Anda di halaman 1dari 11

1

HGF 3043 KAJI IKLIM (TUGASAN INDIVIDU)


FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN AT33-ISMP GEOGRAFI

DISEDIAKAN OLEH

NO. KAD MATRIK

ALLEN SARAH DAMIANUS

D20141067770

KUMPULAN C

TAJUK: SOALAN 1C (B : KERPASAN )

NAMA PENSYARAH
DR. MOHD HAIRY IBRAHIM

1.0

Apakah Maksud Kerpasan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kerpasan bermaksud hujan, hujan batu, salji
dan sebagainya yang terhasil daripada pemeluwapan wap air di udara yang jatuh ke
permukaan bumi. Menurut Richard et.al, kerpasan merupakan faktor terpenting dalam
mengawal sistem hidrologi dan proses-proses kitaran air kerana kerpasan adalah input
utama air terhadap permukaan bumi. Jumlah kerpasan yang diterima oleh permukaan
bumi adalah berbeza mengikut masa dan ruang sesuatu kawasan.

Kerpasan jatuh ke permukaan bumi adalah melalui dua jenis iaitu kerpasan
yang jatuh dalam bentuk cecair dan kerpasan yang jatuh dalam bentuk solid ataupun
pepejal. Kerpasan yang jatuh dalam bentuk cecair adalah seperti hujan lebat, hujan
renyai-renyai dan embun yang mana saiz dan ketumpatan adalah berbeza. Manakala
kerpasan yang turun dalam bentuk pepejal adalah seperti salji, hujan batu dan
sebagainya. Kerpasan berlaku disebabkan oleh keadaan cuaca yang dan sifat-sifat
udara.

2.0

Huraikan Bagaimana Kerpasan Berlaku Mengikut Teori Kerpasan Dan


Pengaruhnya Terhadap Cuaca Dan Iklim

2.1

Proses Kerpasan

Menurut Robert et. al, Titisan pekat dalam pembentukan awan akan kekal di
udara dan tidak akan jatuh ke bumi kerana saiznya yang terlalu kecil ( 0.02
mm ataupun kurang daripada 1000th inci). Titisan pemeluwapan yang sangat
kecil menyebabkan ianya terapung semasa pembentukan awan. Pembentukan
satu titisan hujan memerlukan kira-kira satu juta titisan awan.

Kerpasan atau hujan berlaku apabila titisan air, ais ataupun wap air
beku membesar dan jisim air mengembang. Apabila keadaan ini berlaku,
kerpasan jatuh ke bumi sebagai hujan, salji, hujan ais dan hujan batu.

Kerpasan yang turun adalah bergantung kepada method dan suhu semasa
pembentukan kerpasan tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang penting dalam pembentukan kerpasan.
Pertama adalah kehadiran udara yang lembap di permukaan bumi. Udara ini
mewakili sumber kelembapan kepada kerpasan dan tenaga ( dalam bentuk
haba pendam pemeluwapan. Kedua adalah nukleus pemeluwapan di mana wap
air boleh terpeluwap dan ketiga merupakan mekanisma yang mengangkat
yang bertanggungjawab untuk memaksa udara naik lebih tinggi ke atmosfera
agar udara tersebut boleh disejukkan. Udara boleh dipaksa naik melalui empat
cara yang utama seperti hujan convectional iaitu hujan yang sering kali
berlaku di kawasan-kawasan ekuator akibat pertembungan Angin Pasat Timur
Laut dan Angin Pasat Tenggara, hujan hadapan yang merupakan hujan yang
terjadi apabila udara sejuk bertemu dengan udara panas , hujan siklon di mana
hujan terjadi kerana udara panas naik disertai dengan angin yang berputar dan
akhir sekali iaitu hujan orografik. Hujan orografik merupakan hujan yang
turun disebabkan angin yang mengandungi wap air bergerak secara melintang.

2.2

Teori Kerpasan
Terdapat banyak teori pembentukan kerpasan, namun hanya satu yang
paling diterima ramai iaitu teori Collision-Coalescence Process ataupun
proses perlanggaran tautan untuk awan yang panas di latitud yang rendah dan
Bergeron Process ataupun proses Bergeron (kristal ais) di awan yang
sejuk pada latitud yang tinggi. Hujan di latitud yang lebih rendah daripada di
kawasan tropika dan pada awan yang panas adalah dibentuk oleh proses
perlanggaran tautan. Proses perlanggaran tautan merupakan salah satu proses
yang menerangkan sendiri proses-proses yang terlibat dalam pembentukan
hujan. Secara alaminya, air adalah padu di mana molekul air melekat antara
satu sama lain. Apabila titisan air berlanggar antara satu sama lain di dalam
peredaran awan, titisan-titisan air ini akan bergabung dan berkembang
bersama-sama di mana titisan air hujan yang lebih besar akan mengatasi titisan
air hujan yang lebih kecil dan bergabung dengan titisan ini untuk membentuk
titisan hujan yang lebih besar. Jisim titisan hujan yang semakin meningkat dan
semakin besar dari sebelumnya akhirnya dapat mengatasi daripada terapung
ke atas dan akhirnya jatuh ke bumi di bawah tarikan graviti.

Rajah 1 : Pembesaran Titisan Air Hujan Melalui Proses Perlanggaran


Tautan Untuk Awan Yang Panas Di Latitud Yang Rendah

Proses Bergeron merupakan satu proses yang bermula pada ketinggian


yang sangat tinggi di kristal ais dan di situ terletaknya lapisan awan yang
sangat sejuk. Pada tahap ini, air adalah sangat sejuk dan menyebabkan air
tersebut mempunyai kecenderungan untuk beku pada mana-mana permukaan
yang ada. Dalam hal ini, kristal ais akan bercampur dengan air sejuk di lapisan
awan yang paling tinggi akan membentuk nukleus beku dan seterusnya
membentuk pusat kristal ais yang semakin meningkat dan membesar. Apabila
air yang sangat sejuk berterusan menyejuk ataupun membeku, jisim bekuan
tersebut akan semakin bertambah sehingga tarikan graviti menarik bekuan air
tersebut jatuh ke bumi. Namun, apabila kerpasan ataupun ais kristal sampai
pada lapisan terendah awan, suhu yang rendah akan mencairkan kristal ais
kepada cecair sebelum sampai ke permukaan bumi. Apabila kristal ais yang
telah cair jatuh ke bahagian yang lebih rendah iaitu di bahagian awan yang
panas, proses perlanggaran tautan akan mengambil alih dan menyebabkan
titisan hujan semakin membesar semasa turun ke permukaan bumi.

Rajah 2 : Proses Bergeron Findiesen di fasa campuran bersama dengan proses perlanggaran
tautan di bahagian awan panas

2.3

Pengaruh Kerpasan Terhadap Cuaca dan Iklim


Kedudukan Malaysia yang terletak di garisan lintang 1oU hingga 7oU
menjadikan Malaysia mempunyai iklim jenis Khatulistiwa di mana iklim ini
bersifat panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang
mencatatkan suhu yang tinggi dan setara di mana suhu hampir sama sepanjang
tahun iaitu 26oC hingga 27oC. Namun, kawasan tanah tinggi di Malaysia
menerima suhu yang rendah iaitu kira-kira 18oC. Di Malaysia, hujan yang
diterima sepanjang tahun adalah lebat iaitu kira-kira 2000 mm hingga 3000
mm setahun.

Rajah 3 : Kedudukan Negara Malaysia yang Berada di Garis Lintang


( Garisan Khatulistiwa )

Menurut Mohamadisa et al. (2013), perubahan taburan hujan sangat


dipengaruhi oleh faktor musim iaitu monsun timur laut yang bermula dari
bulan November hingga bulan Mac, monsun barat daya yang bermula dari
bulan Mei hingga September, serta peralihan monsun yang berlaku pada bulan
Oktober dan April. Monsun timur laut akan menyebabkan berlakunya hujan
lebat terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia dan

barat Sarawak. Tempoh monsun timur laut merupakan tempoh yang dianggap
sebagai musim hujan yang lebat di Negara Malaysia. Kejadian hujan yang
lebat ini menyebabkan berlakunya episod banjir besar di sepanjang pantai
timur Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan
Johor Timur.
Selain itu, tempoh peralihan monsun iaitu pada bulan Oktober dan
April turut menyumbang kepada kejadian hujan yang lebat terutamanya di
pantai barat Malaysia di mana tempat-tempat ini menerima hujan bulanan
maksimum yang disebabkan oleh faktor ribut petir.

Rajah 4 : Tiupan Angin Monsun Timur Laut dan Barat Daya yang
Mempengaruhi Taburan Hujan di Negara Malaysia

3.0

Berdasarkan Satu Jenis Kejadian Kerpasan , Nilaikan Pengaruhnya Terhadap


Cuaca Dan Iklim Di Sesebuah Negara

Menurut Mohamadisa et al.(2012), Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima hujan


yang lebat dengan jumlah yang tinggi dari jenis hujan bukit dan hujan perolakan
terutamanya pada bulan November, Disember, Mac dan April. Hujan bukit biasanya
bermula dengan tiupan angin lazim yang lembap melalui kawasan lautan yang
dihalang oleh banjaran tanah tinggi seperti gunung ataupun bukit. Udara yang lembap
ini dipaksa naik ke atas atmosfera sehingga menyebabkan berlakunya penurunan suhu
secara adiabatik. Jisim udara yang tidak stabil ini seterusnya mengalami
pemeluwapan dan akhirnya membentuk awan Kumulus. Selepas itu, awan kumulus
kemudiannya akan bertukar menjadi awan kumulonimbus apabila mendapat bekalan
wap air yang banyak. Keadaan ini seterusnya menghasilkan hujan yang lebat terhadap
cerun hadap angin. Manakala, kawasan lindungan hujan pula kurang menerima hujan.
Hujan perolakan berlaku apabila matahari memanaskan udara di permukaan
bumi dari pagi sehingga petang. Apabila udara telah panas, udara ini akan naik ke atas
kerana lebih ringan daripada udara di sekelilingnya. Fenomena ini dinamakan
perolakan. Udara yang naik ke atas akan mengalami pemeluwapan lalu membentuk
awan kumulonimbus. Apabila awan ini menjadi semakin besar, maka akan bertukar
menjadi hujan lebat yang biasanya turun pada waktu petang berserta kilat dan petir.
`

Trend hujan jangka masa panjang bagi Banjaran Titiwangsa menunjukkan

bahawa hujan adalah semakin meningkat dan sentiasa melebihi 2000 mm setiap
tahun.

4.0

Huraikan Kesan Kerpasan Terhadap Manusia Dan Bagaimana Manusia


Menghadapinya
4.1

Kesan Kerpasan Terhadap Manusia


Angin Monsun Timur Laut telah membawa hujan yang lebat di negara
Malaysia. Hujan lebat ini telah membawa kepada senario banjir yang besar di
beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Sabah
dan Sarawak seperti di seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, dan di bahagian
Timur Johor di semenanjung Malaysia. Selain itu, banjir turut berlaku di
negeri Timur Sarawak.
Menurut berita KOSMO ( 2015 ), Selain itu Jabatan Meteorologi
Malaysia juga telah mengeluarkan amaran di beberapa buah negeri yang lain
seperti di Terengganu, Pahang, dan Johor. Banjir besar yang melanda negerinegeri di Malaysia ini telah menjejaskan beberapa kawasan dan ribuan mangsa
terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan banjir. Selain itu, kejadian banjir
besar di Kelantan ini telah menyebabkan kemalangan jiwa seramai 13 orang.
Selain daripada kemalangan jiwa, hubungan darat di antara Kelantan
dengan negeri-negeri lain turut terputus disebabkan oleh jalan raya dan
jambatan yang ditenggelami air dan runtuh. Penduduk juga mengalami
kerosakan dan kerugian harta benda kerana ditenggelami air. Kesan-kesan lain
hasil daripada banjir besar Fasa ll adalah, hasil hutan dan hasil tanah terjejas.
Bangunan-bangunan seperti balai polis, hospital dan pusat pentadbiran turut
ditenggelami air telah menyebabkan kerugian yang besar kepada penduduk
dan kerajaan.
Di samping itu, menurut Asmahani et. al, air hujan yang turun secara
berlebihan memberi kesan kepada kesihatan manusia hasil daripada banjir dan
angin ribut. Kesan daripada hal ini, berlaku peningkatan kematian ,
kemorbidan dan peningkatan kes penyakit seperti denggi, malaria,
chikungunya, dan lain-lain.

10

4.2

Bagaimana Manusia Menghadapi


Antara cara-cara yang manusia boleh lakukan semasa berlaku kejadian banjir
adalah dengan ,menyimpan dokumen-dokumen yang penting dan barangbarang yang mudah rosak di tempat yang selamat dan tidak dapat dinaiki air,
dan mengelak dari pergi ke tempat-tempat yang mudah dinaiki air dan
mempunyai potensi untuk runtuh. Selain itu, masyarakat perlu mengelak dari
bermain air ketika banjir. Hal ini kerana, air banjir membawa haiwan-haiwan
berbisa seperti ular dan benda-benda tajam yang dapat membahayakan
keselamatan. Air banjir juga tercemar dengan kotoran-kotoran yang dikhuatiri
dapat membahayakan kesihatan.
Manakala selepas banjir, masyarakat perlu peka terhadap pengumuman
dari pihak berkuasa sebelum keluar daripada tempat pemindahan sementara.
Selain itu, jangan terus memasuki rumah yang baru ditenggelami air kerana
dikhuatiri banyak haiwan dan serangga berbahaya bersembunyi. Masyarakat
juga perlu membersihkan sisa-sisa takungan air banjir bagi mengelakkan
nyamuk menetas agar penyakit seperti denggi dan malaria dapat dielakkan.

5.0

Kesimpulan
Kesimpulannya, kerpasan berlaku apabila titisan air, ais ataupun wap air beku
membesar dan jisim air mengembang dan akhirnya turun ke bumi dalam bentuk cecair
dan pepejal. Kerpasan turut mempengaruhi cuaca dan iklim bagi sesebuah tempat.

11

6.0

Rujukan
Choy Er Ah, Asmahani Atan Mazura Sahani, Rozita Hod, Hidayatulfathi
Othman (2011). Analisis Tren Penyakit Denggi di Daerah Hulu Langat, Selangor.
Universiti Kebangsaan Malaysia. M/s 67-75.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kerpasan ( pusat rujukan persuratan Melayu)

Mohamadisa et al.(2013). Hidrologi dan Pengurusan Sumber Air di Malaysia.


Jabatan Geografi dan Alam Sekitar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

KOSMO ( 2015 ). Kesan Negatif Bencana Banjir.


y/kosmo/content/asp?y=2013&dt=1211&pub=kosmo&sec=infiniti&pg=in_02.htm

Richard Huggett et. al (2004). Physical Geography: A Human Perspective.


Euston Road, London : Great Britain.

Robert E. Gabler et. al (2009). Physical Geography: Ninth Edition. United States.

Anda mungkin juga menyukai