Anda di halaman 1dari 4

Kemarau

KETIDAKSEIMBANGAN AIR NEGATIF [ KEMARAU ]

KONSEP KEMARAU

 Satu fenomena apabila kerpasan yang turun adalah sangat kurang dan pada masa yang sama
kadar sejatan adalah tinggi.

 Keadaan yang kering dan panas tanpa hujan untuk satu tempoh masa yang panjang.

 Apabila mana-mana proses kitar hidrologi [ seperti infiltrasi, sejatan, sejat peluhan ] terganggu,
menyebabkan imbangan air tidak stabil

 Apabila terdapat gangguan kepada mana-mana proses kitar hidrologi, imbangan air akan menjadi
tidak stabil dan sekiranya negatif, berlakulah kemarau.

 Seringkali disertai oleh fenomena jerebu, kebakaran hutan dan peningkatan suhu serta hujan
lebat dan hujan batu pada penghujung kemarau.

 Kemarau boleh dikelaskan kepada 4 jenis seperti berikut :

o Kemarau kekal
o Kemarau Bermusim
o Kemarau Kontingen
o Kemarau Tidak Nyata

1. KEMARAU KEKAL

 Keadaan sentiasa panas dan kering sepanjang tahun

 Hujan tahunan kurang daripada 500 mm

 Kawasan yang sentiasa terlindung daripada tiupan angin lembap seperti :


o bahagian barat laut India yang dilindungi oleh Ghat Barat
o Zon Kering di Myanmar

 Kawasan yang mempunyai sifat kebenuaan dan jauh dari pengaruh penyerderhanaan oleh
laut seperti Gurun Sahara dan Gurun Besar Australia.

 Biasanya merupakan kawasan padang pasir.

2. KEMARAU BERMUSIM

 Berlaku dalam beberapa bulan dalam satu tahun akibat kekurangan hujan

 Kawasan ini menjadi kawasan lindungan hujan akibat perubahan arah tiupan angin monsun

 Contoh ketika tiupan angin Monsun Timur Laut [ November - Mac ], kawasan utara
Semenanjung Malaysia seperti negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan mengalami
keadaan kering kontang selama tiga bulan.

1
Kemarau

3. KEMARAU KONTINGEN

 Berlaku disebabkan keadaan hujan yang sepatutnya turun, tetapi lewat turun.

 Berlaku akibat gangguan cuaca oleh fenomena seperti La-nina dan el-nino.

 Keadaan kemarau akan berakhir sebaik sahaja hujan turun

4. KEMARAU TIDAK NYATA

 Boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa apabila keadaan kadar sejatan
melebihi hujan yang diterima.

 Jenis kemarau yang paling singkat

FAKTOR-FAKTOR KEMARAU

A. FAKTOR FIZIKAL

1. Fenomena La-nina dan El-nino

 El-nino lebih kerap. La-nina berlaku setiap 50 tahun sekali

 Kedua-dua boleh membawa keadaan kemarau atau banjir yang serius

 Fenomena ini mempengaruhi suhu lautan pasifik


o apabila el-nino memanaskan suhu permukaan laut, angin yang kering akan melanda
kawasan daratan akan menyebabkan keadaan panas dan kering dan kemarau

2. Angin Monsun dan Angin Cinuk

 Angin monsun membawa hujan ke kawasan cerun hadap angin dan menjadi angin cinuk yang
kering di kawasan lindung angin.

 Angin yang panas dan kering ini akan meningkatkan suhu di kawasan yang dilaluinya.
Menyebabkan kadar sejatan meningkat.

 Wap air yang terpeluwap dan terbentuk awan akan dibawa oleh angin cinuk ke tempat lain.
Menyebabkan hujan berkurangan.

3. Letusan Gunung Berapi

 Letusan jenis abu


o menyebabkan keadaan berjerebu
o sejatan matahari terhalang
o wap air dari sejat peluhan akan diserap oleh debu-debu piroklasik yang terampai di
udara

2
Kemarau

o Hujan tidak berpeluang untuk terbentuk.

 Letusan jenis lava bes


o menyebabkan kejadian kebakaran hutan dan keadaan berjerebu.
o Kekurangan pokok menyebabkan sejat-peluhan, infiltrasi, intersepsi dan air bawah
tanah berkurangan dan sebaliknya air larian permukaan meningkat.
o Imbangan air tidak stabil dan negatif.
o Keadaan jerebu juga meningkatkan lagi fenomena kemarau.

4. Faktor Kebenuaan

 Saiz benua yang luas menyebabkan kawasan pedalaman tidak menerima unsur
penyederhanaan dari laut.
o Tidak menerima pengaruh bayu laut dan arus lautan sejuk
o Keadaan suhu menjadi panas yang melampau
o Angin-angin yang sampai lebih bersifat angin cinuk.

B. FAKTOR MANUSIA

1. Penyahutanan

 Aktiviti penerokaan hutan seperti pertanian, pembalakan dan pembinaan lebuh raya

 Sejat peluhan kurang, hujan kurang, susupan kurang, seterusnya kurangkan air bawah
tanah. Air larian permukaan meningkat.
.
 Imbangan air menjadi negatif

2. Pembakaran

 Pembakaran dalam pertanian


o pembakaran seperti jerami padi, tebu dan pertanian pindah
o udara menjadi panas dan kering.

 Pembakaran dalam perindustrian


o aktiviti pembakaran dalam proses membuat seramik, kayu arang
o udara menjadi panas dan kering.

3. Penebusgunaan Kawasan Berair

 Penebusgunaan kawasan berair seperti paya, tasik, sawah padi, bekas lombong dan laut
o ditimbus dengan sampah-sarap, batu-batu, tanah dan sisa pepejal.

 Menghalang proses infiltrasi, sejat peluhan dan simpanan air


o imbangan air menjadi tidak stabil dan air semakin berkurangan.

3
Kemarau

4. Kejadian Jerebu

 Fenomena jerebu akibat aktiviti pembakaran hutan dan pembakaran terbuka


o partikel terampai di udara akan menyerap wap air dalam udara
o Juga menghalang pancaran matahari untuk proses sejatan permukaan dan seterusnya
kerpasan berkurangan.

5. Hutan Konkrit

 Kawasan yang terlalu padat dengan bangunan dan permukaan bertar akan mengurangkan
proses sejat-peluhan dan infiltrasi
o kandungan air dalam kitar hidrologi akan berkurangan.
o imbangan air menjadi negatif

Anda mungkin juga menyukai