Anda di halaman 1dari 17

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TINJAUAN CUACA BAGI TEMPOH JUN HINGGA NOVEMBER 2023

Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Jun hingga November 2023 ini adalah berdasarkan
konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih seperti
NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System
(Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan
Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (IRI). Fenomena
global yang mencorakkan cuaca semasa Negara seperti El-Niňo Southern Oscillation (ENSO),
Madden-Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) juga turut dibincangkan.

Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika


konsisten dengan keadaan ENSO adalah neutral. Peralihan daripada ENSO-neutral ke El Niño
dijangka berlaku sekitar Mei – Julai dengan kebarangkalian 82%. Oceanic Nino Indeks (ONI)
terkini bagi Februari, Mac dan April (FMA) 2023 adalah -0.2°C. Anomali suhu mingguan di kawasan
pemantauan Niño 3.4 pada 22 May 2023 adalah 0.5°C, manakala anomali suhu mingguan di
kawasan pemantauan lain adalah 1.7°C (di Niño 1 + 2), 0.9°C (di Niño 3) dan 0.3°C (di Niño 4).

Negara berada dalam musim Monsun Barat Daya (MBD) yang telah bermula pada 15 Mei 2023
dan dijangkakan berakhir pada pertengahan September 2023. Semasa Monsun Barat Daya,
lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang
lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil. Ini menyebabkan kurangnya pembentukan
awan hujan sepanjang tempoh ini. Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan
mengalami taburan hujan yang lebih rendah dengan bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak
berbanding bilangan hari hujan.

Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir berikutan fenomena
garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah
terutamanya pada awal pagi. Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat
penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

1
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran
terbuka tidak terkawal terutamanya pada bulan Julai hingga September. Oleh itu, pembakaran
terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini.

Pada bulan Jun 2023, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangkakan akan menerima hujan
sedikit bawah purata antara 50mm hingga 150mm kecuali di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara
Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangkakan menerima hujan pada paras purata iaitu
antara 50mm hingga 300mm. Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangkakan menerima hujan
pada paras purata iaitu antara 200mm hingga 300mm, kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman,
Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara
100mm hingga 200mm. Manakala Sabah dan W.P Labuan juga dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Dalam bulan Julai 2023 sebilangan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangkakan menerima
hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm, kecuali di selatan Perak, Pahang,
Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangkakan menerima
hujan sedikit di bawah purata iaitu antara 50mm hingga 150mm. Di Sarawak, Kebanyakan
kawasan dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu diantara 100 hingga 250mm
kecuali di Miri dan Limbang yang dijangkakan menerima hujan pada paras purata iaitu antara
150mm hingga 300mm. Negeri Sabah dan W.P Labuan dijangka menerima hujan pada paras
purata antara 100mm hingga 350mm.

Pada bulan Ogos 2023, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangkakan menerima
hujan pada paras purata antara 100mm hingga 400mm kecuali di Selangor, W.P. Kuala Lumpur,
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu
antara 50mm ke 150mm. Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangkakan menerima hujan pada
paras purata iaitu antara 150mm hingga 350mm, kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman,
Betong, Sarikei dan Sibu yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 150mm
hingga 200mm. Manakala Sabah dan W.P Labuan juga dijangka menerima hujan pada paras
purata antara 100mm hingga 400mm.

2
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Dalam bulan September 2023, Negara dijangkakan berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya.
Pada bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada
paras purata iaitu dari 100mm hingga 450mm. Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka akan
menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 200mm hingga 350mm. Manakala negeri
Sabah dan W.P Labuan pula dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu
sekitar 50mm hingga 250mm.

Pada bulan Oktober 2023, Negara dijangkakan berada dalam fasa Peralihan Monsun yang kedua.
Pada bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada
paras purata iaitu dari 150mm hingga 450mm. Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka akan
menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 250mm hingga 450mm. Manakala Sabah
dan W.P Labuan pula dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu sekitar
100mm hingga 500mm.

Dalam bulan November 2023, Negara dijangkakan akan memasuki fasa Monsun Timur Laut.
Semasa tempoh Monsun Timur Laut, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari
arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam. Beberapa siri hujan lebat yang
menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri - negeri pantai timur Semenanjung
Malaysia dan barat Sarawak. Pada bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan
menerima hujan pada paras purata iaitu antara 100mm hingga 900mm. Di Sarawak, kebanyakan
bahagian dijangka menerima taburan hujan pada paras purata iaitu di antara 300mm hingga
400mm. Di Negeri Sabah kebanyakan kawasan dijangkakan menerima hujan pada paras purata
iaitu antara 100mm hingga 400mm. Di W.P Labuan hujan dijangkakan pada paras purata iaitu
antara 300mm hingga 450mm.

Lampiran 1 dan Lampiran 2 menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci tinjauan cuaca
bagi tempoh Jun hingga November 2023 bagi Malaysia.

3
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

LAMPIRAN 1

4
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

5
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

6
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

7
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

8
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

9
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

LAMPIRAN 2
Ringkasan Tinjauan Cuaca

Jangkaan
Tinjauan Cuaca
Negeri/Wilayah Persekutuan Tempoh Jumlah Hujan
(Pengkelasan)
Bulanan (mm)

Jun 100 - 150 Purata


Julai 140 - 210 Purata
Ogos 160 - 230 Purata
Perlis
September 190 - 290 Purata
Oktober 200 - 300 Purata
November 160 - 240 Purata
Jun 130 - 200 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Kubang Pasu, Kota
Setar, Pokok Sena, Ogos 170 - 260 Purata
Padang Terap, September 220 - 330 Purata
Pendang, Yan, Sik
Oktober 240 - 360 Purata
November 180 - 270 Purata
Jun 120 - 180 Purata
Julai 120 - 190 Purata
Kuala Muda, Ogos 170 - 250 Purata
Kedah Baling, Kulim,
Bandar Baru September 240 - 370 Purata
Oktober 310 - 460 Purata
November 260 - 390 Purata
Jun 190 - 290 Purata
Julai 220 - 330 Purata
Ogos 280 - 420 Purata
Pulau Langkawi
September 290 - 440 Purata
Oktober 280 - 420 Purata
November 180 - 270 Purata
Jun 140 - 210 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Ogos 190 - 290 Purata
Pulau Pinang September 270 - 400 Purata
Oktober 290 - 430 Purata
November 190 - 290 Purata

10
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Jun 100 - 150 Purata


Julai 110 - 160 Purata
Lubok Merbau, Ogos 140 - 220 Purata
Larut, (Kuala
Kangsar) September 190 - 280 Purata
Oktober 190 - 290 Purata
November 130 - 190 Purata
Jun 90 - 140 Purata
Julai 90 - 140 Purata
Hulu Perak Ogos 110 - 160 Purata
(Lenggong) September 170 - 260 Purata
Oktober 210 - 310 Purata
November 190 - 280 Purata
Perak
Jun 70 - 100 Purata
Julai 60 - 80 Sedikit Bawah Purata
Ogos 100 - 140 Purata
Manjung
September 130 - 200 Purata
Oktober 180 - 270 Purata
November 190 - 280 Purata
Jun 90 - 120 Sedikit Bawah Purata
Julai 90 - 130 Sedikit Bawah Purata
Ipoh, Perak Ogos 140 - 210 Purata
Tengah, Hilir Perak September 160 - 240 Purata
Oktober 240 - 360 Purata
November 240 - 360 Purata
Jun 80 - 110 Sedikit Bawah Purata
Julai 90 - 110 Sedikit Bawah Purata
Ogos 100 - 130 Sedikit Bawah Purata
Selangor
September 170 - 250 Purata
Oktober 220 - 330 Purata
November 250 - 380 Purata
Jun 100 - 130 Sedikit Bawah Purata
Julai 100 - 130 Sedikit Bawah Purata
Ogos 110 - 140 Sedikit Bawah Purata
September 180 - 260 Purata
Kuala Lumpur
Oktober 240 - 360 Purata
November 290 - 440 Purata

11
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Jun 70 - 100 Sedikit Bawah Purata


Julai 90 - 120 Sedikit Bawah Purata
Ogos 90 - 120 Sedikit Bawah Purata
Putrajaya
September 160 - 230 Purata
Oktober 160 - 250 Purata
November 220 - 330 Purata
Jun 60 - 80 Sedikit Bawah Purata
Julai 50 - 60 Sedikit Bawah Purata
Ogos 50 - 70 Sedikit Bawah Purata
Negeri Sembilan
September 100 - 140 Purata
Oktober 140 - 210 Purata
November 220 - 330 Purata
Jun 100 - 140 Sedikit Bawah Purata
Julai 110 - 150 Sedikit Bawah Purata
Ogos 120 - 150 Sedikit Bawah Purata
Melaka
September 150 - 230 Purata
Oktober 170 - 250 Purata
November 190 - 290 Purata
Jun 140 - 210 Purata
Julai 130 - 190 Purata
Jeli, Kuala Krai, Ogos 150 - 220 Purata
Gua Musang September 180 - 260 Purata
Oktober 190 - 280 Purata
November 330 - 490 Purata
Kelantan
Jun 110 - 160 Purata
Tumpat, Kota Julai 120 - 180 Purata
Bharu, Bachok, Ogos 130 - 200 Purata
Pasir Mas, Pasir
Puteh, Tanah September 150 - 220 Purata
Merah, Junhang Oktober 220 - 330 Purata
November 530 - 790 Purata
Jun 170 - 250 Purata
Julai 170 - 260 Purata
Ogos 180 - 280 Purata
September 190 - 280 Purata
Terengganu Gong Kedak, Besut
Oktober 250 - 370 Purata
November 520 - 790 Purata

12
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Jun 90 - 130 Purata


Julai 100 - 150 Purata
Ogos 100 - 160 Purata
Kuala Terengganu
September 130 - 200 Purata
Oktober 200 - 300 Purata
November 570 - 860 Purata
Jun 120 - 180 Purata
Julai 100 - 150 Purata
Ogos 140 - 210 Purata
Dungun, Kemaman
September 150 - 220 Purata
Oktober 190 - 290 Purata
November 410 - 620 Purata
Jun 100 - 130 Sedikit Bawah Purata
Julai 90 - 130 Sedikit Bawah Purata
Ogos 150 - 230 Purata
Kuantan,Pekan
September 170 - 250 Purata
Oktober 220 - 330 Purata
November 280 - 420 Purata
Jun 70 - 100 Sedikit Bawah Purata
Julai 90 - 110 Sedikit Bawah Purata
Ogos 120 - 180 Purata
Rompin
September 120 - 180 Purata
Oktober 150 - 230 Purata
November 300 - 450 Purata
Jun 70 - 100 Sedikit Bawah Purata
Pahang
Julai 70 - 90 Sedikit Bawah Purata
Bentong, Ogos 120 - 180 Purata
Temerloh, Maran,
Bera September 130 - 200 Purata
Oktober 160 - 250 Purata
November 190 - 280 Purata
Jun 110 - 150 Sedikit Bawah Purata
Julai 110 - 150 Sedikit Bawah Purata
Ogos 190 - 280 Purata
Cameron September 220 - 330 Purata
Highlands Oktober 280 - 420 Purata
November 270 - 410 Purata

13
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Jun 90 - 110 Sedikit Bawah Purata


Julai 90 - 120 Sedikit Bawah Purata
Raub, Lipis, Ogos 120 - 180 Purata
Jerantut September 150 - 230 Purata
Oktober 190 - 280 Purata
November 200 - 310 Purata
Jun 90 - 110 Sedikit Bawah Purata
Julai 100 - 130 Sedikit Bawah Purata
Ogos 100 - 140 Sedikit Bawah Purata
Mersing
September 140 - 200 Purata
Oktober 160 - 240 Purata
November 270 - 410 Purata
Jun 90 - 120 Sedikit Bawah Purata
Julai 90 - 110 Sedikit Bawah Purata
Segamat, Muar, Ogos 100 - 140 Sedikit Bawah Purata
Tangkak, Batu
Pahat September 140 - 210 Purata
Oktober 150 - 230 Purata
November 200 - 300 Purata
Johor
Jun 80 - 110 Sedikit Bawah Purata
Julai 80 - 110 Sedikit Bawah Purata
Ogos 80 - 110 Sedikit Bawah Purata
Kluang
September 130 - 190 Purata
Oktober 160 - 240 Purata
November 190 - 280 Purata
Jun 100 - 130 Sedikit Bawah Purata
Julai 110 - 150 Sedikit Bawah Purata
Kota Tinggi, Kulai, Ogos 120 - 150 Sedikit Bawah Purata
Pontian, Johor
Bahru September 170 - 260 Purata
Oktober 180 - 270 Purata
November 210 - 310 Purata
Jun 130 - 180 Sedikit Bawah Purata
Julai 120 - 170 Sedikit Bawah Purata
Ogos 140 - 190 Sedikit Bawah Purata
Kuching, September 210 - 320 Purata
Sarawak Samarahan, Sri
Aman Oktober 270 - 400 Purata
November 280 - 420 Purata

14
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Jun 130 - 170 Sedikit Bawah Purata


Julai 110 - 150 Sedikit Bawah Purata
Ogos 140 - 190 Sedikit Bawah Purata
Betong
September 220 - 330 Purata
Oktober 250 - 370 Purata
November 290 - 440 Purata
Jun 120 - 160 Sedikit Bawah Purata
Julai 110 - 140 Sedikit Bawah Purata
Ogos 140 - 180 Sedikit Bawah Purata
Sarikei, Sibu
September 200 - 310 Purata
Oktober 220 - 330 Purata
November 260 - 400 Purata
Jun 200 - 310 Purata
Julai 150 - 200 Sedikit Bawah Purata
Ogos 230 - 350 Purata
Bintulu
September 240 - 370 Purata
Oktober 290 - 430 Purata
November 340 - 510 Purata
Jun 160 - 220 Sedikit Bawah Purata
Julai 170 - 230 Sedikit Bawah Purata
Ogos 240 - 360 Purata
Kapit, Belaga
September 230 - 350 Purata
Oktober 270 - 410 Purata
November 330 - 500 Purata
Jun 180 - 270 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Ogos 170 - 260 Purata
Miri
September 200 - 300 Purata
Oktober 250 - 380 Purata
November 250 - 380 Purata
Jun 180 - 270 Purata
Julai 190 - 290 Purata
Ogos 200 - 300 Purata
September 180 - 280 Purata
Limbang Oktober 240 - 360 Purata
November 290 - 440 Purata

15
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Jun 240 - 360 Purata


Julai 240 - 360 Purata
Ogos 250 - 370 Purata
Labuan
September 280 - 420 Purata
Oktober 330 - 500 Purata
November 300 - 450 Purata
Jun 240 - 360 Purata
Julai 220 - 340 Purata
Ogos 220 - 330 Purata
Pantai Barat
September 250 - 370 Purata
Oktober 290 - 430 Purata
November 240 - 360 Purata
Jun 90 - 140 Purata
Julai 100 - 150 Purata
Ogos 100 - 150 Purata
Kudat
September 120 - 180 Purata
Oktober 160 - 230 Purata
November 230 - 340 Purata
Sabah
Jun 150 - 230 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Ogos 180 - 270 Purata
Sandakan
September 190 - 290 Purata
Oktober 220 - 330 Purata
November 260 - 400 Purata
Jun 130 - 200 Purata
Julai 160 - 240 Purata
Ogos 160 - 240 Purata
Tawau
September 120 - 190 Purata
Oktober 140 - 200 Purata
November 130 - 200 Purata
Jun 100 - 150 Purata
Julai 90 - 140 Purata
Ogos 100 - 150 Purata
Pedalaman
September 90 - 140 Purata
Oktober 110 - 160 Purata
November 100 - 150 Purata

16
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

PENGKELASAN JUMLAH HUJAN BULANAN

Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan

Peningkatan melebihi 60% daripada purata jumlah


Sangat Melebihi Purata
hujan jangka panjang

Peningkatan sebanyak 40% hingga 60% daripada


Melebihi Purata
purata jumlah hujan jangka panjang

Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada


Sedikit Melebihi Purata
purata jumlah hujan jangka panjang

Peningkatan atau pengurangan lebih/kurang daripada


Purata
20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang

Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada


Sedikit Bawah Purata
purata jumlah hujan jangka panjang

Pengurangan sebanyak 40% hingga 60% daripada


Bawah Purata
purata jumlah hujan jangka panjang

Sangat Bawah Daripada Pengurangan melebihi 60% daripada purata jumlah


Purata hujan jangka panjang

Nota: Jabatan Meteorologi Malaysia akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca sekiranya
berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.

Disediakan oleh:

Pusat Iklim Nasional


Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Dikemaskini Pada: 29 Mei 2023

17
Tarikh kemaskini: 29 Mei 2023

Anda mungkin juga menyukai