Anda di halaman 1dari 29

Tempoh Monsun Timur Laut : November 2010 – Mac 2011

1. Pendahuluan

Malaysia diramalkan akan mengalami Monsun Timur Laut mulai awal November 2010 yang
akan berterusan sehingga awal Mac 2011. Monsun Timur Laut biasanya dikaitkan dengan
musim tengkujuh terutamanya bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung dan Sarawak.

Monsun Timur Laut seringkali dicirikan oleh angin yang bertiup secara tetap dari arah timur
laut. Semasa tempoh musim ini, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, kawasan pantai
Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami beberapa episod hujan lebat menyeluruh
yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun. Untuk kes cuaca yang
ekstrem, episod hujan lebat yang menyeluruh ini boleh bertahan selama tiga hingga lapan
hari. Sebanyak tiga hingga empat episod hujan lebat akan berlaku dalam masa yang
berlainan di kawasan-kawasan tersebut semasa musim ini. Episod-episod hujan lebat ini
boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tersebut. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa hari cuaca yang baik iaitu samada tiada hujan atau dengan
hujan yang sedikit yang akan berlaku di antara episod-episod hujan lebat tersebut.

Pada awal musim monsun timur laut (November hingga Januari), cuaca yang lebih lembap
lazimnya berlaku terutamanya di pantai timur Semenanjung. Episod hujan lebat biasa berlaku
terutamanya di negeri-negeri sebelah pantai timur Semenanjung iaitu bermula di negeri
Kelantan dan Terengganu pada bulan November dan awal Disember. Hujan monsun yang
lebat secara perlahan-lahan akan beranjak ke selatan di mana hujan monsun yang lebat
lazimnya berlaku di kawasan timur negeri Pahang dan Johor pada bulan Disember dan awal
Januari.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, semasa pertengahan musim monsun timur laut (Januari
hingga Februari), keadaan cuaca di bahagian utara dan timur Sabah serta bahagian barat dan
tengah Sarawak lazimnya adalah lebih lembap berbanding dengan tempoh awal musim
monsun timur laut (November hingga Disember). Bagaimanapun, cuaca yang lebih kering
secara relatifnya berlaku di Sabah dan Sarawak pada Mac iaitu semasa akhir musim monsun
timur laut.

1
1.1 Monsun Timur Laut (November 2009 hingga Mac 2010)

Monsun Timur Laut yang merupakan musim hujan bagi negeri-negeri di pantai timur
Semenanjung, Sarawak dan Sabah telah bermula lebih awal iaitu pada 5 November 2009
disebabkan musim sejuk hemisfera utara bermula lebih awal dari normal. Bagaimanapun,
selaras dengan fenomena El-Nino yang berlaku dalam tempoh tersebut, secara amnya kesan
Monsun Timur Laut berkenaan ke atas negara ini adalah agak kurang. Malah, pada bulan
Januari hingga Mac 2010, kebanyakan kawasan di negara ini telah mengalami keadaan yang
agak kering berbanding biasa.

Keseluruhannya, sebanyak enam episod hujan lebat yang mengakibatkan banjir telah
melanda negara sepanjang musim tengkujuh tersebut. Dua episod hujan lebat menyeluruh
yang berterusan selama dua hingga lima hari telah berlaku di Kelantan, Terengganu dan utara
Pahang di mana telah mengakibatkan banjir semasa Disember 2009. Manakala, sepanjang
bulan Januari 2010, dua episod hujan lebat telah berlaku dan mengakibatkan kejadian banjir
di beberapa kawasan rendah masing-masing di Sabah dan Sarawak.

Di Semenanjung, kawasan-kawasan yang terjejas akibat hujan lebat dan kejadian banjir
adalah Daerah Rantau Panjang, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah
Merah, Machang dan Tumpat di Negeri Kelantan, Daerah Kemaman, Dungun, Marang, Setiu,
Besut dan Hulu Terengganu di Negeri Terengganu dan Daerah Kuantan, Pekan, Maran dan
Bera di Negeri Pahang.

Di Sarawak, kawasan-kawasan yang terjejas akibat hujan lebat dan kejadian banjir adalah di
Bahagian Kuching, Sri Aman, Samarahan, Mukah dan Miri. Manakala, di Sabah, kawasan-
kawasan yang terlibat ialah Daerah Beluran, Pitas, Kinabatangan, Lahad Datu, Kota Belud,
Telupid, Tongod dan Kota Marudu.

2. Statistik Hujan Bulanan dan Jumlah Hujan Kebelakangan Ini

Secara keseluruhannya, walaupun keadaan yang agak kering telah dialami di kebanyakan
tempat di negara ini antara Januari hingga Mac 2010, jumlah hujan terkumpul tahun ini
sehingga bulan September 2010 bagi kebanyakan kawasan adalah pada paras purata.
Statistik jumlah hujan bulanan untuk tempoh Januari 2010 hingga September 2010 dicatatkan

2
di beberapa stesen meteorologi utama terpilih di seluruh negara adalah seperti ditunjukkan
dalam Rajah 2(a) dan 2(b).

Bagi bulan Ogos 2010 iaitu fasa akhir Monsun Barat Daya, di Semenanjung, keadaan cuaca
kering telah dialami di beberapa kawasan di Negeri Perlis, utara Kedah termasuk Pulau
Langkawi, Pulau Pinang, utara dan pedalaman Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota
Bharu dan Kuala Krai), kawasan pantai Perak dan Selangor, tengah Pahang (Daerah Jerantut
dan Temerloh) serta timur dan barat laut Johor (Daerah Mersing dan Kluang). Kawasan-
kawasan tersebut telah menerima taburan hujan antara 30% hingga 70% di bawah purata
bulanannya. Sebaliknya, keadaan cuaca yang lebih lembap dengan taburan hujan antara 40%
hingga 160% melebihi purata bulanannya telah dialami di sekitar Daerah Kuala Kangsar di
Perak, Daerah Lipis dan Bentong di Pahang, Daerah Jempol di Negeri Sembilan, Daerah
Jasin di Melaka serta Daerah Ledang, Segamat, Muar dan Johor Bahru di Johor.

Bagi Negeri Sarawak, kesemua bahagian telah menerima jumlah curahan hujan antara 40%
hingga 90% melebihi purata bulanannya pada bulan Ogos 2010. Manakala, bagi Negeri
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, hampir semua bahagian telah menerima jumlah
hujan antara 40% hingga 120% melebihi paras purata bulanannya kecuali Bahagian Pantai
Barat (Daerah Kota Kinabalu) dan Bahagian Tawau (Daerah Tawau dan Semporna) yang
telah menerima jumlah hujan yang purata.

Bagi bulan September 2010, keadaan kering dengan jumlah hujan bulanan antara 30%
hingga 50% di bawah paras purata masih lagi berterusan di beberapa kawasan di utara
Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan
Kuala Krai) dan utara Terengganu. Manakala, taburan hujan yang melebihi purata antara
50% hingga 90% telah dialami di Selangor dan antara 30% hingga 50% di utara barat
Pahang (Daerah Betong dan Raub), utara Perak dan selatan Johor.

Di Negeri Sarawak, hampir kesemua bahagian telah mengalami keadaan cuaca yang lembap
di mana Bahagian Limbang dan Bahagian Miri dengan curahan hujan melebihi 60% dari
purata bulanannya, Bahagian Kapit dan Bahagian Bintulu dengan curahan hujan antara 40%
hingga 60% melebihi paras purata bulanannya dan Bahagian Kuching dengan curahan hujan
antara 20% hingga 40% melebihi paras purata bulanannya. Manakala, kawasan-kawasan
lain telah menerima jumlah hujan yang purata. Hanya kawasan di sekitar bandar Sibu telah
menerima jumlah hujan 30% di bawah purata bulanannya.

3
Bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, hampir kesemua bahagian telah
mengalami keadaan cuaca yang lembap di mana Bahagian Pedalaman, Bahagian Tawau
dan utara Bahagian Kudat telah menerima curahan hujan 60% melebihi paras purata
bulanannya. Manakala, bahagian-bahagian lain telah menerima jumlah hujan bulanan antara
30% hingga 60% melebihi paras purata. Hanya kawasan di sekitar bandar Sandakan yang
telah mengalami keadaan cuaca yang kering dengan jumlah hujan bulanan 30% di bawah
purata.

4
700
700 600
600 500
500 400
400 300
300 200
200 100 700
100 0 600
0 J FMAMJ J ASOND 500
400
J FMAMJ J ASOND 700 300
600
500
200
100
Laut China Selatan
400 0
300
J FMAMJ J ASOND
200
700
6U 100 700 600
0 600 500
J FMAMJ J ASOND 500 400
700 400 300
600 300 200
500 200 100
400 100 0
300 0 J FMAMJ J ASOND
200
J FMAMJ J ASOND
100
700
700 0
600
600 J FMAMJ J ASOND
500
500 700
400
400 600
300
300 500
200
200 400
100
100 300
0 700
0 200
J FMAMJ J ASOND 600
J FMAMJ J ASOND 100 500
0 400 700
J FMAMJ J ASOND 300 600
700 200 500
600 100 400
500 0 300
400 200
J FMAMJ J ASOND
700 100
4U 300
600 700 0
200
500 600
100 J FMAMJ J ASOND
400 500
0 700
300 400
J FMAMJ J ASOND 600
200 300
500
100 200
400
0 700
300 100
600
J FMAMJ J ASOND 200 0
500
100 J FMAMJ J ASOND 400
0
300
J FMAMJ J ASOND 200
100
700 0
700
600
600 J FMAMJ J ASOND
500 700
500 700
400 600
400 600
300 500
300 500
Selat Melaka 200
200 400
400
100 300
100 300
0 200
0 200
J FMAMJ J ASOND 100
J FMAMJ J ASOND 100
0
0
J FMAMJ J ASOND
700 J FMAMJ J ASOND
2U
600
500
PETUNJUK 400 700
300 600
JUMLAH HUJAN BULANAN (JAN – SEP 2010) 200 500
100 400
0 300
PURATA HUJAN BULANAN
J FMAMJ J ASOND 200
100
0
J FMAMJ J ASOND

100T 102T 104T

Rajah 2(a): Min Bulanan dan Jumlah Hujan Bulanan (mm) bagi Semenanjung

5
900
800
PETUNJUK 700
600
900 500
JUMLAH HUJAN BULANAN (JAN – SEP 2010) 800 400
700 300
600 200
PURATA HUJAN BULANAN 500 100
400 0
6U 300
200 900 J FMAMJ J ASOND
900
800 100 800 900
700 0 700 800
600 J FMAMJ J ASOND 600 700
500 500 600
400 400 500
300 300 400
200 200 300
100 100 200
0 0 100
0
J FMAMJ J ASOND J FMAMJ J ASOND
J FMAMJ J ASOND
900
4U 800
900 700
800 600
700 500
600 400
500 300
400 200
300 900 100
200 800 0
100 700
J FMAMJ J ASOND
0 600
500
J FMAMJ J ASOND 400
900 300
800 900 200
2U 700 800 100
600 700 0
500 600
400 500 J FMAMJ J ASOND
300 400
200 300
100 200
0 100
0
J FMAMJ J ASOND
J FMAMJ J ASOND
110T 112T 114T 116T 118T

Rajah 2(b): Min Bulanan dan Jumlah Hujan Bulanan (mm) Bagi Sabah dan Sarawak

3. Keadaan Suhu Permukaan Laut Terkini dan Tinjauan bagi Tempoh Monsun
Timur Laut

Keadaan cuaca dan taburan hujan di rantau ini adalah sangat dipengaruhi oleh suhu
permukaan laut (SPL) di kawasan tropika Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Apablia SPL di
sebelah timur kawasan tropika Lautan Pasifik lebih panas daripada normal, keadaan cuaca di
rantau Asia Tenggara pada amnya akan menjadi lebih kering dan fenomena ini dikenali
sebagai El Niño. Bagaimanapun, keadaan cuaca di rantau ini pada amnya akan menjadi lebih
lembap apabila SPL di timur kawasan tropika Lautan Pasifik adalah lebih sejuk daripada
normal. Fenomena ini adalah dikenali sebagai La Niña.

SPL terkini menunjukkan bahawa fenomena La Niña sederhana sedang berlaku di kawasan
tropika Lautan Pasifik dengan suhu permukaan laut antara 1°C hingga 2 °C di bawah
keadaan biasa dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2011. Semua
model ramalan menunjukkan magnitud La-Niña dijangka meningkat ke tahap yang lebih kuat
pada bulan November dan Disember sebelum ianya mula melemah.

Analisis purata SPL bulanan (ºC) dan perbezaannya dari klimatologi (ºC) bagi bulan Ogos
2010 adalah seperti dalam Rajah 3(a) dan Rajah 3(b). (Sumber: Climate Prediction
6
Centre, National Centers for Environmental Prediction, NOAA/National Weather Service,
USA). Rajah 3(a) menunjukkan corak keadaan SPL yang lazimnya berlaku di kawasan
tropika Lautan Pasifik. Keadaan SPL yang lebih sejuk iaitu di bawah 26°C adalah dominan di
bahagian tengah dan timur kawasan tropika Lautan Pasifik. Rajah 3(b) menunjukkan
bahawa keadaan SPL di sepanjang kawasan tropika Lautan Pasifik adalah di bawah normal
dengan kawasan yang lebih sejuk tertumpu di tengah dan timur kawasan tropika Lautan
Pasifik (SPL berjulat di antara 1°C hingga 2°C di bawah normal).

Rajah 3(a): SPL (°C) Bulanan Ogos 2010

Rajah 3(b): Anomali SPL (°C) Bulanan Ogos 2010

7
Berdasarkan Rajah 4(a) yang menunjukkan anomali SPL di Lautan Hindi dan kawasan tropika
Lautan Pasifik diramalkan untuk tempoh tiga bulan bagi Disember-Januari-Februari oleh
model JAMSTEC (Sumber: Japan Marine Science Technology Centre), kawasan sepanjang
Lautan Pasifik adalah dijangka menjadi lebih sejuk dengan kawasan yang lebih dominan ialah
di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik dengan SPL berjulat antara 1.5°C hingga 2.5°C
di bawah normal. Aliran SPL ini menunjukkan keadaan La Niña sederhana akan terus berlaku
dalam tempoh tersebut. Di Lautan Hindi secara keseluruhannya SPL adalah normal.

Rajah 4 (b) yang menunjukkan anomali SPL di Lautan Hindi dan kawasan tropika Lautan
Pasifik diramalkan untuk tempoh tiga bulan bagi Mac-April-Mei masih menunjukkan kawasan
sepanjang Lautan Pasifik adalah lebih sejuk dari normal dengan kawasan yang lebih dominan
ialah di bahagian pertengahan Lautan Pasifik iaitu sebanyak 1°C hingga 2°C. Keadaan ini
menunjukkan kekuatan fenomena La Niña semakin berkurangan dalam tempoh tersebut.
Sementara itu, di Lautan Hindi secara keseluruhannya SPL adalah sedikit lebih sejuk daripada
normal.

Rajah 4 (a) : Jangkaan Anomali SPL (°C) bagi tempoh Disember-Januari-Februari

Rajah 4 (b) : Jangkaan Anomali SPL (°C) bagi tempoh Mac-April-Mei

8
4. Tinjauan Cuaca bagi Tempoh Monsun Timur Laut

Kebanyakan model ramalan cuaca bermusim dari pusat-pusat iklim terkemuka (seperti
European Centre for Medium-Range Weather Forecast (ECMWF), National Centers for
Environmental Prediction/National Oceanic and Atmospheric Administration Climate Forecast
System (NCEP/NOAA CFS) dan Japan Marine Science Technology Centre (JAMSTEC))
meramalkan bahawa bagi tempoh November-Disember-Januari, seluruh negara dijangka
akan menerima jumlah hujan pada paras purata kecuali negeri-negeri di utara Semenanjung,
Kelantan, Terengganu dan Sabah yang diramalkan akan menerima jumlah hujan melebihi
paras purata. Keadaan cuaca yang serupa diramalkan terus dialami di seluruh negara bagi
tempoh Disember-Januari-Februari. Bagi tempoh Januari-Februari-Mac, kebanyakan negeri
di Semenanjung dan Sabah diramalkan menerima jumlah hujan melebihi paras purata.
Hanya kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor di Semenanjung serta seluruh Negeri
Sarawak dijangka akan menerima hujan pada paras purata.

Di Semenanjung, secara keseluruhannya taburan hujan yang biasa diramalkan di


kebanyakan kawasan pada bulan November dan Disember 2010. Bagi November, jumlah
hujan dijangka antara 500 mm hingga 900 mm di timur Kelantan dan Terengganu dan antara
300 mm hingga 500 mm di barat Kelantan, selatan dan timur Kedah, utara Perak dan timur
Pahang. Kawasan-kawasan lain dijangka akan menerima jumlah hujan antara 200 mm
hingga 300 mm. Bagi Disember, jumlah hujan dijangka antara 400 mm hingga 800 mm di
timur Kelantan, Terengganu dan timur Pahang dan antara 200 mm hingga 400 mm di barat
Kelantan, timur Kedah, Perak dan barat Pahang. Kawasan-kawasan lain dijangka menerima
jumlah hujan antara 100 mm hingga 200 mm. Bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2011
diramalkan kebanyakan kawasan di Semenanjung akan mengalami keadaan cuaca yang
lembap dengan jumlah hujan melebihi purata iaitu pada Januari antara 30 mm hingga 430
mm, Februari antara 30 mm hingga 300 mm dan Mac antara 140 mm hingga 400mm.
Manakala, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor diramalkan akan menerima jumlah
hujan pada paras purata pada tempoh yang sama iaitu pada Januari antara 70 mm hingga
400 mm, Februari antara 80 mm hingga 160 mm dan Mac antara 110 mm hingga 270 mm.

Bagi Negeri Sarawak, semua bahagian dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras
purata dari bulan November 2010 hingga Mac 2011. Jumlah hujan yang dijangka bagi bulan
November adalah antara 300 mm hingga 600 mm, Disember antara 200 mm hingga 500 mm,
Januari antara 240 mm hingga 840 mm, Februari antara 130 mm hingga 600 mm dan Mac

9
antara 120 mm hingga 420 mm.

Seluruh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diramalkan akan menerima taburan
hujan yang melebihi purata dari bulan November 2010 hingga Mac 2011. Bagi bulan
November, jumlah hujan antara 300 mm hingga 500 mm dijangka dikesemua bahagian
kecuali Bahagian Tawau yang dijangka akan menerima jumlah hujan antara 200 mm hingga
300 mm. Bagi bulan Disember, jumlah hujan antara 400 mm hingga 600 mm dijangka di
Bahagian Sandakan dan Bahagian Kudat dan jumlah hujan antara 200 mm hingga 400 mm di
bahagian-bahagian yang lain. Jumlah hujan yang dijangka bagi bulan Januari antara 150 mm
hingga 600 mm, Februari antara 80 mm hingga 400 mm dan Mac antara 90 mm hingga 260
mm.

Keadaan cuaca yang dijangka lembap dengan lima hingga enam episod hujan lebat
diramalkan akan berlaku pada Monsun Timur Laut tahun ini. Jumlah hujan melebihi purata
yang diramalkan di beberapa kawasan seluruh Malaysia untuk sepanjang bulan November
dan Disember 2010 mungkin akan mengakibatkan banjir terutama di kawasan-kawasan
rendah di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang pada November, manakala Kelantan dan
Terengganu pada bulan November dan Disember. Di Sabah pula, dalam bulan Disember,
kejadian banjir kemungkinan boleh berlaku di Bahagian Kudat terutamanya sekitar Kota
Marudu, Kota Belud dan Pitas. Kejadian banjir yang berkemungkinan akan berlaku di
kawasan-kawasan tersebut pada Monsun Timur Laut kali ini diramalkan lebih besar
berbanding Monsun Timur Laut tahun lepas.

Rajah 5(a), 6(a), 7(a), 8(a) dan 9(a) masing-masing menunjukkan jangkaan hujan bulanan
bagi November 2010 hingga Mac 2011. Rajah 5(b), 6(b), 7(b), 8(b) dan 9(b) pula
menunjukkan jangkaan peratusan anomali hujan bulanan bagi November 2010 hingga Mac
2011.

Jadual 1 dan Jadual 2 masing-masing menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci


tinjauan cuaca mengikut negeri-negeri di Malaysia bagi tempoh November 2010 hingga Mac
2011. Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing menunjukkan maklumat terperinci
statistik hujan bulanan terkini yang terdiri daripada min jangka panjang, hujan bulanan yang
tertinggi dan terendah, sisihan piawai dan min bilangan hari hujan untuk bulan November
hingga Mac bagi Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

10
Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan November
2010

Rajah 5(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi November 2010

Rajah 5(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi November 2010

11
Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Disember
2010

Rajah 6(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi Disember 2010

Rajah 6(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Disember 2010

12
Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Januari
2011

Rajah 7(a): Jangkaan Hujan Bulanan (mm) Bagi Januari 2011

Rajah 7(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Januari 2011

13
Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Februari
2011

Rajah 8(a): Jangkaan Hujan Bulanan (mm) Bagi Februari 2011

Rajah 8(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Februari 2011

14
Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Mac 2011

Rajah 8(a): Jangkaan Hujan Bulanan (mm) Bagi Mac 2011

Rajah 8(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Mac 2011

15
Jadual 1: Ringkasan Tinjauan Cuaca dari November 2010 hingga Mac 2011

Jangkaan
Jumlah Hujan Tinjauan Cuaca
Negeri Tempoh
Bulanan (Berkaitan dengan Hujan)
(mm)

210 – 250 November Atas Paras Purata


130 – 150 Disember Atas Paras Purata

Perlis 30 – 40 Januari Atas Paras Purata


60 – 70 Februari Atas Paras Purata
160 – 190 Mac Atas Paras Purata

250 – 290 November Atas Paras Purata


100 – 130 Disember Atas Paras Purata

Tanah Besar 20 – 30 Januari Atas Paras Purata


70 – 80 Februari Atas Paras Purata
160 – 180 Mac Atas Paras Purata
Kedah
240 – 280 November Atas Paras Purata
100 – 110 Disember Atas Paras Purata

Langkawi 40 – 50 Januari Atas Paras Purata


30 – 40 Februari Atas Paras Purata
150 – 180 Mac Atas Paras Purata

280 – 330 November Atas Paras Purata


130 – 150 Disember Atas Paras Purata

Pulau Pinang 80 – 100 Januari Atas Paras Purata


90 – 130 Februari Atas Paras Purata
140 – 200 Mac Atas Paras Purata

230 – 350 November Paras Purata


190 – 280 Disember Paras Purata

Perak 140 – 220 Januari Sedikit Atas Paras Purata


130 – 210 Februari Sedikit Atas Paras Purata
160 – 280 Mac Sedikit Atas Paras Purata

16
240 – 420 November Paras Purata
190 – 380 Disember Paras Purata

Selangor 230 – 290 Januari Sedikit Atas Paras Purata


210 – 290 Februari Paras Purata
180 – 390 Mac Paras Purata

190 – 290 November Paras Purata


230 – 270 Disember Paras Purata

Putrajaya 190 – 220 Januari Sedikit Atas Paras Purata


150 – 180 Februari Paras Purata
160 – 200 Mac Paras Purata

190 – 420 November Paras Purata


230 – 380 Disember Paras Purata
Wilayah Kuala 190 – 290 Januari Sedikit Atas Paras Purata
Persekutuan Lumpur
150 – 250 Februari Paras Purata
160 – 340 Mac Paras Purata

450 – 530 November Sedikit Atas Paras Purata


360 – 420 Disember Sedikit Atas Paras Purata

Labuan 270 – 310 Januari Sedikit Atas Paras Purata


140 – 160 Februari Sedikit Atas Paras Purata
150 – 170 Mac Sedikit Atas Paras Purata

190 – 290 November Paras Purata


120 – 270 Disember Paras Purata

Negeri Sembilan 70 – 220 Januari Paras Purata


70 – 200 Februari Paras Purata
120 – 200 Mac Paras Purata

190 – 280 November Paras Purata


120 – 180 Disember Paras Purata

Melaka 70 – 110 Januari Paras Purata


70 – 110 Februari Paras Purata
120 – 200 Mac Paras Purata

17
470 – 550 November Atas Paras Purata
Pasir Mas, 600 – 700 Disember Atas Paras Purata
Tanah Merah,
Jeli, Gua 170 – 200 Januari Atas Paras Purata
Musang, 90 – 110 Februari Atas Paras Purata
Kuala Krai
140 – 170 Mac Atas Paras Purata
Kelantan
790 – 930 November Atas Paras Purata
Tumpat, 670 – 780 Disember Atas Paras Purata
Bachok, Kota
Bharu, Pasir 160 – 190 Januari Atas Paras Purata
Puteh, 70 – 90 Februari Atas Paras Purata
Machang
140 – 160 Mac Atas Paras Purata

870 – 1000 November Atas Paras Purata


640 – 750 Disember Atas Paras Purata
Terengganu 150 – 170 Januari Atas Paras Purata
80 – 100 Februari Atas Paras Purata
200 – 240 Mac Atas Paras Purata

290 – 440 November Paras Purata


500 – 750 Disember Paras Purata
Kuantan,
Pekan, 370 – 430 Januari Sedikit Atas Paras Purata
Rompin 180 – 210 Februari Sedikit Atas Paras Purata
190 – 210 Mac Paras Purata

190 – 290 November Paras Purata

Lipis, 160 – 240 Disember Paras Purata


Jerantut, 160 – 190 Januari Sedikit Atas Paras Purata
Pahang
Raub, Maran,
Temerloh 120 – 140 Februari Sedikit Atas Paras Purata
190 – 230 Mac Sedikit Atas Paras Purata

260 – 390 November Paras Purata


170 – 250 Disember Paras Purata
Tanah Tinggi 130 – 150 Januari Sedikit Atas Paras Purata
Cameron
160 – 190 Februari Sedikit Atas Paras Purata
280 – 320 Mac Sedikit Atas Paras Purata

18
280 – 430 November Paras Purata
480 – 720 Disember Paras Purata
Mersing, 270 – 400 Januari Paras Purata
Kota Tinggi
100 – 160 Februari Paras Purata
110 – 170 Mac Paras Purata

180 – 260 November Paras Purata

Kluang, Batu 180 – 270 Disember Paras Purata


Pahat, 130 – 200 Januari Paras Purata
Johor
Segamat,
Muar, Ledang 80 – 150 Februari Paras Purata
150 – 240 Mac Paras Purata

200 – 290 November Paras Purata


220 – 330 Disember Paras Purata
Pontian,
Johor Bahru, 160 – 240 Januari Paras Purata
Nusajaya 90 – 140 Februari Paras Purata
170 – 260 Mac Paras Purata

280 – 430 November Paras Purata


380 – 570 Disember Paras Purata
Kuching 560 – 840 Januari Paras Purata
Samarahan
400 – 600 Februari Paras Purata
280 – 410 Mac Paras Purata

290 – 430 November Paras Purata


300 – 450 Disember Paras Purata
Sri Aman 310 – 460 Januari Paras Purata
Sarawak
Betong
180 – 280 Februari Paras Purata
240 – 360 Mac Paras Purata

250 – 370 November Paras Purata


300 – 460 Disember Paras Purata
Mukah
Sarikei 320 – 490 Januari Paras Purata
Sibu 230 – 340 Februari Paras Purata
250 – 380 Mac Paras Purata

19
330 – 490 November Paras Purata
370 – 550 Disember Paras Purata
Kapit 350 – 520 Januari Paras Purata
Bintulu
220 – 330 Februari Paras Purata
220 – 330 Mac Paras Purata

250 – 380 November Paras Purata


270 – 410 Disember Paras Purata
Miri 240 – 360 Januari Paras Purata
Limbang
130 – 190 Februari Paras Purata
120 – 180 Mac Paras Purata

360 – 420 November Sedikit Atas Paras Purata


270 – 320 Disember Sedikit Atas Paras Purata
Pedalaman 150 – 180 Januari Sedikit Atas Paras Purata
Pantai Barat
80 – 100 Februari Sedikit Atas Paras Purata
100 – 120 Mac Sedikit Atas Paras Purata

340 – 400 November Sedikit Atas Paras Purata


530 – 620 Disember Sedikit Atas Paras Purata

Kudat 430 – 500 Januari Sedikit Atas Paras Purata


190 – 230 Februari Sedikit Atas Paras Purata
140 – 160 Mac Sedikit Atas Paras Purata
Sabah
400 – 470 November Sedikit Atas Paras Purata
550 – 650 Disember Sedikit Atas Paras Purata

Sandakan 500 – 580 Januari Sedikit Atas Paras Purata


350 – 410 Februari Sedikit Atas Paras Purata
220 – 260 Mac Sedikit Atas Paras Purata

190 – 220 November Sedikit Atas Paras Purata


200 – 230 Disember Sedikit Atas Paras Purata

Tawau 160 – 190 Januari Sedikit Atas Paras Purata


120 – 140 Februari Sedikit Atas Paras Purata
120 – 140 Mac Sedikit Atas Paras Purata

20
Jadual 2: Keterangan Terperinci Tinjauan Cuaca dari November 2010 hingga Mac 2011

Negeri Tinjauan Cuaca

Hujan pada paras di atas purata dijangka dari November 2010 hingga Mac
2011. Kejadian hujan beserta ribut petir boleh berlaku pada waktu petang
Perlis terutamanya pada bulan November dan Mac. Kemungkinan banjir juga
boleh berlaku terutamanya di kawasan-kawasan rendah pada tempoh
tersebut.

Hujan pada paras di atas purata dijangka dari November 2010 hingga Mac
2011 di Tanah Besar dan Langkawi. Di Tanah Besar dan Langkawi, hujan
Kedah beserta ribut petir boleh berlaku di sebelah petang semasa November dan
Mac. Kemungkinan banjir juga boleh berlaku terutamanya di kawasan-
kawasan rendah pada tempoh tersebut.

Hujan pada paras di atas purata dijangka dari November 2010 hingga Mac
2011. Kejadian hujan beserta ribut petir lebih kerap berlaku pada waktu
Pulau Pinang petang dan senja dalam bulan November, Disember dam Mac.
Kemungkinan banjir juga boleh berlaku terutamanya di kawasan-kawasan
rendah pada tempoh tersebut.

Hujan pada paras sedikit di atas purata dijangka dari November 2010
hingga Mac 2011. Kejadian hujan lebih kerap berlaku pada sebelah petang
Perak
hingga malam semasa bulan November dan Disember. Ribut petir juga
biasanya berlaku pada waktu petang terutamnya di penghujung Mac.

Hujan pada paras purata dijangka dalam tempoh November 2010 hingga
Mac 2011. Keadaan cuaca yang lebih lembap dengan hujan sedikit di atas
Selangor purata dijangka pada Januari. Kejadian hujan lebih kerap berlaku pada
sebelah petang semasa bulan November, Disember dan Mac. Ribut petir
juga biasanya berlaku pada waktu petang terutamnya di penghujung Mac.

Hujan pada paras purata dijangka dalam tempoh November 2010 hingga
Mac 2011. Keadaan cuaca yang lebih lembap dengan hujan sedikit di atas
Putrajaya purata dijangka pada Januari. Kejadian hujan lebih kerap berlaku pada
sebelah petang semasa bulan November, Disember dan Mac. Ribut petir
juga biasanya berlaku pada waktu petang terutamnya di penghujung Mac.

Hujan pada paras purata dijangka dalam tempoh November 2010 hingga
Mac 2011. Keadaan cuaca yang lebih lembap dengan hujan sedikit di atas
Kuala Lumpur purata dijangka pada Januari. Kejadian hujan lebih kerap berlaku pada
sebelah petang semasa bulan November, Disember dan Mac. Ribut petir
juga biasanya berlaku pada waktu petang terutamnya di penghujung Mac.

Hujan pada paras purata dijangka dari November 2010 hingga Mac 2011.
Negeri Kejadian hujan lebih kerap berlaku pada sebelah petang semasa bulan
Sembilan November, Disember dan Mac. Ribut petir juga biasanya berlaku pada
waktu petang terutamnya di penghujung Mac.

21
Hujan pada paras purata dijangka dari November 2010 hingga Mac 2011.
Kejadian hujan lebih kerap berlaku pada sebelah petang semasa bulan
Melaka
November, Disember dan Mac. Ribut petir juga biasanya berlaku pada
waktu petang terutamnya di penghujung Mac.

Hujan pada paras di atas purata dijangka dari November 2010 hingga Mac
2011. Kejadian hujan boleh berlaku sepanjang hari dalam tempoh tersebut
dengan hujan yang lebih kerap berlaku pada lewat malam dan pagi
Kelantan semasa November dan Disember. Kejadian hujan ini juga kadang kala
disertai ribut petir terutamanya semasa bulan Mac. Kemungkinan banjir
juga boleh berlaku terutamanya di kawasan-kawasan rendah pada tempoh
tersebut.

Hujan pada paras di atas purata dijangka dari November 2010 hingga Mac
2011. Kejadian hujan boleh berlaku sepanjang hari dalam tempoh tersebut
dengan hujan yang lebih kerap berlaku pada lewat malam dan pagi
Terengganu semasa November dan Disember. Kejadian hujan ini juga kadang kala
disertai ribut petir terutamanya semasa bulan Mac. Kemungkinan banjir
juga boleh berlaku terutamanya di kawasan-kawasan rendah pada tempoh
tersebut.

Hujan pada paras sedikit di atas purata dijangka dari November 2010
hingga Mac 2011di kebanyakan kawasan. Di Kuantan, Pekan dan Rompin,
hujan lebih kerap belaku pada waktu petang dan kadangkala berlarutan
sehingga ke awal pagi terutamanya pada November dan Disember. Di
Pahang Lipis, Jerantut, Raub, Maran dan Temerloh, kejadian hujan beserta ribut
petir boleh berlaku pada sebelah petang mulai bulan November hingga
Dismeber. Di Tanah Tinggi Cameron, kejadian hujan di sebelah petang
boleh berlaku dalam bulan November hingga Mac. Kejadian hujan ini juga
kadang kala disertai ribut petir terutamanya dalam bulan Mac.

Hujan pada paras purata dijangka pada November 2010 hingga Mac 2011.
Di Mersing dan Kota Tinggi, hujan di sebelah pagi kerap kali boleh berlaku
terutamanya di bulan November dan Disember. Di Kluang, Batu Pahat,
Johor
Segamat, Muar, Ledang, Pontian, Johor Bahru dan Nusajaya, hujan
beserta ribut petir pula boleh berlaku pada sebelah petang mulai
pertengahan November.

22
Hujan pada paras purata dijangka dari November 2010 hingga Mac 2011.
Di bahagian Mukah, Sarikei dan Sibu, hujan lebih kerap berlaku pada
sebelah petang dari November hingga Mac.
Di bahagian Kuching dan Samarahan, hujan lebih kerap berlaku pada
sebelah petang di bulan November dan Disember. Manakala, kejadian
hujan pada awal pagi boleh berlaku di bulan Januari dan Februari.
Sarawak Di bahagian Sri Aman dan Betong, kejadian hujan lebih kerap berlaku di
sebelah malam dalam tempoh November hingga Mac.
Di bahagian Kapit dan Bintulu, hujan lebih kerap berlaku di awal pagi
dalam bulan November, Disember dan Mac.
Di bahagian Miri dan Limbang, hujan boleh berlaku pada lewat malam dan
kadang kala berlarutan sehingga ke awal pagi terutamanya di bulan
November dan Disember.

Seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan menerima


hujan pada paras sedikit di atas purata dari November 2010 hingga Mac
2011. Kemungkinan banjir juga boleh berlaku terutamanya di kawasan-
kawasan rendah pada tempoh tersebut.
Di Labuan, hujan boleh berlaku pada sebelah malam terutamanya di awal
November.
Di bahagian Pedalaman dan Pantai Barat , hujan beserta ribut petir boleh
Sabah
berlaku pada lewat petang terutamanya di bulan November dan Disember.
Di bahagian Kudat dan Sandakan, kejadian hujan pada awal pagi boleh
berlaku terutamanya di bulan November dan Disember. Bagi Sandakan,
kejadian hujan di awal pagi ini juga boleh berlarutan sehingga ke bulan
Februari.
Di bahagian Tawau, kejadian hujan boleh berlaku di sebelah petang pada
November hingga Februari.
Nota: Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan

Atas Paras Purata : Peningkatan melebihi 40% daripada purata jumlah hujan jangka
panjang.
Sedikit Atas Paras Purata : Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada purata jumlah
hujan jangka panjang.
Paras Purata : Peningkatan atau pengurangan kurang daripada 20% daripada
purata jumlah hujan jangka panjang.
Sedikit Bawah Paras Purata : Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada purata jumlah
hujan jangka panjang
Bawah Paras Purata : Pengurangan melebihi 40% daripada purata jumlah hujan jangka
panjang.

23
Lampiran 1

Statistik Hujan Bulanan bagi Semenanjung


November Disember Januari Februari Mac

Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min
Stesen Sisih Sisih Sisih Sisih Sisih
Bil. Bil. Bil. Bil. Bil.
an an an an an
Hari Hari Hari Hari Hari
Piaw Piaw Piaw Piaw Piaw
Huja Huja Huja Huja Huja
Terti Tere ai Terti Tere ai Terti Tere ai Terti Tere ai Terti Tere ai
Min n Min n Min n Min n Min n
nggi ndah nggi ndah nggi ndah nggi ndah nggi ndah

Langkawi 210 395 80 104 16 81 353 0 74 8 22 86 0 27 3 29 144 1 33 4 101 295 11 74 10

Chuping 179 414 46 86 17 106 633 13 115 11 23 172 0 40 4 54 201 0 59 5 124 304 7 83 10

Alor Setar 213 457 29 93 18 89 252 0 68 10 35 258 0 50 4 59 322 0 63 5 125 278 1 68 10

Butterworth 233 605 78 120 19 94 231 7 53 12 68 192 0 50 7 68 210 0 52 8 117 251 12 62 12

Bayan Lepas 233 517 46 108 19 107 326 5 69 12 69 211 0 52 8 90 223 0 61 8 143 365 2 86 13

Ipoh 292 618 70 90 22 241 438 69 97 18 158 413 15 88 13 148 367 20 77 12 196 426 20 95 15

C.Highlands 329 560 175 97 24 218 543 89 90 21 102 236 25 64 16 133 365 9 85 13 226 496 85 102 19

Sitiawan 220 402 71 77 20 199 394 85 79 17 145 405 8 76 13 127 407 5 90 11 128 362 24 76 14

Subang 297 497 91 107 22 247 537 100 103 19 191 378 45 91 15 178 447 39 90 14 247 545 89 95 18

Petaling Jaya 352 673 137 140 22 267 455 115 106 19 204 530 47 112 15 209 498 101 92 15 278 514 35 108 19

KLIA 256 396 138 81 20 192 336 91 80 17 157 326 32 92 14 154 303 33 92 11 130 243 33 68 14

Melaka 232 493 99 86 20 148 363 16 78 15 89 235 5 62 10 94 298 1 72 10 149 361 27 74 13

Batu Pahat 227 383 33 98 19 233 408 83 86 19 182 393 27 98 16 121 327 39 83 12 193 353 107 66 16

Kluang 225 433 61 87 19 264 776 20 161 17 169 564 2 136 12 109 451 6 93 10 199 610 28 133 14

Senai 246 402 92 90 21 276 907 37 165 19 211 665 8 146 14 125 375 11 88 10 213 522 28 121 16

Kota Bharu 666 1614 181 363 23 561 1543 43 325 21 132 1398 0 205 13 61 430 0 74 7 109 560 1 124 8

K.Krai 417 1174 115 280 22 504 1110 128 238 21 142 324 3 102 16 83 469 1 104 8 117 427 11 92 12

K.Terengganu 740 1604 294 381 23 545 1113 64 273 22 121 309 15 90 16 68 508 0 106 8 163 577 9 161 10

Temerloh 241 475 91 89 19 197 441 50 94 19 120 297 11 63 15 104 453 6 105 10 154 429 32 92 13

Kuantan 364 1224 141 230 22 623 1471 115 337 22 318 935 9 211 17 155 476 1 127 12 176 657 4 152 12

Batu Embun 258 615 30 131 21 254 502 68 100 21 137 258 26 60 17 118 309 11 78 12 159 311 25 87 14

Muadzam Shah 273 593 138 122 20 442 1095 84 220 20 276 644 8 175 16 125 446 2 115 11 203 581 14 138 14

Mersing 354 641 88 132 22 605 1557 73 330 23 339 880 1 232 16 139 642 1 138 10 140 468 0 110 11

24
Lampiran 2

Statistik Hujan Bulanan bagi Sarawak dan Sabah


November Disember Januari Februari Mac

Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min Hujan Bulanan (mm) Min
Stesen Sisih Sisih Sisih Sisih Sisih
Bil. Bil. Bil. Bil. Bil.
an an an an an
Hari Hari Hari Hari Hari
Piaw Piaw Piaw Piaw Piaw
Huja Huja Huja Huja Huja
Terti Tere ai Terti Tere ai Terti Tere ai Terti Tere ai Terti Tere ai
Min n Min n Min n Min n Min n
nggi ndah nggi ndah nggi ndah nggi ndah nggi ndah

Kuching 353 601 157 97 24 475 881 145 135 25 686 1351 146 267 25 485 1559 100 221 21 339 748 149 121 21

Sri Aman 367 619 158 107 23 362 577 123 105 23 374 520 228 93 22 229 643 17 132 18 298 572 75 123 20

Sibu 315 616 151 93 23 383 690 164 125 24 399 823 135 159 23 279 659 47 145 18 310 598 34 115 20

Bintulu 412 746 118 116 22 456 700 230 112 24 420 1281 79 224 21 275 802 76 160 17 271 681 34 144 18

Miri 311 703 53 121 20 340 671 67 135 21 288 1735 7 252 18 159 510 1 113 13 148 365 8 80 14

Labuan 374 721 136 134 21 304 941 39 155 17 211 790 2 170 13 114 869 2 138 10 123 320 0 81 11

Kota Kinabalu 298 638 58 129 20 227 620 1 156 17 122 703 0 123 12 67 277 0 67 9 79 409 0 77 9

Kudat 299 712 69 136 21 472 1132 112 261 21 349 964 54 354 19 168 660 1 166 12 111 472 0 123 10

Sandakan 336 661 91 113 21 465 856 160 172 23 413 1094 55 255 21 286 1079 7 263 16 184 557 5 140 13

Tawau 155 342 36 70 14 168 466 27 94 14 133 377 13 87 13 101 284 8 63 11 100 324 1 65 11

25
Lampiran 3

CAMERON
HIGHLANDS
LIPIS

JERANTUT

RAUB KUANTAN

MARAN
TEMERLOH

BETONG PEKAN

BERA

ROMPIN

Daerah-Daerah di Pahang

SEGAMAT

MERSING
LEDANG

MUAR
KLUANG

BATU PAHAT

KOTA TINGGI

KULAIJAYA

JOHOR BAHRU
PONTIAN

Daerah-Daerah di Johor

26
TUMPAT

KOTA
BHARU
PASIR MAS BACHOK

PASIR PUTEH
TANAH MERAH
MACHANG

JELI

KUALA KRAI

GUA MUSANG

Daerah-Daerah di Kelantan

27
Lampiran 4

Bahagian-Bahagian di Sarawak

Bahagian-Bahagian di Sabah

28
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

SENARAI ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON

IBU PEJABAT
DR. YAP KOK SENG
Ketua Pengarah
Tel: 03-79678001
e-mel: yks@met.gov.my

PN. CHE GAYAH ISMAIL EN. ALUI BAHARI


Timb. Ketua Pengarah (Ramalan) Timb. Ketua Pengarah (Aplikasi)
Tel: 03-79678003 Tel: 03-79678002
e-mel: cgayah@met.gov.my e-mel: alui@met.gov.my

EN. SAW BUN LIONG EN. MUHAMMAD HELMI ABDULLAH


Pengarah Ramalan Pengarah Marin dan Lautan
Tel: 03-79678118 Tel: 087-423110
e-mel: sawbl@met.gov.my e-mel: helmi@met.gov.my

Laman web: http://www.met.gov.my


Pegawai Meteorologi bertugas boleh dihubungi
melalui:
Tel: 03-79678116
Faks: 03-79578052 atau 03-79588221

PEJABAT-PEJABAT RAMALAN

En. Ab’Llah Che Cob En. Abdul Razak Abd Malek En. Loh Eng Kee
Pengarah Pengarah Pengarah
Pejabat Meteorologi Utama KLIA Pejabat Meteorologi Subang Pejabat Meteorologi Pulau Pinang
Tkt. 1, Pusat Pentadbiran Lapangan LT Sultan Abdul Aziz Shah LT Bayan Lepas
Terbang 47200 Subang, Selangor D.E. 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
64000 Sepang, Selangor D.E. Tel: 03-78463951 Tel: 04-6438301
Tel: 03-87872360 Fax: 03-78464982 Faks: 04-6446804
Faks: 03-87871019 e-mel: pghsubang@met.gov.my e-mel: pghblepas@met.gov.my
e-mel: pghklia@met.gov.my
En. Abd Malik Tussin En. Wong Teck Kiong
En. Lim Boon Seng Pengarah Pengarah
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
Pejabat Meteorologi Butterworth Cawangan Sabah Cawangan Sarawak
Pengkalan Udara TUDM Tkt. 7, Wisma Dang Bandang Tkt. 14, Bangunan Sultan Iskandar
13050 Butterworth, P.Pinang 88000 Kota Kinabalu, Sabah Jalan Simpang Tiga
Tel: 04-3314633 Tel: 088-256054 93667 Kuching, Sarawak
Faks: 04-3319897 Faks: 088-211019 Tel: 082-257358
e-mel: pghbworth@met.gov.my e-mel: pghkkinabalu@met.gov.my Faks: 082-422854
En. Azemi Daud e-mel: pghkuching@met.gov.my
En. Md. Kamsan Hamdan Pengarah
Pengarah Pejabat Meteorologi Gong Kedak
Pejabat Meteorologi Kuantan Pengkalan Udara TUDM
Batu 9, Jalan Gambang Gong Kedak
25150 Kuantan, Pahang 22000 Jerteh, Terengganu
Tel: 09-5381216 Tel: 09-6902462
Faks: 09-5381273 Faks: 09-6902461
e-mel: pghkuantan@met.gov.my e-mel: pghgkedak@met.gov.my

29

Anda mungkin juga menyukai