Anda di halaman 1dari 3

HUJAN

 Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun melebihi 2500 mm setahun.


 Malaysia mengalami 3 jenis hujan
- Hujan perolakan / Hujan bukit / Hujan perenggan.
 Taburan hujan di Malaysia tidak sekata dari sebulan ke sebulan dan dari satu tempat ke tempat
yang lain kerana faktor-faktor seperti
- Tiupan angin / Litupan awan / Bentuk muka bumi.
 Malaysia tidak mengalami musim kemarau yang nyata tetapi terdapat masa kemarau yang
singkat di beberapa buah kawasan. Namun begitu, kemarau tidak berlaku setiap tahun di tempat
yang sama.
 Taburan hujan di Malaysia dipengaruhi oleh angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat
Daya. Selain itu, Angin Sumatera bertiup pada masa yang sama dengan angin monsun barat
daya.

JENIS-JENIS HUJAN

1. Hujan Bukit/ Relief

 Hujan bukit turun di kawasan cerun bukit yang menghadap tiupan angin lembap dari Laut
China Selatan dan Selat Melaka.
 Angin lembap yang mengandungi banyak wap air dipaksa naik ke atmosfera kerana
terdapat halangan kawasan bukit dan mengalami penyejukan adiabatik.
 Awan yang tepu akan menurunkan hujan.
 Biasanya hujan jenis ini akan turun di cerun-cerun bukit atau banjaran gunung yang
menghadap tiupan angin
 Manakala cerun lindungan angin hanya menerima angin kering tanpa hujan.
 Proses pemeluwapan akan membentuk awan-awan kumulus dan nimbustratus.

2. Hujan Perolakan

 Hujan yang terbentuk akibat daripada pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan
membentuk awan kumulus dan kumulonimbus.
 Proses dan Faktor Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan bumi dipanaskan oleh
bahangan matahari.
 Hujan ini berlaku pada hari panas terik.
 Permukaan bumi yang panas menyebabkan udara mengembang dan naik ke atas.
 Berlaku proses pemeluwapan, iaitu udara bertukar menjadi awan berbentuk cendawan dan
dinamakan awan kumulonimbus.
 Bila awan ini bertambah besar dan berat, ia akan turun sebagai hujan perolakan.
 Hujan ini turun pada waktu petang dan malam dan disertai petir dan kilat.

3. Hujan Perenggan

 Berlaku pertembungan pergerakan udara panas dan udara sejuk.


 Udara panas yang ringan naik ke atmosfera lalu mengalami proses pemewulapan.
 Apabila kedua-dua perenggan tersebut bertemu, udara panas disejukkan dan wap air
terkondensasi.
 Wap air membentuk awan dan turun sebagai hujan.
 Cuaca menjadi mendung dan hujan turun renyai-renyai.
PENGARUH HUJAN KEPADA AKTIVITI MANUSIA

1. Pertanian - Mempercepatkan tumbesaran / hujan lebat menyebabkan banjir dan merosakkan


tanaman / hujan lebat ganggu aktiviti pertanian seperti getah.

2. Penternakan - Hujan lebat menyebabkan kolam ikan tenggelam dan ikan terlepas keluar /
merugikan penternak / ganggu aktiviti meragut rumput dan ternakan senang terkena penyakit
berjangkit.

3. Perikanan - Perikanan pinggir pantai terjejas / hujan lebat menyebabkan laut bergelora.

4. Pengangkutan - Keadaan jalan licin / risiko kemalangan / banjir menenggelamkan jalan jambatan.

5. Industri IKS – Industri batik, ikan kering, keropok tembikar terjejas / tak dapat menjemur hasil.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KEBERKESANAN KERPASAN (HUJAN)

1. Intensiti hujan (kelebatan curahan hujan mengikut masa)

 Bagi hujan yang renyai dan sedikit jumlahnya menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air
dengan banyak.
 Oleh itu keberkesanan kerpasan adalah rendah dan tidak mencukupi untuk tumbesaran tumbuh-
tumbuhan dan tanaman (kawasan gurun).
 Manakala kawasan yang mengalami turunan hujan yang lebat dan banyak akan mempengaruhi
tanah menjadi cukup basah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi (kawasan
khatulistiwa)

2. Tempoh Musim Hujan

 Tempoh curahan hujan atau bilangan hari hujan adalah tidak sekata sepanjang tahun.
 Pada musim hujan/tengkujuh, bilangan hari hujan dalam sebulan adalah lebih lama dan lebat
curahannya berbanding dengan musim kemarau/musim kering.
 Dalam tempoh musim ini, nilai keberkesanan kerpasan adalah lebih tinggi dan tumbuh-tumbuhan
serta tanaman dapat membesar dengan dengan sempurna.
 Hal ini dapat dibuktikan di kawasan yang mengalami iklim monsun tropika yang mempunyai satu
musim hujan dan satu musim kering yang nyata setiap tahun.
 Di kawasan khatulistiwa pula mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang tinggi kerana hujan
lebat sepanjang tahun.

3. Kecerunan Permukaan muka bumi

 Di kawasan cerun curam, nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah kerana air hujan lebih
banyak mengalir di permukaan dengan laju dan tidak sempat meresap ke dalam tanah.
 Di kawasan cerun landai atau di kawasan permukaan bumi yang hampir rata, halaju larian air di
permukaan adalah perlahan.
 Ini memberi peluang dan ruang kepada setiap titisan hujan untuk meresap masuk ke dalam
tanah. Oleh itu nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi.
4. Ciri-ciri geologi sesuatu kawasan

 Nilai keberkesanan kerpasan berbeza bergantung kepada ciri-ciri geologi yang mendasari
sesuatu kawasan.
 Batuan yang poros seperti batu kapur dan pasir (kuartza) walaupun banyak meresapkan air tetapi
nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah.
 Ini disebabkan air tidak boleh tersimpan lama dalam tanah tersebut untuk digunakan oleh
tumbuhan dan tanaman, sebaliknya air terus meresap ke dalam tanah dan membentuk aliran air
bawah tanah.
 Di kawasan yang mempunyai geologi yang keras dan tidak poros juga mempunyai nilai
keberkesanan kerpasan yang rendah kerana sifatnya tidak membenarkan air meresap masuk ke
dalam liang porinya.
 Nilai keberkesanan kerpasan yang tinggi adalah di kawasan geologi yang mampu membenarkan
air meresapinya dan menyimpan air tersebut seperti di kawasan tanah laterit daripada batuan
riolit, kawasan tanah aluvium dam tanah lava bes.

5. Tumbuh-tumbuhan Litupan

 Di kawasan hutan yang berkanopi seperti khatulistiwa, titisan air hujan akan turun perlahan akibat
proses cegatan silara tumbuh-tumbuhan berkenaan.
 Titisan air hujan dengan perlahan ini mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk meresap
masuk ke dalam tanah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi.
 Berbeza dengan kawasan gondol atau kawasan litupan tumbuhan yang kecil, di mana larian air
permukaan adalah lebih tinggi.
 Keadaan ini menyebabkan nilai keberkesanan kerpasan rendah kerana sedikit sahaja air yang
dapat digunakan untuk tumbesaran tumbuhan dan tanaman.

6. Suhu

 Suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar sejatan permukaan.


 Di kawasan suhu tinggi/panas (kawasan gurun), nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah
kerana kadar sejatan permukaan yang begitu tinggi tidak memberi peluang untuk air meresap
masuk ke dalam tanah dengan baik walaupun hujan yang turun sekali-sekalanya adalah lebat.
 Di kawasan suhu rendah, nilai keberkesanan kerpasan juga rendah kerana semua kerpasan yang
turun berbentuk salji dan membeku di permukaan.
 Keberkesanan kerpasan yang tinggi berlaku di kawasan Khatulistiwa (min suhu 27°C) kerana
menerima hujan sepanjang tahun.

Anda mungkin juga menyukai