Anda di halaman 1dari 5

JENIS-JENIS HUJAN

Hujan Perolakan

biasanya berlaku pada hari panas

Tahap 1: matahari memancar ke permukaan bumi dan kepanasan udara meningkat. T ahap 2: apabila udara panas semakin menaik, ia semakin menyejuk dan wap udara terkondensasi untuk membentuk awan. T ahap 3: apabila takat kondensasi dicapai, awan kumulusnimbus akan terbentuk. T ahap 4: hujan ribut yang lebat akan berlaku. Hujan ini biasanya disusuli dengan guruh dan petir disebabkan oleh cas elektrik yang terbentuk daripada keadaan tidak stabil. Hujan Perolakan.

Hujan perenggan

berlaku apabila pertembungan udara

secara berdepan yang mempunyai ciri suhu dan kelembapan yang berlainan Tahap 1: perenggan udara panas bertemu dengan perenggan udara sejuk. Tahap 2: udara panas bercampur dengan udara sejuk.

T ahap 3: apabila kedua-dua perenggan tersebut bertemu, udara panas disejukkan dan wap air terkondensasi. T ahap 4: awan terbentuk dan presipitasi berlaku. Hujan Siklon/Perenggan

Hujan bukit

dikaitkan dengan perolakan dan juga

pengangkutan udara lembap dari laut ke daratan dan dihalang oleh banjaran tanah tinggi. Tahap 1: udara panas lembab dipaksa naik melepasi tanah tinggi. T ahap 2: apabila udara semakin naik, ia akan menyejuk dan terkondensasi. Awan terbentuk dan presipitasi berlaku T ahap 3: udara yang lebih kering akan menurun dan semakin panas. T ahap 4: sebarang kelembapan dalam udara akan meruwap (contoh: awan). Hujan Bukit/Relief(Orographic)

Hujan asid

yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi

pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Hujan buatan

adalah usaha manusia untuk meningkatkan

kuantiti hujan yang turun secara alami dengan mengubah proses

fisikal yang terjadi di dalam awan. Proses fisikal yang dapat diubah meliputi proses (collision dan coalescense), proses pembentukan ais (ice nucleation). Jadi jelas bahawa hujan buatan sebenarnya tidak menciptakan sesuatu dari yang tidak ada. Untuk menerapkan usaha hujan buatan ia memerlukan awan yang mempunyai kandungan air yang cukup, sehingga dapat terjadi hujan yang sampai ke tanah. Bahan yang diguna pakai dalam hujan buatan dinamakan bahan semai. KEPENTINGAN

Memberi bekalan air kepada hidupan di bumi termasuklah manusia, haiwan dan tumbuhan Menyejukkan bumi/ menurunkan suhu bumi Memberi kesuburan kepada hidupan Sumber makanan kepada tumbuhan dan haiwan Menambahkan kuantiti air dibumi

KESAN, jika hujan turun tanpa henti..


berlakunya banjir kilat di kawasan bandar. habitat flora dan fauna musnah. banjir lumpur bagi kawasan yang berhampiran sungai dan sumber air. masalah ekosistem sungai dan tasik akan musnah. kerosakan harta benda. pengangkutan dan perhubungan terputus.

PROSES PEMBENTUKAN HUJAN

Hujan adalah ssuatu anugerah. Oleh sebab itu kejadian atau prosesnya adalah sangat unik ini kerana proses ini bermula dengan..

Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari yang terik daripada pagi hingga petang. Air tersejat (evaporation) dan bertukar menjadi wap air (water vapour) Udara yang panas bersama-sama wap airnaik ke langit sehingga sampai ke tahap pemeluwapan. Udara menjadi sejuk dan wap air bertukar menjadi titisan air Titisan air bercantum menjadi awan . Pembentukan awan yang lebih besar, kemudian awan-awan kecil (awan cumulus) yang digerakkan angin, saling bergabung dan membentuk awan yang lebih besar. Awan kumulonimbus yang tebal terbentuk. Pembentukan awan yang bertumpang tindih: Ketika awan-awan kecil saling bertemu dan bergabung membentuk awan yang lebih besar, gerakan udara vertikal ke atas terjadi di dalamnya meningkat. Hujan lebat turun pada lewat petang atau lewat malam dan disertai kilat dan petir.

Anda mungkin juga menyukai