Anda di halaman 1dari 14

1.

Pengenalan

Malaysia dipengaruhi oleh kesan tiupan angin monsun yang ketara, iaitu angin

Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac dan angin Monsun Barat Daya

yang berlaku pada Mei hingga September yang menyumbang kepada hujan lebat dan

corak taburan hujannya. Secara umumnya, terdapat tiga jenis hujan yang kerap

berlaku di kawasan tropika dan khatulistiwa iaitu hujan perolakan, hujan bukit dan

hujan kilat. Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari Laut China Selatan

membawa hujan bukit yang lebat ke kawasan tanah tinggi pantai timur Semenanjung

Malaysia, bahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara Sabah dan hamper

seluruh negeri Sarawak. Tiupan angin Monsun Barat Daya pula membawa hujan yang

lebat ke Bukit Larut di Banjaran Titiwangsa, tanah tinggi di Terengganu, pantai barat

Sabah serta kawasan tanah tinggi di pedalaman Sarawak.

Perubahan iklim merupakan ancaman paling besar terhadap alam sekitar dan

manusia pada abad ke 21 ini. Perubahan iklim bermaksud suhu tahunan bumi telah

meningkat dan jatuh beberapa darjah Celsius sejak beberapa juta tahun yang lampau.

Rekod suhu sejak 30 hingga 50 tahun yang lalu telah menunjukkan trend yang

meningkat di kebanyakan tempat termasuk Malaysia. Perubahan iklim mungkin

menyebabkan peningkatan kekerapan dan intensity kejadian kejadian cuaca yang

melampau seperti kemarau, ribut dan banjir. Terdapat banyak akibat perubahan iklim

global dan ianya adalah amat pelbagai. Bagaimanapun, keragaman iklim dan cuaca di

Malaysia lebih kompleks selain dipengaruhi pelbagai faktor dan kejadian El Niño dan

La Niña hanyalah sebagai faktor tambahan. Hujan esktrem yang menyebabkan banjir

teruk pada Disember 2014, berlaku tanpa kehadiran La Niña. Cuaca ekstrem di Pantai

Timur Semenanjung yang membawa hujan lebat dan banjir besar disebabkan

fenomena luluran sejuk, pusar Borneo dan gelombang angin timuran.

1
Banjir adalah satu bencana alam yang berlaku disebabkan oleh faktor

klimatologi atau faktor iklim seperti keadaan suhu, taburan hujan, sejatan, pergerakan

angin dan keadaan semulajadi muka bumi (Balek 1983). Di Malaysia banjir maupun

banjir kilat berlaku secara tradisi, terutama di Pantai Timur Semenanjung semasa

musim tengkujuh. Peningkatan kekerapan berlakunya banjir dalam negara berlaku

secara sama ada semulajadi akibat perubahan monsun ataupun akibat peningkatan

kawasan setinggan dalam bandar (Chan 1996; Jamaluddin & Sham 1987; Rose &

Peter 2001). Banjir biasanya disebabkan sama ada oleh hujan yang berterusan

menyebabkan kuantiti yang lebih besar daripada biasa atau air sungai yang melimpah

ke tebing sungai ataupun daripada kedua-duanya sekali (Balkema et al. 1993; Schulz

et al. 1972). Dasar sungai yang semakin cetek di kawasan hilir akibat daripada banjir

yang berulangan berlaku (Bradley & Potter 1992; Whiting 1998).

Keadaan kawasan perbandaran yang didasari oleh tanah liat yang bersifat tidak

telap air, cepat tepu dan kurang menyerap air, jika berlaku hujan lebat akan

menyebabkan air sungai cepat melimpah ke tebing (Smith & Ward 1998). Hakisan

tebing yang memberikan kesan terhadap ketebalan sedimen dalam sungai juga

menyumbang kepada kejadian banjir (Ward & Trimble 2004). Muhd. Barzani Gasim

et al. (2007) mengenal pasti banjir yang berlaku di Dungun, Terengganu adalah

disebabkan oleh empat faktor: iaitu curahan hujan yang tinggi, aliran sungai yang

perlahan, luruan laut ke arah darat, dan halaju dan hala tiupan angin ke daratan.

Fenomena di atas adalah kesan daripada beza pasang surut yang agak besar di kawasn

pantai timur. Banjir besar yang berlaku di daerah Manjung pada bulan Januari 2015

telah mendatangkan pelbagai impak negatif terhadap penduduk di kawasan tersebut

2
2. Definisi Cuaca Dan Iklim

Iklim boleh ditakrifkan sebagai “cuaca secara purata”, atau lebih tepat lagi,

iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan

kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangka masa beberapa bulan hinggalah ke ribuan

ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan

Kaji Cuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri

daripada suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik

mengenai sesuatu sistem cuaca. Iklim merupakan satu faktor asas persekitaran

ataupun dalam erti kata yang luas iklim merupakan keadaan lazim atmosfera

berhampiran dengan permukaan bumi di sesuatu tempat atau kawasan. Komponen-

komponen iklim yang selalu dihuraikan dan diguanakan untuk pengelasan iklim

adalah sama dengan komponen-komponen cuaca yang digunakan untuk

menghuraikan keadaan atmosfera pada suatu masa tertentu.

Iklim merupakan keadaan cuaca dan unsur atmosfera dari sehari bagi satu

jangka masa yang lama, berbeza daripada cuaca yang merupakan keadaan atmosfera

yang dialami pada satu-satu tempat bagi jangka masa pendek. Namun yang demikian,

iklim sebenarnya lebih daripada hanya cuaca purata kerana konsep iklim tidak akan

sempurna tanpa sekaligus mengambil kira juga tentang perubahan musiman dan

harian yang berlaku. Ini kerana kenyataan mengenai iklim di sebuah pusat pencerapan

atau sebuah kawasan tertentu dibuat berdasarkan cerapan-cerapan cuaca yang

dikumpulkan selama beberapa tahun. Bukan sahaja nilai-nilai min ataupun purata

yang dipertimbangkan tetapi juga perbezaan dari nilai-nilai ini dan keberangkalian

perbezaan ini akan berlaku.

3
3. Cuaca Ekstrem Penyebab Bencana Banjir

Banjir boleh ditafsirkan sebagai kuantiti air yang sangat banyak atau

berlebihan yang boleh menggelamkan sesuatu kawasan yang luas atau harta benda.

Disebabkan itu, peristiwa banjir diiktirafkan sebagai bencana alam semula jadi (Web

Portal World Meteorological Organization). Definisi bencana ialah suatu kejadian

yang berlaku boleh mengakibatkan gangguan aktiviti masyarakat dan urusan negara,

menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan

kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk

mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif

(Majlis Keselamatan Negara, 2012). Bencana banjir boleh dikaitkan dengan beberapa

jenis seperti banjir pantai, banjir kilat, banjir sungai, banjir air bawah tanah, dan banjir

pembentungan (Web Portal Environment Law Organization) (Edmund and Handmer,

1988) (Rosalind, 1989).

Banjir pantai berlaku apabila ribut atau cuaca yang melampau digabung

dengan air pasang yang tinggi menyebabkan paras air laut meningkat melebihi

normal, memaksa air laut untuk melimpah ke permukaan tanah dan menyebabkan

banjir pantai; banjir kilat berlaku apabila hujan lebat yang menimpa sesuatu kawasan

dimana kuantiti air yang berkumpul secara banyak dan cepat serta sukar untuk

mengalir keluar daripada kawasan tersebut akibat daripada sistem perparitan yang

tidak mencukupi atau disekat oleh sampah sarap atau bahan terasing; banjir sungai

berlaku apabila hujan turun dalam tempoh yang berpanjangan dan kuantiti yang

banyak menyebabkan air mengalir secara bebas dengan memenuhi takungan sungai

dan menggelami kawasan tersebut; banjir air bawah tanah boleh berlaku apabila paras

air bawah tanah meningkat melebihi paras normal dengan menghampiri permukaan

dan keadaan ini boleh dikaitkan dengan jangka waktu hujan; dan banjir

4
pembentungan berlaku apabila terdapat kegagalan dalam mengawal sistem

pembentungan akibat daripada tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk

menakung disertakan dengan hasil dari hujan lebat atau kesan banjir yang menimpa

(Web Portal Environment Law Organization). Malaysia merupakan sebuah negara

yang membangun setaraf dengan negara-negara asia seperti Singapura, Brunei,

Thailand, dan lain-lain, yang mempunyai visi dan misi dalam mencapai wawasan

2020. Kerajaan telah banyak merancang dalam membangunkan negara melalui

pelbagai projek besar, sebagai contohnya pembinaan Menara Berkembar Petronas

atau KLCC, yang menjadi salah satu tunggak utama pembangunan negara Malaysia

dan mampu berdaya saing dengan negara asia yang lain. Namun sesetengah perkara

masih tidak dapat diselesaikan dengan peningkatan pembangunan tersebut, seperti

bencana banjir.

Di Malaysia, peristiwa yang sering kali menghantui penduduk warga kota

mahupun warga kampung adalah bencana banjir yang berlaku hampir setiap tahun

dan berjaya memusnahkan harta benda awam serta harta persendirian (Messner &

Meyer, 2005). Bencana banjir yang terdapat di Malaysia adalah bencana banjir kilat

dan bencana banjir sungai (selalunya dirujuk sebagai banjir monsun). Kajian

penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengeksploitasi masyarakat Kota Bharu

dalam mengadaptasi terhadap bencana banjir monsun yang berlaku di negeri

Kelantan. Secara amnya, bencana banjir monsun merupakan kejadian alam semula

jadi yang berlaku akibat daripada peredaran bumi di paksinya yang menghasilkan

pergerakan angin yang berbeza berlaku, dimana peredaran angin (dikenali sebagai

angin monsun timur laut) yang mengandungi wap air yang banyak bergerak dari

kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

5
Jika dirujuk kepada teori fiziknya pula, bencana banjir monsun yang berlaku

adalah pada bulan November hingga Mac atau musim sejuk sahaja kerana sinaran

cahaya matahari adalah jatuh pada kawasan Hemisfera Selatan dan membentuk suatu

kawasan tekanan rendah di Australia, manakala di Hemisfera Utara pula membentuk

suatu kawasan tinggi di Asia Tengah. Oleh kerana radiasi penyejukan dan olakan

udara sejuk secara berterusan mewujudkan suatu lapisan udara yang sangat sejuk dan

stabil dekat Siberia dan di bahagian Utara China dengan pergerakan di haling di Barat

Daya oleh Dataran Tinggi Tibet. Keadaan ini meningkatkan kekuatan “zon

Baroklinik” di antara jisim udara sejuk kebenuaan dan jisim udara panas Tropika ke

Selatan. Oleh itu, suatu jurang atas dalam di latitude pertengahan meningkatkan

“anticyclogenesis” dekat Tengah China dan “cyclogenesis” dekat Laut China Timur

berlaku.

Kelembapan atmosfera yang tinggi ketika fenomena La Nina, meningkatkan

curahan hujan dan kebarangkalian berlaku banjir besar. Bagaimanapun, menurut

kajian saya dan kumpulan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan

data 50 tahun, pengaruh La Nina ke atas curahan hujan dan hujan ekstrem di

Malaysia, terutama di Pantai Timur Semenanjung bergantung kepada kekuatan La

Nina itu sendiri. Kekuatan La Nina bergantung kepada darjah penurunan suhu

permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik. Menariknya, kajian

kami di UKM mendapati kadar penurunan hujan dan cuaca ekstrem di negeri Pantai

Timur meningkat apabila La Nina sederhana berlaku berbanding La Nina kuat,

menyediakan keadaan lebih kering daripada biasa. Keadaan ini akibat perbezaan suhu

permukaan laut di Laut China Selatan dan kawasan barat Lautan Pasifik ketika La

Nina sederhana dan La Nina kuat.

6
Bagi La Nina lemah, corak curahan hujan bercampur-campur dengan di

bahagian Pantai Timur Semenanjung agak kering manakala di bahagian tengah dan

barat Semenanjung agak meningkat. Ini bermakna, kejadian La Nina sederhana lebih

membimbangkan berbanding La Nina kuat. Bagaimana perkembangan terkini La

Nina? Adakah ia menuju kepada La Nina kuat, sederhana atau lemah? Sejak awal

2016 lagi, Pusat Ramalan Iklim, Agensi Kebangsaan Lautan dan Atmosfera (NOAA),

Amerika Syarikat, meramalkan La Nina akan berlaku pada penghujung 2016 pada

kebarangkalian sekitar 70 peratus. Menurut laporan terkini agensi itu, fenomena ini

sedang berlaku dengan kekuatan pada kategori lemah. Ramalan ini menunjukkan

kekuatan La Nina sentiasa lemah sehingga penghujung tahun ini dan awal tahun

depan, sebelum berakhir sekitar April tahun depan. Menurut ramalan Pusat Ramalan

Iklim APEC (APCC) yang berpusat di Busan, Korea Selatan, penurunan hujan di

Semenanjung pada November, Disember dan Januari 2016 dijangka rendah atau

normal. Ramalan pusat ini berdasarkan tujuh model ramalan iklim berskala global.

Selain daripada bencana banjir, kejadin tanh runtuh juga turut dipengaruhi

oleh cuaca yang ekstrem dimana berlakunya hujan yang berterusan sekaligus

mengakibatkan kejadian tanah runtuh. kejadian tanah runtuh merupakan satu

fenomena yang sering berlaku di Malaysia. kejadian tanah runtuh telah meninggalkan

kesan yang buruk terhadap keselamatan nyawa, harta benda dan juga kesan jangka

panjang terhadap pencemaran alam sekitar. Rupabentuk muka bumi Malaysia yang

berbukit bukau di mana terdapatnya ceruncerun yang curam dan kritikal antara

penyumbang kepada masalah kejadian tanah runtuh. Apabila daya gangguan yang

mendorong kepada pergerakan di sepanjang mana-mana permukaan cerun melebihi

daya rintangan ricih yang menahan pergerakan cerun, maka berlakulah kejadian tanah

runtuh.

7
Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan persekitaran seperti cuaca, topografi

serta tumbuhan mempunyai hubungkait rapat terhadap punca-punca berlakunya

kejadian tanah runtuh. Dua faktor yang sering dikaitkan dengan kejadian tanah runtuh

ini iaitu faktor tindakan manusia dan faktor alam semulajadi. Faktor tindakan manusia

seperti penebangan balak di lereng bukit, pemotongan bukit yang tidak mengikut

kaedah yang dicadangkan serta penutupan saliran semulajadi dan lain-lain aktiviti

yang berkaitan pada cerun atau kawasan sekitarnya. Faktor daripada tindakan

semulajadi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan tetapi ianya dapat dikawal

dengan kaedah-kaedah pengawalan cerun. Faktor-faktor tindakan semulajadi adalah

seperti sifat bahan, hakisan, cuaca serta keadaan geologi. Faktor lain yang turut

mempengaruhi kejadian tanah runtuh ialah geomorphologi dan hidrogeologi kawasan.

Curahan hujan tahunan yang agak tinggi di negara ini menambahkan lagi

risiko berlakunya tanah runtuh. Malah kejadian sebelum ini didapati banyak bencana

kejadian tanah runtuh berlaku biasanya ketika hujan lebat selain gempa bumi serta

aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pengurangan kekuatan ricih tanah dan

penambahan tegasan dalam tanah. Secara amnya, semasa tempoh basah, tanah

mengalami kenaikan kandungan lembapan dan sekaligus berlakunya penurunan

sedutan matrik (matric suction) yang mana sedutan matrik ini memberikan kekuatan

ricih tambahan kepada tanah. Penurunan sedutan matrik ini akan mengurangkan

kekuatan ricih tanah dan ini akan boleh menambah risiko kejadian tanah runtuh.

Hujan yang lebat dan berpanjangan dalam bulan-bulan tertentu di sepanjang tahun

akan melemahkan kekuatan ricih tanah di samping itu juga berlakunya perubahan

pada paras air bumi tanah.

8
Kenaikan paras air bumi bagi tanah cerun menyebabkan penambahan tekanan

air liang. Ini mendorong kepada pertambahan tegasan-tegasan dalam tanah cerun yang

mana menyumbang kepada kejadian tanah runtuh. Semasa berlaku curahan hujan,

penyusupan air hujan ke dalam permukaan cerun menyebabkan berlakunya kenaikan

tekanan air liang terutamanya yang berhampiran dengan permukaan cerun.

Peningkatan tekanan air liang menyebabkan penurunan kekuatan ricih tanah, ini

memudahkan berlakunya kegagalan. Penyusupan air ke dalam tanah bergantung

kepada struktur tanah serta sifat-sifat tanah.

Permukaan tanah yang tidak selanjar (discontinuities) secara amnya

kebolehtelapannya tinggi dan ianya akan membenarkan lebih banyak penyusupan 4

berlaku. Kandungan lembapan tanah meningkat dan sekaligus menambah tekanan air

liang tanah dan mengurangkan kekuatan ricih tanah. Kejadian tanah runtuh yang

berlaku kerana hujan ini adalah bukan sahaja kerana kehilangan kekuatan ricih tanah,

tetapi juga disebabkan wujud tekanan resipan hasil dari peningkatan paras air bumi.

Projek ini akan dijalankan dengan menggunakan perisian SEEP/W untuk

mendapatkan corak resipan dalam tanah dalam satu tempoh tertentu di mana analisis

corak resipan dapat dijalankan untuk mengetahui hubungan antara curahan hujan dan

kejadian tanah runtuh.

9
4. Analisis Taburan Hujan

Analisis ini adalah untuk mengenalpasti taburan hujan harian, bulanan dan

tahunan yang berlaku di kawasan daerah Manjung, menghubungkaitkan data taburan

hujan dan mengenal pasti kesannya ke atas banjir 2015 di Daerah Manjung.

Taburan Hujan Mengikut Bulan 2014-2016


350.0 319.8
300.0 281.6 271.4
255.4
250.0 225.6
214.6
201.6 202.8
185.8 189.8
200.0 185.6
163.0166.8
mm

150.6 153.0 143.6 143.8 2014


138.8 127.8
150.0
111.6 2015
98.2101.2
100.0 77.4
72.274.2
72.7 68.4 65.2 2016
57.4 62.0
40.6 38.6 29.2 45.8
50.0 30.219.6

0.0
JAN FEB MAR APR MAY JUN JUL AUG SEP OCT NOV DEC
Bulanan

Rajah 1 : Jumlah Hujan Stesen Sitiawan Tahun 2014 Sehingga 2016

Jumlah hujan bulanan dan purata hujan bulanan dari tahun 2014 hingga 2016

di Stesen Sitiawan menunjukkan minimum (1.9 mm) pada Februari 2014 dan aras

maksimum (319.8 mm) pada November 2015. Tren bagi hujan bulanan menunjukkan

bahawa kawasan Daerah Manjung menerima hujan bulanan tertinggi di antara bulan

Disember ke Januari pada setiap tahun, bulan Februari dan Julai mempunyai taburan

terendah (sekitar 100 mm). Ini menunjukkan kemungkinan besar banjir berlaku dalam

bulan Disember sehingga Januari adalah tinggi berbanding berlaku dalam bulan-bulan

lain.

10
Taburan Hujan 2014
300.0
281.6 271.4
250.0 255.4
200.0
185.6
166.8
mm

150.0
127.8 2014
100.0 101.2 111.6
74.2
50.0 38.6
19.6 29.2
0.0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Rajah 2 : Jumlah Hujan Stesen Sitiawan Tahun 2014

Taburan Hujan 2015


400.0
300.0 319.8
mm

200.0 202.8 214.6


163.0 138.8 150.6
100.0 Series1
77.4 72.7 65.2 45.8 62.0
40.6
0.0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Bulan

Rajah 3 : Jumlah Hujan Stesen Sitiawan Tahun 2015

Berdasarkan taburan hujan tahunan, tahun 2014 dan 2015 Daerah Manjung

menerima hujan tahunan tertinggi (2300 mm) dan tahun 2005 adalah yang terendah

(1500 mm). Tahun 2015 mencatatkan jumlah hujan bulanan tertinggi iaitu sebanyak

319.8 mm dalam bulan November, jumlah terendah (40.6 mm) dicatatkan semasa

bulan Januari dalam tahun yang sama. Pada tahun sebelumnya, iaitu 2014, jumlah

hujan bulanan (Ogos sehingga Oktober 2014) adalah pada julat 45 sehingga 300 mm.

Bagaimanapun, jumlah hujan yang tinggi ini tidak menyebabkan banjir.

11
Jika diperhatikan kemungkinan besar keadaan ini disebabkan oleh jumlah

taburan hujan bulan–bulan lepas yang secara relatifnya adalah rendah, misalnya Julai

2014 mempunyai hujan bulanan yang lebih rendah (40.6 mm) dibandingkan dengan

bulan Ogos 2014 (281.6 mm), sebab-sebab lain mungkin kurangnya jumlah penduduk

dan kurangnya pembangunan atau aktiviti manusia yang lain ketika itu. Berbanding

senario 2014, analisis purata hujan bulanan antara Oktober 2015 sehingga Februari

2016 di Daerah Manjung menunjukkan tren yang meningkat. Taburan hujan bulan

September sehingga November 2015 menunjukkan tren yang positif, iaitu daripada

202, 214 sehingga 319 mm/bulan. Beza jumlah hujan antara September dan Oktober

dengan November 2015 adalah hampir sekali ganda, iaitu menjelang kepada

berlakunya banjir di daerah Manjung. Jumlah hujan masih tinggi pada Disember 2015

(400 mm) walaupun tidak setinggi pada November 2015. Jumlah hujan yang turun

semasa November 2015 dan Disember 2015 adalah dipercayai berada dibawah

pengaruh iklim yang sama.

12
5. Kesimpulan

Hujan lebat yang berterusan dari 10 November sehingga 19 Disember 2015

yang bermula di Perak telah menyebabkan banjir terutama di kawasan-kawasan yang

rendah. Hujan tersebut beransur berkurangan mulai 5 Januari 2016. Episod banjir

yang berlaku di Daerah Manjung dan tempat-tempat lain di negeri boleh dianggapkan

sebagai satu keadaan banjir yang lazimnya tidak berlaku dalam tahun-tahun

sebelumnya, tetapi tidak mustahil ia akan berulang di masa hadapan. Banjir yang telah

menyebabkan kehilangan nyawa melibatkan nyawa manusia dan haiwan serta

kerusakan harta benda dan perpindahan penduduk yang terlibat menyebabkan

peristiwa banjir tersebut sukar dilupakan dan sentiasa diingati. Berlakunya banjir ini

besar kemungkinan berkaitan dengan kesan perubahan guna tanah, keadaan sistem

saliran yang tidak terpelihara disamping keadaan iklim. Oleh yang demikian,

dicadangkan pengekalan hutan simpan, kawal perubahan guna tanah, penaiktarafan

sistem saliran, elak pembangunan di kawasan rendah patut dipertimbangkan oleh

pihak penguat kuasa di Perak.

13
Rujukan

Balek, J. 1983. Hydrology and water resources in tropical regions. Developments in Water

Science 18.

Balkema, A.A., Rotterdam & Brookefield 1993. Hydrology and Water Management of

Deltaic Areas. Netherland: Center for Civil Engineering Research and Codes.

Bradley, A.A. & K.W. Potter. 1992. Flood frequency analysis of simulated flows. Water

Resource Research 28(9): 2375-2385.

Chan, N.W. 1996. Vulnerable of urban areas to floods. The Star, 26 Jan. 1996: 4-6.

Desa, M.N., Noriah, A.B. & Rakheeda, P.R. 2001. Probable maximum precipitation for 24-hr

duration over Southeast Asian Monsoon Region-Selangor, Malaysia. Atmospheric

Research 58: 41-54.

Strahler, A.N. 1978. Geografi Fizikal. Kuala Lumpur: John Wiley and Sons. Haliza Abdul

Rahman. 2009. Global climate change and its effects on human habitat and

environment in Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 10(2)

(2009): 17-32.

Mazlina, M.Y. 2013. Kajian taburan hujan di Malaysia dengan menggunakan ramalan

perbandingan model. Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai