 580-870 Purata
Kuala Disember 460-680 Purata
Terengganu Januari 110-170 Purata
Februari 60-80 Purata
Mac 150-220 Purata

Oktober 190-290 Purata


November 410-620 Purata
Dungun, Disember 780-920 Sedikit Melebihi Purata
Kemaman Januari 200-290 Purata
Februari 90-130 Purata
Mac 130-190 Purata

Oktober 220-330 Purata


November 280-420 Purata
Disember 770-900 Sedikit Melebihi Purata
Kuantan
Januari 390-450 Sedikit Melebihi Purata
Februari 120-180 Purata
Mac 140-200 Purata

Oktober 150-230 Purata


November 290-440 Purata
Pekan, Disember 680-800 Sedikit Melebihi Purata
Pahang
Rompin Januari 460-540 Sedikit Melebihi Purata
Februari 120-180 Purata
Mac 160-180 Purata

Oktober 160-240 Purata


November 190-290 Purata
Maran, Disember 160-250 Purata
Temerloh Januari 100-160 Purata
Februari 80-120 Purata
Mac 120-180 Purata

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 13


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Oktober 290-430 Purata


November 270-400 Purata
Cameron Disember 170-260 Purata
Highlands Januari 100-150 Purata
Februari 100-150 Purata
Mac 180-270 Purata

Oktober 190-280 Purata


November 210-310 Purata
Batu
Embun, Disember 210-320 Purata
Jerantut, Januari 120-180 Purata
Lipis Februari 90-130 Purata
Mac 130-190 Purata

Oktober 160-240 Purata


November 270-410 Purata
Mersing, Disember 710-820 Sedikit Melebihi Purata
Kota Tinggi Januari 410-480 Sedikit Melebihi Purata
Februari 110-160 Purata
Mac 110-170 Purata

Oktober 160-230 Purata


November 180-270 Purata
Segamat, Disember 200-310 Purata
Johor Muar,
Tangkak Januari 130-200 Purata
Februari 80-120 Purata
Mac 160-240 Purata

Kulai, Oktober 180-270 Purata


Pontian, November 210-310 Purata
Johor Disember 210-320 Purata
Bahru,
Nusajaya, Januari 240-290 Sedikit Melebihi Purata
Kluang, Februari 100-150 Purata
Batu Pahat Mac 160-250 Purata

Oktober 200-270 Sedikit Bawah Purata


November 280-420 Purata
Kuching,
Disember 390-580 Purata
Sarawak Sri Aman,
Januari 830-960 Sedikit Melebihi Purata
Samarahan
Februari 410-610 Purata
Mac 270-410 Purata

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 14


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Oktober 240-360 Purata


November 290-430 Purata
Disember 320-430 Purata
Betong
Januari 440-520 Sedikit Melebihi Purata
Februari 190-280 Purata
Mac 240-360 Purata

Oktober 220-330 Purata


November 270-400 Purata
Sarikei, Disember 320-470 Purata
Sibu Januari 500-580 Sedikit Melebihi Purata
Februari 240-360 Purata
Mac 250-380 Purata

Oktober 280-430 Purata


November 340-500 Purata
Disember 360-550 Purata
Bintulu
Januari 350-530 Purata
Februari 220-340 Purata
Mac 210-320 Purata

Oktober 270-400 Purata


November 340-510 Purata
Kapit, Disember 360-530 Purata
Belaga Januari 350-530 Purata
Februari 250-380 Purata
Mac 310-470 Purata

Oktober 250-380 Purata


November 250-370 Purata
Miri Disember 270-410 Purata
Januari 250-370 Purata
Februari 130-200 Purata
Mac 120-180 Purata

Oktober 230-340 Purata


November 300-450 Purata
Disember 290-430 Purata
Limbang
Januari 340-510 Purata
Februari 260-380 Purata
Mac 200-310 Purata

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 15


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

Jangkaan
Negeri/Wilayah Tinjauan Cuaca
Tempoh Jumlah Hujan
Persekutuan (Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Oktober 320-480 Purata


November 300-460 Purata
Disember 250-370 Purata
W. P. Labuan
Januari 180-280 Purata
Februari 90-140 Purata
Mac 100-150 Purata

Oktober 280-430 Purata


November 230-350 Purata
Pantai Disember 190-280 Purata
Barat Januari 110-160 Purata
Februari 60-80 Purata
Mac 60-100 Purata

Oktober 90-140 Purata


November 110-160 Purata
Disember 120-180 Purata
Keningau
Januari 120-180 Purata
Februari 80-120 Purata
Mac 90-140 Purata

Oktober 160-230 Purata


November 230-340 Purata
Disember 350-530 Purata
Sabah Kudat
Januari 310-460 Purata
Februari 140-210 Purata
Mac 100-150 Purata

Oktober 230-340 Purata


November 270-400 Purata
Disember 370-550 Purata
Sandakan
Januari 350-530 Purata
Februari 230-350 Purata
Mac 150-230 Purata

Oktober 140-200 Purata


November 130-200 Purata
Disember 140-210 Purata
Tawau
Januari 110-170 Purata
Februari 80-120 Purata
Mac 90-140 Purata

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 16


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

PUSAT IKLIM NASIONAL

PENGKELASAN JUMLAH HUJAN BULANAN

Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan


Peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah
Sangat Melebihi Purata
hujan jangka panjang
Peningkatan sebanyak 40% hingga 60% daripada
Melebihi Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada
Sedikit Melebihi Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Peningkatan atau pengurangan lebih/kurang daripada
Purata
20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang
Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada
Sedikit Bawah Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Pengurangan sebanyak 40% hingga 60% daripada
Bawah Purata
purata jumlah hujan jangka panjang
Sangat Bawah Daripada Pengurangan melebihi 60% daripada purata jumlah
Purata hujan jangka panjang

Nota: Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca


sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.

Disediakan oleh:

Pusat Iklim Nasional


Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Dikemaskini Pada: 1 Oktober 2019

Tarikh Kemaskini: 2-Okt-19 17

Anda mungkin juga menyukai